Pagi yang indah meninggalkan kisah-kisah kelmarin ...... bahang panas kian terasa di bumi Jordan yang membuat diri terlalu malas untuk berada di luar rumah......
Pagi tadi sekitar 3 am kepulangan anakanda ke 2, Safiyyah yang tiba dari Simferopol, Ukraine, disambut oleh kami bertiga di Queen Alia Internatinal Airport.... telah setahun tidak bersua... rindu terubat tatkala ternampak susuk tubuh kecil tersenyum berjalan keluar menuju ke arah kami bertiga... Selamat Kembali Sayangku.
Safiyyah pulang bercuti selama 2 bulan setelah menamatkan pengajian tahun 2 jurusan perubatan, Alhamdulillah . September kelak akan kembali ke Ukraine menyambung pengajian di tahun tiga , InsyaAllah.
Saat menanti kepulangannya terasa begitu lama tetapi bila telah tiba, terasa seakan baru semalam Safiyyah berada di Ukraine. Begitu pantas masa berlalu......
Anak ke 2 kami ini seorang yang kuat dan aktif tetapi berjiwa lembut dan dialah satu-satunya anak yang pling banyak mengalirkan air mata semasa belajar( ini juga sifat I semasa belajar)...selagi tak faham apa yang dipelajar selagi itu takkan give up walaupun terpaksa menitiskan air mata. Setelah memperolehi keputusan amat cemerlang semasa PMR dia melanjutkan pelajaran di salah sebuah MRSM dan di situlah bermulanya kes airmata apabila pelajaran matematik tambahan benar-benar membuatkan safiyyah selalu dirundung sebak kerana sukar memahami pelajaran tersebut....
Alhamdulillah , my hubby bertindak pantas dengan mengambil langkah untuk mengajar nya dalam memahami subjek tersebut, Ada saja masa terluang my hubby akan ke MRSM tersebut dan menjadi private tutor walaupun air mata Safiyyah sentiasa mengalir kerana sebak dan terharu ayahnya sanggup berkorban untuknya....Alhamdulillah dari markah pertama hanya 13%, safiyyah berjaya mendapat 1A dalam subjek tersebut dan keputusan SPM yang juga amat cemerlang.
Memang cita-citanya ingin menjadi doktor tetapi tawaran yang diperolehi adalah dalam bidang kejuruteraan yang tidak diminatinya. Akhirnya kami membuat keputusan bersetuju menghantar Safiyyah ke Ukraine dalam bidang perubatan agar cita-citanya tercapai, InsyaAllah. Tak sangka kini dia seorang yang fasih berbahasa Russian walaupun mengambil bidang perubatan dalam perantara English.
Safiyyah anak I yang lahir di GWUH, DC adalah anak yang paling 'kecil' dari segi bodynya ....kecil dan rendah ...... walaupun berusia 20 tahun , selalunya dia akan diberi tiket kanak-kanak untuk melawat tempat-tempat pelancongan .....untung jugak body 'kenit' ni..
Semoga kepulangan kali ini dapat mengubat rindu kami untuk seketika , InsyaAllah.
15 comments:
Wow, Sofiah dah balik. Boleh lah K Raja jadikan teman berbual lepas ni. Takde kerinduan dan kesucian mencengkam jiwa.
So, apa plan ngan Safiah plak?
wah wah piah dah balik..
rase baru je tunggu kat epot duulu.rupenye dah setahun..
seronok sangatla mimi ade org layan die..
welcome home Saffiyah to your loving family once again walaupun for 2 mths only....eh princess tak balik ke?
Rina ni nah ada kawan berbual dan bershopping....mesti busy selalu nampak nya these 2 months:)
suweileh family,
Yes, safiyyah is back!!
Tak plan ke mana lagi nak tunggu ayahnya balik cuti baru nak jalan..
+++++++++++++
princess dear,
Bestnya piah dah ada, nak jalan-jalan, makan-makan, sembang-sembang, kiss-kiss....jangan jeles ye.... study kuat , cuti lambat lagi..hehehe.
++++++++++++
kak elle,
Dah ada gang nak sembang kurang sikit duk depan pc...
Princess tak de cuti panjang tahun ni, winter break InsyaAllah balik homeland.
Safiyyah..I wish you all the succes in your studies. Enjoy your holidays and student years while you can coz dah keje nanti tarak masa woo!
K.Rina..I hope the university Safiyyah is studying is recognized by Malaysian government. Not to worry you but takut nanti tak leh nak kerja kat Malaysia..
welcome home safiyyah,..tentu seronok cik Ina kita nih dah ada rakan berbual ye tak? tak lah sunyi nanti... mimi pun tentu seronok... hurm...nanti hubby balik cuti pulak kan... lepas tu nak pergi jalan mana? mesir pulak? atau europe?
JJCM....
Rina...bila membaca tentang kejayaan anak2 rina...alhamdulillah...sejuk perut rina mengandungkan mereka...
Welcome home Safiyyah...moga Safiyyah akan berjaya dalam bidang yang dicerburinya....
Lama tak jumpa...memang rindu amat kan Rina...tapi takpelah...lama jugak cutinya tu...
Rina,
Semuga berbahagia disamping anakmu. Enjoy and cherish every moment of it.
GWU ?
Mebbe I was there 86. Masa tuu Soffiyah tengah process lagi kot..
:-)
Whoa respect Hubby, boleh came all along the way nak ajar Saffiyah Add Maths. :-)
k.d.,
Thanks for the wish...
She's studying at CSMU the only U recognised by MMC...
+++++++++++++
nurazzah8,
Minggu ni relax dulu tak ke mana, next week baru nak ber vacation insyaAllah.
kak lady,
Memang bila dia ada macam2 benda sembang , walaupun selalu chat and call tapi ada lagi benda2 yang masih belum diceritakan.
++++++++++++++++
ummi,
2 bulan kira oklah ,sempatlah nak buat macam2 dengan dia. THanks.
+++++++++++++++
jokontan,
My hubby memang rajin ajar anak-anak mana yang diaorang tak faham, sanggup lepas kerja terus ke sekolah anak dan tiap kali anak balik memang dia akan ajar, sekarang ajar online dengan anak I di Korea..
Alaaa tersilap type, bukan GWUH, I bersalin kat Georgetown UH, but my hubby memang kat GWU from 1984-87 and I was at American U......... my hubby, Anuar Nordin...he's taking mechanical Engineering.
Russian is a tough language - to me. Glad that your girl can handle it. You have another one in Korea. Your children are so international. :)
I wish Safiyyah and all her siblings success in their studies.
j.t.,
I never thought my daughters would be fluent in Russian and Korean...it's their choices..
thanks for the best wishes.
Semoga Safiyyah yang kenit berjaya menjadi doktor yang comel!! Kagum dengan all your efforts to help them make the best of themselves.
QOTH,
THanks for the wish... kalau boleh nak supaya anak-anak memilih bidang yang diminati , InsyaAllah.
Post a Comment