BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 06, 2007

Today and Yesterday

Pagi lagi I dah siapkan bekal makanan untuk mimi dan izzat untuk dibawa ke sekolah. Biasanya hanya Izzat sahaja yang bawa bekal tapi hari ini I paksa juga mimi bawa bekal bread&cheese sandwich sebab dinner semalam dia hanya mahu chicken soup sahaja….So I takut dia akan kelaparan bila tiba waktu rehat di sekolah nanti dan hari ini pun masih lagi dalam minggu peperiksaan.

Minggu ini mimi tidak mahu beruniform ke sekolah kerana menurutnya kawan-kawan arab semuanya tak pakai uniform dah ke sekolah ….tinggal 4 hari saja lagi sekolah sebelum summer holidays( cikgu tak kisah sebab taska)…Pagi tadi dia nak pakai skirt dan t-shirt sahaja….. terpaksa pulak menggosok skirt pink dan t-shirt pink serta jeans biru untuk dipakai ke sekolah. Tersenyum dapat jugak dia mengenakan pakaian yang dimahu , t-shirt, skirt serta tali pinggang pink yang dibeli oleh sofie di Ukraine tahun lalu dipadankan dengan seluar panjang jeans serta rambut diikat dengan getah pink&kuning… siap dia kata “ Thanks Mom”…(sekarang tengah praktis …English with mommy…Arabic with abang Zaid and arab friends, Bahasa Melayu with Izzat… itupun ikut mood dia… ada hari dia memang nak gunakan English, bila I tercakap melayu, dia pulak tegur…” You speak English Mom”…. Kalau hari mood tak baik, I cakap English , dia pulak cakap..” You speak Malay, you speak malay !!.“…baru ni ada kawan arab dia cakap arab dengan I, mimi pun bisik kat kawan dia..I tanya mimi apa yang dia bisik, dia kata…” cakap English, mak saya taktau arab ( in arabic )…”…..yang untungnya budak kecik jugak, cepat je dapat pelajari bahasa……. I plan nak masukkan mimi ke SRJK (C) bila pulang ke Malaysia nanti…itu projek dari sebelum mimi lahir…. Biar dia fasih berbahasa mandarin dan kantonis , amat berguna buat dirinya kelak, InsyaAllah. Doakanlah agar “Beijing Project “ ini dapat dilaksanakan, jika jadi kami pulang ke tanahair tahun ini bermakna cerah masa depan projek ini akan terlaksana……




*************************



Petang semalam dalam kemalasan yang teramat sangat nak ke pasar membeli grocery yang dah semakin kurang….nak suruh Izzat dia sibuk mengulangkaji pelajaran untuk final exam yang tinggal 4 hari saja lagi untuk tamat… so, I ajak mimi pergi sekali ke Safeway di jubaihah, safeway yang paling hampir dengan rumah yang telah sekian lama tidak dikunjungi kerana dahulu amat kurang barang di dalamnya…..So off we went by taxi…

Masih serupa seperti sejak lama dahulu, tidak banyak barang tidak seperti safeway di 7th circle yang ada pelbagai barangan…. I pusing-pusing beberapa kali ..belilah apa yang ada ….dari rumah ada terdetik nak beli nenas sebab dah lama tak makan, bila tengok harga nenas kecil yang tak berapa fresh sampai JD2.4 =RM12 terus hilang selera..mungkin bukan musimnya sebab yang ada pun hanya 2 biji dan selalunya tak sampai JD2 sebiji dan jika masih segar ok jugaklah … Benda yang boleh ditangguh, baiklah I tangguhkan, lagipun I sorang je yang teringin….

Semasa tunggu nak beli donut di kaunter cake&pastry, I letakkan my trolley dekat satu shelf sebab nak jengok-jengok roti di situ, tiba-tiba datang this arab guy terus ambik trolley I yang separa penuh dengan grocery items dan tolak my trolley seolah-olah trolley tu dia punya…. Nasib baik I sempat nampak dan cepat-cepat menuju ke arah dia dan kata , “ Excuse me, this is my trolley…. “ Dia pun melihat ke bawah ke dalam trolley dan terus kata…” Oo Sorry, sorry…” sambil tersenyum dan patah balik mengambil troilley dia yang diletakkan berdekatan dengan my trolley di cake section dan trolley dia baru ada beberapa items di dalamnya….Mimi and I nak tergelak pun ada tapi buat selamba je…kami cuma senyum je….

Waktu dah keluar dari safeway, satu hal pulak nak kena cari taxi…biasanya jika ke safeway di 7th circle pekerja safeway akan tolong carikan taxi … I tanya pekerja di situ di mana I boleh dapatkan taxi…dia jawab susah nak dapat taxi di situ…dan setelah menanti 5 minit dan semua taxi yang lalu di laluan luar(jalan besar ) semuanya penuh…. Akhirnya I guna ‘talian hayat’ ….. call izzat di rumah suruh dia datang dengan taxi ambik I sebab kawasan rumah I taxi anytime je ada…. “ok’ dia jawab dengan suara yang sungguh garau ( eeeee dah jadi ‘man’ anak I ) I cakap dalam hati……

Tak sampai 8 minit izzat tiba bersama ‘taxinya’ dan kami pulang bersama dalam taxi yang sama….

I buat keputusan tak nak dah beli grocery di safeway jubaihah…tak berbaloi…kurang barang dan susah transport…….




12 comments:

mommy said...

huhu dah 'man'rupenye adikkuyang sorang nie..dulu suara budak2 je.kite jugak yang berubah2 suara..heh heh
memang x best kalau pegi safeway jubaihah tu.kalau naik tingkat 2 lagila..dahla orang x de.cam kedai tu kite yang punye..^_^

Anonymous said...

hish....hisy
jgn lah berpatah arang berkerat rotan plak ngan saveway.

Jom pakat pakat beli kat sweileh.

Anonymous said...

Askm...

Ari ni sungguh sedih....Keith dah kena bakar dlm Hell's Kitchen. SEDIH WO. Ingatkan dapat bertarung ngan Heather.

Virginia gak pandai.Pura2 sedih depan Chef Ramsey. Pandai sunggohhhh.

Ape2 Virginia kat sini lepak jer kat umah. Chef Ramsey dah kuar pagi2 buta.

Good luck 4 Izzat n Mimie

silversarina said...

princess dear,

Ha lah dah jadi anak bujang... dah bermisai ooo...jangan berjambang umur 15 dahlah...hehehe...semalam nak naik atas pun tak de mood... beli barang kat bawah je...


++++++++++++++


anonymous,


Kat sweileh takde safeway... hehehe.


++++++++++++++


anonymous,


Yeah habis dah semua guys kalah, yang unggul hanya chef ramsey...

Chef ramsey sweileh perasan 'sexy' tak ???

virginia ni berpakat dengan chef ramsey....tak aci...

have a nice relaxing day, virginia !!

Mama Rock said...

wei, shopping jauh-jauh pun tak ada barang? kengkadangnya memang jadi cam tu tapi at least now you know :)

FabulouswithAs said...

amboi2 mimi...dgn kasma senyap je ek!!mcm ade emas dlm mulut nk ckp..hik3...siap ko mimi~haha....

NURAZZAH8 said...

anak I yg sebaya Mimi pun punya lah keletah cakap, speaking English je memanjang, kekadang abg2 pun tak tahu nak jawab.. hehehe...

pasal shopping pulak... kat Shah Alam dah berlambak shopping kompleks... yeah..takyah pergi shopping kat KL lagik!! (I hate traffic jam kat KL)
Nak shopping groceries, ada GIANT(3 tempat lagi, sek 13, sek 18 dan sek 9), TESCO dan MAKRO. selain tu berlambak kedai2 runcit disetiap seksyen. Nak shopping barang2 lain, yang paling antik ialah KOMPLEKS PKNS, lepas tu ada Shah Alam Mall, ada Plaza Alam Sentral (kami panggil PAS!), yg baru setahun siap SACC (Shah Alam City Center), ini tempat shopping high class sikit..semua kedai branded ada kat situ. To name a few, Bonia, BritishIndia, Gulati's(jual kain silk), Rococco,Belle, Secret Recipe, etc.. dan yang paling terbaru (baru sebulan bukak) ialah ANGGERIK MALL.... senang nak cari barang...cuma wawawa... fulus pulak tak cukup nak gi shopping!!!
Window shopping aje lah nampaknya...

blackpurple @ jowopinter said...

Kat sana tak ada hipermarket ke LUJ? Pasar malam ada tak? Isk...apa la punya soalan? he he he

silversarina said...

mama rock,

kedai dekat ada saja tak nak jalan kaki sebab kena naik bukit,pergi safeway yang senang sebab naik taxi, tapi barangnya pulak kurang..


++++++++++++


asma' ,

Jumpa akak kejap snagt tak dan nak charge battery lagi, tak masuk gear 2 lagi...dah siap packing ke ???

silversarina said...

nurazzah8,

sini memang banayk branded outlet dekat mecca mall, memang I pun window shoping je kat situ, sini sekarang famous nya carrefour lah yang banyak jugak barang...


++++++++++++


blackpurple,

Safeway tu adalah hypermarket , akak ni malas sikit nak ke wet market dari kat malaysia memang jarang pergi pasar tu yang bila pergi hypermarket safeway ingatkan banyak barang tapi safeway cawangan lain yang banyak barang yang akak pergi semalam kurang.Hypermarket semakin bercambah di sini.

Pasar malam setakat ni tak jumpa lagi....

NURAZZAH8 said...

CARREFOUR takleh masuk Shah Alam, coz tak leh compete dgn GIANT, TESCO dan MAKRO, tapi yg terdekat ada di Subang Jaya (about 15 - 20 minutes fr my house)..selain itu ada jugak COLD STORAGE kat Kompleks PKNS, tapi kecik aje..tak byk barang mcm kat Giant.

silversarina said...

nurazzah8,

giant memang conquer shah alam..hebat betul...mudah nak shopping and barang pun murah..I kat kemaman pun nak shopping pegi giant kuantan.....