BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 26, 2007

MALAYSIA GEMILANG

Bangun pagi ni terasa ingin menulis sesuatu tentang MERDEKA....Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 50 pada 31 Ogos ini.





Apakah perasaan I sempena MERDEKA ?



Sukar untuk menjawab dan mencari di lubuk hati ini apa yang I rasa ....



Apa yang pasti I kurang merasa teruja untuk menyambut merdeka , bukan tahun ini malah tahun-tahun sebelum ini juga, merdeka kurang mencetus rasa teruja.... biar apa orang fikir dan katakan, pada I merdeka negara dari penjajah tidak membawa erti jika jejak dan langkah penjajah masih bersarang di mana-mana.



Merdeka bererti bebas dari dijajah , tapi merdeka kah kita jika :



** pelbagai parti politik masih lagi berhempas pulas mahu 'membetulkan' pemerintahan negara..jika ianya sebuah negara merdeka, sudah pasti seluruh rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama selesa dan gembira tinggal dalam pemerintahan yang ada.....



** keselamatan tidak terjamin...... terasa tidak selamat berada di tempat umum... ragut/ rompak..di dalam rumah juga tidak selamat... tidur malam kurang lenanya , takut pencuri/perompak ..... berapa ramai rakyat yang mampu tinggal di kondominium mewah yang dikawal keselamatannya 24 jam?? itupun ada juga kes jenayah yang berlaku di dalamnya.



** aspirasi pemimpin mahu melihat negara menjadi negara maju tetapi semakin hari rakyat dicengkam dengan taraf hidup yang semakin tinggi sedangkan pendapatan rakyat masih rendah jika dibandingkan negara maju...... trend di malaysia, gaji naik barang naik...apa gunanya gaji naik jika harga barang juga naik..... I tak nampak faedahnya gaji naik..serupa tak naik .....



** kemudahan asas untuk kegunaan rakyat dijadikan perniagaan ......



paling ketara ialah jalanraya / lebuhraya bertol bukan setahun dua , nampak macam buat selama-lamanya rakyat dibebani dengan tol-tol yang serupa gaji juga yang akan naik malah naik lebih kerap naiknya dari gaji rakyat...



hospital juga yang dulunya percuma dan RM1 kini sudah tiada.. secara umumnya rakyat yang berpendapatn rendah sahaja yang masih menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan tapi kini bayaran dinaikkan... amat malang bagi golongan ini.....



pendidikan tiada yang percuma, dari tadika sehinggalah menara gading semuanya berbayar .. bila mula bekerja hutang sudah siap menanti untuk dilangsaikan buat beberapa tahun akan datang...



** agama rasmi semakin hari semakin menjadi tidak rasmi.... malah semakin hilang daulatnya ... jika ianya berdaulat tiada isu murtad , jika ianya berdaulat agama lain tidak akan berani menggugat...



Pendapat dan analisa peribadi ini adalah atas apa yang berlaku dan dilihat selama ini..... Apapun dibandingkan dengan banyak lagi negara yang merdeka sememangnya Malaysia amat jauh lebih baik 'menggarap' erti kemerdekaannya.....



Apapun I bangga menjadi rakyat Malaysia dan akan lebih berbangga jika apa yang dianalisakan di atas dapat bertukar sebagaimana yang sepatutnya bagi sebuah negara yang MERDEKA dan BERDAULAT !!

12 comments:

Kak Elle said...

sebagai jiran across the causeway I agree with you tapi no offence ok?
banyak singaporean takut nak ke JB skg ada yg kena tikam,kena rompak dan berbagai2 lagi dan yg kelakar nya balai polis kat depan mata tapi kejadian macam ni masih berlaku.So bolih ke gurantee keselamatan pelawat?
Walau macamana pun I still have you,maklang,kaklady dan yg lain2 sebagai kawan bergurau senda di alam maya ni:)

Selamat ulang tahun ke 50 MALAYSIA.

Unknown said...

rina...:)

saya setuju 200% dgn pendapat dan perasaan rina itu...

apa2 pun, selamat pulang ke tanah air tercinta....

there is only one malaysia!

adess, sayu nya lagu ini....rasa homesick la pulak.

idham

Mulan said...

betul tu, betul...!!! part yg sedih bila orang susah/miskin nak pi hospital.. sampai ramai yg terlantar menunggu masa di rumah masing2..

zino said...

satu pendapat yg pasti ada sokongan....

so ada kah kita sudah merdeka?

Cat Cat said...

Kak Rina,

Cath agree with Kak Elle - banyak sangat berita kena rompak, bunuh, tikam. Cath pun dah takut bila time nak gi shopping kat KL.

But regardless, I still love my country very much.

Selamat pulang ke tanahair tercinta, Kak Rina.

The.Libyaman said...

rasuah. banyak dah jadik tepu. pemimpin semua korup. Malaysia sudah lama diperintah oleh rasuah. merdeka adalah satu propaganda. UMNO mahu terus kekal berkuasa. mereka jaja merdeka sebagai satu propganda sebagai usaha mereka sedang mereka ambil kerja orang lain. merdeka bukan kerja Dato' Onn dan Tunku. Tipu. ada peluru yang tertanam dalam kepala rakyat Malaysia. jika anda melawan, kita ada akta yang dibuat sebelum merdeka, ISA. merdeka tipu. kerajaan penipu. kerajaan korup. hehehe apa benda lah yang saya mengarut nie. sorilah kak, salah makan ubat kot.

silversarina said...

kak elle,

bukan JB je , Kemaman tempat tinggal I yang kampung tu pun ramai pencopet dan peragut , nak keluar duit kat ATM pun jadi takut kena rompak , report polis, polis kata dah tak boleh buat apa, perkara biasa... tak ke geram..

I'm also glad to have you as my friend.... semoga berkekalan, insyaAllah.

silversarina said...

idham,

patutnya malaysia dah merdeka macamana you juga sebab same age... pelik rakyatnya maju tapi tidak negaranya...

thanks and wish me luck nak sambung hidup di tanahair semula... rasa gerun pun ada... kalau dapat nak duduk dubai macam you....lega rasanya ..hehehe !!

silversarina said...

mulan,

akak sebut pasal kos perubatan kerana kesian kat orang susah, kalau sakit tiada tempat sanggup bantu, ada kerajaan pun tak nak membantu, semua nak diswastakan , kesian oarng susah... :(


++++++++++++++++++


zino,

kalau tak sokong mungkin orang tu hidup di dunia lain... :P

merdeka atas kertas memang sah ....

silversarina said...

cat cat,

kadangkala bila orang kata US jahat dan sebagainya, secara umum I selalu kata I rasa amat selamat bila berada di bumi uncle sam, balik jalan tengah malam sorang pun I berani sebab rasa selamat, duduk dalam rumah lagi selamat, rumah mana ada pagar.... tapi kat tanahair sendiri nak keluar rumah dan nak masuk dalam kereta pun kena lihat dulu selamat ke tak persekitarannya , ada pagar , ada grille, ada alarm pun tak tentu selamat.

Timakasih .. nanti kalau cath perlukan apa-apa(dry food ) ke, bolehlah akak kirimkan dari malaysia... email akak... silversarina@yahoo.com .

silversarina said...

babazahra' ,

ewahhhh laju dan lancar je mengomen ekkk :)

bila banyak berurusan dengan pihak pemerintah lagi banyak skandal yang terbongkar tapi rakyat biasa memang tidak akan percaya dan juga setengahnya takut untuk menyatakan salah/tak betul pada kerajaan.... manusia punya pemikiran yang hanya dia saja faham.... akak malas nak fikir apa yang mereka fikir... ada mata lihat sendiri dan nilai sendiri.... ISA memang sesuatu yang tak masuk akal dan paling tidak bertamadun... :(

zino said...

selamat hari raya maaf zahir batin..