BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 14, 2007

Jordan Ku Sayang

InsyaAllah awal September kami akan meninggalkan bumi anbiya’ ini untuk meneruskan kehidupan di tanahair. Kata putus telah diambil, I dan anak-anak kecuali Zaid ( akan menetap di Jordan )akan pulang tetapi hubby masih lagi bekerja di timur tengah ini seperti biasa, cuma dia akan pulang ke Malaysia semasa cuti……




Sajak khas buat the Hashemite Kingdom of Jordan yang bakal ditinggalkan dan dirindui..

JORDAN KU SAYANG


Jordan Ku Sayang
Tirai ruang mu terasa baru kelmarin ku intai
Dihayun longlai dihembus bayu dingin
Lantai mu putih di sirami salji sesuci naluri mu
Pepohon hijau merajuk diri entah ke mana
Mekar harum bunga menggamit rasa rindu


Jordan Ku Sayang
Masih utuh khemah Badui di pinggiran bukit
Kambing-kambing berlarian menjamah rezeki
Keldai , unta bersama mencurah keringat tanpa jemu
Si penggembala mengejar bersama rotan kecil di tangan
Abaya hitam kekal membalut tubuh di panah terik mentari


Jordan Ku Sayang
Terdampar damai padang pasir seluas mata memandang
Bukit-bukau ceria di celah hutan batu
Terpacak gagah kota-kota khazanah silam
Petra, Ajlun, Jerash , Jabal Qalaah cermin tamadun mu
Terlalu banyak sejarah terpahat di bumi ini


Sayang Ku Jordan
Bumi mu ini bumi anbiya' meniti dakwah suci
Nabi terpilih tangkas mengharungi onak duri
Nabi Lut, Nuh, Khidir,Harun, Syuaib, Yahya dan ramai lagi
Laut mati tampak sayu mengimbau duka dosa lama
Makam para sahabat pengikat janji haruman syurga sedia menanti
Jordan Ku Sayang
Hari kelmarin kini berlalu bersama syahdu di kalbu
Hari ini damai mu masih terasa mencengkam jiwa
Hari esok dan hari-hari mendatang ku iringi doa murni
Agar Jordan Ku Sayang kekal gagah berdiri
Doaku moga ku akan ke sini lagi
Membuka tirai mu biar jelas terpancar rahsia antara kau dan aku
Nukilan rasa : loveujordan

22 comments:

k.d said...

Oh K.Rina...nak balik dah ke...

Alahai...tak sampai rezeki kita nak jumpa di sana ye...

Sedih tak nak tinggalkan Jordan? Seronok ke rasa nak balik?

Anonymous said...

Askm...

Sedih bila tau akak nk tinggalkan bumi Jordan ini kerana terasa betapa hangatnya ukhuwwah akak n keluarga dengan kami di sini...

Kami doakan akak dapat menjalani hidup yang tenang dan ceria di tanahair nanti.......

Hilang di mata di hati jangan

J.T. said...

Finally going home. A new chapter to begin. All the best to you and the family. There will be lots of packing up, sorting out and re-settling. But you are a strong and independent woman. You can do it.

Nice pictures of Jordan. :)

Kak Elle said...

sayu nya membaca N3 ni...takpe kepulangan mu mmg di tunggu dari org tersayang di sini....for a good reason:)

insya'allah kalau ada rezeki mungkin you akan kesana lagi kot.

Anonymous said...

Salam. Sedih pula I baca coretan kali ini. Nak-nak dengan lagu backgroundnya. Anyway, sekurang-kurangnya dapat pengalaman tinggal di tempat orang.

Anonymous said...

Rina,

Mesti sedihkan nak tinggalkan Jordan. Tak pe yang lebih menarik menanti di Malaysia. allah maha mengetahui.

Semoga kita dapat berjumpa bila you balik nanti. Senang2 drop an email.

The.Libyaman said...

still got time hehehe 3 bulan lagi kak banyak inci sudut Urdun yg boleh dilawati atau "dirasai". kena puaskan hati kalau tidak nanti menyesal. makan kinafah nekmah banyak2, makan kat mat'am kaherah selalu, pegi bundle selalu, beli stok kasut utk 5-6 tahun, register belajar buat mosaic kat madaba nanti balik boleh bisnes, minum kat lubnani kalau terasa haus, naik coaster selalu sebab kt malaysia nnti memang x rasa, berendam dalam bahrul mayyit lama2, jalan kaki dari mujamma' raghadan ke "kawah" atau pun dari masjid hussein ke abdali n last sekali sebelum nak ke airport bulan 9 nanti pegi cari tanah lapang atau bukit2 kat jubeihah atau shafa badran tu n jerit kuat-kuat "Jordannnnnn I Lovvvvvvveeeeee Yoouuuuuuuuuuu!".

NURAZZAH8 said...

Laaaa....I pulak yg rasa sebak baca n3 ni...tambah2 dgr lagu Jamal tu... Anyway...I rasa u should guna masa yg tinggal utk melawat sebanyak mungkin tempat2 yg belum pergi lagi...
Zaid masih ada di sana, so ada rezeki dan masa lain kali IA u boleh datang lagi...atau pun kita datang sama2 nak? *wink3...
I pun teringin nak datang lagi...nak habiskan tempat2 bersejarah Islam dan makam2 para Nabi dan sahabah yg tak sempat nak pergi hari tu....
... give me a call or YM atau emel bila dah sampai Malaysia...boleh jumpa nanti...IA.
....dah start packing? laaa...I teringat u kata hari tuh masa kat kedai souvenir tu... nanti nak balik Msia U nak beli lampu Jordan yang antik tu...yg mcm mak arab tu beli, ingat tak?...dah beli lum?
Eh...hari tuh I terjumpa kat Kompleks PKNS di Shah Alam nih, ada jual Chess mcm kat rumah u yg diperbuat dari marble tu, kalau tak silap dia jual dalam RMseratus lebih... okay tak? Berapa ya u beli kat sana?

NBK466 said...

Aik..dah nak balik ek?? Awat tak stay ajer kat sana? (Bunyi cam org menghalau/tak kasi balik M'sia jerk den nie..hu..hu..hu..)

MAMAMIA said...

Baru berangan nak suruh U jadi my tourist guide bila ada rezeki ke sana..

Anyway, ada bakat terpendam rupanya....

silversarina said...

k.d. ,

Nak datang contactlah Zaid, dia masih di sini.

Sedih sebenarnya nak balik dan 'takut' untuk balik .


+++++++++++++++++


suweileh family,

Wassalam.Akak pun akan pasti terasa kehilangan you all, walaupun jarang dapat bertemu namun mesra tetap dingati..gonna miss you all .

2 bulan lebih lagi , boleh lagi nak enjoy ourselves here :)

silversarina said...

j.t.,

I really like to stay longer, but a big task is waiting for me backhome, I'll let you know when I'm already in Malaysia( I make it my task,nobody forces me !)..still haven't done any packing yet... I'll shop ,shop, shop,then only pack, pack, pack...


++++++++++++

kak elle,

Ha ah, kak elle faham kan kenapa I kena balik...semalam I bagitau Izzat 10 tahun lagi nak datang balik nak meminang si Manal untuk izzat...marah izzat :)

silversarina said...

zlaa,

Akak buat n3 ni sambil nangis, entah lah sedih betul nak tinggalkan jordan ni, pengalaman yang sukar dicari....


+++++++++++


ummi,


Ketenangan tinggal di sini takkan berulang di tanahair sebab mesti hidup busy, busy , busy nanti.. I'll reply your email soon, Thanks.

silversarina said...

babazahra',

Panjangnya 'to do' list..takut pulak , macam nak 'pergi' je ...hehehe.

kinafah ....yeap

mat'am kaherah....yeap

stok kasut bundle ...yeap for izzat

belajar buat mosaic di madaba... nope, tak minat

minum jus..... yeap

naik coaster... emm kena fikir jugak ni, nak naik tak...nope

berendam kat bahrul mayyit.... sebenarnya akak tak pernah jejakkan kaki dalam air laut tu selama ini.... so nak mandi sebelum balik...yeap

jalan kaki jauh tu.....nope, tak nak, sakit kaki den

pegi shafa badran jerit 'Jordan I love u"........mesti buat, kawasan tu memang elok untuk menjerit kuat-kuat......yeap...

Thanks bagi to do list before bid farewell...sedih betul ni... :(

( dah dapat barang tu ke ?? )

silversarina said...

nurazzah8,

sedih kan, you yang datang kejap pun dah terpikat dengan jordan, ni pulak I..but I really have to be back in Malaysia... nanti kita pakat datang lagi...

tak shopping apa lagi, tunggu lepas pergi holidays julai nanti baru nak packing, that lamp, ingat lagi , baru ni dah terpikat yang lain pulak...nanti baru buat decision nak beli yang mana.

Marble chess tu kalau RM seratus lebih oklah harga tu tak jauh beza pun kat sini, I beli kat jerash , Rm90.

silversarina said...

nbk466,

Kalau ikutkan memang nak stay kat sini selamanya.....apo nak buek, life den di sini hanya sampai di sini... nanti I nak join you makan satay samuri dengan zino...jangan tak kasi I balik pulak ekk.... hehehe.


++++++++++++++

mamamia,

No problem , tour guide zaid tu sentiasa ada ( dia buka tour and travel )..datanglah, lots to discover.

Puas nak karang . tak menjadi sajakku, hanya ayat2 tergantung :P

SoFie NuR said...

waa..waa...sedihnye...nk blk msia dah...ehmmm...

nmpaknye thn ni last la blk cuti summer kat jdan...(T_T)

silversarina said...

sofie dear,

oklah tu boleh balik bercuti sini lagi tahun ni, tahun depan, balik kampung kemamang lah..see you soon !!

Anonymous said...

Alamak, cepatnya, Kak Rina.
Takde can la nak melawat kat sana nampaknya....hehe...

silversarina said...

hazia,

I have to be back, but we can together later...InsyaAllah.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya dari masa ke semasa rajin juga membaca catatan di blog Puan Rina ni. Tak pernah nak comment apa-apa, syok membaca je. Tulisan yang dihidangkan terutama tentang Negara Jordan dan kehidupan orang di sana membuat hati saya teruja.

Oleh itu semasa buat umrah dari 26 Mei - 15 Jun baru ni saya memilih pakej melawat Jordan. Ustaz yang bawa kami pernah menuntut di Jordan so kira oklah tempat-tempat yang di bawa bersama pemandu pelancong tu. Nampaknya berkesan juga blog puan untuk menarik pelancong.... Duta Jordan he he

Saya terpanggil untuk respon kepada entri yang ini kerana senario di atas dan puan pula akan pulang ke Tanah Air tak lama lagi. Apatah lagi entri itu di adun dengan sajak "Jordan Ku Sayang". Waduh...

Selepas habis umrah dalam perjalanan pulang, kami khusus mengambil tour package sekitar Amman untuk mengisi masa transit yang panjang. Penghujung lawatan,kami di bawa ke "Mecca Mall". Secara dekat kami dapat perhatikan kehidupan orang Jordan yang seperti orang Barat juga tu. Hemm...Dari Mecca ke "Mecca Mall".
Keseluruhannya lawatan singkat kami itu menarik dan "membuka mata".

Itu lah sedikit catatan saya, Dan saya ucapkan selamat pulang ke Tanah Air. But i'll miss ur writings then.

silversarina said...

ibnusabil_penang,

Terimakasih meninggalkan jejak di sini.

Mecca Mall masa first I pergi situ memang cultural shock, it's where those elit arabs do their shopping and most of them are from other arab countries especially from Emirate and Lebanon (summer holidays )...memang mereka amat berbeza dengan jordanians umumnya.

Glad that you had a great time visiting Jordan .

Sayang tak bagitau masa datang , boleh jugak I belanja makan kepala kambing di Cairo Restaurant :)