BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 22, 2007

RUMAH TANGGA BAHAGIA

Udara nyaman di malam hari , ingin dikongsi bersama sebuh sajak karya Ustaz Pahrol Md Juoi dalam buku kompilasi sajaknya berjodol Duhai yang Tersayang yang dihadiahkan kepada I oleh Ustaz Izham Hasni dari Fitrah Perkasa yang disampaikan melalui Zaid semasa dia pulang ke tanahair baru-baru ini.....Thank you dear ustaz and family....




RUMAH TANGGA BAHAGIA


Syurga rumah tangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta diisi
Kerananya dara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing-masing dengan harapan
Agar rumah tangga membawa kebahagiaan


Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedah berbeza
Ada mengatakan
Bahagia itu pada harta....
diukir oleh intan permata


Tak kurang yang merasakan
Bahagia itu pada rupa....
ditempa oleh wajah nan rupawan
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada kemasyhuran
dibaja dek gelaran dan nama


Ramai juga yang merasakan
Bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan


SEMUANYA BUKAN


Pelbagai yang menimbulkan dilema
Mencari benar, mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu pada harta...
Kalaulah bahagia itu pada nama....
Kalaulah bahagia itu pada rupa....
Kalaulah bahagia itu pada kuasa....
Kenapa Charles dan Diana berpisah ?
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah?
Kenapa Onasis dan Jackie bertelagah?


BAHAGIA ITU DALAM DIRI


Rupanya..
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir, rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara di laut nurani
Bahagia itu pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada jiwa
Mahkota di singgahsana rasa


Bahagia itu pada kesabaran...
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah
Oh suamiku, " Innalillah "


BAHAGIA ITU PADA KESYUKURAN


Bila kaya pemurah
Bila kuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Bila sihat beribadat
Oh isteriku, " Alhamdulillah "


Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah yang bermaksud:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati."
Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir ilahi
Itulah zikir yang hakiki !



Semoga sajak ini menjadi renungan dan iktibar buat semua.......


10 comments:

Kak Elle said...

Thank you for sharing:)

Have a nice weekend too.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

dah terbaca, terdiam. Ter'impi'--tersenyum. Semoga Allah kurniakan padaku segala aturan nikmatnya. TQ kongsi bersama..

NURAZZAH8 said...

Aduhai Ina...tepat pada masanya you letak sajak ni...termenung panjang selepas membacanya... boleh I copy kat n3 terbaru I....??? boleh laaa...

NorAiniJ said...

Dear Kak Rina,

Thank you for sharing. Sayu/Shahdu baca bait2 puisi ni. Nak kena cari kak bookstore lepas ni.

silversarina said...

kak elle,

Thanks . Take care !!



++++++++++++


hazimin,

Semoga yang ter'impi' kan disegerakan menjadi realiti..Amin.


++++++++++++


Nurazzah8,


Nak copy?? bolehlah kot bukan I yang buat...hehehe.Dalam buku ni sajaknya semua sedap-sedap.


+++++++++++++++


nj,


Sedapkan bait-bait nya ...syahdu.

Buku ni memang sesuai untuk bacaan masa senggang /hadiah sebab kecil and cute packaging nya .. carilah kat kedai buku, pasti ada :)

Thanks for dropping by !

Mulan said...

thanx for sharing kak rina...

pedoman & ingatan utk semua...

bila la giliran saya pulak nak bermalam kat rumah akak ni..???

J.T. said...

Thanks for sharing such a lovely poem. It is true that happiness comes from within.

Have a good weekend. :)

maklang said...

LUJ:

Sedap nya rasa tatkala menghayati...

benar semuanya apa yang dikata..

menyentuh terus ke ruang hati...

insyaAllah akan menjadi pedoman kita...

FaRuHa said...

indahnya sajak tu...sesuai sangat utk direnungi.

TQ kak Rina for sharing.

silversarina said...

mulan,

Nanti boleh lepak kat rumah I di Kemaman pulak... :)


+++++++++++++


j.t.,


Same to you... happy weekend with your love ones :)


++++++++++++++


maklang,

Untuk kita yang dah lama berumahtangga ni pun patut diingati selalu mengekalkan bahagia rumah tangga.


+++++++++++++++


faruha,

Sama-sama. Have a nice weekend and thanks for dropping by .