Busynya harini tak terkata, ada hal besar and penting nak diuruskan dan semuanya kene beres pagi ni (waktu Jordan )…Banyak nya kena buat melalui internet and mobile phone.
So, dari pagi duduk depan PC and on google (chat and call family members memang guna google ), than call home guna voipstunt, dalam pada sama on YM tapi invisible(tengok cyber traffic ), sambil tu jengok-jengok berita , blog yang dah beberapa hari tak sempat nak blog hop and leave comments kat blog bloggers lain, kejap-kejap jawab sms dari hp….. ni barulah agak lega sikit ….Alhamdulillah. Kalau ada secretary kan mudah sikit..semua nak handle sendiri, Alhamdulillah tak hari-hari sibuk macam ni kalau tak naiklah blood pressure.
Hal busy-busy tu nantilah kemudian I bagitau and memang benda besar pun yang perlu diberitahu..yang I nak ceritakan adalah insiden cemas yang berlaku pagi tadi masa tengah busy-busy tu…
Masa tu mimi nak breakfast and I cadang nak gorengkan fries yang dah lama tak berusik dalam fridge tu, so ,I panaskan pan , pasang api and terus sambung chatting dengan my darling sebab ada hal penting yang katakana tadi….lepas tu , I bagi tau my hubby I nak goreng fries dan tak sedar dah agak lama api terpasang…bila I nak keluar dari bilik PC , I dengar mimi cakap pada izzat di ruang tamu, “ dah terbakar kuali kat dapur :” dengan nada selamba je tak cemas pun….
I terus ke dapur dan lihat api sedang marak membakar pan dan alas aluminium di atas stove. Panik !! Izzattttttt. APiiiiiiiiiiii.
I kipas-kipaskan api dengan oven glove tapi tak padam sebab api dah makin besar. I jerit panggil Izzat suruh buka pintu belakang sebab I plan nak campakkan pan ke atas lantai di luar rumah. Kunci tu I tak ingat pulak di mana I letakkan sebab jarang buka , izzat tanya kat mana kunci, I dah macam hysteria jerit “ Izzat, Izzat, api, api dah besar, macamana ni !!!!!!!!!!!!! “
I tak ingat terus kat mana I letakkan kunci pintu. Dalam kepala kata habislah terbakar rumah arab ni…Memang I panic betul taktau nak buat apa lihat api dah makin lama makin besar sebab dalam pan minyak banyak.
Then, I cuba nak angkatkan pan and nak letak dalam singki, baru je pegang handle nya dah patah dan lembik sebab dah habis terbakar…makin panic I dibuatnya….Apa nak buat???
Dalam kepala lepas tu nak suruh izzat panggil jiran arab datang tolong padamkan api…tapi herannya dalam keadaan macam tu pun I kata dalam hati takkan nak jirus air sebaldi nanti habis basah carpet and barang2 kat dapur….entahlah sebab dah buntu sanagt masa tu…sepatutnya biarlah basah carpet asalkan padam apinya...then I dapat idea nak bubuh air sabun pulak and dalam pada sama terfikir nak kaup minyak dari pan and alihkan minyak tu dalam periuk kosong….izzat dah jumpa kunci dan dah buka pintu belakang…Cuma I taktau macamana nak angkat pan yang tengah berapi sekeliling tu , habis dah dinding dan ceiling dapur hitam dek kerana asap dari api tersebut…
So, I ikut apa yang dalam my mind, pelan-pelan I kaupkan minyak dari pan dengan ladle dan tuangkan dalam periuk kosong dan I ulang2 sampai habis minyak dalam pan….Alhamdulillah api padam akhirnya dan angkat pan terus campak ke atas lantai di luar belakang rumah dan izzat siram pan yang dah rentung tu …..Teruk nak kena genyeh dinding dan ceiling nak buangkan kesan asap hitam......
Itulah kisahnya……memang takut betul I masa tu, tak pernah alami detik cemas macam tu……… akhirnya I suruh izzat beli mee maggi cup and itulah breakfast kami pagi tadi......
Huuuuuuuuuuh sekarang baru tau alam cyber ni banyak jugak keburukannya jika tak pandai control suasana.
Moral of the story: jangan masak apa-apa atau buat benda lain jika tengah leka berchatting/blogging/talking in the telephone…Ohhhhh Cyber Ku Berapiiiiiiiiii…..
28 comments:
Alahai K Raja,
Biasalah tu blogger kelas pertama..jadilah macam Marwa ari tu, siap terbakar lagi kat dapur umah, sibuklah makcik arab dtg.
Nak jdi blogger kena lah berkorban sedkit kuali hehhe..blogger semua jgn lupa masak utk suami hehhe
syukur x jadi pape ye kak. kalu x hancussss...mmg cyber ni melekakan. thnk god everythingis fine.
laa...lain kali berhati2 jika berblog...hi..hi..
nasib baik tak apa2 kan...
Rina same thing happen with my niece in law 3wks ago before I left for my holiday.She has a pair of twins masa tu nak goreng keropok agak nya ... then budak2 buat hal pergi tengok and lupa abt the pan on the stove...habis terbakar dlm panic she throw the floor mat nak padam konon but dry material mangkin lah api kan?the neighbours came and help and call for the fire brigade...habis terbakar cabinet and wall.
So next time be careful....twice I caught my father nyalakan api and forget abt it.....kalau di tegurkan merajuk so switch off without him knowing!!!!
Salam. Terkejut pun ada, nak tergelak pun ada... Jgn marah ya.. Terima kasihlah atas ingatan,jgn masak while blogging. Will remember it.
Perempuan kan memang suka multi-tasking, ni lah salah satu keburukannya.
Alhamdulillah, tak da kebakaran serious. Lepas ni I kena cari my kunci pintu dapur. Sama macam U, pintu jarang buka, hopefully the key is still in drawer yg I simpan. Mimi mesti excited tengok semua tu...
suweileh family,
Alhamdulillah tak terbakar habis dapur but my kitchen nampak gelap sebab ceiling dah hitm asap...
blogging tetap diteruskan, tambah semangat ..hehehe.
++++++++++++++
mmj,
tak sangka masa cepat je bila online.... alhamdulillah tak apa-apa, panik !!
+++++++++++++
maklang,
yes maklang, kena hati-hati betul.
kak elle,
Kira I ni ok jugaklah tak sampai terbakar cabinet, alhamdulillah. Rasa macam baru kejap je panskan pan tu..memang dah berapi tinggi.
+++++++++++++
zlaa,
akak pun tergelak bila ingatkan hal pagi tadi..masa tu pucat muka , yelah dah lah orang besar tak de kat rumah....yang best tu akak jerit kat izzat.." izzat macamana ni macamana ni... "...
++++++++++++++
mamamia,
ha ah ingat your entry on multi-tasking..rupanya kecundang jugak akak :)
kunci tu ada akak bubuh dalam drawer cuma masa panik tak ingat dah letak kat mana. memang kena sedia sokmo.
uih..sy yang membacanya pun seriau..harap2 tak jadi lagi la mcm ni ye kak...nauzubillahi min zaliik..
aunty ina!!OMG..wut happen..aiyooo
Ya Allah. sy dpt byg makcik tengah panik panggil izzat. izzat lak macam jenis kool je. hehe. tambah2 nak tergelak mimi selambe je ckp kat izzat kuali dah terbakar.. leh reka sajak ni makcik.. aku, cyber dan kuali..:P
hihii sis,
syukur takde apa2..
lain kali letak satu fire extinguisher kat umah. Mana la tau lepas ni ter ghalit lagi ngan internet. ;)
Hi Loveujordan,
Pertama2 Alhamdulillah semua selamat.
I percaya bila kita panic, memang otak boleh jam...most of us experience it. Reading your incident terasa gerun betul. Actually, it is natural for women as that includes me, to multi task! He he. Just that sometimes, oops something unexpected happens.
Hi Loveujordan,
Pertama2 Alhamdulillah semua selamat.
I percaya bila kita panic, memang otak boleh jam...most of us experience it. Reading your incident terasa gerun betul. Actually, it is natural for women as that includes me, to multi task! He he. Just that sometimes, oops something unexpected happens.
bahayanya tuh,alhamdulillah tak apa2. Mmg.penangan alam cyber ni banyak buruk dr.baiknya. Adik qisst prnah hilangkan moto hubby qisst dek trkejar,kejarkn nak chatting kat CC sampai trlupa nak amik kunci motor,apalagi? bagi free ler motor tu kat pencurik :(
Baru nampak bahayanya berchatting ni, jika leka ye kak Rina... tp syukurlah tiada bencana besar yg berlaku...
Saya pernah juga jadi macam tu...lupa tutup api, kuali dah naik hangus...tapi terus jirus dgn air sebab stove dekat sink...
Cerita kak Rina ni boleh dijadikan panduan dan teladan. Thx for sharing kak.
Salam and take care.
Nasib baik tak terbakar satu dapur!! I read somewhere that kalau jsdi macam ni (bila api naik tinggi) ambil penutup kuali/periuk and cover the pan. I pernah try (tapi api tu rasanya tak lah sebesar api kat dapur you tu) and it worked!! Tapi sempat hitam jugalah siling tu ....
Wow.. I would have panicked too. But I do agree with you, don't leave anything on the stove if you are preoccupied with something else. Glad nothing burned down. :)
rodrigo,
have a nice day !
+++++++++++++
Luna,
Harap-harapnya macam tulah, tak sangka nak jadi !
++++++++++++++
asma',
tak sedar betul, ingat kan bru kejap je aunty panaskan pan tu.
++++++++++++++
hazimin,
Makcik dah jerit-jerit rasa nak nangis bila izzat tak jumpa kunci tu, dah rasa dalam hati memang terbakar rumah ...bila ingat balik sume ketawa, memang funny saat panik tu :)
mimi amilia,
Duduk rumah sewa tak terfikir nak ada fire extinguisher, kat malaysia memang ada...dah jadi camni memang benda tu amat berguna.
++++++++++++++
ruby ahmad,
I bersyukur tak terbakar rumah. Selalunya tak terlalai macam semalam. Lepas tu buka semua pintu nak bagi asap keluar dari rumah, memang dah berasap , kalau ada smoke alarm rasanya dah tak berenti berbunyi...
pengajaran buat diri sendiri.
++++++++++++++
goboklama,
Semalam memang banyak pulak benda nak diuruskan tu yang jadi lalai.
Laaaa kes terlupa kunci motor pun ada, memang 'rezeki' pencuri lah ...hehehe.
hehe ada baiknya kita namakan entry ini : INSIDEN SEORANG MAKCIK BLOGGER YANG TERBAKAR KUALINYA
satu soalan nie; kenapa kita mesti letak foil kat belakang dapur ye? kat sana dulu wife saya buat juga tapi bila kat sini x buat pulak. adakah ini pengaruh jiran2, rakan sebaya atau pun persekitaran?
raden galoh,
Semalam memang banyak chatting dengan hubby , terleka dan terlupa... bahaya cyber ni sebab kita tend to forget masa yang berlalu begitu pantas.Akak plan nak campak pan dalam sink but handlenya dah cair, tu yang makin panik ...Ingat-ingatlah !!
+++++++++++++
QOTH,
Ha ha I rasa idea you tu boleh guna pan tu kecik but api memang besar, tak terfikir langsung nak tutup je pan tu..tak pe boleh jadi ingatan (harap tak jadi lagi ).
+++++++++++++++
j.t.,
You're right, we need to do one thing at a time and thank God nothing happened.
babazahra',
Nanti buat koleksi "memoir makcik blogger "...hehehe.
Aluminium foil tu untuk elak minyak melekat di dinding dan senang nak bersihkan , just tanggalkan and paste yang baru....taktaulah orang lain, akak dah berpuluh tahun ( sejak belajar di US)memang tampal foil kat dapur...dah kebiasaan kot, kat malaysia kebanyakan dapur ada hood and hob , so tak perlu sangat bubuh foil dan ramainya rajin jaga dapur, macam akak yang kurang rajin ni, foil tu banyak membantu, berminyak je , terus tanggal dan buang...:)
innalillah..
yea,mmg cyber leh wat kita leka..x sedar lgsg masa b'lalu..thnk god xde pape~
dzaatun nitaqin,
Alhamdulillah tak jadi apa-apa, kalau besar lagi memang makcik lari dah....
haha...
the same thing happened to me masa bro Aswandi n kawan dia ust ishak lawat jordan sebelum dia datang ngaji di sini dulu...masa tu sagol belum kawin lagi...
bahan yang digoreng pun sama...kentang negro...wahaha...
what a fate...
tapi, sebabnya tak sama. makcik cyber sbuk chatting maya dgn hubby. kami masa tu sibuk chatting real dgn aswandi...dok cite pasal rumah saya kat malaysia dulu kena rompak...
actually, that was the 3-4-5 times, i don't remember how many times i've burned the arab's kitchens! hahaha...
kentang goreng sekali, nasi 3-4 kali, air kosong (air kosong pun ada...hehe) sekali dan apa lagi tah...
wewr,
hahaha..kelakarlah, ingat makcik je yang dah tua terlalai, rupanya orang muda lagi teruk lalainya... memang rezeki tak hangus terbakar dapur makcik.... sampai harini tak goreng lagi kentang tu... :)
biasalah..
ngulit zaujah memang ralit... ;)
Post a Comment