Hari tu dah tulis kisah pelik tapi benar di bumi Jordan.. .Hari ni nak tulis tentang budaya positif masyarakat arab Jordan yang agak lain sedikit dari budaya kita di Malaysia terutama masyarakat melayu.
Sikap berterus –terang.
Arab di sini suka berterus-terang , dan tidak takut kalau apa yang dikatakannya mungkin menyebabkan orang terasa hati. Contohnya , jika masakan yang dimakan tawar, masin, tak sedap , mereka akan berterus-terang katakan apa yang dirasakan . Begitu jugak jika mereka tidak berpuas hati dengan kelakuan kita, memang mereka akan menegur tanpa berselindung.
Memuliakan Tetamu.
Sifat arab yang amat baik adalah mereka akan menyambut dan memuliakan tetamu dengan layanan first class yang sukar dirasai di tempat lain. Jika menghidang makanan kepada tetamu, mereka akan hidangkan dengan memasak nasi /mansaf beserta daging kambing yang sungguh enak dan mereka tidak akan makan bersama tetamu . Mereka hanya akan makan lebihan makanan tetamu setelah tetamu pulang bagi memastikan tetamu kenyang dan puas makan yang dihidangkan.
Hargai Alam Semulajadi.
Oleh kerana rupa bentuk geografi bumi Jordan ini amat kurang dengan kawasan yang berumput dan pepohon hijau serta air terjun yang mengairi tanahnya, oleh itu mereka amat menghargai alam ini. Apabila terlihat adanya kawasan hijau berpokok rimbun memang mereka akan segera berzikir .SubhanaAllah, Maha Suci Allah. Bila ternampak sahaja sedikit kawasan berair walaupun bukan air terjun yang banyak airnya, mereka akan segera singgah dan berkelah di situ serta menikmati keindahan semulajadi nya..
Menyayangi Kanak-kanak.
Di negara sendiri amat jarang dilihat orang dewasa amat meminati kanak-kanak walaupun bukan anak sendiri. Di sini mereka akan segera memeluk dan mencium kanak-kanak yang mereka jumpa /bertembung /bertemu terutamanya kaum lelaki. Mereka sayang pada kanak-kanak dan tidak segan untuk menunjukkan sifat sayang mereka . Adalah pemandangan biasa anak-anak kecil keluar berjalan hanya dengan bapa sahaja.
Pertemuan Sesuatu Yang Amat Bermakna.
Mereka amat gemarkan pertemuan walaupun pertemuan berlaku setiap hari mereka masih amat gembira bertemu dengan mengucap salam , peluk dan cium dan tidak jemu perbuatan ini diulang-ulang saban hari. Bagi mereka pertemuan adalah sesuatu yang mereka nantikan yang menceriakan hari yang dilalui.
Quran Halwa Telinga.
Di sini adalah kebiasaan bagi bas, taxi, kedai dan tempat awam yang lain memasang kaset/cd yang memperdengarkan bacaan ayat suci al Quran tanpa mengira masa. Ia menjadi halwa telinga menggantikan musik atau lagu-lagu yang biasa kita dengar di tanahair.
Menghormati Wanita.
Wanita dihormati dan dilayan dengan sewajarnya dalam masyarakat arab di sini. Ini dapat dilihat terutamanya ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas ,. Jika menaiki coaster wanita tidak dibenarkan berdiri dan memang akan ada lelaki yang akan bangun memberi kan tempat duduk kepada wanita tanpa dipinta oleh wanita tersebut. Jika tiada yang volunteer, konduktor bas akan meminta penumpang lelaki memberikan tempat duduk kepada kaum wanita. Jarang ada kaum lelaki yang mengusik anak-anak dara seperti yang dilakukan di tanahair (bersiul/ kata-kata lucah ). Di sini mereka setakat melihat jika benar-benar wanita tersebut cantik dan menggiurkan.
Sanggup Berkorban
Sifat semulajadi bangsa arab adalah mereka sanggup berkorban apa sahaja demi kasih dan sayang pada sesama manusia/bangsa /negara. Jika bersahabat ,mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi memastikan sahabat tersebut dihargai dan dilayan kehendaknya walaupun ianya melibatkan material hatta nyawa sendiri.. Sahabat dianggap sebagai saudara yang mesti dijaga dan tidak dilukai selagi mana mereka bersahabat (selalunya sepanjang hayat)
Itulah sifat-sifat dan budaya positif yang boleh kita ambil sebagai panduan dan pengajaran yang meletakkan bangsa arab ini adalah bangsa yang bukan ganas atau pelampau yang selalu digembar-gemburkan.
Gambaran yang diberikan dalam entry ini adalah gambaran secara umum yang menjadi adat budaya bangsa arab di sini . Mereka adalah bangsa yang unik yang jika kita teliti budayanya banyak perlakuan-peralkuan yang boleh dijadikan cara hidup yang membahagiakan hatibudi dan naluri masing-masing.
Berada dalam lingkungan bangsa arab ini menjadikan diri ini sentiasa muhasabah diri sendiri, jika yang tidak elok ditinggalkan , jika baik diambil dijadikan tauladan, InsyaAllah.
17 comments:
bolih di buat contoh juga...arab oh arab ada juga kebaik kan kamu eh?
kak elle,
eh memang banyak yang boleh dijadikan contoh, mereka kan keturunan yang terima dahwah direct dari Nabi saw...yang baiknya banyak, yang tak baik sikit je.....tu yang sayang nak tinggalkan bumi anbiya' ni...
Budaya Arab ni ada yg sama dengan Barat ya? Macam showing affections openly, giving up seats to women and berterus terang:)
hazia,
Betul tu hazia, I selalu compare budaya arab dengan mat saleh dari segi yang you katakan memang ada persamaannya, diaorang ni jenis 'tak malu' nak tunjukkan apa yang mereka lakukan...itulah zahir dan batinnya, apa orang nak kata diaorang tak kisah.
Bila baca entri koleksi pelik tapi benar di Jordan buat saya berasa takut hendak ke sana. Tetapi bila baca yang baik dijadikan teladan, teringin pula hendak ke sana.
Terima kasih kerana sudi tulis pada papan nota blog saya. Tetapi saya masih tidak dapat keluarkan komen box tak tahu kenapa?.
Salam. Wah, ada juga positifnya arab-arab ni ye? Apa kata lepas ni buat analisis bangsa kita pulak? Tentu menarik.
Rina...banyak juga sikap sikap positif mereka yang tidak ada pada bangsa kita...Harap2 apa yang rina paparkan menjadi teladan bagi kita semua...
Kalau sesuatu itu ada buruknya...pasti ade jugak baiknya....jgn dipandang segalanya secara negatif
:) great to see u focusing on the positives....love that sort of a mindset!
idham
latiptalip,
Kebanyakan arab ni baik dan mementingkan persaudaraan.... datanglah ziarah dan kenal budaya arab.
kenapa ye tak leh komen ?? kena click dekat 'show' comment dalam dashboard ....trylah.
++++++++++++
zlaa,
Setiap bangsa ada baik buruknya. sebab I tinggal di negara arab , i analisa perangai arab dari my daily observation.
kak lady,
Betul tu , jangan kita asyik tengok yang negatifnya yang ada pada bangsa lain, bangsa kita pun nak kira negatifnya terlalu banyak..so I'm happy here sebab banyak boleh dipelajari dari budaya arab , Alhamdulillah.
++++++++++++++
idham,
When you're having a happy life residing where you are, there must be a lot of good stuff that you adore and adapt.... takkan nak cari yang buruknya saja kan.
LUJ,
Sentimen saya sama macam apa yg latiptalip tulis tu. Good for you, at least u dah ada first hand experience...
Betul tu kak Raja,
banyak yang baik terutama bab memuliakan kanak2, kalau kumpa anak2 ina diorang peluk, tanya nama, kata cantiklah..mcm2. Mcm sofia, baru ni pi Majidi Mall, tiba2 dtg dua anak dara arab, cuit Sofia dari belakang, pas tu siap kata Sofia cantiklah (padahal Sofia tu biasa jer)
Mmg banyak positifnya...
Hello Loveujordan, everytime I come here I improve my Jurassic Bahasa learned in Form 3, before Merdeka. I read very slowly and recognise lots of words, but some never seen before, so I read the whole sentence again to fathom it. Like my old contractor those days used to say, "now I understanding". Ha ha. Otherwise, "I not be knowing".
To me its fun after all these years having the oportunity to read eloquent postings such as yours and the others. I improve a word a day. Its fun suddenly coming across words I had not used 30 over years and see them here. Still remember my old Malay Chegu with two front teeth missing, so we nicknamed him, "chegu Batu Caves", ha ha.
Old days I used to copy pantuns. Why? Aha! To date the gorgeous Malay beauties, and to compete with all the Bujang Lapoks (or berlapoks! ha ha) I had to have secret weapon, so can score points with the pakciks and makciks, lagi pun get dinner invitation too, whooohooo! Still can remember the ikan cincaru with chillies stuffed in them the makciks cooked for me, Kota Bahru style.
You know, I regret I lost or misplaced a lot of my Kelantan/ Trengganu Pantuns in Kelantanese accent bahasa I copied. Took a crash course speaking 'Kelantair'
bahasa, ha ha from my friends there...nak tackle adek or kaka dia, ha ha.
You have a great day, UL.
mamamia,
Kalau tengok yang negatif je ,memang tak de orang nak kemari lah..well they are humans like us...ada yang baik dan tidak.
+++++++++++++
suweileh family,
comel macam sofia tu lagilah pak arab mak arab suka dan geram... memang comei sangat.
Tapi tulah diaorang ni memang menzahirkan sayang mereka pada sesama insan terutama pada kanak-kanak... budaya yang amat baik.
( I komen ur blog kenapa tak kuar ?)
Uncle Lee,
I respect you for still coming and trying to understand my bahasa melayu entries...well ,a word per visit will help you to recall the word and the meaning, I hope so.
This entry is all about the positive sides/culture of the arabs that I encounter while I'm here in Jordan.
Talking about pantuns to tackle those malay ladies back then , they were surely looking for a guy with the best pantun ..how many malay ladies have you got thru your pantuns? Thank God you had that bahasa cikgu from batu caves... :)
Thanks for dropping by.
ada satu anugerah Allah yang diberikan kepada bangsa arab. Mereka cukup kuat ingatan. Kalau kita pernah berjumpa dengan seseorang arab dan berkenalan. Dia dulu akan terus menegur kita (tanda dia betul-betul yakin dan ingat org yang ditegurnya. Kekadang kita perlukan sikit masa untuk imbas balik orang yang kita lama tak jumpa. Tapi tidak pada arab!..mereka kuat hafalan. Lihat sahaja para perawi hadis yang menyampaikan sanad satu persatu. Cukup kuat ingatan mereka..
hazimin dear,
Ha ha betul tu, tak teringat pulak masa menulis.Mungkin sebab mereka suka makan makanan dari jenis kekacang, betul ke apa andaian makcik ??
Post a Comment