BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 07, 2007

Pertemuan TERAKHIR ??????

Malam tadi kami ke Sweileh untuk majlis berbuka puasa dan solat hajat bersama ahli persatuan pelajar Amman. Rasa sayu sebab mungkin ini adalah pertemuan terakhir kami bersama kerana minggu hadapan ada yang dah nak balik bercuti setelah semester musim panas berakhir....



Pertemuan dimulakan dengan majlis berbuka puasa ( I tak puasa pun sebab letih mengemas rumah dan basuh apa yang patut kerana semalam air masuk !! ) , kemudian solat maghrib dan solat hajat berjemaah...kemudian majlis makan-makan...sedapnya ina suweileh masak.. gulai daging ( rasa macam gulai kawah kat ganu je ) salad sayur digulung ala-ala sushi, ikan masin goreng and sambal belacan... sedapnya.. last makan sambal belacan masa balik kampung Januari lalu ...... belacan pun dah lama 'tak naik' rumah......tak lupa pelbagai buahan dan kek coklat....sedappp.

Semalam I bawak karipap sardin dan pertama kali buat kimbap korea..minggu lepas sumayah kirim kimbab seaweed dari korea dan semalam try buat kimbap yang berisi telur, udang dan timun.....dicicah dengan sos kicap dan lemon......

my first kimbab....tak comel sangat gulungannya....
Dalam pukul 9.40 malam kami bergerak pulang..menanti taxi dalam 5 minit kami sudah berada dalam taxi... banyaknya kenderaan malam tadi tapi Alhamdulilah drebar taxi malam tadi baik dan sopan bawak taxi....

Setiba di kawasan perumahan kami di simpang shopping corner supermarket tak semena-mena ada sebuah kereta KIA kelabu tiba-tiba memusing steering melintas di simpang tersebut...I bayangkan kereta tu akan melanggar kereta lain yang datang dari sebelah kiri jalan tapi...KEDEBUMMMM !!!!! kereta tu melanggar bahagian hadapan taxi...pecah lampu depan sebelah kanan taxi..... tergamam seketika....pengalaman pertama taxi kami kemalangan.......

Kami keluar dari taxi, bayar tambang dan terus pulang ke rumah berjalan kaki kerana dah dekat sangat nak sampai rumah masa tu.... masing-masing senyap.... tak ingat nak tangkap gambar accident ( camera ada dalam bag ! )...balik sampai rumah I pun kata..." Alhamdulillah kereta tu langgar bahagian lampu depan , sebab kalau ke belakang sikit ..izzat atau I yang akan kena kesannya... izzat pun kata .." tak yah sebut dah, nanti termimpi-mimpi pulak..."


...Okaylah... kes tidak akan dibincang lagi...sekadar masuk blog sebagai memenuhi diary di Jordan... yang pentingnya tiada sesiapa cedera.... hanya dua buah kenderaan bermotor yang cedera ringannnnnn..........

20 comments:

aNIe said...

Rina...nampak kimpap tu macam sushi ...rasa pun macam sushi ke?...

Alhamdulillah takde apa2 terjadi pada Rina & Izzat...kak lady pernah berada dlm kereta yang kemalangan dengan lori yang berhenti tepi jalan...nasih baik akak pakai talipinggang...kalau tak mau terkeluar dari cermin kereta...

MAMAMIA said...

Alhamdulillah, minor accident.

Tapi for me walau macamana kecik pun, kadang2 ambil masa juga nak overcome perasaan terbayang2 tu.

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Makanan Korea pun sampai ke Jordan ekk... :D

Syukur accident itu tak sebabkan apa-apa....

Kak Elle said...

sedey membaca perjumpaan terakhir tu ...insya'allah mungkin akan berjumpa di tanah air kot...betul kata kakalady kimkap tu macam sushi rupa nya.

alhamdulillah semua tak cedera dgn minor accident tu.

Anonymous said...

Canggih... prepare makanan Korea kat Jordon;)

silversarina said...

kak lady,

memang kat jepun sushi, kat korea kimbap... rasa ikut apa yang kita bubuh dalam seeweed tu, baiasanya makanan laut yang mentah...

Memang tergamam walaupun tak kuat sangat impaknya...memang tak sempat taxi tu nak brake dah...

silversarina said...

mamamia,

terkejut tapi okay sebab budak-budak tu nampak tak ada apa-apa.


++++++++++++


blackpurple,

saja try makanan korea, nak beli kat sini mahal bukan main seeweed tu, tak suruh pun maya kirim , dia yang saja nak mamanya try makanan korea.... accident tu okay je...Alhamdulillah tak de apa-apa.

silversarina said...

kak elle,

sedih sebab ustaz-ustaz dan keluarga mereka tu baik-baik belaka, dah macam adik-adik sendiri... kimbap memang sama macam sushi...negaranya aja berlainan..


++++++++++++++++


hazia,

kat mana ada seeweed boleh buat kimbap or sushi.... janji boleh buat tak kira di mana... thanks for dropping by :)

J.T. said...

Glad you and Izzat are OK. That was a close call.

Anyway, looks like you are an expert cook. :)

Kiah Kardashian said...

kak rina, lama sangat tak masuk nih. sib baik akak dah tuka kulit blog ni sebab everytime bukak pc saya hang!...now dah ok

selamat pengantin baru buat zaid dan azra. wah best juga buat kenduri di jordan tuh!.

alhamdulillah semuanya selamat....

Cat Cat said...

Pandai Kak Rina buat makanan korean.
Glad to know you and Izzat are okay.

silversarina said...

jt.,

Never thought that accident would happen.... we're okay !!

Sumayyah said my kimbap looked like a 'malay' kimbap..hehehe.

silversarina said...

zakiah,

harap zakiah sihat sentiasa... pengantin perempuan tengah struggle nak final exam ni...

kami dah nak balik dah...bye !!

silversarina said...

cat cat,

Tak pandailah cath, tengok shapes nya tak sekata... korean tengok mesti 'pot pet pot pet' komplen.. :)

Abang Long said...

Ceritanya best (walaupun ada adegan kemalangan). Makanan lagi best. Sebab Abang Long memang minat makanan dari negara matahari terbit. Salam perkenalan.

Eddie Putera said...

kimbap tu macam jepun.. terliur lah pulak.

Eddie Putera said...

alaa...kak lady pun cakap macam tu kat atas ni.. ish.. curi idea orang lah kak lady nih.

Mama Rock said...

rina...berselera apa nampak kimbap tu..hey, am glad it was just a minor accident and you are all okay. lepas ni sambung la packing balik.

silversarina said...

abang long ( panggil Dr. LOVE lagi best ) ,

thanks for dropping by... nanti boleh mem abang long buat sushi/kimbap ,makan kongsi-kongsi... :)

silversarina said...

adiejin,

kat korea panggil kimbap.... curi idea tak dikira curi.. dikira berkongsi idea yang sama...


+++++++++++++


mama rock,

bab packing ni memang leceh.... buat sehari, berenti 3 hari...nak balik dah dekat nak balik nanti baru packing habis-habisan...