Tiba-tiba teringat kek kampung suami den , terletak antara Tampin dan Rembau….kampung yang hampir tiada lagi penghuninya setelah hampir kesemua janda yang mendiami kampung ini seorang demi seorang pergi buat selama-lamanya….
Minggu lepas anak I , Zaid yang pulang sebentar ke tanahair sempat melawat kampong suami den dan dia kata dia pun terlepas simpang masuk ke kampong kerana ‘selalu’ sangat balik kampong… rumah Wan (mak mertua I ) zaid kata macam rumah tinggal yang menyeramkan, papan kayu yang nampak begitu usang serta pagar kayu yang hampir roboh tapi yang pelik ada jugak iklan ‘ hotlink’ terselit di celah-celah pagar senget tu. Entahlah untuk siapa iklan itu ditujukan, tak siapa tahu….
Kampung itu yang suatu masa dulu amat meriah terutama ketika musim raya..dalam setiap pagar rumah pasti terdapat bilangan kereta yang sama dengan bilangan anak-anak tuan rumah, malahan lebih lagi jika cucu-cucu turut kembali ke kampong berhariraya.
Namun kini telah hampir 12 tahun rumah itu ditinggalkan hampir sama usia Izzat kerana ketika Izzat masih kecik , ibu mertua I terkena angin ahmar dan sejak itu tiada saiapa lagi tinggal di rumah pusaka itu. Mak mertua I tinggal dengan anak-anak bergilir-gilir rumah dan sekarang manetap di Ipoh…Baru ni bila Zaid melawat Wan , Zaid kata Wan tak ingat dah dia, banyak kali wan tanya dia , “ Sapo ekau ?”…. kesian Wan ingatan pun dah kurang sekarang….
Kami ada juga menjengah maklang walaupun selepas mak sakit, tapi setelah maklang meninggal dunia di tanah suci mekah semasa mengerjakan haji, tiada apa lagi yang tinggal , hanya pusara ayah mertua yang telah pergi sejak sekian lama (my hubby anak yatim ketika berusia 14 tahun ).
Kampung ini banyak mengajar I erti hidup cara kampong yang tidak pernah I rasakan sebelum berkahwin kerana arwah abah adalah anggota tentera dan kami tidak pernah tinggal di kampong dengan suasana kampong . Arwah opah juga telah berhijrah ke Ipoh sejak sekian lama, so tak de kampong dalam hidup kami.
Masa mula-mula pulang ke kampong my darling (balik cuti summer 1985 baru lagi berumahtangga ), I rasa amat janggal kerana makcik-makcik di kampong itu amat peramah dan hampir semuanya datang bertandang menyambut kepulangan kami berdua…..Dengan suara yang nyaring “high pitch ‘ yang menjadi trademark orang N9 , Maklong , Ulong, Mak Ngah, Maklang, Alang , Inok dan ramai lagi tak berhenti menegur dengan laungan :
“ Oh Mak Ngah (panggilan untuk my mertua ), ado Wai (panggilan untuk my hubby) balik ko ??”
“ Oh Wai…bilo ekau balik ?? “
“ Apo koba ekau Wai ??? “
“ Wai, sonyum ekau balik bawak kawan aaa .” ( orang tua-tua sebut isteri tu ‘kawan’ )
“ Oh Wai, apo namo kawan ekau ??? Kawan ekau tu oghang mano ?”
I terkejut sebab makcik-makcik tu yang gelarannya lebih kurang sama, menegur secara ‘menjerit’ dari luar pagar yang agak jauh dari pintu bahagian dapur rumah mak padahal mereka tak nampak pun ada ke tak orang dalam rumah. Mak pulak terus je jawab…”yo….ha ha….macam-macam lagi” balas balik dari dalam rumah…
Yang best my hubby yang selama ni I ingatkan dia moden ( dia pun bukannya duduk kampong sangat sebab pindah ke kampong selepas arwah ayah pencen semasa dia darjah 5 dan selepas tu dia ke SBP ), bila balik kampong dia berubah jadi orang kampong siap cakap dengan accent nogoghi… ini sudah kes naya..kata I dalam hati… I akan dipulaukan sebab amat kurang dapat memahami bahase N9 jika bercakap laju… ambik masa jugak nak sesuaikan diri… I tak suka style kampong… itu memang susah nak ubah…
I tegur my hubby, “ Eh apa you layan makngah, maklong, ulong dan lain-lain lagi, cakap jerit-jerit dari dalam rumah ?”
My hubby jawab selamba je : “ Biasalah kan ni kampong, lagipun makcik-makcik tu semuanya kenal dan baik dengan I . “
Lama-lama makcik-makcik tu pun baik menegur I:
“ Apo koba kau Ina ?”
“ Ina, apo ekau masak aghi ni ? “
“ Ina, Maklong nak poii kilir kojap. “
I jawab tapi masih tak reti nak menjerit, rasa asing dan malu kalau-kalau ada orang dengar, I cuma kata ‘ye’ atau minta my hubby tolong jawabkan…..
Memang makcik-makcik di kampong tu semuanya baik-baik belaka dan hampir kesemuanya janda/balu…..I panggil kampong janda…contoh terbaik menunjukkan bahawa umumnya kaum lelaki meninggal dunia lebih awal dari wanita.
Satu perkara tentang kampong I rasa sukar untuk memahaminya dalam hal menguruskan rumahtangga….contohnya bab masak-memasak. My mak mertua jenis yang semua makanan mesti ‘homemade’ dari rempah-ratus dibuat sendiri dan suatu hari I rasa bersalah kerana tersebut rending minang depan mak.I maksudkan kami(my hubby and I ) beli rendang minang di pekan Tampin di Gerai Makcik Faridah di setesen bas Tampin sebab bukannya makan banyak pun.
Bila mak mertua den donga apo den cakap, terus pagi tu dia suruh my hubby pergi tangkap ayam kat reban dan sembelih, leaps tu disalai, dibuang bulu dan persediaan membuat rending dimulakan dari A hingga Z secara manual. Tiba masa nak buat kerisik dan santan yang kelapanya diambil dari pokok kelapa, mak suruh I ‘kukur’ kelapa dengan alat pengukur .. I terkedu dan senyap dan pandang my hubby..dia buat donno je… I pergi dekat dia dan bisik yang I tak tau nak kukur kelapa sebab mak I tak pernah kukur kelapa, kami hanya beli kelapa yang telah siap dimesin …my hubby kata duduk je dan sagatkan kelapa tu..I pun buatlah dan separuh jalan my hubby tolong siapkan. Mak masak rendang dengan sabut kelapa di luar rumah. I kira proses penyediaan dan memasak rendang seekor ayam mengambil masa lebih 3 jam semuanya….kesian mak…kerana I sanggup dia usahakan.
Kami ‘tersilap’ sekali lagi bila tersebut putu mayam ( yelah waktu dah lebih 2 tahun tak balik ke tanahair )…mak dengar terus dia siapkan bahan-bahannya dan kali ni giliran my hubby ‘tersiksa’ menekan alat putu mayam yang diperbuat daripada kayu untuk menjadikan homemade putu mayam….bukan satu proses yang mudah…baiklah beli aje…
Lepas tu kami berpakat jika nak makan apa-apa usah disebut depan mak sebab kesian kat mak ( my hubby anak bongsu lagilah ‘manja’ nya dia….)
Sebenarnya N9 bukanlah asing bagi I kerana kami sekeluarga pernah tinggal di Kem Sunggala , Port Dickson selama 2 tahun dan I pernah belajar semasa darjah 3 dan 4 di sekolah Panglima Adnan , Port Dickson.. Sekolah yang amat cantik pemandangan jika dilihat ke bawah bukit terdampar selat china selatan, pantai yang cukup cantik dan kami selalu mengadakan aktiviti sekolah di pantai Batu 4 tersebut.
Di awal tahun 2000 I mengikut suami yang ada seminar di PD dan semasa suami berseminar I bawa anak-anak kembali melawat sekolah I dulu…..alangkah terkejutnya I lorong ke sekolah yang dulunya penuh dengan pohon nyiur telah dipenuhi hutan batu, penuh dengan rumah…akhirnya jumpa jugak lorong ke sekolah dan sempat melawat sekolah yang ditinggalkan hampir 17 tahun lamanya (ketika itu )..tiada lagi pemandangan cantik yang dapat dilihat dari bukit di kawasan sekolah…
Siapa sangka I bersuamikan orang N9 dan kini tiba giliran bakal mendapat menantu dan besan dari negeri yang sama….. bak kata pepatah melayu…laksana sirih pulang ke gagang….
( akan bercuti selama 3 hari ....hari ini dalam sejarah...sehari 3 entries... )
Have a nice weekend !!!!!!
18 comments:
teringat dulu kalau kitorg balik kampung dengar ayah ngan org2 lain cakap dialek nogori,ternganga dengar pastu gelak2 same2 sendiri.ntah apela yang dicakapnye.habuk pun x paham.kelakar pun ade dengar dorg cakap
Kelakar bila you cerita pasal makcik2 tu. Kalau I, agaknya I pun jerit sama. I suka makcik2 yg peramah. Awal tahun hari tu, kami ke PD. Sebelum tu kursus di Ulu Sepri. Memang Negeri 9 best tempatnya. Mcm sejuk aja. Kat Seremban, I tengok rumah baru utk dijual affordable. Geram...tapi jauh sangat dari tempat kerja.
I cuma pergi N9 pergi bercuti di PD...sempat gak singgah di Ostrich Farm, tgk burung Unta nih. Yang I suka ialah lomang nogoghi... bila nak balik kpg Johor nak raya, mesti melencung keluar dari highway masuk jalan kampung kek rembau tu nak beli lomang..sodap...
hahaha sehari 3 entries... ni mesti akak boring gila ari ni... :0)
wah nak terimamenantu yea? tak lama nanti akak akan bergelar wan jugak ka?
kampung saya pun mcm tu..esp sebelah mak... yg tinggal cuma orang tua...tapi luckily rumah diaorang jaga baik..tak la usang n what not...the young generations semua masuk bandar...
kampung belah ayah pun tak banyak beza....
akak orang kampung mana akak?
saya punya kat kampung area rembau... entah entah kita reratives hehehe
Hehehe...gelak baca camaner Rina nak sesuaikan diri dengan makcik2 kampung tu...biasalah orang2 kampung camtu kan...kalau kat bandar ni diorang kata 'kepoh aje makcik tu' ...hehehhe...tak boleh terlebih amik tau...
Tapi kak lady suka dengar orang2 n9 kalau berbual...laju aje. Yang bestnya rina...bila diorang buat kenduri...macam2 lauk kampung ade...kak lady suka
Tak lama lagi dpt besan orang nogoghi plak ye...
La, ingatkan 2, rupanya 3 entries.
Masak lomak cili api org nogori is my fav.
I ada pergi kenduri kahwin kat K.Pilah, ramai Albino I nampak. Ada kampung dia org ke kat sana?
dulu setiap kali balik kampung,wan lang mesti tanye "apo kono dagu ekau.jatoh ko?"..skrg dah x dpt dgr soalan tu lagi..
Thanks for you work and have a good weekend
Hi Loveujordan, Wow! I read your beautiful Bahasa, trying to anti-rust my Form 3 Bahasa, ha ha. Took me several minutes ) hey, my otak ta' centre due old age!)to figure out "N9".
Then it struck me, Negeri Sembilan!! Ha ha.
Rembau, Tampin?
I remember those places very well. Used to stop at a Kedai kopi just outskirts of Tampin for kopi (opposite a school) when enroute to Sinapore old days.
By the way, some of the words you mentioned, are they Negeri Sembilan Malay words? Sounds like Kelantan Malay to me.
Keep well, Loveujordan and have a good break. UL.
Rina....lovely entry....:)
walaupun i belum poi rumah sesiapa di nogoghi...tapi bila baca entry rina ni terasa mcm ada di dapor kat kualo pilah ajo....hehehhehe
sayang sungguh naa depa kat soami rina!
idham
I ingat makan kenduri kahwin my friend kat N9 - semua lauk daging kerbau. I tak biasa, tapi bedal aje la...
Yr mak mertua macam my mum la..semua mesti pure. Sekarang dah tua ni, baru la nak short cut sikit2:)
princess dear,
Kalau diaorang cakap laju tu yang payah nak faham..sekarang kira I dah expertlah.. hehehe...
++++++++++
zlaa,
entahlah waktu tu memang rasa kekok sangat nak cakap menjerit-jerit...bila ingat semula , memang kelakar .
rumah kat seremban memang cantik2 dan jauh lenih murah dari KL area...ramai orang commute dari situ ke KL.
nurazzah8,
lomang kek sano memang sodap tapi bila I dah duduk Terengganu, lemang Kijal jugak yang jadi my favourite :)
++++++++++++++
simah,
tulah sayang rumah tu tak dijaga, mak dah tukar nama rumah pada salah seorang dari my in-laws, bila masing-masing duduk jauh, terbiar jelah...
kg omak mertuo akak tak jauh do dari tampin... kat YM akak bagitau ye :)
kak lady,
Ha ah 'kepoh' , that's the word... tapi baik je makcik-makcik ni...taklah sunyi sebab kalau tak kepoh nampak macam kampung tu macam tak de orang je....
tak lamo laii den nak dapek menantu oghang nogoghi...sodap kenduri nanti... lama betul tak makan kenduri di N9.
+++++++++++
mamamia,
kuala pilah adalah contoh kampung N9 ( esp minang ) yang terbaik , dari sudut geografinya ( seperti tempat asalnya di Indonesia, kawasan berbukit ) dan bahasanya yang amat pekat accent negerinya...
Family my hubby tak makan pedas, so tak leh nak merasa the original taste of the hotttttt masak lomak cili padi, kalau akak nak makan akak beli je...baru berdesing ,berasap telinga..yumm, yumm.
dengar kata bakal besan pun tak makan pedas jugak ....hehehe , melopeh laii den nak makan podeh :)
princess dear,
ha ah kan , dh lama tak dengar soalan tu dan takkan dapat dengar lagi...semuanya dah tinggal kenangan je...miss pulak kek kampung tu....al fatihah buat wanlang.
++++++++++++++
david,
you're welcome.....happy weekend to you too ..I wish I could read and understand your blog....
uncle lee,
Hope you won't give up brushing up your bahasa melayu.... I'm talking about my hubby's kampong in Tampin, negeri sembilan which is so different from my 'Ipoh mali girl ' culture...and that bahasa, it's bahasa negeri sembilan, I myself found it difficult to understand especially when they talked too fast(which they always did )..now the kampong is so quiet with no folks living anymore...
++++++++++++
idham,
kalau kelate lembut je kecek, macam bisik-bisik, but N9 ni..jauh laiii dah donga apo sajo .... tak buleh do den nak simpan rahsio.... hehehe...marah pulak orang N9 kang...
Memang makcik-makcik kampung sayang kat hubby sebab dia rajin layan dan tolong makcik-makcik tu masa dia cuti sekolah dulu..but he is a quiet person kalau tak kenal betul memang dia susah nak mesra...
hazia,
N9 memang suka kerbau, dah macam tradisi mereka......
actually , homemade food ni memang baik dan terjamin bersih, yang tak tahan bila nak kena giling tu....blender pun tak nak pakai.... semua tu dah jadi kenangan.... semua alat dah masuk 'muzium'...
rindu suasana di dapur omak masa nak raya.....takkan boleh kembali saat-saat itu...:(
Post a Comment