BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 11, 2007

Kisah di sebalik Israk Mikraj....

Kisah 1

Ketika bershopping di city center siang tadi, terasa ingin buang air kecil tak dapat hendak ditahan-tahan.. Sementara sofie menanti 'sand bottle' nya untuk disiapkan, Mimi dan I pergi ke arah tepi Masjid Hussein dengan harapan adanya tandas untuk melepaskan hajat. I selalunya menanti Zaid yang ke tandas di situ... Bila tiba di muka pinta tandas, I pun tanya seorang penjual ..(buat-buat pandai arabic...jangan gelak ye ustaz/ustazah yang membaca entry ni ye )

" Wen hamam / di mana tandas ? "

dia jawab...

" Rijal , hon/ lelaki di sini.. "

I pun tanya lagi ..

" Nisak / wanita ? "

dia jawab...

"mafi /tak de . "

I kata lagi...

" Syu , mafi / apa, tak de ? "

dia angguk... Ah sudah , kata dalam hati I, tandas wanita takde, hanya lelaki saja ke yang perlu ke tandas, dah lah tempat wuduk wanita tak de dalam masjid hussein ni dan tempat solat wanita adalah sebesar storeroom je...

I tak puas hati, kali ni i tanya seorang penjual lagi yang tak jauh dari tandas 'rijal ' tadi....

"Is there a toilet, wc, hamam for nisak, ladies ??? "

Ha, sampai macam tu i tanya nak kan kepastian... dia geleng sambil kata " mafi /tak de "...hampa ...... akhirnya berjalan ke restoran yang agak jauh untuk lunch dan ke tandas....


Kisah 2

Balik dari shopping , letih sangat I terus baring atas sofa di ruang tamu dan on kan tv, cari-cari channel mana yang agak menarik....tup-tup adalah kisah visit malaysia di channel Arabian Travel... macam-macam kisah sampailah kisah masjid yang cantik-cantik di malaysia termasuk Masjid Kuala Lumpur dan Masjid Putrajaya...

Satu perkara yang menarik perhatian I bila di Masjid Kuala Lumpur ditunjukkan adanya Bilik VIP..... teringat I akan masjid di Kuantan yang bukan hanya ada Bilik VIP tapi juga Tandas VIP yang sentiasa berkunci sebab mungkin VIP jarang ke masjid..... I bandingkan masjid di sini, tak kelihatan Bilik VIP dan Tandas VIP(??? )..... mungkin I hanya bermimpi sekiranya ianya wujud di sini....

Kalau di masjid pun dibeza-bezakan VIP dan orang awam, I bertanya pada diri sendiri....apakah nilai solat VIP lain dari solat orang awam ???

I bawakan kisah masjid dan tandas di atas sempena peristiwa Israk Mikraj yang berlaku setahun sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah yang membawa erti dan pengajaran yang tidak ternilai besarnya kepada seluruh umat manusia .......

IMBAUAN peristiwa Israk dan Mikraj menjelma setiap kali tiba tarikh 27 Rejab. Israk dan Mikraj adalah peristiwa besar yang mengandungi hikmah agung menunjukkan kekuatan Allah mencipta alam ini. Al-Quran mengabadikan peristiwa itu dalam surah al-Isra’ dan an-Najm. Ia membuktikan impak sebenar peristiwa itu yang membenarkan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan tidak mengehadkan risalah (al-Quran) yang dibawa Baginda diturunkan kepada bangsa Arab semata-mata

.Ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya adalah kafir. Ini jelas dinyatakan dalam firman Allah Taala yang bermaksud:

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Peristiwa paling besar dan penting diterima Baginda SAW ialah perintah Allah supaya umatnya melakukan ibadat solat fardu. Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.Sebaik menerima perintah itu, tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi. Pada ketika itu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu.

Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW, Nabi Musa berkata:

“Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan umatmu ya Muhammad.”

Rasulullah SAW dan Jibril kembali menghadap Tuhan. Selepas dipohon keringanan itu, maka jumlah solat dikurangkan kepada 40 kali. Apabila berjumpa dengan Nabi Musa kembali, dia meminta Rasulullah SAW menemui Allah Taala sekali lagi supaya jumlah itu dapat dikurangkan lagi.

Beberapa kali Rasulullah berulang alik menemui Allah Taala, sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu saja. Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak akan mampu melaksanakan ibadat solat lima waktu itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah Taala kerana Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah.

Satu perkara yang masih bermain di kepala I yang masih tidak dapat menerima yang Masjid Hussein tiada tandas dan tempat wuduk wanita... adalah .. bagaimana kah umat islam dapat menyempurnakan ibadat solat kerana tiadanya prasarana yang memudahkan umat islam beribadat dengan selesa...dan adakah dengan adanya bilik-bilik dan tandas-tandas yang mendiskriminasikan golongan bangsawan dengan orang bawahan dapat menjadi pemangkin umat islam melakukan ibadat solat sekusyuk mungkin????

Harapan I semoga peristiwa israk mikraj ini menyedarkan kita semua bahawa Allah tidak melihat pangkat, harta dan darjat manusia, apa yang dilihat dan diukur hanyalah keikhlasan dalam melakukan sebarang ibadah sementara kita hidup di dunia....

25 comments:

Kak Elle said...

Rina huh?takde tandas untuk kaum hawa?

Tentang 'VIP' hahaha .... terkunci mungkin taps dia emas berkilauan takut kena curi:)

Thank u for sharing tentang israk mikraj berdoa supaya tak kira kaya atau miskin dunia ini hanya pinjaman sahja!kita akan kembali kepada Nya juga.

Lee said...

Hello Loveujordan, I love your blog page. The sunset is gorgeous.
And your play of colours this page sure is attractive too.
You have a nice day, UL.

Cat Cat said...

Hmmm, pelik juga ya tak ada tandas untuk kaum perempuan. Sib baik ada tandas perempuan kat kedai makan. Kalau tidak, nampak gayanya kena tahan sampai ke rumah lah gitu ya Kak Rina... Huhuhuhu!

mommy said...

pelik kan kat msjid hussein tu..dahla x de tempat wuduk..dorg ingat pompuan x ambik wuduk semayang kot..
pegi masjid nak mengadap tuhan.. bukan nak tinggi diri masuk tandas VIP..rase diri tu bangga jadi VIP..
VIP & x VIP same je disisi Allah..moga Allah memberi kesedaran pada kita semua..AMIN

silversarina said...

kak elle,

kat sini memang biasa tak de tandas , tempat wuduk dan tempat solat pun adakalanya tak disediakan untuk wanita...yang buat I pelik sebab masjid Hussein masjid yang terkenal dan terletak betul-betul tengah bandar, selama ni tak perasan tak de tandas sebab biasanya I dah ada wuduk dari rumah dah akan terus solat je kat masjid tu.....

silversarina said...

uncle lee,

thanks for the compliment...

have a nice sunday !!



+++++++++++++


cat cat,


ha tulah cat, masa jalan ke restoran tu macam dah tak tertahankan lagi, sampai je kat situ, suruh sofie order makanan, akak terus ke tandas, nasib baiik bersih, kalau tak..... :P

silversarina said...

princess,


selama ni ingatkan ada tandas wanita.....teruk betul lah... kat mana gaknya makcik in black yang jual rokok tu buang air ekkk... seharian duduk congok kat kakilima... harap solat kita semua lebih dari tahap VIP pahalanya.... AMIN.

happy holidays!!

Anonymous said...

hehe..dah lama makcik kat jordan sure dah bleh ckp skit2 arabkan :D mmg susah adat di negara arab nie..xbnyk kemudahan tandas utk pompuan kat masjid2..kena tulis surat kat Raja Abdullah barangkali..:)

Anonymous said...

Ya betolll...takde tandas. Ari tu ina smbahyang kat masjid hussien gak tapi wudhu yang dah bekal kat umah. Mujur ada lagi. Kalau pi jalan kat Jordan ni kentot kena tahan, kencing pun gitu gak, nak maintain wudhu'...seksa betul.

Latiptalib said...

Loveujordan,

Agaknya tersilap tanya. When hamam itu kalau tak silap maknanya di mana bilik mandi hehe

aina kuskus baru di mana tandas huhuhu.

mommy said...

p/s: wah wah .dah pandai sepatah dua bahasa arab..ade peningkatan nie..pasni leh buat nota.. perkataan2 yang dah belajar sepanjang 2 tahun..
1. yamin
2. syimal
3. hun
4. istanna syuai

silversarina said...

hazimin,

tulahkan, kalau King tahu mungkin akan disediakan tandas wanita di setiap masjid... arab simple boleh lah makcik...hehehe.


+++++++++++


suweileh family,

akak pun selalunya dah ada wuduk , senang nak solat kat masjid tu... sekarang ni bila diabetes tahap tinggi, susah nak tahan buang air kecil...kejap-kejap nak ke tandas :P

silversarina said...

latiptalip,

betul tu bahasa buku/baku yang paklatip cakap tu.... tapi rata-rata di sini kebanyakan arab tak tahu dan tak guna bahasa buku....diaorang guna bahasa pasar.

aina digantikan dengan wen .

tandas memang guna hamam.

Terima kasih singgah blog saya...

silversarina said...

princess,

cewahhhh ...tengok oranglah... my vocabs dah bertambah tau, bukan setakat yang tersebut sahaja...

fi
min
bakdin
al yaum
leish
eshhh
dan lain-lain.... hehehe.

Unknown said...

salam sarinah. Selagi darjat dipandang orang...

Anonymous said...

lame tak berkunjung ke your blog.. sibuk sikit dgn hal2 yg perlu disettlekan.. anyway, i like your new layout. makin maju ye.. hihihi. dan tak lupe, menarik gak kisah sebalik israk mikraj ni...

Mulan said...

akak dah konpem nak balik for good kaaa?? uhuuuu... saya tak lepas2 lagi ni..

Nur said...

Akak..seronok baca blog agak, mengasyikkan. Selamat pulang ye, inasyallah kalau tak aral hujung tahun ni saya nak bawa anak-anak pergi pantai timur.

Abang Long said...

Macam manalah kalau Abang Long yang "sepatah haram" bahasa Arab pun tak tahu ?.

Seperkara lagi, ini lah yang boleh "mengaibkan" sebuah negara Islam. Tidak ada kemudahan untuk muslimat. Sedangkan negara bukan Islam, segala kemudahan untuk kaum wanitanya disediakan yang terbaik.

cikdinz said...

saya setuju tu kak. apa bezanya ibadah orang kaya dan orang miskin. sepatutnya sama sahaja...adakah orang susah itu hina dan tiada darjat...

Pi Bani said...

Bercakap pasal tandas masjid ni ada satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian... KEBERSIHAN! Orang kita ni ramai yang tak reti jaga kebersihan. Banyak masjid yang I pernah masuk, especially yang open 24 hours, kotornya tak tau nak katalah! Padahalnya Islam mementingkan kebersihan...

Macam mana tu?

silversarina said...

zalisa maz,

dah lumrah hidup agaknya, darjat jadi ukuran segalanya :(


++++++++++++++++


jhaz dear,


makcik saja tegur 'salam, salam' kat YM nak tengok busy ke tak... apapun selamat bercuti lagi... jangan lepas peluang masa cuti buat apa yang diinginkan..nanti sibuk lagi bila dah stat semester...take care !!

silversarina said...

mulan,

ha ah akak konfem, hubby still kat uae...


+++++++++++++


nur,


nanti balik tulis kisah kemaman pulak dalam blog... kalau ke kemaman datanglah rumah..boleh kenal-kenal...


+++++++++++++'

abang long,


Tak pe tak tau arab pun, diaorang boleh sikit-sikit English dan guna sign language pun boleh...I ni dah 2 tahun tapi tak pandai-pandai arab...give up nak belajar... buku baca lain, cakap nya lain ( lisan nya lain sangat ).. sini memang agak payah wanita nak solat di masjid-masjid..kemudahannya amat kurang.

silversarina said...

cikdinz,

dalam ibadat pun nak tengok pangkat dan harta...boleh bantu di akhirat ke yang membodek tu?? bila dah jadi kebiasaan kita pun tak dapat nak lari...nak tak nak benda tu kena jugak ikut ..protokol manusia.


+++++++++++++++++


pi bani,

haaa yang I bagitau baru bab kurangnya kemudahahn untuk beribadat, belum bab kebersihan tandas lagi.... fuhhhhhhh tak sanggup nak cerita, mualnya tekak ni Tuhan saja yang tau.... eeeiiiiyyyeeeekkkkk :P

memang jauhlah daripada nak ikut apa hadith kata:

Kebersihan separuh dari IMAN

Anonymous said...

salam

sokong makcik ina...
apa beza antara bangsawan mahupon hamba sahaya...
yang membezakan adalah IMAN & TAQWA

p/s-sabarlah makcik ina pasal tandas...kena sabaq degan arab nihh...syukur ade tandas untuk SYABAB....hehheheh