Baru-baru ini I sempat menonton sebuah documentary tentang bagaimana pekerja buruh binaan di Beijing, China mengharungi kehidupan harian mereka di ibukota negara paling ramai penduduk di dunia.
Hampir semua pekerja tersebut datang dari kampung-kampung pedalaman China dan mereka diupah bekerja bagi menyiapkan kompleks-kompleks sukan di sekitar Beijing untuk sukan Olimpik 2008 .
Apa yang meruntun sayu hati apabila mengetahui yang mereka hanya menerima upah sebanyak USD 0.40 sehari dengan diberi makanan serta tempat tinggal percuma. Makanan yang diberi hanyalah ‘roti kasar’ yang tidak berkhasiat dan dicicah dengan sup kobis yang dikatakan mempunyai bau yang amat meloyakan . Setiap hari tukang masak akan membawa roti serta sup tersebut ( sup dimasak begitu cair ), pekerja terbabit berjumlah labih dari 2 ribu orang. Setiap seorang hanya diberi 2 buku roti dan semangkok sup yang bekas sup dibawa sendiri oleh pekerja.
Daripada interview yang dilakukan, ramai pekerja hanya menerima apa yang diberikan tanpa mengeluh…apa boleh buat…kampong halaman ditinggalkan dan hanya akan pulang semula bersama sedikit imbuhan buat keluarga. Adalah satu keaiban sekiranya mereka pulang tanpa berjaya membawa wang buat keluarga.
Yang lebih mengharukan, mereka hanya dibayar upah setelah tamat kontrak bekerja selama setahun di situ dan kekal bersama syarikat yang membawa mereka dari kampong. Bayangkan selama setahun bekerja tanpa gaji bulanan.Jika ada yang berhenti sebelum cukup tempoh setahun, mereka tidak akan dibayar walau sesen pun. Sungguh kasihan…seperti banduan kehidupan mereka malah lebih teruk dari itu…gaji usd0.40 sehari ..sebulan usd12..setahun usd144…..tenaga yang amat murah nilainya…
Bayangkan setahun hanya dapat makan roti dan sup kobis serta air sejuk yang diambil dari paip…ini bukan kisah zaman perang dunia pertama tetapi zaman moden …millennium ini…
Ada yang berkata jika tidak kerana memikirkan jika tidak makan tidak dapat bekerja kerana tidak cukup tenaga , memang mereka tidak akan makan makanan sedemikian…
Melihat kepada betapa majunya negara kuasa besar dunia itu , rasa seolah-olah tidak masuk akal semuanya masih berlaku…. Namun itulah reality kehidupan di sana..
2005 sempat I bersama anak-anak (darling tak dapat ikut )melancong ke Beijing dan kami amat kagum melihat betapa hebatnya pembangunan di sana dengan system bandaraya serta pengangkutan yang tersusun , diiringi pelbagai tempat tumpuan pelancong, menjadikan Beijing sebuah kota idaman….lengkap sebuah kota moden diadun bersama sejarah tamadun china berusia ribuan tahun, dengan Great Wall of China yang memang ajaib binaannya, The Forbidden City, Summer Palace, Syurga membeli-belah dan sebagainya.
Bila menonton kisah buruh binaan tersebut, terbayang apakah mungkin kaedah yang masih digunapakai di sana masih kekal mengikut kaedah kuno, zaman dinasti-dinasti China yang berkurun lamanya…system seolah-olah’perhambaan/buruh paksaan’ adakah masih lagi menjadi kebiasaan ??? Adakah kerana itu jugalah, jutaan bangsa China berhijrah ke serata pelusuk dunia mencari dan memulakan kehidupan baru di tanah selain dari dari Tanah Besar China ????
Di Jordan ini sendiri telah ramai rakyat China membuka kilang perusahaan dan datang sekali bersama pekerja-pekerja dari sana, tetapi mereka mendapat gaji yang amat jauh lebih baik dari di negara sendiri….
Insaf bila melihat bagaimana manusia terpaksa bekerja sedemikian rupa dan sanggup menerima apa saja sebagai ganjaran asalkan tidak menjadi beban keluarga , masyarakat dan negara….. bayangkan betapa tenaga mereka diperah , namun hasil kekayaan negara hanya dikaut oleh tangan-tangan yang tidak layak digelar manusia bertamadun…..KASIHAN MEREKA………
15 comments:
Lajunya Kak Rina update blog. tapi tak pe, sebab tak lari blog ni dikejar. ;)
kesian juga dengar cerita pasal buruh kasar ni.
It is unfortunate that people are exploited that way but that is what happens when 'beggars cannot be choosers'. They work to live so that they will not be a burden to someone else.
If they are lucky, they get to leave the country and work in other countries that will pay them more than 0.44 cents a day. But not everyone is lucky that way. Some cannot leave due to many reasons beyond their control. So they settle for what they can get. Very sad indeed.
And who are responsible for creating this situation? Corporations and conglomerates who term it "effective cost management". :)
Itulah sayangnya China yg dok masih dicengkaman kerajaan KOMUNIS...
tadi baru bincang pasal great wall dlm kelas.most of my classmates r chinese.so ade yang kate great wall tu hebat n byk kegunaan waktu dulu2.but ade jugak yang x setuju coz dorg kate ramai yang terkorban waktu proses pembinaan..
tapi x patutla mereka dilayan sedemikian rupa..they're human too..just like us
Sedihnye...and kita kekadang bising kerja tak cukup gaji lah...tak dapat makan tu lah..
Masya-Allah...insaf diri...
Syukur atas rezeki yang kita dapat, hidup yang selesa, selamat dan bahagia.
Fuyoo, satu hari more than 1 entry.
I admire cara mereka bekerja, u can find them everywhere, siap ada town sendiri.
Perasan tak...orang China ni walau dimana mereka berada pun mereka boleh hidup...sebab mereka rajin bekerja...walau kemana kita pergi pun pasti ade China Town....
"manusia bertamadun" isu controversial. Mungkin kerana masing-masing bertopengkan manusia saja kot... macamana nak sampai tahap bertamadun??
mama sarah,
Dah type lama jugak dah..harini 3 n3s ... rekod akak...
memang kesian tengok muka pekerja ni...sedih :(
+++++++++++++
j.t.,
It's cost effective indeed !!
They could not afford to eat even a plate of plain rice, pity them..they even showed how the supervisors had their lunch in the restaurant nearby while the labourers ate by the dirty drain...
nbk466,
Kesian si miskin tak mungkin menjadi senang....kasihan :(
++++++++++++
princess dear,
Memang macam buruh paksa buat great wall...muka pekerja tu pun macam tertindas je, tak boleh melawan , nanti tak dapat gaji...macam hamba dibuatnya...tak sangka...
k.d.,
insaf kan lihat keperitan hidup manusia di tempat lain yang semuanya kalau boleh inginkan kesenangan dan keselesaan dalam hidup....
+++++++++++++
mamamia,
harini 3 entries....cutilah lepas ni.... dah type lama ....baru publish...
Bangsa China hidup di mana saja sebab mereka rajin....
kak lady,
memang betul tu, pergilah ke mana saja memang ada bangsa china ni dan mereka berjaya sebab rajin dan gigih bekerja, budaya dan semangat yang sukar ditandingi...
++++++++++++
d ,
tamadun...I pun taktau makna sebenarnya..adakah dengan hanya kemajuan fizikal telah dikira tamadun atau ianya melibatkan perlakuan serta jiwa manusia yang bebas dari penjajahan.... walau apapun, tidak terfikir mahu mengexploit tenaga manusia seakan-akan mereka tiada perasaan dan kehendak... amat malang sekali :(
Alamak! I meant cost-effective management.
j.t.,
With ccondition like I mentioned in the entry, paying the poor labourers with very low wages and exteremly minimal benefits( bread , soup and bed , if this can be considered benefits )....the company must have gained a tremendous amount of profit...
Hope I got it right...hehehe.
Post a Comment