Malam tadi I dan MImi masuk tido awal..pukul 10 sebab letih banyak berjalan di siang harinya.....begini kisahnya......
Pagi semalam kami berlima menaiki taxi ( I, mimi , izzat , safiyyah dan MIzi ( my tetamu / ex-student yang belajar di Syria ) sempat menziarahi Ashabul Kahfi ( kisah yang disebutkan dalam al Quran ( surah al kahfi ayat 11, 12, 18 )...gua 7 sahabat yang tertidur selama lebih 309 tahun ).... kali terakhir I ke sana adalah ketika membawa my friend Prof. Nurazzah dalam bulan March kalau tak silap.... setelah bergambar di dalam gua buat seketika kerana kami meminta jasa baik pakcik taxi untuk menunggu kami selama 10minit ( susah nak dapat taxi dari sini sebab ianya di atas bukit )...Alhamdulillah pakcik taxi setuju dengan syarat kami bayar JD1 kerana menunggu..kira okay sangatlah tu....
Selepas itu kami menuju ke Rom Teater di pusat bandar.. I malas dah nak masuk sebab banyak kali sangat dah masuk..lagipun I nak enjoy duduk kat park di luar rom teater yang daun pokoknya subur menghijau....Keluar saja mereka dari teater tu , Mimi nampak macam mengah-mengah...rupanya dia pun panjat teater tu sampai tangga paling atas yang selama ini I tak pernah bagi dia panjat sebab tangganya tak sekata , takut terjatuh... patutlah nampak 'semput' je dia...masa berjalan menuju ke masjid hussein dia siap kata " mama, kita duduk dulu lah.. "...sempat lah kami berehat di kedai jus koktel .....pastu jalan ke kedai cili kering sebab Mizi nak bawak balik ke syria ( syria tiada cili kering....so kira cili kering ni 'souvenir' yang amat berharga buat kawan-kawan di sana ).... pastu beli pasir dalam pasu tu untuk sahabat I di sweileh ..tak de apa dah nak beli, kami pun tunggu taxi nak balik...
Kisah nak dapatkan taxi di musim panas ni memang amat mencabar..... musim panas pelancong arab dari negara arab yang lainnya terutama dari saudi dan uae yang kaya-raya (walaupun ramai yang bawak kereta sendiri dari negara masing-masing ) membanjiri Jordan dan mereka tinggal di sini sepanjang musim panas (1-2 bulan )...oleh kerana mereka ni kaya, taxi yang biasanya baik guna meter, sudah jadi agak 'jahat'...jarang guna meter dah ... pastu memang taxi jadi tak cukup..drebar taxi pun memilih penumpang..muka macam melayu ni yang dianggap macam orang gaji dan pekerja bawahan...agak susah nak dapat taxi...ikut nasib....
Mula -mula kami tunggu di tempat biasa , depan gerai buah palestine berhadapan masjid hussein...tengok berpuluh orang lagi yang sedang menanti taxi...kami beralih di lorong atas bukit tempat menanti servis dan bas, tunggu agak lama masih tiada taxi kosong...tiba-tiba ada sebuah taxi berhentikan penumpang dekat dengan kami... Izzat pun cepat-cepat berkejar ke taxi tu.... alih-alih ada makcik arab tua yang membebel ( memang bunyi macam orang tua kerepot..jahat nya I....geram sebenarnya ) kata dia yang nampak taxi tu dulu... nak kelakar pun ada bila Izzat sekat makcik tu dari cakap dengan drebat taxi tu..... makcik tu terus membebel pot pet pot pet... akhirnya taxi tu 'tolak' izzat dan ' tarik' nenek kerepot tu...kami yang tunggu dulu , si nenek tu yang dapat... izzat buat-buat angkat tangan marah-marah...I tak tahan gelak dah tengok gaya izzat tiru gaya orang arab marah....
Terus menunggu dan I kata baik kita cari 'port' lain nak tunggu taxi...kami berjalan menuju ke arah rom teater semula dan menanti di hadapan kedai al bakry perfume dan ditepi kedai tu ada lorong yang selalunya taxi turun dari Jabal Qalaah...rupanya semuanya turun sudah berpenumpang.... hampa lagi...sudah hampir sejam menanti...kami buat keputusan menunggu taxi di seberang jalan pula supaya senang taxi nak ke kawasan abu nuseir ikut jordan highway... tunggu lagi...tak sampai 5 minit ...berhenti satu taxi kosong...alhamdulillah dapat juga taxi akhirnya....
Okaylah dapat duduk dalam taxi...dah pulak drebarnya bawak macam 'mabuk'...kejap-kejap tukar lane mengejut...bila konar . macam nak terbaring kami, kira konar baringlah... "laaa I kata pada Izzat...taxi yang kepalanya okay tak nak berenti, drebar yang 'gila' je yang sanggup ambik kita".... terpaksalah tahan kan juga..... izzat kata dia dah mula pening...I kata tahan je...tak lama lagi sampai ....
Izzat dan Mizi turun di Jawad hotel dan terus ke Sweileh sebab dah janji dengan Nuh nak pergi main futsal petang nanti di al hussein park... I terus ke rumah..tiba je rumah... drebar kata 5 JD... fuhhhh... bayar jelah.... dah agak dah memang dia takkan ikut meter ( jd3 ).....
I kata pada safiyyah..." agaknya musim panasnya taxi ni memang macam tuan, kena ikut cakap dia kalau nak guna khidmat nya.... kalau nak , naik, kalau taknak, beratus lagi yang sedia menanti....waktu tunggu di bandar I ada cakap pada Izat..suruh Izat jadi part-time taxi driver di musim panas , mesti kaya kejap......tapi.....izzat baru 13 tahun.....layak menjadi penumpang je......
25 comments:
nasib baik uol sumer tak termuntah dlm cab tu kalau tak haru! cuaca panas ni mmg boleh buat org tak sabar especially kalau pemandu teksi atau bas..cepat je naik darah. i think thats why people in cooler climate countries boleh berbaris panjang menunggu giliran naik cab ke bas ke...
kelakar juga baca entry ni..terbayang setiap satu kejadian yang dah makcik lalui.. mmg tym2 musim panas ni pemandu2 teksi banyaklah songelnya..geram tgk peel dorang. sampai ada satu 'pepatah' arab mengutuk teksi ni.." Ishi Asfar Wahid Juwaa Az'ar" maksudnya lebih kurang Satu Benda yang kuning dalamnya xelok
rina dia org ingat you takde duit ke?sangat memilih pulak dgn pasengers...haha
saya ambik nota ni semua.
how panas is jordan now?
Hi Loveujordan, I nak jadi taxi driver, boleh? Ha ha.
Nice pics you have.
How's the weather? Panas, huh?
Here sama macham Petaling street at noon!
Roll on winter. UL.
kc,
memang summer ramai betul manusia di bandar, musim sejuk tak payah berbaris pun ada je taxi datang cari pelanggan, siap hon lagi nak cek yang kita ni nak taxi ke tak...
+++++++++++
hazimin,
betul jugak kata-kata arab tu... macam raja pulak, pilih bulu betul..time lengang, menagih simpati lagi, baik je guna meter...semuanya kenangan naik taxi di jordan..kat malaysia memang tak pernah naik taxi, taktau camne ragamnya pulak :)
kak elle,
ha ah kot , tengok macam indon yang ramai jadi maids kat sini... orang arab dari saudi and uae memang sanggup bayar taxi mahal, memang diaorang tak kisah meter pasang ke tak..taxi drivers jordan ni ambik kesempatan nak jadi kaya kejap dengan mengabaikan penumpang jordan dan asia tenggara...musim sejuk baru nak terhegeh-hegeh cari balik 'maids ' naik taxi.. itulah ragam arab....
lollies,
lama I tak jengok your blog..... mungkin you tak rasa suasana macam ni sebab you ada kereta di qatar....akak nak balik dah ni..tak sabar nak drive semula :)
uncle lee,
Wah uncle pun nak jadi taxi driver di sini.. I'll be your first passenger..or...you'll also choose those rich arabs to be in your cab... pity me lah uncle :)
sebab public transport serious teruk kat sini.
lollies,
sini kalau bas tu ok lah tapi lambat sampai..nak-nak musim panas ..yang minggu lepas paling panas mencecah 40 darjah..this week okay sikit low 30s dah, malam pun below 25......
aduish...dah lama tak naik public transport...
asyik bawak keta sendiri jek... tapi sometimes kalau nak masuk KL I prefer naik komuter dan LRT drpd drive...teruk jam esp kalau hujan...takut terperangkap dalam banjir kilat
tu ujian kesabaran tu rina...kat sini, lagi tak de teksi! prebet sapu je kot!
Kak Rina,
5 JD tu berapa ringgit?
Nampak gayanya - pemandu teksi kat Jordan semuanya kaya-raya. Ikut suka hati dia orang aje nak charge berapa.
nurazzah,
Kommuter or LRT kira ok sangatlah, air-cond dan tak harung jam.... sini banyaknya taxi tak pasang air-cond..reason ? ... gas air-cond mahal..pelik, kulit diaorang memang tahan panas....oh rindunya kat kete 'ferrari' I di kampong...hehehe.
++++++++++++++
maklang,
ooo kat kereth ada kete prebet sapu..ye;ah bas macam ada tak de je kat area kita tu...lagi payah nak bergerak pada yang tak de kenderaan sendiri, sini at least bas/coaster ada je tak kira kat ceruk kampong mana pun, tetap ada public transport... pling-paling tak de pun, keldai ada :)
++++++++++++++++
cat-cat,
5JD - RM25 ( 1JD=RM5).... ramai yang keje drebar taxi sebab income kira okay ...baru ni ada engineer tu buat part-time bawak taxi sebab katanya gaji engineer hanya JD200, dia bawak taxi boleh dapat average JD30 sehari (net )... musim panas bila tak pakai meter lagilah banyak dapatnya.
drebar txi musim panas nie memang eksyen lebih ckit..kire muke2 kite nie..ape ingat die sorang je ade taxi..heh heh
p/s: lame x dengar lagu olle olle nie..^_^
salam perkenalan :) masuk blog ni ada lagu ranchak arab, rasa nak menari golek2... heheh...
ashabul kahfi surah 18:25 tu kan? menarik cerita dia... siap ada anjing semua...
memang, pasal duit lebih orang boleh jadi macam2... termasuklah pemandu taxi di sana yea... good story, saya enjoy baca...
selamat...
Salam K.Sarinah,
Lama saya tak jengok sini. Dah tertinggal banyak sangat keretapi ni.
Tak terlambat rasanya utk saya ucap 'Selamat Pengantin Baru' utk Zaid.
Macam tu ke pemandu di Jordan... di sini pula, mulai semalam semua penumpang taxi dilarang merokok, demi menjaga kesihatan pemandu taxi.
saya pernah jadi cab driver gaks..kat London dulu.. betul tak tipu..bnyk dapt tips.
princess,
memang banyak songel musim ni, tak pe lah kitaorang pun dah nak balik, tak merasalah drebar taxi nak tercari-cari cik ina musim luruh dan winter nanti...hehehe.
dah lama tersimpan lagu ni, kuarkan balik.nak cari ole-ole untuk dibawa balik :P
faruha,
akak pun busy jugak lately..thanks for the wedding wish.
Wah bestnya new regulation, nak protect cab drivers..sini drebar yang sokmo hisap rokok,bukannya dikira kemaslahatan penumpang, siap offer rokok lagi pada passengers....
adiejin,
wah you bawak that black 'bulky' cab ke ...syoklah dapat tips banyak ( setengah mat salleh amat kedekut bagi tips!! )... I tengok kalau cab driver bawak okay, selalu jugak bayar lebih, yang tak tahannya sekarang, belum naik lagi dah letak harga yang dekat sekali ganda beza dari bermeter.....geram jadinya .
blogs aunt pon jadi tempat mengutuk arab...
ingatkan blogs budak2 irbid jer....hehehhehe...
sabar jelah...
p/s-mantap betol izzat yer...boleh marah2 arab...
ustaz munn,
dah geram, kena jugak kutuk ... sungguh makcik tak faham perangai arab ni... they are the most complicated creatures I've ever encountered ...haa ambik tu !!
bukannya izzat je yang pandai marah-marah arab, si mimi yang kecik tu pun pandai....bahaya betul bila dia guna bahasa 'keji' ni... selamba je muka kata macam-macam .... zaid pun pernah kena kata 'khimar' dengan mimi..tak ke naya... budaya tak baik ,cepat je merebak.
Post a Comment