BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 23, 2007

SEPAHNYA RUMAHKUUUUUUUUUU....

Tinggal lagi 2 minggu untuk berangkat pulang..terasa masa berjalan begitu perlahan... Rasa kalau dapat hari ni nak pack barang dan hari ni juga nak terus terbang, lebih senang begitu daipada packing dan packing dan maikn bertambah barangnya dari sehari ke sehari dan tahap bersepahnya rumah ke tahap yang amat serius....

Dah seminggu penyakit MALAS di tahap kritikal, malas nak mengemas, malas nak basuh baju, malas nak memasak, malas nak duduk dalam rumah, malas segala-galanya....

Pagi semalam sebelum keluar ke sekolah izzat untuk ambil result semester lepas dan sijil berhenti sekolah, I pesan pada Safiyyah agar kemas rumah dan masak dan buat segalanya...Tiba-tiba Mimi menyampuk..." Mama tu malas kemas ."amboi kecik dah pandai komplen , dia tu langsung tak buat apa, asyik main je....... Budak kecik tu pun perasan yang I dah tak buat apa kerja, macam mogok pulak...

Sampai sekolah Izzat perasaan gembira bercampur sedih. Gembira sebab Izzat dapat mumtaz/cemerlang untuk sessi semester lalu dan tahun lalu secara keseluruhan, semua subjects in Arabic except English language, apa lagi yang perlu dikata...Alhamdulillah.. TAHNIAH izzat sayang mama...semester lalu dia scored 96% dan keseluruhan dapat 92%.... cikgu semua ucap mabruk/tahniah dan kata izzat memang mumtaz/excellent.....

Sedih bila cikgu tanya kenapa nak balik malaysia dan minta agar Izzat terus sambung belajar di sini...sebak di dada sebab guru-gurunya semua berdedikasi dan baik belaka...

I bagitau yang tempoh kami selama hampir 2 tahun di sini telah tamat dan jika ada peluang kami mungkin akan ke sini lagi, InsyaAllah. Pengetua nya kelihatan sedih tatkala menerima cenderahati yang I sampaikan kepada pihak sekolah sebagai tanda terima kasih dan kenangan di sini. Terimakasih semua dan semoga jasa kalian diberi ganjaran oleh Allah swt.

Setiba di rumah nak pening kepala bila tengok rumah lagi tambah sepah... Zaid pulak keluarkan barang-barang yang ada dalam stor untuk ditapis sebelum dibawa pindah ke Mutah..... Ya Allah..dah sampai ke ruang tamu sepahnya....

Bila ke dapur....lega sikit sebab dapur berasap...menantu cayang I , Puan Azra ( baik menantu mama ) tengah masak mee kari.... ...nyum nyum...... Dr. Safiyyah (rajin Dr. ni ... Dr . takkan nak biar rumah sepah..ke ada Dr. yang malas kemas rumah ?? ) dah kemas dapur , basuh punggan dan sebagainya....

Petang semalam sambung balik packing barang di tingkat atas, 2 beg siap dan sekarang dah ada 4 baggages , ada lagi yang belum dipack...ingatkan dah kargo 20 kotak tak kuranglah barang yang nak dibawa sendiri, rupanya tak...

Hati tambah lega bila darling bagitau rumah di kemaman dah siap dicat semula dan wiring sedang dipasang semula ( yang dulunya dicuri ).... sebab ruang tamu dan dapur memang dikosongkan sebelum pindah ke Jordan...bolehlah jengok-jengok perabut baru.... moden and simple, tu yang I minat... (tak pasti nak penuhkan rumah dengan perabut ke tak sebab something BIG came up a few days ago... masih lagi RAHSIA dan TAK PASTI )

Well..for the time being, nak balik dulu malaysia, buat apa yang patut dibuat , puasa , raya , kenduri kawin....... rezeki ada di mana-mana, InsyaAllah.

29 comments:

Aiyah Nonya said...

I miss your post on the Dead Sea. Scrolled down and read it and the rest too. Now I know how it is when one step in to the Dead Sea. Thanks for sharing that experince with us.

I have the same feeling when it comes to packing too. There always seems to be so many things and you don't have the heart to throw them away.
The worst is when it seems you are the one doing everything.

Have a good day.

Anonymous said...

ASkm,

Ada lagi...jubah ina...jgn lupa...satu beg plastik beso ni...tolonglah...plssssss.


Senang nye hati...ada pembantu peribadi...lehlah mogok sekali sekala.

Pandainye mimi kutuk mama dia!!!

For Izzat...congrat. Enta mmg pandai. Sedih gak Izzat pindah sekolah kat Mesia.

Anonymous said...

Kak Rina...Welcome Home...and Izzat...Mabruk! Anta Mumtaz...SubhanaAllah...

Wah...akak dah ada pembantu peribadi tu...bolehlah rileks...takpe, hilang mood tu, it's okay...nanti dtg balik sure kilat bersih rumah akak...

Apa benda besor yang coming up tu kak? Dok obersi lagi ke?

Take care and salam

NBK466 said...

Semoga selamat urusan pemulangannya...& jangan ada benda2 penting yg TERtinggal...

Anonymous said...

Rina,

Tak sabar nak dengar rahsia tu..nak duduk abu dhabi pulak ke? ke hubby you dapat keje tempat lain.. Cibuk je i nikan..

Bak kata siti.. Biarlah rahsia..

SoFie NuR said...

ni memang kes malas tahap MAX ni smpai mimi pun asyik kate mama malas...:p

tp best gak bila malas2 ni..ye la..bile lagi kan...

Anonymous said...

Sementara dok sibuk2 mengemas tu, enjoy Jordon as much as u could, entah bila nak gi pulak:)

zino said...

selamat tinggal jordan.. selamat datang malaysia..

Abang Long said...

Selamat pulang ke bumi Malaysia. Pindah rumah - rasa serik dah. Sampai nak demam dibuatnya.

mommy said...

agaknye rumah skrg dah x rupe rumah..ruang kosong pun cukup2 untuk tempat tido je kot...ntah2 tempat tido pun xde..heh heh

NURAZZAH8 said...

heee...mmg bila sampai bab kemas mengemas nih surrender lah I.... I boleh imagine betapa penat, dan berseraknya rumah u... sebab rumah I yg tak pindah nih pun mmg sentiasa ada je barang... kemas,,kemas dan kemas...tak habis habis mengemas....

kak long balik bawa barang, nih nanti nak pack barang cik abang pulak...'
eh..apa benda something BIG tu??? nak duk oversea lagi? hubby dapat kerja kat mana lah pulak? Vietnam? heee bestnyer....

silversarina said...

aiyah nonya,

For me packing is best done last minute .... pack and go :)


+++++++++++++++


suweileh family,'


nantilah akak pun nak pergi suweileh ... harap beg tu tak beso mana sebab barang Nuh pun dah kena tapis, kena tinggal sebab terlebih bajet berat... banyak pulak barang yang nak dibawa :)

silversarina said...

raden galoh,

thank you , harapnya Izzat kekal dengan prestasinya, InsyaAllah.

tadi sempat kemas satu bilik lagi, kira okaylah dah mula ada mood nak berkemas...

Secret tu nanti dah nampak macam tak secret baru boleh bagitau :P


+++++++++++++++


nbk466,

InsyaAllah dokumen penting semua dah masuk hand luggage... tunggu nak naik kapalterbang je.


++++++++++++++++


ummi,

syyyyyyyyyy rahsia , mana boleh bagitau :)


+++++++++++++++++


sofie nur,

inilah masanya nak bermanja dengan anak-anak, tak gitu ???

ehhh harini dah okay sikit, tahap malas dah tinggal 90% ...hehehe.

silversarina said...

hazia,

tulah , dalam kepala ada lagi mood nak jalan-jalan...kena slow down sebab banyak keje nak kena bereskan:P


++++++++++++++++


zino,

terimakasih kerana sudi mengucapkan selamat datang kembali... nak tengok pepohon hijau seluas mata memandang.


++++++++++++++


abang long,


kalau pindah angkut barang dengan lori memang demam dibuatnya.... kena buat perlahan-lahan.. janji dah pindah...lega !!

silversarina said...

princess,

ehhh tempat tido memang dah berubah di ruang tamu sebab tak nak sepahkan bilik tido kat atas dah... bilik kira dah ok , kosong dah barang, makin banyak pulak beg nak diangkut balik, kena tapis lagi...:P


++++++++++++


nurazzah,

dah dekat seminggu kak long balik, kejap je rasa.... nanti pack barang pulak bawak bekalan makanan ke sini pulak ye....wah, dah nak kena tinggal dah ye dengan darling ....tak pe , makin jauh makin sayang !!

plan keje tu tak tau lagi ... adalah nanti agaknya, InsyaAllah.

Kak Elle said...

penyakit malas dah sampai singapore ni rina....I pun dah rasa malas nak mengemas rumah...sofie tolongggggggggggggg.....hahaha

wow ada big secret ke?nak dengar juga...hehe

Cat Cat said...

Kak Rina,
Tak payah susah-payah masak kat rumah. Serbu aje rumah anak2 bujang tu. Dapat makan best & FOC. **Loyar buruk lah Cath ni** HAHAHA!

silversarina said...

kak elle,

tahap malas dah berkurang sikit, dah mula mengemas semula, masak je yang masih malas lagi...hari ni nak masak balik sebab ada tetamu nak datang....

sofie duk tengah adjust beg dia nak bawak balik ukrine, 'melimpah' je isinya..hehehe .


+++++++++++++++


cat cat,

budak-budak bujang nasi kerabu tu tinggal jauh, di Mutah, 160km away from Amman.....

tak pe , sementara ada sofie dan azra , mintak tolong diaorang je masak... :)

aNIe said...

Beruntungnya rina dah ade menantu yang boleh masak kalau mertua dia malas...hehehe...

Kak lady ni ada masa memang dtg penyakit malas tu...dan penyakit tu datang bila kak lady dah mula bergolek2...so ambil keputusan...memang tak boleh bergolek2...nanti semua kerja tak menjadi...hehehe

Memang pun kalau tgk rumah bersepah ni...hangin cepat naik...

Wow!! Ada rahsia lah...tak sabar nak tau ni... :P

MAMAMIA said...

Angin malas U dah pindah pada I. Anak2 tengah cuti ni, malas nak berkemas, sebab sekelip mata, bersepah balik.... Yang kecik tengah rajin mengeluarkan semua mainan dari storage, bawak kat hall. Ya ampun...

I pun tak sabar nak tau rahsia tu...

Anonymous said...

salam makcik,
pandai ngomplen ye mimi..kelakar toi..hehe..
selamat ngemas2 ya makcik..nnt sy dok terkenang2 gak camana zaid nak bawa lik mu'tah brg2 kat sana tue..hihi..penin lak kepala zaid..

Kiah Kardashian said...

seronok mak mentua dapat menantu tera masak. Eh mee kari...sana ada mee cam kat msia kerr?? Sini sapa kempunan makan mee kena buat sendiri la mee tu. Jaawabnyer thank you ajerla. selamat berkemas

NorthBorneoGirl said...

bila baca post ni .. teringat pula masa I moved from California to Canada .. I have to pack most of the things by myself because hubby dah start kerja kat Vancouver .. rumah I masa tu .. bersepah! .. lucky for you ada someone cook for you :) anyways happy packing !

Salam Dari Dimasyq said...

tahniah izat dapt mumtaz..izat jgn malas2 ye..balik nti selalu tlg mama kat dapur,,

rajin azra menantu mama..menantu lelaki je blum ada lg kan azra...hehe..ehm2..

silversarina said...

kak lady,

sekejap je ada pembantu , menantu den dah balik Mu'tah, tinggal sorang je lagi nak tolong, seminggu lagi dia pun nak balik dah...

hari ni dah kemas rumah sikit... lega :)



+++++++++++++++++


mamamia,

ha ah cuti memang tak payah kemas rumah, penat badan je.... biar je bebudak tu enjoy, masa lain diaorang letih belajar, cuti baru boleh main dan sepah rumah..

rahsia mana boleh bagitau... hehe :P

silversarina said...

hazimin,

mimi tu memang lurus tapi laser jugak...

zaid kena sewa lori lah nanti nak bawak barang makcik pindah mutah.


+++++++++++++++


zakiah,

bolehlah masak, dah kawin mesti pandai masak... mee macam kat malaysia tak de, guna spaghetti yang jenis halus , rasa macam mee betul. kalau nak kena buat mee akak surrender awal-awal lah..

silversarina said...

ms envy,

memang letih kalau sorang yang packing.... orang putih selalunya lagi banyak barang dan siap dibalut/bungkus satu-satu....

ni dah okay sikit , tinggal yang nak dibuang je lagi.. thanks.



+++++++++++++++


salam dari dimasyq,

timakasih, mizi pun kami doakan dapat mumtaz juga, InsyaAllah.

menantu tak kira lelaki atau perempuan mesti kena rajin sebab bukan selalu datang tinggal dengan mak mertua....

Anonymous said...

slm aunt ina
lawak betol mimi...
mulut dia memang pedas...hehehe
syukur mak die solehah
tahan jelah aunty
one more,mabrook to izzat!!!!
tahniah kecik2 dah pandai arab

silversarina said...

mulut budak kecik, dia akan kata apa yang dilihat dan benar belaka...mak dia je memang malas.. hehehe.

Thanks..doakan semoga cemerlang macam ustaz munn dan doktor yang lain, InsyaAllah.