Entry ke 2 dalam sehari bukan mudah bagi diri ini namun hari ini mood itu datang ........
Semasa dalam taxi menuju ke balad atau Amman city center baru-baru ni I seperti biasa terpaksa menahan bau-bauan yang agak hamis dan hancing apabila tiba di laluan sekitar Jabal Hussein dan Jabal Qalaah…. Bau yang tidak menyenangkan datang dari kawasan bandar dan perumahan lama yang tidak tersusun dan tidak lengkap dengan infra struktur dan tiada nya sewage system yang baik di situ.
beginilah rupa kem pelarian palestine suatu ketika dahulu....(gambar dari internet )
Mungkin driver taxi perasan yang kami macam menahan bau kurang enak tersebut, dia memulakan perbualan dengan mengatakan di situ adalah kawasan penempatan yang dulunya adalah pelarian dari Palestine . Dahulunya ianya adalah dipenuhi dengan khemah-khemah pelarian dan hingga kini jumlah yang bermastautin di sekitar Jabal Hussein adalah lebih dari 100,000 pelarian yang telah menghuni kawasan ini semenjak tahun 1948 . Kini tiada lagi khemah pelarian kerana telah diganti dengan rumah-rumah dan apartment concrete namun keadaan rumah di situ tidak tersusun, rumah dibina rapat-rapat dan kebanyakannya hanya cukup sebagai tempat berlindung dari panas dan sejuk Suatu yang positifnya, kebanyakan pelarian Palestinian di sini merupakan peniaga dan pemborong yang meningkatkan ekonomi negara Jordan ini sendiri.
salah sebuah rumah pelarian yang dilawati di kem pelarian Baqa'ah
I tidak tahu apakah status kewarganegaan pelarian-pelarian Palestine di situ. I pernah melawat 2 buah kem pelarian Palestine …Kem pelarian pelestine di Baqa’ah dan di Irbid yang dikatakan mereka masih lagi di bawah status pelarian…Dalam pendapat I kem palestin di Jabal Hussein (sudah jadi Bandar tiada lagi khemah ) adalah nampak jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kem pelarian di Baqa’ah dan Irbid. Baqa’ah Camp adalah yang paling dhaif, ada rumah yang masih tiada bumbung dan hanya berlantaikan tanah pasir.
renungan kanak-kanak palestin di kem pelarian palestin di Irbid
Semasa lawatan NGO bantuan Ramadan ( ada dalam arkib blog ni ) ke kem Baqa’ah , I dapati rumah di kem tersebug tidak ubah seperti rumah setinggan atau rumah-rumah kongsi pekerja binaan yang biasa dilihat di tanahair…rumah yang terlalu rapat dan lorong yang sempit dan kotor dan mereka telah berada di situ hampir 40 tahun, masih lagi di bawah status pelarian Palestine.Kebanyakannya hanya menampung kehidupan dengan hanya mengambil upah mengutip sampah, bercucuk tanam serba sedikit di tanah yang dibangunkan secara bergotong-royong dan dijual hasilnya di pasar-pasar. Yang ramainya hanya hidup dari hasil bantuan dan derma dari beberapa NGO dari sekitar tanah arab dan sebahagian kecil dari dunia luar arab.
beginilah rumah yang terdapat di kem pelarian palestin di kem Baqa'ah
Semasa bertandang bersama sebuah NGO, sebak melihat betapa bangsa arab yang terkenal dengan hidup mewah dan kaya raya , namun masih terlalu ramai daripada mereka yang merempat di bumi anbiya’ sendiri…rintihan yang jarang mahu didengari oleh sebahagian besar dunia arab dan negara-negara kuasa besar yang hanya pandai melaungkan soal hak asasi manusia sejagat..
perumahan yang agak tersusun di kem palestin di Irbid
Kem pelarian di Irbid nampak seperti agak terbela dan terjaga, agak bersih dan nampak lebih ‘maju’ sedikit daripada kem Baqa’ah dan ekonomi mereka dijana oleh Souk Muqayyam yang dikenali ramai yang menempatkan banyak kedai yang menjual hasil kerja mereka seperti hasil dari industri textile yang agak murah di sini berbanding tempat lain.
Apapun semua kem yang pernah dilawati ini akan menjadi ingatan dan pengajaran bahawa peperangan yang tercetus dan masih lagi berterusan di bumi Palestine hanya mendatangkan kesengsaraan yang tidak kunjung padam….rakyat yang teraniaya akan terus disiksa jiwa dan minda , memiliki tanahair yang bebas merdeka seakan semakin terpinggir jauh dari laluan reality dunia masakini ………
Damai yang hilang entah bila kan kembali.....................
27 comments:
teringin nak pegi melawat kem palestin tu..tapi x berpeluang.T.T
HOPE BUMI PALESTIN AKAN KEMBALI CERAH DAN GEMILANG DI TANGAN ISLAM
Ya.. kesian sungguh tgk org2 Palestine nih ya, saya pernah baca pasal Palestin nih dlm blog babazahra', petikan dari blog beliau:
"Last month Abdullah sekali lagi mencuri tumpuan. kali ini dengan kritikan keras dari HAMAS dan pelbagai pihak lain ekoran kenyataannya mengenai haqqul audah (hak kembali bagi pelarian Palestine) dan juga inisiatif pampasan. gua macam nak gelak besar juga bila mendengar inisiatif pampasan nie.
ia sudah mula kedengaran hampir sebulan yang lepas. ketika ditanya, ramai pelarian Palestine di Baq'a (Jordan) dan Einul Helwah (Lebanon) ketawa. Mereka kembali mengajukan soalan. Berapakah pampasan yang mampu dibayar? Berapakah nilainya kehidupan mereka terbuang di bumi asing sejak 1948 dan bagaimana dengan generasi yang telah tiada? Apakah nilainya boleh menyamai tanahair sendiri? Bagaimana dengan generasi mereka yang berikutnya yang sekarang masih berstatus pelarian? "
princess dear,
Mama pun ambik peluang ikut NGO Norhana kendalikan, memang sayu lihat kehidupan mereka .. InsyaAllah akan tiba masanya Palestin akan merdeka.
++++++++++++
nurazzah8,
Dalam bab ni , I secara peribadi tidak menyalahkan kerajaan Jordan semata-mata kerana pelarian palestin di Jordan masih dikira bertuah kerana jordan membenarkan meraka menetap di bumi jordan walaupun dengan taraf pelarian. Jordan tiada sumber minyak dan ekonominya tidak sekukuh sebagaimana negara arab yang lain. Kalau dilihat dari lamanya bergelar pelarian (semenjak 1948) memang sepatutnya telah diberi kerakyatan kepada semuanya...tapi seperti biasa negara arab masing-masing mahu lepas tangan dan hanya melihat tanah palestin di ragut dan dirampas sedemikian rupa..
memang kehidupan mereka amat dhaif..masa I pergi salurkan bantuan Ramadan ke kem baqa'ah , ada yang rumah yang tiada berbumbung, sebak tak tertahan...
next visit kunjungilah kem-kem pelarian ni....
sedih betul kenangkan nasib diorang ni ye. Dah la anak anak diorang ni cute cute. Adei...hati mana la yang tak sebak.
Syukur kepada Allah SWt kerana telah mengurniakan kita hidup yg lebih sempurna..
It is so sad when people are displaced by ravages of war. Somehow they never give up. They make new lives in a new places. Very strong and determined people. :)
InsyaALlah, jika dimurahkan rezeki dan panjang umur mmg nak pergi lagi ke Jordan, and these camps sure will be in my must visit list. Just wonder mcmn I nak pergi since I think lebih appropriate kalau I pergi mengikut NGO drp I pergi sendiri2.
3/4 rakyat Jordan adalah pelarian Palestine.
kuasa ekonomi utama di Jordan juga adalah rakyat Palestine.
bangsa paling bijak di dunia ini juga ialah bangsa Palestine.
sejarah penderitaan dan konflik paling panjang atas muka bumi ini juga turut menjadi milik warga Palestine.
Entahlah, saya sentiasa berdoa agar umur saya panjang untuk melihat bumi Palestine itu kembali menjadi milik warga Palestine. Insya Allah.
zakiah,
Rumah-rumah yang kami lawati semuanya dihuni oleh anak-anak yatim , samada dibela oleh ibu sendiri atau ahli keluarga lain kerana bapa mereka telah meninggal dunia dalam peperangan... pilu hati ini :(
++++++++++++++
faizabelle79,
Kitalah antara manusia yang amat beruntung diberi nikmat yang tak terhingga nilainya..tapi amat malang juga kerana masih ramai yang tidak tahu bersyukur....
j.t.,
Indeed you're so true, they never give up....
fyi, these palestinians are not all muslims because the zionists' #1 enemies are arabs ( most arabs are muslims but they are also many christian arabs who live in palestine ).... it's not really a matter of religion but also involves the ethnic 'cleansing' ...
++++++++++++
nurazzah8,
bila mula-mula I diajak join this NGO I ingatkan kem ni macam kem askar berpagar dan sebagainya..... tak ...ianya macam kampung arab yang biasa kita lihat dan sesiapa sahaja boleh jalan-jalan dalam kampung/bandar 'orang palestine' tu... I ikut NGO sebab nak sampaikan bantuan Ramadan dan kami melawat rumah-rumah ibu tunggal di kem Baqa'ah.... kem Irbid, kem Jabal Hussein dan kem Wehdad semuanya I pergi sendiri dan pergi bershopping , dapat jugak bantu ekonomi mereka...di Irbid hanya naik taxi JD1 dari syariq jamiah terus tiba di Souq Muqayyam, tempat shopping di tengah kem palestine yang menjual pelbagai barangan dengan harga murah... disebut kem kerana dulu memang mereka tinggal dalam khemah.... jemputlah datang....
babazahra',
Memang bangsa Palestine adalah yang terbaik dalam segala bidang ( top scorers disekolah adalah palestinians ), kilang-kilang yang ada di jordan majoriti kepunyaan palestinians....akak selalu tertanya-tanya..apa salah mereka sehingga hidup mereka merempat (bagi yang miskin ), menanti sinar hidup di tanahair sendiri yang tanahnya hanya tinggal sekangkang kera...akak tak temui jawapannya.... so sad :(
Sedih baca tentang pelarian ni. Dulu, ada sekali program Majalah 3 buat program ke Palestin and their life is really bad, tapi MasyaAllah they are so tough
memang tak sanggup nak tengok keadaan mereka tu.. kesian. kita ni patut la bersyukur...
zlaa,
Di Palestine rasanya lagi teruk keadaannya, at least di jordan mereka ada 'rumah' sendiri walaupun sempit.
Ada baru ni my friend bagitau sesiapa yang ingin ambik anak angkat/bakal isteri palestine boleh diuruskan oleh sebuah NGO.
++++++++++++++
mulan,
Jumlah yang terpaksa tinggalkan tanahair amat besar, entah bila mereka akan kembali ke tanah tumpah darah masing-masing sedangkan kuasa besar dunia buat endah tak endah , seolah-olah bukan masalah mereka....... Alhamdulillah hidup kita tidak tertindas begitu.......
Menarik la entry ni Kak Rina, ada bakat jadi journalist ni;)
Simpan la dengan gambar sekali. Bila balik Msia nanti, kena time Malay newspaper short of news, time raya ke, masa tu senang la nak publish. Dapat la nama keluar paper:)
bila lah agaknya mereka nak idup aman damai di negara sendiri..
sedih mengenangkan rakyat Palestine. Saya yakin, mereka bangsa yang tabah dan kuat.
huiyyo kak, isu isteri dan anak itu ada lagi ye? NGO malaysia ke lokal? dulu pernah jugak isu nie timbul tapi belum ada yang sanggup lagi...isteri lah bukan nak ambik anak angkat...hehehe ramai masa tu yang agak teruja tapi x berani mana pun ahak ahak...sebenarnya ramai yg memilih, nak muka ala ala Nawal, Diana Haddad atau pun Elin Khalaf hahaha mano nak dapek jang...lagi pun bila sebut aje student Malaysia kang diorang ingat seme kayo-kayo padahal kita cuma nak menjadi penyelamat merangkap membantu hehehe penyelamat konon bebudak nie?
hazia,
hahahaha nak tergelak akak :P
Tak pandai nak buat ayat sedap-sedap...setakat apa yang dilihat di alam realiti..untuk pengajaran diri sendiri.
kalau masuk paper nak buh nama pena ekkk ????
+++++++++++
zino,
entahlah zino, tak nampak ada masa depan pun ....
+++++++++
mama sarah,
Memang mereka tabah, habis ahli keluarga mati dibunuh pun masih boleh teruskan hidup.... harp teruskan perjuangan.....
++++++++++++
babazahra'
Aaaaa baru 2 minggu lepas ada isteri ustaz tu tanay akak nak tak jaga anak angkat palestin dan kalau ada sesiapa yang nak beristerikan wanita palestin pun boleh. Akak kata akak tak nak dah bela anak kecik....dah nak pencen , jaga mimi sorang je lagi yang masih kecik..dia sebut yayasan Al ghazali, bukan NGO yang akak ikut melawat kem tu.... ke you nak tambah 'cawangan' boleh lah...banyak pahala :P
Kenapalah bangsa Arab tidak mau bersatu padu menentang kekejaman ....kerana kalau digabungkan rasanya mereka akan jadi bangsa yang berkuasa...tapi malang...dah lama kita hanya berharap...
kak lady,
I pun selalu terfikir, dengan kekayaan dan keberanian yang mereka ada memang boleh sangat kalau nak menentang musuh demi keamanan...it's something yang kita semua sukar untuk memahami apa sebenarnya yang mereka fiirkan.......malang sekali :(
hurm kdg2 dok joden nih xterase pon sebelah jek palestin...mcm xseda diri plaks..yela joden nih kan kunun negare PRO-US..mne ade sgt psl palestin2 nih..ade tp x byk..cume kalo kt jamiah tuh classmate2 yg org palestin tuh..cm bese jek cite.."arituh aku blk palestin pkck aku kne tembak..sedare aku kne bunuh..bla la mati.."...huhu..mcm bese jek..kte plak yg rse sdey..
ala aunty suq mukhayyam sye nk pegi xpegi2 lagik ..adoi..org amman..org mu'tah dtg irbid yg smgt g soping sne..hhuhu...org irbid ak xg2 lagik...
Kesiannya dgn nasib rakyat2 Palastine..jadi pelarian ditanahair sendiri... Semoga penderitaan mereka dibalas dgn kenikmatan diakhirat kelak..
asma'
Makcik pun kadang-kadang tengok perangai orang palestin kat sini naik menyampah jugak...dah jadi pelarian pun masih ramai yang 'tak sedar diri '...... macam tak de apa yang berlaku........
Laa tak sampai lagi suk muqayyam irbid..syok jugak shopping kat situ...murah dari tempat lain....
+++++++++++++++++
nbk466,
Harap-harapnya mereka perolehi apa jua nikmat yang mereka terlepas di dunia ini nanti...Amin.
mmg..murah gile katenye..tp mls tol nk g...huhu
haa cuti ni boleh lah pergi , jalan-jalan , membeli sambil menderma ...( makcik beli tapi nak murah jugak, suruh zaid tolong tawarkan.. ).... hehehe .
Post a Comment