BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 21, 2007

Cuti-cuti dan Kahwin

Semalam 5 pelajar medic JUST bertandang dan bermalam di rumah . Selepas dinner , kami menuju ke Jubaihah Amusement City , theme park yang pernah I ceritakan dalam entry sebelum ini.

Masing-masing telah bersedia untuk memanaskan badan dan ‘bertarung’ di theme park tersebut…sebanyak 6 permainan yang mereka cuba sehingga semasa menaiki ‘pirate ship’ ada seorang dari mereka berdoa agar janganlah dia ‘mati’ di Jordan..dek kerana terlalu gayat dan takut…..

Malam yang nyaman udaranya dan kali ini kami pulang dengan 2 buah taxi yang telah sedia menanti di luar theme park..tidak seperti minggu lalu terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah sebab taxi tiada kerana telah lewat malam.





Semasa sibuk membeli cenderahati di gerai-gerai yang terdapat di dalam theme park tersebut….tiba-tiba riuh apabila salah seorang dari mereka menerima panggilan yang membawa berita mengejutkan….salah seorang rakan mereka di JUST akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi….berkahwin sesama pelajar medic..heboh dan riuh sekali mereka ….

Setiba di rumah mereka mengadakan ‘perbincangan ‘ tentang kahwin semasa muda , semasa belajar, sesama pelajar…. Masing-masing memberi pandangan tersendiri. Ramainya berpendapat tidak sesuai untuk mendirikan rumahtangga dalam usia yang muda dan masih berada di tahun 1 atau 2 terutama bagi yang mengambil bidang perubatan.




Agak hangat perbincangan dengan masing-masing terkejut dengan pengumuman sahabat mereka (tahun 2 medic ) yang akan berkahwin selepas semester musim panas ini..tidak dijangka dan disangka bahawa pelajar perempuan itu akan berkahwin dengan pelajar lelaki tahun 2 juga. Mereka bimbang sekiranya perkahwinan ini nanti akan memberi tekanan kepada pasangan tersebut.

Bila ditanya pandangan I , apa yang boleh I katakan , I sendiri kahwin ketika masih belajar, sama seperti pasangan tersebut, tahun 2, bezanya I bukan ambil bidang perubatan , satu bidang yang amat berat dan mencabar.I bagitau mestilah pasangan tersebut telah memikirkan masak-masak sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Cuma I katakan harap mereka telah membuat perancangan yang begitu teliti kerana setelah berumahtangga , tanggungjawab makin bertambah dan kerana keduanya masih belajar, hendaklah mereka saling memahami dan berkongsi segala tanggungjawab membereskan urusan rumahtangga, tidak hanya jatuh di bahu si isteri 100%.

I ingat zaman I memulakan hidup berumahtangga dahulu , kami siap menyediakan jadual bertugas, memasak, mengemas rumah , laundry dan setelah mempunyai anak, jadual ‘on call’ malam jaga anak pun ikut giliran. Kami berdua tidak mahu perkahwinan sebagai halangan untuk menimba ilmu seterusnya membawa pulang segulung ijazah yang selama ini menjadi idaman dan cita-cita kami. So, semua tanggungjawab dan komitmen serta tumpuan diberikan dalam membereskan rumahtangga dan pelajaran di bidang masing-masing.

Apa yang pasti, I rasa lega kerana pasangan terbabit adalah kedua-duanya mengambil bidang yang sama, perubatan yang akan bergelar doctor satu hari nanti. Anak I yang ke 2, Safiyyah juga pelajar tahun 2 di bidang perubatan dan memang I selalu juga ingatkan dia jika mahu mencari /menerima pasangan carilah doctor juga kerana pada I hanya doctor yang dapat memahami bidang kerja doctor yang I anggap satu career yang paling mencabar yang sukar difahami oleh golongan bukan doctor…ini hasil pengamatan I selama ini yang mempunyai rakan yang bertugas sebagai doctor dan dari tontonan I dalam siri-siri perubatan seperti ER dan Grey’s Anatomy.

Apapun I ucapkan selamat berumahtangga kepada pasangan tersebut dan kepada 5 girls yang berbincang penuh semangat , yang bila pagi tadi tanya apa conclusionnya ….mereka mengatakan jika sudah jodoh, tiada siapa dapat menepis/menolaknya dan mereka juga berdoa semoga pasangan terbabit berbahagia dan kekal cemerlang dalam pelajaran, Amin.

Tadi Izzat dan kakak-kakak seronok bermain chess dan monopoly…seronok lihat mereka semua riang ,ceria dan gembira…Cuma tinggal 3 hari saja lagi sebelum semester musim panas bermula dan saat riang ria cuti-cuti akan berakhir…mereka baru pulang dari turki trip dan terus bercuti di Amman dan meninggalkan rumah I jam 3 pm tadi….Terimakasih banyak-banyak kerana sudi hadir ke rumah aunty dan jemput datang lagi….Best sembang dengan all of you guys……..Miss you already….

Sebaik saja gang 5 girls from irbid bertolak pulang, I terima call dari pelajar girls di Mu’tah yang dalam perjalanan ke Amman dan mohon permission untuk singgah dan bermalam di rumah I petang dan malam ini…Ahlan wa sahlan dear girls…dah lama tak jumpa, mimi pun tengah happy nak sambut you all…….See you in a few hours…(harap bas cepat penuh !!! )

38 comments:

simah said...

pendapat saya kalau stil belajar memang kena struggle jugak la nak balance hidup kawin n belajar...

tapi kalau pikirkan la balik.. kalau tunggu lama lama pulak takut nanti setan menang dalam ajukan dia buat jahat lagi la naya kan.. semoga pasangan tu akan berbahagia dan berjaya jadi doctor nanti..insyaAllah..

akak..kenapa rumah akak selalu sangat ramai orang datang? just curious.. memang rumah akak ni students punya tempat lepak ker akak?

FabulouswithAs said...

hehehe...terkjot x....1st budak medic tuh kawen..hehe...

mommy said...
This comment has been removed by the author.
mommy said...

huhu ramainye tetamu..mesti riuh rendah rumah..
sekarang nie cam ade trend 'kawin awal'
papepun..jodoh di tangan TUHAN..

silversarina said...

simah,

Memang ada baik buruknya kawin masa belajar, kena ambik yang positifnya dan kena betul-betul faham erti perkahwinan bukan sebab nafsu ....

Rumah akak ni kat amman yang tak ramai pelajar belajar di sini, so bila cuti diaorang datang Amman , adalah ruang yang tak besar mana kat rumah akak yang boleh diaorng datang nak jadikan macam rumah' mak ' masing-masing...kebetulan ada 2/3 orag pelajar tu anak-anak kawan-kawan akak kat malaysia... kira dah kenal dulu...

silversarina said...

asma dear,

memang terkejut bila dengar 'nama' tu.....speechless kejap...rupanya yang lain....hehe.

Tak pe doakan bahagia selalu :)



+++++++++++++++


princess dear,


kawin awal..emmm macam nak dekat je dah....kat amman nilah...

ish ish budak-budak, study study :)

FabulouswithAs said...

tuhla psl..rmai gak org silap org..ish2...xpe2 saba saye lmbt lg..

NURAZZAH8 said...

hahaha...sure terkezut cik Rina kita nih dengar nama tu...!!! Ingat kan anak Pn Azzah !!! Aduish.. Rina...kalau anak I yg nak kahwin tu...I pun tak tercakap apa..ialah sebab kita dah set examplenya kan... tapi yg berbeza bidang pengjian la..Medic nih satu bidang yg sangat mencabar dan memerlukan commitment yg tinggi... I dulu rasa macam main2 jek.. tak lah susah sangat Sains Komputer tu...
tapi masa tgk Nota2 Medic Asma' semasa berkunjung ke Jordan hari tu, hurm...entahlah...I pun tak tahu samada I boleh jadi doktor ke... tak sanggup den tgk nota2 yg bertimbun2 dan buku2 yg tebal2 tu! hehehe....

J.T. said...

It is good that you keep having visitors. Your days are not so quiet and you are occupied.

I cannot begin to imagine the challenges of being a medic student. Like you, I hear the experiences through friends and watch it on TV.

I am sure the couple knows what they are doing. At least they know the studies part. They will learn to adjust to the marriage part. :) I wish them well.

Anonymous said...

sapa yg kahwin tu ye???

k.d said...

K.Rina
Ramai je budak medic kat Dublin nie kahwin masa study. Lagi elok le saya rasa kahwin kalau dah sampai seru! Dithan-tahan nanti susah!

Yang kahwin masa study ada yang dapat anak, ada yang takde anak. Saya respect le ada satu sister nie study untuk final, masa tu ada 2 orang anak...boleh score lagi pulak tu! So itu semua daya upaya sendiri..tak boleh dijadikan kahwin sebagai alsan tak leh nak study. Patut nye lagi jadi motivator..best apa study ngan husband instead study ngan boifren!

Seronok lah K.Rina ye...ramai bebudak selalu datang. Hari tu kata sunyi..ni ha berduyun-duyun datang!

Sunyi lah bebudak tu K.Rina dah balik nanti.

ryosukida said...

slm auntie ina..
amboi,cptnye updet..
kte lom lg updet cter ni dlm blog kte..tgk r i'allah akn diuploadkn sok..neway,tq..i'm really having fun wif u..rindu mak n family kat penang sne..

arZOoo said...

salam..1st time jenguk blog ni..uuuiiii..ramainyer student dtg umah ek..meriah gitu..

The.Libyaman said...

hehe dulu kan di Mafraq, hanya ada 2 couple saja sebelum saya kawin. ramai yg mcm x boleh terima pesal kawin cepat ni. satu jami'ah plak tu. saya pun kawin, 5 hari sebelum Malik Hussein meninggal dunia. tiba2 hari ke-5 tu, 3 couple lain kawin serentak. dan dalam tempoh setahun lepas saya kawin, saya dah jadi saksi kepada 4 couple lain. abis seme org nak kawin.Irbid, Amman & Mu'tah pun sama. sebab dah mudah, tp caranya biarlah rahsia hehe.
cuma kawin masa tu jadi fenomena. di Mafraq agaknya diorang pelik, mamat rambut panjang nie boleh kawin relax aje study and life, takkan aku yg kopiah besar atas kepala nie x boleh hehe. lg pun itu lebih baik kan drpd diorang sorok2 jumpa belakang maktabah, mak bapak pun jauh. mcm2 boleh jadi. seme tu manusia bukan malaikat pun. kalau pun nk jd malaikat, mana boleh hipokrit kan?
tp kawin masa belajar mmg sangat bagus lg plak satu kuliah.buku x payah beli 2 kali,nota x payah fotostat 2 salinan malah sewa rumah utk family pun lg murah. cuma kalau boleh merancanglah zuriat dulu, pandangan peribadi saya lah. biasiswa pun lepas utk 2 org aje kan.lg pun kesian dgn wife. susah kan kak rina, mengandung n bersalin di negara orang nie? lebih2 lg di Jordan. whutever!

NURAZZAH8 said...

saya sokong pendapat K.d dan babazahra,
(ewah...by example lah ni ...)
1) kalau dah jodoh, IA niat yg murni diberkati Allah swt
2) bila dah kahwin, setiap pasangan kena pandailah 'Time Management' - bahagi masa antara tanggungjawab isteri/suami dgn tgjwb sbg student..
3) kena pandai prioritize kerja - mana yg perlu didahulukan
4) pasangan masing2 jadi pendorong utk menaikkan semangat utk lebih tekun belajar/mencapai keputusan yg cemerlang (mcm saya lah dulu kan **wink3.. lepas kahwin dapat grad tak sampai 3 1/2 years)
5) jgn lupa selalu berusaha dan mohon doa kpd Allah swt...

(apa saya nak jwb kalau anak saya call cakap ,"ummi saya nak kahwin!!!???")

The.Libyaman said...

kak azah,
gunakan ayat mak saya dulu2 hehehe
"kau jgn ngado2 nak kawiinn belajar pun belum abiihh laeii tuuu...dulu poei sinun nak belajar apo plak ekau gatal nak menikaahh..kang belajar ontah ke mano kawin pun ontah ke manoooo...pikir lah dulu masak-masakkkk" ...

jgn bagi dia kawin kak (hehehe kepala ada api nie) nnti dia sibuk jaga anak plak. tambah duit lagi nnti nak bawak cucu akak pegi Turkey masa soifi hehe.

Mama Sarah said...

aduh memang perbincangan hangat nampaknya. bab nikah kahwin (munakahat) ramai yang score tinggi masa sekolah dulu. tekun je dengar ustaz mengajar.

setakat theory semua orang boleh dapat markah tinggi - tang practical, belum tentu pass with flying colours.

apa-apapun, harapnya pasangan yg nak berkahwin tu dapat persetujuan dari ibubapa dan menjaga nama baik keluarga.

NBK466 said...

Teringat pesan MIL maso den nak kahwin dulu.."buat perkara yg baik..insyallah tuhan akan permudahkan..."

aNIe said...

Rina...rasanya kalau mereka dah buat keputusan untuk berkahwin pasti mereka dan bersedia untuk memikul tanggungjawab mereka sebagai pelajar, suami & isteri...Moga mereka akan berjaya dalam pelajaran mereka juga...

Seronok ye rina...rumah u meriah dengan pelajar2 malaysia yang belajar di sana...alhamdulillah...murah rezeki u

silversarina said...

asma',

Dub dab dub dab, berdebar ..tapi kalau betul apa salahnya , wish you all the best of luck!!


++++++++++++++++


nurazzah8,

tulah kalau lsh betul anak puan nurazzah tu , boleh jugak I tolong2 siapkan apa yang patut... persiapan sebelum kahwin boleh lah tolong, selepas tu sendiri pandai-pandailah..:)

silversarina said...

j.t.,


Thanks for your wish , they really need it..I think so ... well many people survive, why don't they ??


I'm so blessed having many visitors this week :)


+++++++++++


sweileh family,


Kena tanya orang Irbid...diaorang kahwin di malaysia lepas summer ni.



++++++++++++++


k.d.,

Masa diaorang hangat berbincang memang akak ada bagitau budak medic kat dublin ramai jugak yang kahwin masa belajar and they are doing just fine, sebab kat sini tak de lagi pelajar medic yang kahwin ( 1st batch pun baru lepas konvo minggu lepas )..tu yang jadi heboh jugak.


Akak pun akan rindukan diaorng semua bila balik nanti..ada jugak yang kata tak payahlah makcik balik, rindu...

silversarina said...

faez dear,


Mestilah laju updet tak payah nak tunggu bas( balik irbid )..hehe.

Memang enjoy your company..ada masa datang lagi...


++++++++++++


arzooo,

Thanks for dropping by....minggu ni minggu last cuti tu yang berjalan sakan pelajar2 kat sini, alhamdulillah meriah rumah akak.


+++++++++++++


babazahra',


Memang kira 'wabak' kahwin lah masa tu kat jordan.... kahwin 3 pasang sekaligus, akak dulu pun kahwin 3 pasang sekaligus...

silversarina said...

nurazzah8,

haa jawab jangan tak jawab, asma' tunggu jawapan tu..hehe :)

memang dulu pun rasa memang Allah bantu pasangan yang dah berkahwin , takde yang gagal tapi yang bercouple ke hulu ke hilir ada yang sangkut...banyak hikmah di sebaliknya.


++++++++++++++


babazahra',

dialog tu serupa macam dialog mak mertua akak cakap pada my hubby dulu masa nak kahwin...hehe.

Nurazzah, pandai jelah si babazahra' ni nak jadi batu api... eh ada cucu oklah sebab neneknya masih 'rock', pergi turki boleh dukung cucu naik feri sebagainya...

silversarina said...

mama sarah,

kalau bab kahwin ni memang hangat, those girls yang kat rumah I tu berconference sampai jam 2am bincang bab ni je...hangat betul !


++++++++++++


nbk466,


Wah , bestnya dapat MIL camtu, sejuk hati semua pihak nak mulakan keluarga baru .


+++++++++++++


kak lady,

I pun rasa memang diaorang dah bersedia nak bina masjid dan kekal cemerlang dalam pelajaran , yelah benda besar takkan nak buat mudah je.

Memang rezeki I dapat melayan pelajar-pelajar yang sudi bertandang ke rumah.... rasa rindu bila dah balik malaysia nanti.

Sentuhan Inspirasi said...

salam... sekadar mencelah di tengah isu2 panas melanda Jordan khususnya kami di Irbid... blog mak cik dah jd bacaan harian saya sbnrnya... x sangka pulak masuk pasal majlis walimah saya... banyaknya komen, pandangan dan cerita2... apapun kami mengharapkan doa dari semua agar dapat mengharungi cabaran2 masa depan selepas berkahwin nnt... mungkin insyaAllah bila2 kami (saya dan Asma' bakal isteri saya) ada rezeki bleh ziarah makcik... bukan apa, nak menimba pengalaman... kata nak balik ke Msia? dah x lama la di Jordan ni?

aimanrosli

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

setuju kawin time blaja..

silversarina said...

inspired touch,

Woww... never thought you would appear here...sorry for writing on your wedding story... well, makcik pun tumpang gembira walaupun a bit risau sebab you all medic students yang amat susah belajar but as many yang bagi komen , orang lain boleh buat takkan you all tak boleh...just go for it dear !!

rasanya tak sempat nak jumpa sebab makcik nak balik for good awal sept...maybe before that boleh jumpa..( there's something BIG is gonna happen here in Amman, InsyaAllah )..??????


+++++++++++++++


hazimin,


Ohh setuju rupanya , baguslah... :)

Anonymous said...

salam..
waaaah....aimanrosli nak kawen neh...
jenguk2 ni baru tau...hehehe...

ya, pk masak2...
jangan ingat kahwin ni macam main masak2...

restu keluarga, dah ada. insya-allah, mudah nak dapat restu Allah.

Bidang medic pun bidang org belajar. Mana2 bidang pun ada cabarannya. Yang penting kita kenal diri, kelemahan dan kekuatan kita, dan atasi ia dengan baik.

ai...ckp2 jugak...den entah bila bleh kawen..huhu..

Anonymous said...

I curious juga. Ini org single tanya ni. How is kahwin masa belajar more challenging than kahwin masa kerja? I rasa serupa aja...dua2 mencabar. Betul tak?:)

Bagusnya husband Kak Rina..Boleh buat jadual bahagi2 kerja lagi:)

Anonymous said...

gulp..speechless...

neway..congrate to both of them..klo dh dpt seru tu..mmg xle nk thn dh...

better kwen je la...ad hikmah di sebaliknye..

zlaa said...

Salam. Kawin masa belajar? Entahlah, banyak tanggungjawabnya. I pun kawin masa belajar. Seronok, seronok tapi tak tahannya kalau pregnant (I pregnant selalu teruk2). Tapi, seronok ada teman, boyfriend, sama-sama g library..

silversarina said...

wewr,

Salam..lama tak jumpa... doakanlah sahabat kita bahagia dan berjaya .
Ehhh bila lagi nak makan nasi minyak ni???

Thanks for dropping by dear...

silversarina said...

hazia,

Pada akak bezanya, masa belajar especially masa buat 1st degree, segalanya belum tercapai dan memerlukan pasangan terbabit struggle to achieve perkara paling basic (ijazah) demi masa depan yang cerah.It's like kalau you make a slight mistake , you might have a blur future( ada anak lagi besar tekanannya ).Ketika belajar diri di'taja' , sumber kewangan agak terbatas .Bila berumahtangga ketika sudah bekerja, tekanan agak kurang kerana dari segi kewangan kedudukan sudah agak stabil, jika ada anak boleh diambil pembantu rumah atau menghantar ke taska dan urusan rumahtangga boleh dikongsi bersama pembantu rumah.

Suami akak tu serupa macam suami orang lain yang kahwin masa belajar, memang mereka rajin dan semua berkongsi segalanya termasuk kerja-kerja rumah.....bila dah start bekerja walaupun keduanya bekerja , tak delah ikut jadual lagi... sekarang ni nak rasa makanan masakan hubby pun dah terlalu amat jarang....

silversarina said...

saffaa dear,

Dekat sini pelajar medic baru nak mula kahwin-kahwin..kat sana mesti dah ramai yang kahwin , ye tak ???

kalau dah jodoh nak lari ke mana.. kalau terkena kat you jangan tak bagitau ekkk...hadiah kukirim nun jauh dari kemamang...kepok lekor and sosnya sekali..hehehe.


+++++++++++++


zlaa,


Serupalah dengan I pregnant macam dah tak nak tengok dunia tapi sempat 3 anak masa belajar, bila dah start kerja , jaraknya jauh pulak anak....memang dugaan masa belajar.. nak komplen, sendiri yang nak kahwin... terima seadanya.Bab 'berkepit' ke sana ke mari tu, memang hebatlah , tak kisah dah orang nak kata apa sebab suami kta...best pulak ingat masa muda-muda dan baru kahwin... :)

Anonymous said...

ish,..
mne ad cik ina..
jpa xpecah rekod lg..huhu...
tp rsenye cm ad je xlme lg...huhu
tp..
jgn ckp cmtu cik ina..kang ad org pgsan kt kemaman tu kang..hehehehehe

silversarina said...

saffaa,

JPA tak kisah siap bagi borang untuk diisi....kalau takut orang kemaman mengamuk..maintain single.. berapa lama bertahan ??

Fid said...

bagi saya kalau kawen ketika belajar ataupun setelah bekerja semuanya ada pros n cons.
mereka yg memilih jalan itu perlulah faham tanggungjwp masing dan mestilah yakin dengan diri..insya Allah

silversarina said...

fid,

Betul tu, perkahwinan bukan nya untuk sementara, kalau boleh kekal sehingga akhir hayat dan bertemu di syurga kelak, itu bukan sesuatu yang mudah diperolehi, pastinya memerlukan pengorbanan tahap maksimum...

Thanks for dropping by !!