BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 19, 2007

Qala'ah ar-Rabat.........AJLOUN Castle

Masih ada beberapa lawatan dan perjalanan yang belum I masukkan sebagai kenangan pengembaraan di bumi anbiya’ ini.





Kali ini perjalanan ke Qala’ah ar-Rabad atau lebih dikenali sebagai Kota Ajloun.



Bandar Ajloun terletak 50km dari Amman dan kota ini jelas kelihatan di atas sebuah bukit yang ketinggiannya mencecah 1250m dari paras laut dan musim sejuknya bersalji (beberapa kali semusim ). Kota Ajloun terletak 3km dari Bandar Ajloun dan ia dibina oleh panglima Izzudin Usamah iaitu panglima utama di bawah panglima terunggul Sallehuddin al-Ayubi. Panglima Izzudin terkenal sebagai panglima yang hebat disebabkan beliau berjaya menguasai jalan perdagangan antara Syria hingga ke selatan Jordan pada ketika itu.



Tujuan kota ini dibina ( dibina tahun 1184 ) ialah untuk mengintip pergerakan tentera salib dan sebagai kota yang menguasai lombong besi di pergunungan Ajloun yang diusahakan untuk menghasilkan senjata.


Pada asalnya kota ini mempunyai empat menara di setiap bucu. Di setiap bilik tentera kota ini terdapat lubang sempit untuk tujuan memanah. Al Malik Adil, saudara panglima Sallehuddin mengambil alih kota ini di antara tahun 1198 hingga 1218 . Kota ini kemudiannya diperintah oleh Muazzam Isa dan beliau menambah satu lagi menara di bahagian barat daya kota ini.


lubang tempat memanah dan 'bom-bom' diperbuat daripada tanah liat dan besi


Selepas perang salib, sebahagian kota ini telah roboh dan dimusnahkan oleh tentera mongol dan ianya kemudian dibina semula ketika pemerintahan kerajaan Mamluk oleh Sultan Baybars. Pada abad ke 17, kota ini dijadikan penempatan tentera oleh kerajaan Turki-Uthmaniyyah .





Kini kerajaan Jordan menjadikan ia sebagai salah satu lokasi sejarah utama bagi negara Jordan..

24 comments:

J.T. said...

I love to look at old ruins. Those buildings remind me of some ancient ones I have seen in Europe.

This person you mentioned - Al Malik Adil, relative to Sallehuddin. Is this Sallehuddin the famous warrior depicted in that movie "Kingdom of Heaven"?
Very interesting to be in a place where history is so alive.

Lee said...

Hello Loveujordan, I remember reading history books about 'Sallehhuddin' the great warrior.
Wa, so he built this 'Ajloun Castle', huh?
One thing about the middle east, its so full of history.
Here we have a lot of Middle East people, from Persia or Iran, Iraq, Jordan, Egypt, to name a few and I enjoy chat with them learn about where they come from.
I love history and old school days, this subject tentu score easy 95% or distinction, ha ha. UL.

silversarina said...

j.t.,

Whenever I'm at any historical site that involves the history that I've read or learned , I'll visualize the stories behind it...most of the time I'm so touched.

Yes, Sallehuddin /Saladin was the warrior depicted in the Kingdom of Heaven.

He is among the greatest /bravest warriors in the Islamic history.

silversarina said...

uncle lee,

So, you are also familiar with Salehuddin the great warrior...

He didn't build this ajloun castle but another warrior , Izzudin Usamah did and Izzudin was a relative to Salehuddin .

silversarina said...

uncle lee,

Living with people coming from the Middle east and Iran , I'm sure you have more understanding of the islamic/world history ... I didn't really like history and at my time , we only learned the malaysian history for 3 years, Form 4 no more history lesson because I was in the Science stream. However, after living in Jordan with so many historical sites that I have the opportunity to visit, I 've started to love history.

Have a nice evening !!

J.T. said...

Sarinah

I wanted to be sure of that fact first before I said this - I admire Saladin. Following that movie, he fought with honour and gave respect where it was due. It is one of my favourite movies. I like the actor who played Saladin too (forgot his name). :)

maklang said...

seronok dapat pergi kat tempat2 bersejarahkan...

thank you for sharing...

NURAZZAH8 said...

hurm...terbayang-bayang sewaktu menjejakkan kaki di kota tersebut...

zlaa said...

Salam. Banyak juga tempat-tempat bersejarah di sini. Tapi, bagus-lah dia orang really appreciate dan simpan tempat-tempat ni

silversarina said...

j.t.,

The actor was a famous syrian actor , Ghassan Massoud and with him acted as Saladin it was absolutely fantastic..


++++++++++++


maklang,

Tak habis nak lawat ,banyak sangat dan memang diaorang pelihara/pulihara tempat-tempat sejarah ni.

silversarina said...

nurazzah8,

Memang menakjubkan kota ajloun ni, berapa kali pergi pun masih tak puas rasa...


++++++++++++


zlaa,

Salam. Tu yang bagusnya , tempat-tempat bersejarah masih dijaga , dapatlah kita menjiwai sejarah itu sendiri.

Kak Elle said...

veri interesting....ntah sampai tak ke tempat ni...thanks for sharing:)

zino said...

banyak bangunan bersejarah di sana..

Unknown said...

:) gambar anak dara awak tu posing bersilang kaki tu...adusss manisss dan cuteee nya dia!!!!!

idham

victoire said...

Lama tak jenguk sini, hehe.
Nak sangat singgah Jordan. mesti best kan negara Islam.
Nak makan pun senang, orang Malaysia pun ramai.
Anyway, baca entry sebelum ni pasal sifat baik orang arab.
Abah saya pun cakap mereka sangat muliakan tetamu macam Nabi S.A.W dulu.Dia pernah ke UAE.
Tapi katanya mereka kadang2 suka membazir, betul ke?

blackpurple @ jowopinter said...

Walaupun kota lama itu bukan yang asal, dibina semula tapi nampak sungguh klasik. Saya tertarik senibinanya. Orang Islam dulu-dulu memang genius dalam membina kota-kota.

:)

Mama Sarah said...

Selalu rasa amazed dgn ancient construction. macamana diaorang bina huge building angkat batu batan... tak boleh nak bayangkan.

p/s: gambar pertama tak berapa jelas. komputer saya sahaja kah?

gambar ke-2, ada A B C D - apa ceritanya ya?

Anonymous said...

Cukup hebat kesan tinggalan pertahanan kerajaan Islam satu ketika dahulu.. Islam telah bertapak lama menguasai dunia dan belum sampai 100 tahun lagi sistem khilafah telah dihancurkan.. bila lihat kehebatan binaan Islam sebegini semoga adanya semangat dalam diri kita untuk lihat Islam kembali menang..tidak ditindas. tidak dipijak. tidak disepak.

silversarina said...

kak elle,

Nanti ajaklah Kam melancong ke sini pulak.


++++++++++++++


zino,


Tak terhabis nak melawat tempat bersejarah kat sini, semuanya terhidang di depan mata, mengimbau sejarah silam.

silversarina said...

idham,

Budak-budak kecik memang pandai posing, macam lah your son jugak, cute :)


+++++++++++++++


k-riey,


Ada peluang datanglah, students malaysia ramai di sini. Tentang membazir tu memang pun diaorang suka membazir, ada aunty tulis dalam entry 'kisah pelik tapi benar di jordan '.

thanks for dropping by :)

silversarina said...

blackpurple,


Kagumkan dengan senibina mereka ?? memang hebat, dan mereka memang baik-pulih bangunan sejarh silam.


+++++++++++


mama sarah,

gambar tu memang blur dan yang ABCD tu ada maklumatnya , akak ambik dari internet dah tak ingat pulak kat website mana...

silversarina said...

hazimin dear,

Betul apa you kata, kadangkala terfikir betapa hebatnya pemerintahan masa dulu tapi kini ditindas dan lenyap kehebatannya... timakasih di atas segala maklumat dan penerangan tentang tempat2 bersejarah di bumi anbiya ini....

Thank you for being here :)

Fid said...

cantik! and model yang kecil molek tu cute comel lote...

silversarina said...

fid,

kalau letak model XXXL , Ajloun castle pun nampak tak berselera nak melawat...hehehe.