Hampir 2 tahun denyutan nadi ini berdenyut di sekitar bandar Amman, membuatkan hati rasa amat bersyukur dengan apa yang ada... masih ramai bangsa arab yang hidup sekadar menumpang ihsan insan lain ... paling malang apabila bangsa arab yang berpindah dari bumi Palestine tercinta semata-mata mencari penghidupan yang lebih sempurna di bumi Jordan ini...
Tidak dinafikan ramai bangsa arab palestine yang berjaya mengubah cara hidup dan menjadi tunjang ekonomi Jordan tetapi itu hanya segelintir dari jutaan yang masih dibelenggu kemiskinan yang melampau.
Seperti biasa di musim panas akan 'keluarlah' peminta sedekah yang entah dari mana datangnya... terasa begitu asing... mereka berada di mana sahaja..di tangga bank, di gerai-gerai minuman, di luar supermarket, di parking lot, di tangga pasar basah...pendek kata di mana saja pasti ada golongan miskin yang meminta ihsan belas dari insan lain...satu perkara dan sifat baik yang I amati yang ada pada bangsa arab yang sedikit berada ..adalah sifat rajin menderma.. .mereka tidak lokek menderma kepada yang meminta.....itu satu sifat murni yang amat mudah dilihat di sini.
Ada juga yang tidak meminta sedekah tetapi mereka menjual barang-barang kecil seperti suratkhabar, kertas tisu , buah-buahan, bendera Jordan, window screen shield dan pelbagai barang lagi dan dijual semasa lampu isyarat merah....
Hati selalu terusik dan sedih melihat kehidupan mereka yang terpaksa bertungkus -lumus menyara hidup di bumi arab yang terkenal dengan kekayaan ( jordan tiada hasil minyak, so boleh dikira bukan negara kaya walaupun taraf hidupnya boleh dianggap tinggi kerana matawangnya masih kukuh...1 Jordan Dinar= 5 RM......)
Walaupun bangsa arab merupakan bangsa yang nampak seperti kaya di mata dunia ( lihat saja pelancong arab yang datang ke negara malaysia..kayanya mereka )..namun pada pandangan I , mereka masih belum bersatu-hati ...masing-masing punya agenda tersendiri mengayakan diri sendiri dan 'pejam mata' atas apa yang berlaku di dunia arab yang tidak pernah henti bergolak dari dahulu hingga kini.....
Kasihan pada yang masih meniti kehidupan , tidak punya tanahair sendiri dan terpaksa meminta-minta sementara nadi masih lagi berdenyut...kasihan mereka......
Sunday, August 05, 2007
SELAGI DENYUTAN NADI BELUM TERHENTI....
Posted by silversarina at 10:47 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
itulah sebenarnya kejayaan musuh islam.. membuatkan kesatuan islam berpecah dan berpuak2.. tapi umat islam sendiri tidak menyedarinya..
betul kata zino tu rina...kalau mereka bersatu bolih aman:)
agak kebanyakan org pendatang kat sana.
Peminta sedekah semacam itu sudah jadi lumrah di mana-mana pun terutama bandar besar
Cath pun kekadang kesian tengok orang minta sedekah. Masa Cath tinggal di KL dulu2, bila Cath ada duit lebih dalam purse, Cath sedekah sikit, lebih2 lagi pada mereka yang ada anak2 kecil duk sebelah. Kesian Cath tengok & tak sampai hati just lalu gitu aje.
Hello, Abdul!
Thanks for you work, is very good, and have a good day
zino,
Bangsa arab ni pada I satu bangsa yang sukar dimengerti budayanya dan perlakuannya...very complicated... sukar untuk menyatakan bila agaknya mereka akan bersatu menentang musuh Islam.
kak elle,
pendatang yang ramai sekarang adalah dari Palestine dan Iraq, memang dah jadi issue UN macamana nak menangani masalah pembanjiran mereka di sini.
+++++++++++++
cat cat,
kesian memang kesian tapi bila dah terlalu ramai yang meminta sedekah, dah tak berapa rasa nak membantu sebab ianya seolah-olah diabaikan oleh pihak berkuasa... di Egypt , kalau bagi sedekah pada seorang, berpuluh yang lain datang serbu minta juga.... it's a global issue..sedih kan :(
kamato,
betul tu , kat mana-mana pun ramai peminta sedekah.... agaknya bila akan berakhir perkara sedih begini... bertambah teruk lagi rasanya dari tahun ke tahun... di sini dengan bertambahnya pelarian dari Iraq dan Palestine, keadaan ini makin bertambah teruk.
++++++++++++++
david santos,
haven't seen you for quite a while...
have a nice day to you too !!
Post a Comment