Lega rasanya..... akhirnya the boy yang stranded in kuwait tiba juga di Amman setelah 8 kali..yes...8 kali flite delayed.... 3 hari baru tiba sebab delay , taktau sebab kuwait airways pun kata diaorang tak de maklumat kenapa delay... anyhow, welcome to Jordan to that boy..esok start kelas arabic di salah sebuah U di sini...summer session.
Penantian ketibaan cik abang hubby pulak... mesti tak percaya kan kalau I katakan my hubby's flite pun delay jugak. Sepatutnya pukul 2.30pm jap lagi dia akan tiba di Amman dari Bahrain ( transit di bahrain pasal asalnya nak catch early morning flite from bahrain to amman...)..pagi tadi hubby call kata flite delay dan hanya akan berlepas dari bahrain jam 4 petang ni and tiba around 7pm nanti...memang minggu delaysssss.InsyaAllah dapat jumpa darling malam ni....
*********************************************
Ada sedikit ruang ni ...I nak ceritakan satu documentary yang I tonton beberapa hari yang lalu yang anak I bawak balik dari Ukraine..." Sex Slaves "...
Gadis-gadis di Ukraine terkenal dengan kecantikan dan body yang sexy dan menggiurkan. Memang mereka amat menjaga penampilan dan pandai bergaya. Kecantikan semulajadi dengan kerangka tubuh yang kecil dan bertubuh tinggi lampai , menjadikan mereka rebutan para lelaki..... malangnya ramai gadis dan juga ibu serta isteri yang menjadi mangsa 'perhambaan sex' industri dan dokumentari yang ditonton memfokuskan penjualan gadis-gadis ukrainian di Turkey...
Ibu ayam yang bertindak sebagai agen kononnya mencari peluang pekerjaan sebagai salesgirl di kedai-kedai , bekerja di ladang , pekerja kilang pandai memancing gadis-gadis yang cantik dengan menjanjikan pendapatan yang jauh lebih tinggi dari apa yang mereka perolehi di Ukraine.
Mereka dibawa dengan ferry merentasi Laut Hitam dan dengan senangnya ibu ayam tersebut lepas dari sekatan imigrasi dan setibanya di tengah-tengah bandar Istanbul , lebih tepat di sekitar Aksaray, gadis-gadis tersebut dijual kepda agen 'pekerjaan' yang dijanjikan... setiap gadis dijual dengan harga USD500 - USD600 seorang....
Kehidupan mereka selepas itu menjadi igauan seumur hidup. Ada beberapa gadis yang dapat melarikan diri menceritakan bagaimana mereka dipaksa melayan 8 - 15 lelaki sehari dan ada satu ketika seorang gadis ni mengandung dan dipaksa menggugurkan kandungan tersebut dan hanya selepas 5 hari abortion dilakukan , dia dipaksa 'berkhidmat' semula...meraung kesakitan dia ...sedih ...benar-benar sedih ......
Lebih malang gaji yang dijanjikan kerana melayan lelaki turkey terutamanya iaitu sebanyak USD200 sebulan, tidak dikotakan...habis semua duit yang diterima dikaut oleh egen tersebut...
Dalam satu kisah lagi, seorang isteri dijual oleh rakan karib suaminya dengan harga USD1000 selepas ditipu oleh rakan tersebut dengan mengatakan dia sanggup menemani wanita tersebut untuk bershopping di Turkey..oleh kerana suaminya terlalu percayakan rakan sekerjanya, melepaskan isterinya pergi bershopping bersama rakan karibnya...beberapa hari lepas itu si suami menerima panggilan dari sahabatnya tadi mengatakan yang dia telah menjual isteri si sahabat tadi dengan harga USD1000 dan sekarang tinggal di salah sebuah rumah di Antalya , sebuah bandar pelancongan di persisiran pantai.....
Kisah sedih ini I pasti bukan hanya berlaku pada those gorgeous ukrainians tapi juga berlaku di serata dunia...wanita dan gadis dijadikan hamba sex lelaki yang bersifat binatang yang hanya mementingkan kepuasan nafsu iblis dan syaitan....
Didoakan agar perkara sebegini tidak berlaku kepada ahli keluarga , sahabat handai dan sesiapa jua dan harap agar gadis-gadis di luar sana tak kira walau di mana tidak tertipu denga janji-janji palsu mereka yang menjadikan wanita sebagai hamba sex... Amin.
23 comments:
salam,
wah..tentu budak tu kepenatan, sampai2 dah kena pergi kelas pulak..takde rest langsung... tapi ini akan jadi satu pengalaman baginya, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.
wow..tentu cik Ina kita tengah 'pasang badan'...hehehe... maklum cik abae nak balik sat lagi...masak apa tu cik Ina?
Sex-slaves... na'uzubillahuminzalik..semoga Allah jauhkan ia dari menimpa kaum-keluarga kita, serta sahabat-handai dan muslimah sekelian... Inilah yang terjadi jika orang bertuhankan nafsu...
Perempuan dijadikan utk dikasihi, menemani lelaki, pengubat resah hati lelaki. Begitulah sebaliknya. Kisah yg makcik tulis pun dah banyak berlaku di Malaysia. Selagi tak ada undang-undang yg ketat (Hudud contoh terbaik). Manusia akan terus jadi binatang.. kkdng kerajaan malaysia sendiri mcm 'xamik endah'..kalau ditangkap dilepaskan jika xcukup bukti. (nak bukti apa? sedangkan ada setengah kes jelas). Kalau denda orang mampu bayar..kemudian teruskan lagi perbuatan yg sama...so? apa guna kerajaan yg ada jika 'gagal' membasmi perkara sebegini...
salam,
Pengalaman pahit ke Jordan...
Ehh badan memang dah 'terpasang' , siap dengan 'spare tyres' tau.. hehehe.harini safiyyah kata nak masak..bagus, bagus !!
Sedih sangat dokumentary ni , tambah teruk polis pulak lindung ibu/bapak ayam ni... gadis pergi mengadu pada polis, polis pulangkan semula pada bapak/ibu ayam.
hazimin,
Kasihan wanita yang terpaksa menjadi hamba sex ni, lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung tapi jadi sebaliknya....
Betul apa you cakap , selagi tak terlaksana hukum Allah di bumi ini selagi itu kerosakan demi kerosakan berlaku tanpa dapat dibendung, semuanya bertuhankan nafsu dan iblis....
btw, jangan balik kampung lagi, tunggu sampai selesai kenduri zaid baru balik yer...
Salam. Dengar tajuk pun dah gerun. Sebab tu dalam Islam ada kata perempuan ni nak keluar kena ada muhrim.., tapi dunia akhir zaman ni, muhrim pun ada yang tak boleh dipercaya. Dunia..oh dunia..
kecut pertu maklang membacanya...mintak di jauhkan Allah...
rina the flight delay I think ada kena mengena dgn bomb scare kat london tak?
hmm...hari tu I was watching CNN documentry on child prositution in India...kesian budak2 tu...
macam maklang minta di jauhkan ye....
ehmmm...
negara cam ukraine n russia ni mmg agak mengeksploitasi pompuan...iklan kat tv pun mmg salu gunakan pompuan padahal xde kene mengena langsung ngan motif iklan tu...ntah pape je...tp mmg lelaki kat sane suke cari pompuan kat park ke n kat mane2 lg then die akan bawak blk pompuan tu n tido ngan pompuan tu...kekadang pompuan tu x charge langsung n kalo bayar pun,brape kerat la sgt...
(T_T)
nuh sampai pagi tadi dia dah bantai tido...haha
tadi dia datang umah makan kat sini. alhamdulillah, nampak gayanya, orangnya mudah menyesuaikan diri dgn orang...boleh duduk lama kat sini..siap tolong2 kami masak lagi tadi...alhamdulillah...
dia baru balik kejap tadi...saja je ajak borak, nak kasi jet lag dgn jadual tidonya berubah..kalau tak paksa, 2 minggu pun takleh ubah lagi...:)
zlaa,
Sekarang ni macam-macam tak masuk akal boleh berlaku tanpa diduga...gerun.
+++++++++++++++
maklang,
kat kemaman pun katanya masalah sosial dah makin menjadi-jadi...takut rasa nak hadapi suasana kalut macam dulu .
kak elle,
mungkin jugak pasal bomb tu, my hubby flite dia delay 2x dan tukar gate lagi tu...
children's prostitutes lagi kesian...apa nak jadi ..sedih :(
++++++++++++++
sofie nur,
kalau pompuan yang dah jual maruah , memang rosak segalanya.
wewr,
ohhh ye ke dia makan kat rumah ?? dia memang okay je.... semalam makcik nak ajak rumah tak de orang lelaki besar, pakcik pun sampai rumah 11malam tadi, flite delays 9jam.
Pagi tadi pakcik dan sagol dah bawak nuh untuk daftar kelas, harap nuh gembira di sini.
Thanks for everything :)
Saye pun tak tau la ape nak jadi ngan dunia hari ni.
ni kisah tempat orang.
Di negara kite Malaysia, bace paper ade j kes jenayah, macam2 jenis.
macam mane la dunia bile saye besar nanti.
Dunia nak kiamat.huh.
It is very sad that this industry will never stop as long as there are men in this world who will support such vices ... all for the gratification of their sexual urges.
Some people are gullible because they trust their friends and business contacts. Sometimes we cannot blame these girls because they themselves do not know that they will be tricked.
aritu kawan2 china ade jugak cerita pasal kidnap & sex slave nie..kalau kat china,slalu dorg kidnap budak2..sama ada jadi hamba sex atau ambik organ..seram dengar.
RINA... firstly, very sorry... GAB is out of blogosphere now. It's been sometime since last I bloghop and hardly have any entries in my blog lately. Read as much entries of yours just now.
I am amused with the news of your ZAID will be married soon. Wow... The parents married young and the son follows suit. It explains that your marriage has exemplified as a successful marriage and no hesitant on your son to do the same (at the young age). Congratulations!
I met Hazih Kadir the other day after number of years we didn't see each other. We could hardly recognized each other. I chanced to ask him about his friend in the Middle East and he said yes, Anuar is there.
Have a good life...
saya takut baca cerita macam tu. kalau tak baca - nanti jadi katak bawah tempurung atau seolah tak peduli pula.
harap dan berdoa banyak2 agar allah lindungi keluarga kita dari kemungkaran dunia ni.
k-riey,
Takut nak lihat apa akan jadi pada dunia ini... balik ke zaman jahiliah agaknya .
++++++++++++
j.t.,
It's really annoying when the persons selling the ladies are also women .... they are the worst creature in the world :(
princess,
It's a very sad story to have the children being kidnapped and sold as prostitutes...
take care and don't trust anybody easily there....
gab,
Out of blogsphere ???? Please don't. I enjoy reading all your entries ......
Thanks for the wedding wish but frankly, I never encourage my children to get married young because I've been thru a lot of hardship to start our married life back then...anyhow I'm glad that zaid has found her desired girl and hopefully they'll succeed, InsyaAllah.
You met Hazih ?? hope you didn't tell him about my blog... Oh no !!!! Hazih is as big as my darling now...oh boy , they are huge :P ( I pun sama jugak , same gang !!! )
mama sarah,
Hope you're fine now....
Doa dan usaha ke arah memerangi jenayah berat ni mesti dilakukan oleh semua manusia di dunia ini...
mama sarah,
Hope you're fine now....
Doa dan usaha ke arah memerangi jenayah berat ni mesti dilakukan oleh semua manusia di dunia ini...
Ya, mungkin karena itu
Post a Comment