Petang tadi tetamu kelmarin telah pun pulang , terasa agak sunyi kerana tiada lagi kedengaran suara rengekan manja baby syamil yang comel ( my ‘cucu ‘ )..mimi agak muram petang tadi kerana dia begitu riang bila baby syamil hadir dan tidur di rumah kami malam tadi. Semoga baby syamil datang lagi lain kali….
Entry kali ini ingin I ceritakan sambungan pengalaman yang memberi makna yang amat mendalam pada diri ini semasa mengerjakan umrah suatu masa dahulu…….
Selalunya selepas selesai menunaikan umrah , I duduk di hadapan kaabah sambil memerhati scenario yang terpampang di depan mata. Hati terus terusik dan air mata mengalir perlahan apabila melihat betapa ramainya manusia yang hadir menyerahkan diri beribadat kerana mahu mendapat redha Allah swt. Selama ini kadangkala kita rasakan hanya kita yang mahu syurga Allah, tapi rupanya berjuta lagi manusia yang mengimpikan ganjaran syurga dari Yang Maha Esa.
Mereka datang dengan pelbagai wajah, warna kulit dan dari berbilang kaum dan bangsa. Tidak cukup dengan itu mereka datang dengan sifat yang sempurna dan yang paling menginsafkan diri bila tawaf bersama jemaah yang tidak sempurna sifat. Kita berjalan dengan kaki , mereka bergerak hanya menggunakan tangan dan ada yang mengesot dan merangkak . Terasa di kala itu betapa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan insan istimewa itu kerana walaupun tidak sempurna sifat mereka , mereka masih lagi mampu melakukan ibadat lebih hebat lagi dari diri ini.
Di malam terakhir di masjidil haram I bersama anak-anak melakukan tawaf sunat dan semasa sedang tawaf , tiba-tiba seorang lelaki jatuh terbaring di depan mata kami. Sekelip mata beberapa orang yang lain datang melihat. Datang seorang perempuan ( Iran dari cara berpakaian ) terus berkata ,” I’m a doctor”…. Seketika kemudian jasad lelaki itu diangkat pergi meninggalkan kawasan tawaf dan kami hanya mendengar bahawa lelaki itu telah meninggal dunia.
Tersentak seketika dan tiba-tiba terlintas di kepala…alangkah baiknya menemui ajal begitu…sedang tawaf dan meninggal ketika jasad begitu hampir dengan kaabah… I tidak pernah terfikir dan tidak pernah terlintas untuk menemui ajal sebegitu baik… sedang beribadah dan di hadapan ‘rumah ‘Allah….
Peristiwa di Mekah banyak menyedarkan I bahawa jangan ingat diri sendiri sahaja yang melakukan yang terbaik dalam beribadat, bandingkan dengan jutaan insan lain yang amat jauh lebih banyak dan tinggi nilai ibadatnya Jangan dibangga dengn jumlah berapa kali umrah dan haji yang telah kita lakukan kerana jumlah tersebut tidak memberi apa-apa makna jika tidak disertai dengan rasa insaf dan ikhlas dalam melakukannya.
Pernah ketika di Tanaiem I disapa oleh seorang wanita senegara berlainan group umrah. Dia bertanya dah berapa kali I datang ke Mekah… I kata itu kali pertama … I diam je lepas tu ( memang I kurang mesra jika tidak kenal siapa dia )..tiba-tiba tanpa ditanya wanita tersebut bersuara semula…” Saya ini kali ke 8 datang ke Mekah . “…. I Cuma jawab ..”ooo “… Kemudian wanita tersebut menegur pula sahabat I yang baru keluar dari masjid di Tanaiem itu dengan soalan yang sama dan memberitahu my friend juga itu adalah kali ke 8 dia sampai ke Mekah….I yang tadi hati masih baik…( oo baguslah dah banyak kali ke mekah )..pada waktu tu dah jadi ‘jahat’ sedikit….dalam hati berkata “ So what, 8 kali, kenapa nak menunjuk ke…I masih muda ketika itu dan memang patutlah itu kali pertama I menjejakkan kaki ke Mekah dan that lady nampak macam 12-15 tahun lebih senior dari I, so memang patutlah kalau dah 8 kali ke Mekah…”…jadi jahat pulak hati ini ..mungkin dia tak mempunyai maksud apa-apa, hanya sekadar memberitahu…
Difikir kembali…jika jumlah umrah menjadi sukatan tingginya darjah ibadah seseorang, beruntunglah tok-tok arab yang tinggal di mekah , dapat 24 hours beribadat di masjidil haram dan tidak terkira jumlah kalinya mengerjakan umrah dan haji….
Apa yang pasti, setiap insan bertanggungjawab atas apa sahaja yang dilakukanya dan jika semuanya disertai dengan niat yang ikhlas , itu semuanya dikira ibadah , tidak kira di mana sahaja…ALLAH TETAP ADA…….
Tuesday, June 12, 2007
Usah Dihitung Jumlahnya........
Posted by silversarina at 9:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Betul kata K.Rina tu. Allah ada di mana-mana selagi kita ingati Dia.
Apa pun kita buat, memang kena niat ikhlas. Kalau niat ikhlas tu, semua benda buat jadi senang dan bukan satu beban.
Saya tak boleh nak bayangkan perasaan hati bila di Mekah. Orang boleh cerita tapi macam mana pun bila kita di sana, kita sendiri yang merasai nikmat nya.
Apa yg kita lakukan walau pun sebesar kuman diketahui oleh Allah swt, samada kita ikhlas atau tidak, itu semua antara kita dgn Allah swt.
Mmg I pun tak dpt bayangkan lagi bgmn perasaan dan pengalaman berada di hadapan rumah Allah, setakat dgr cerita org, InsyaAllah sedang berusaha menuju ke arah itu, semoga dimurahkan rezeki dan dibuka peluang...Amin.
harapnya saya juga akan tiba ke tanah suci Mekah satu hari nanti.
:) niat dan usha ihlas untuk ketanah suci Mekah insyAAllah akan termakbul....Allah maha Mengetahui dan Maha Pemurah!
Dari apa yg saya tahu...pengalaman orang yang datang ke Mekah dan Medinah untuk beribadah berbedza2 dari seorang ke seorang lain. Terpulang ke atas niat dan dialogue didalam diri masing2.
Airmata yang mengalir itu Rina....semoga menjadi manik2 dan mutiara di syurga...
seronok saya baca dialogue dalam diri Rina itu....penuh keihlasan.
Biarlah kakak itu dengan dialogue nya sendiri - mungkin kita sendiri belum mengetahui kenapa beliau bersikap demikian....but i am quite sure, there is a reason!
abg id.
Rina,
Memang tak terkata nikmatnya dapat berdiri di depan kaabah.
Betul kata you, walau pun kadang2 kita nak berniat baik tapi dalam hati kita ni ada juga niat jahat yang berkata2. Bila kata2 jahat tu datang I cepat2 istighfar..
Dah dekat tu tak nak buat umrah lagi ke?
Just wanna share what this Kakak Pattani yg duduk di Mekah cakap kat I masa buat Haji dulu. Di tanah suci, memang la pahala 7x ganda, tapi dosa pun 7x ganda. Ada org yg tinggal di Mekah tapi sembahyang tak penuh pun. So, dekat tak bermakna lagi banyak amal ibadat. Betul tak?:)
k.d.,
Nak terangkan perasaan di mekah, memang kena rasa sendiri but all I could say, rasa yang tidak boleh dirasai selain berada di sana.....
+++++++++++
nurazzah8,
Betul tu, Allah Maha Meliihat dan Maha Mengetahui.
I turut doakan agar you dapat melihat kaabah secara live dan you pun doakan I dapat buat haji ye...InsyaAllah.
mama sarah,
InsyaAllah akan sampai jua , usia masih muda, masih banyak peluang lagi.
+++++++++++++++
idham,
Terasa jahat nya hati ni, dah lepas niat ihram pun, masih sempat nak mengata orang , nak menghakimi orang..... lepas tu nangis mintak ampun , orang nak syurga kita pun nak syurga , orang hati bersih, kita hati berkarat.... :(
I'm sure you dah alami lebih dari 1001 pengalaman berada di tanah suci...
ummi,
Waktu mengata kakak tu dalam hati , bila teringat balik, hati masih kata, kenapalah I jumpa kakak ni, buat spoil niat umrah I je...jahat lagi hati ni..
I tak boleh pergi umrah/haji dari sini sebab visa I visa pelancong, kena ada PR baru boleh pergi , itu ikut nasib sebab kadang-kadang ada yang tenghari nak bertolak, pagi baru tau dapat visa ke saudi...tak merasa nak pergi, kalau tak mudah and murah teramat sangat.
++++++++++++++
hazia,
Ha ah ye, kaabah depan mata , solat pun tidak.... pokoknya ibadah kena datang dri hati yang suci, barulah pahala berganda.
Berharap semoga ada rezeki saya,suami dan anak2 akan ke sana...
ikhlas itu penting walau di amana jua kita berada..terharu membaca n3 kali ini..
Askm...tahniah & tumpang gembira, terharu bila baca entry akak. Agaknya bilalah dapat kami sekuarga sampai ke sana. Doakan ye.
kak Rina...beruntungnya mendapat peluang sebegitu...saya membaca entri ini juga terasa sebak... saya berdoa semoga saya juga mendapat peluang seperti kak Rina...untuk ke rumah Allah menjadi tetamuNya...insya'allah...
Terima kasih kerana singgah di blog saya Kak.
Alhamdulillah, kerana akak sudah menjejakkan kaki di sana. Semoga ada keberkatannya. Mungkin selepas ini panggilan haji pula :)
[Saya cuma geli-hati dan agak sinis bila ibadah menunaikan umrah ini dijadikan semacam pakej pelancongan oleh sesetengah artis negara kita..... Sayang.....]
faizabelle79,
Ada rezeki nanti sampailah you and family ke sana and those incidents in the holy land are still vividly in my mind.
++++++++++
suweileh family,
Wassalam. InsyaAllah akak doakan tercapai hajat ke Mekah.Thanks for dropping by.... (mana blog nya ekk , try masuk takleh )
raden galoh,
Memang setiap orang yang ke mekah akan ada cerita disebaliknya yang menginsafkan diri, InsyaAllah you akan dapat ke sana.
Terimakasih kembali kerana bertandang ke sini and I kagum dengan ketabahan you dalam menempuh ujian Yang Maha Esa.
Take care dear !
++++++++++
blackpurple,
Terimakasih kerana mendoakan agar akak dapat naik haji pulak.
Tentang artis 'melancong' ke mekah, kita doakan semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan jadikan umrah sebagai ibadat bukan setakat ziarah , shopping dan menjadi bahan hiburan santai dalam media di tanahair.
Post a Comment