BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 08, 2007

DUKA DI KALA RAMADAN........

Pagi Rabu yang ceria dengan suhu yang agak rendah pagi ini (ketika ini 20 darjah celcius ) ....walaupun suhunya akan bertambah menjelang tengahari , namun dengan hembusan angin , akan sedikit menyamankan suasana musim panas ini....

Ketika membayangkan suasana Ramadan yanga bakal dilalui di tanahairkelak, I kemudian mengimbau kenangan berpuasa di bumi Jordan ini ( Ramadannya meriah ).....satu perkara yang hinggap di ruang kotak memori ialah satu peristiwa sedih yang berlaku musim ramadan yang lalu...ianya berlaku ke atas seorang ibu muda yang juga merupakan bekas anak murid I yang sudah punya anak 2 ketika itu.....

Ia ada sangkut paut dengan 'fenomena' masakini iaitu suami bekerja di seberang laut dan meninggalkan anak-isteri demi mencari sedikit tambahan rezeki .....( sebagaimana kami juga !!! ).......

Pertengahan Ramadan tahun lalu, I menerima sms dari M ( kami rapat dan selalu berhubung, anak murid , dah macam kawan-kawan )... dan nada smsnya mengundang tandatanya....... smsnya... " Tak taulah teacher ( dia panggil saya teacher ) apa nak jadi dengan hidup saya...".... tersentak seketika mendapat sms begitu...

I terus call dia....

Suaranya seperti dah macam putus harapan, tak bermaya.... dipendekkan cerita...dia baru tahu hari tu ( khamis , memang I ingat hari tu !! ) yang ada orang call bagitau suami dia ada affair dengan isteri orang..... dan suaminya baru saja mengaku yang memang benar ..dia telah bersama dan berzina selama lebih dari setahun dengan isteri orang tersebut...

I benar-benar ingat si suami ada affair di seberang laut, suaminya bekerja sebagai PA seorang jutawan yang selalu berulang-alik /menetap sementara di Eropah.......

Rupanya si suami tidak bermain kayu tiga dengan minah salleh di luar negara ( itu yang dikatakannya ), affair dan zina mereka adalah semasa si suami balik bercuti ke tanahair dan tak jauh dari rumah M ni.....


M kata si suami wanita yang terlibat sudah menceraikan isterinya setelah mengetahui isterinya curang... so, perempuan tu call M nak minta suami M berkahwin dengannya atas dasar mereka berdua telah lama terlanjur..... setiap kali suami M pulang ke tanhair, mereka pasti bersama.......

M bagitau , dia minta suaminya ceraikan dia sebab dia berasa begitu 'jijik' untuk hidup bersama lagi....tapi suami M kata dia seakan-akan 'dipukau' oleh wanita tersebut dan dia merayu pasa M agar menerimanya kembali dan berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut dan dia tidak akan mengahwini wanita isteri orang itu... Dia ada sebut betapa dia terhutang budi pada M kerana zelama ini M tidak pernah mengeluh ditinggalkan berseorangan menjaga 2 anak kecil kerana M faham apa yang dilakukan adalah demi kesenangan dan masa depan yang cerah buat mereka sekeluarga........

Apa yang dapat I lakukan bagai membantu menyelesaikan kemelut jijik tersebut ?????

Terdiam dan menitis airmata , menangis ...kami berdua menangis..... tak tahu apa yang harus dilakukan......

I tenangkan diri dan mula berfikir secara positif..... ini lah nasihat yang I berikann pada M , sebenarnya I buntu !! .....

Sebab suami M dah mengaku bersalah, eloklah M maafkan dan mulakan hidup baru atas alasan setiap manusia punya kelemahan dan ianya telahpun berlaku, tak boleh diulang semula ... walaupun jijik untuk bersama.... ambil masa lebih sedikit untuk kembali sayang pada suami... anak-anak masih kecil dan M pula tidak bekerja... apa yang penting suami M mengaku yang dia tidak akan mengulangi perkara keji itu lagi .......

M berjanji yang dia akan cuba bersifat pemaaf( memang amat sukar melupakannya ) dan demi masa depan anak-anak dan perkahwinan mereka yang masih mentah ( tak sampai 5 tahun ), M akan cuba menerima suaminya kembali..... M mengakhiri perbualan telefon kami dengan katanya ..inilah Ramadan yang paling tidak dapat dilupakan nya dan yang pastinya Syawal tidak bermakna apa-apa padanya lagi.....

Setelah habis ramadan dan syawal, M bertukar nombor telefon lebih dari 4 kali kerana wanita yang ada affair dengan suaminya asyik mengacau M , merayu agar suami M berkahwin dengannya...suami M masih meneruskan pekerjaan sebagai PA hingga kini dan mereka masih bersama sebagai suami-isteri.....

I bawa kisah sedih ini bukan secara suka-suka .... lihat saja berita dalam BH semalam yang mengatakan pasangan muda di saudi ramai yang bercerai ketika baru 2/3 tahun berumahtangga.....

Semoga kisah sedih yang berlaku pada M menjadi pengajaran pada kita semua.... hidup berjauhan dan berpisah sementara bukanlah merupakan alasan untuk suami/isteri untuk berlaku curang kerana semuanya yang berlaku adalah atas keputusan yang diambil secara kolektif...semua pihak wajib bertanggungjawab atas segalanya......

Semoga Ramadan kali ini membawa sinar bahagia buat M dan kita semua, InsyaAllah.......

28 comments:

cikMilah said...

Assalamualaikum & salam perkenalan Rina, sorry for blog-hoping as am reading you daily since June, hari ni baru nak confess! Sedih kan,simpati kat adik tu...doa saya untuk dia, semuga Ramadhan ini lebih indah...Salam ceria

Anonymous said...

sangatlah saya faham apa yang terjadi pada M tu...tapi mmg betul, dlm membuat keputusan hanya ada 2 pintu..samada keluar dr ikatan itu, atau bertahan..tidak ada jalan tengah2..kerana tengah2 itu lebih menyakitkan.

seboleh2nya pilihlah utk teruskan krn, kita berkahwin bkn utk bercerai, kita berkahwin kalau boleh untuk selama hayat yang ada. mungkin masa sekarang masa derita, tetapi dengan kesabaran, kelak masa bahagia mungkin lebih panjang dari masa derita ini.bukalah hati utk memaafkan, insyaAllah Allah akan berikan semula kegembiraan hidupnya dengan cara yang lain.

manusia mmg tidak ada yang sempurna, kita jua tak sempurna, terimalah suami tu semula dan belajarlah dari peristiwa ni utk kerukunan hari seterusnya.

teruskan berdoa pd ALLAH agar suami memilih jalan yang benar.

MAMAMIA said...

I pun ada kenal someone with more or less same story line. Tapi kasih sayang mereka masih kuat, Alhamdulillah they are still together.

Kak Elle said...

byk yg I dengar juga ada yg retak seribu dan ada yg dapat bersatu semula...betul kata aj....harapan kami semua ia lah agar sinar ramadhan biar lah lebih bersinar dan ceria.

Cat Cat said...

Kesian dengar cerita M tu. Kalau Cath, entahlah Cath camner nak buat. Cath pun macam M, suka nak maaf-maafan especially pasal main kayu tiga. Moga2 dijauhi dari rumahtangga kami.

The.Libyaman said...

ini dah macam ruangan Pancaindera plak kak, di celah-celah kehidupan. mak saya kekal baca mingguan malaysia hanya sebab ruangan tu hehe. anyway, dekat semula dengan Tuhan. mungkin ia satu kaffarah atau kerana makhluk jauh sangat dengan penciptanya. Kalau selalu dekat n sangat dekat mana mungkin perkara macam itu boleh dekat. rasanyalah.

silversarina said...
This comment has been removed by the author.
silversarina said...

pernah dicurangi lebih dari sekali,

memang you tabah dan kuat semangat, sekali dicurangi boleh dikatakan kelemahan diri, jika lebih dari sekali, entahlah akak taktau nak selesai macamana....

tapi itulah yang dikatakan, hidup ini penuh ujian dan dugaan... selagi mampu bertahan , teruskan, jika sudah melebihi tahap kesabaran, carilah jalan keluar... semuanya ada hikmahnya.....thanks for sharing....take care!!

silversarina said...

mamamia,

agaknay memang ramai yang hadapi kemelut sebegini.... sama-sama kita doakan kita semua dapat hidup bahagia tanpa hadapi semua ini...amin.



++++++++++++


kak elle,


masalah rumahtangga ini jika tidak ditangani dari awal(masalahnya taktau ada masalah!! )akan jadi parah...mangsanya anak-anak dan yang dicurangi.... kawan yang bekerja di pejabat agama kata fail untuk bercerai tiap hari memang banyak....

silversarina said...

cat cat,

If it happens to me ( hope NOT ) memang I pun taktau nak buat apa.... dalam kes ni , M terpaksa memendam rasa demi anak-anak...pity her...her life is a bit better now....


++++++++++++


babazahra',

ruangan Pancaindera..lamanya tak baca..hampir terlupa akak ruangan tu.. but itulah realiti hidup masyarakat zaman ini....

masalah curang ini bukan menyerang golongan 'tak faham agama' saja, tapi terdapat kes-kes yang ustaz/ustazah terlibat sama ( kes ni lagi parah ).... mungkin pada kita nampak macam mereka telah dekat dengan Pencipta, namun hakikatnya hanya Allah saja yang tahu, keikhlasan beribadat yang paling utama....

btw, tadi pergi mecca mall dah pergi natural looks and ada dah barang tu... sedap baunya :)

simah said...

aminnnn.... saya tak dapat bayangkan perasaan M... semoga M tabah melalu segalanya..

sekarang apa habar dari M tu akak? ada kah dia masih dalam ikatan perkahwinan.. suami dia masih curang lagi ker?

Eddie Putera said...

whatever it is..jalan mesti kehadapan. Redha dan terima.. buat keputusan and act on it with no regrets.

The.Libyaman said...

alhamdulillah seronoknya. akak balik 4th Sept kan? hehe cantik sangat saya nak buat hadiah ulangtahun tu. nanti e mail harga sekali. jazakallah.

silversarina said...

simah,

so far okay je perjalanan hidup mereka, setakat ni tak dengar lagi suami dia ulangi perbuatan lama tu...Alhamdulillah.


++++++++++++++


adiejin,


Betul tu apa yang you cakap, menyesal benda yang dah berlaku tak bawa kita ke mana-mana ,yang penting lalui hidup demi masa depan yang lebih sempurna dan bahagia.


++++++++++++


babzahra',

akak sampai malaysia 6sept... Etihad.

NorthBorneoGirl said...

Assalamualaikum .. sedih to hear what M had to go through .. hope it will never happen to me .. because if it did I wouldn't know what to do :-( because there is a saying it is easier to forgive but to forget is an entirely different thing ..

blackpurple @ jowopinter said...

Saya terkedu sekejap membaca cerita ini...

Perhubungan jarak jauh amat mencabar. Kalau iman tak kuat mudah tergugat. Begitu juga untuk mengekalkan kejujuran dan kesetiaan.

Semoga dia tabah atas dugaan Tuhan ini...

NBK466 said...

Sebagai dr. physiologi tak bertauliah nie...LUJ mendengar pun sudah 50% membantu 'pesakit' yg meluahkan masalahnya.. tak semesti beri nasihat or even beri penyelesaian....chewah..

Kiah Kardashian said...

minta dijauhkan benda benda ni terjadi...sesuungguhnya ujian yang datang tu diturunkan kepada orang yang sangat sabar dan saggup menempuhinya.

Anonymous said...

Alamak... baru 5 thn kahwin? Macam mana ni...

KAMATO said...

Perlu dijadikan pengajaran cerita ini, apa pun harap M tu bersabar

Mimiamilia said...

Salam sis,

Di negara kita pun ramai yang bercerai walau usia rumah tangga baru setahun jagung. Banyak dugaan hidup di zaman sekrang ini.

Minta dijauhkan lah perkara begini jika saya mendirikan rumahtangga nanti...amin..

D said...

na'uzubillah... Du'a pada Illahi saja cara terbaik. Pinta dalam Solat Hajat dan Solat Istikharah. Perkara macam ni semakin lama semakin menjadi-jadi. Si suami M masih bekerja di tempat/kawasan sama dengan wanita tu ke? Tak boleh... mesti hijrah!

lelakhalidah said...

Hi Kak Rina,

lama tak visit.. bz..

Semoga M bersabar.byakkan doa & solat. banyak2 tak reti lah nak comment.. takut sebenarnya..takut terkena pada diri sendiri... sure tak tau nak buat ape...

Selamat kembali ke tanahair..

silversarina said...

ms envy,

Waalaikumusalam,

I myself actually don't really know what to do if it happens to me.... marriage is about LOVE and TRUST ...

thanks for dropping by :)


++++++++++++


blackpurple,


Walaupun nampak macam semuanya okay (duduk berjauhan) tapi , inilah realitinya, kena tahan dugaan dan kepercayaan kepada suami/isteri sentiasa di tahap 100% , baru rasa tenang, tapi kalau dimungkiri, tu yang jadi porak-peranda....

takpe, cari isteri yang dapat tinggal bersama sepanjang hayat , ke 'dia' duduk jauh ???..gurau ekkk.

silversarina said...

Dr nbk466 ,

Timakasih Dr atas perangsang yang diberikan... actually kalau benda lain tu kira okaylah jugak nak beri pendapat dan nasihat, kes macam ni, sebab yang kena golongan wanita jugak.... buntu betul...


+++++++++++++++


zakiah,

M memang seorang yang sabar, tapi bila jadi macam ni, macam dipermainkan pulak.... apapun, dia dah bekerja semula demi menceriakan hidup dia jugak...

silversarina said...

hazia,

tu 5 tahun, ada yang baru 2 tahun dah pandai menipu isteri... kahwin sama-sama cinta, manusia , banyak tipunya dari benarnya... hati-hati lah .


++++++++++++


kamato,

Yelah kan kita ni hidup dikelilingi pelbagai godaan... kalau tak sentiasa ingat TUHAN , silap langkah tewas jugak...



+++++++++++++


mimi amilia,


Pilihlah insan yang benar-benar faham dan redha akan apa yang berlaku , kerana kita semuanya insan yang tersangat lemah..... kalau dah ada calon tu kena siapkan 'akujanji' ...hehehe.

take care....

silversarina said...

d,

memang kena doa bebanyak ...we'll never know .... hubby M masih ulang-alik ke Europe , but that lady dah jadi macam tak betul... yelah dia diceraikan dengan harapan dapat kahwin dengan suami M, sedangkan sekarang M dah hampir bahagia dengan suaminya... tapi dalam kes ni WANITA jugak yang malangnya...


++++++++++++


lelakhalidah,


Akak tau mesti you busy, akak jengok your blog , lama tak update... M is getting better now, dia dah bekerja dan nampak dah bertambah tabah, alhamdulillah.

Yeyyehhhh akak dah nak balik ni.....

Anonymous said...

Yes if the truth be known, in some moments I can say that I acquiesce in with you, but you may be in the light of other options.
to the article there is quiet a definitely as you did in the downgrade delivery of this solicitation www.google.com/ie?as_q=xilisoft avi to dvd converter 2.0.10.070 ?
I noticed the catch-phrase you procure not used. Or you profit by the black methods of development of the resource. I have a week and do necheg