Salam pagi Selasa buat semua..... pagi yang sentiasa indah buat penghuni muka bumi Allah ini ... selagi masih boleh bernafas selagi itulah kesyukuran dipanjatkan buat Yang Maha Esa...... ALHAMDULILLAH atas segala rahmatMU......
Musim panas tahun lalu sewaktu melawat sekitar Karak dan Mu'tah , semua gambar sebagai kenangan entah macamana terdelete dek kerana kesilapan teknikal di dalam sebuah PC di Mu'tah...habis semua gambar hilang...
Jadi, minggu lepas sewaktu berada di sana, kami mengambil kesempatan menziarahi semula tempat-tempat yang penuh nostalgia itu walaupun tak semua tempat dapat dilawati....
Kampung Middin yang tidak jauh dari Mu'tah menjadi destinasi kami menjejaki sejarah Nabi Syuai'b kerana di sini terdapat sebuah mata air yang dinamakan Mata Air Nabi Syuaib,tempat pertemuan Nabi Syuaib dengan Nabi Musa. Walaupun ramai yang berpendapat Mata Air Syuaib yang sebenarnya terletak di Arab Saudi, tetapi di Middin juga tidak kurang popular riwayatnya(walaupun hanya sedikit sahaja orang yang tahu sejarah di Middin ).
di luar muka gua ...
Gmin di dalam mata air...(sorry letak gambar Gmin sebab nampak clear airnya )
Airnya begitu sejuk dan matairnya tak berhenti keluar dari celahan batu.....begitu nyaman sekali berada dalam gua kecil tersebut.....
Selepas Kampong Middin, kami menuju ke Kampong Syihabiyyah, terletaknya kalimah ALLAH di lereng bukit yang jelas kelihatan walaupun dari jauh....... Kalimah ALLAH ini telah ada di lereng bukit di Syihabiyyah sejak sekian lama...... Memang begitu menakjubkan dan terharu dan sebak melihatnya....
kalimah ALLAH jelas di lereng bukit.... ada secara semulajadi...
Kemudian sebelah petangnya kami berkesempatan ke Ein Sara, 'air terjun' terkenal di Karak, yang tahun lalu kami dikejutkan dengan makcik membasuh bulu kambing di hulu dan orangramai mandi di hilir sungai yang tak berapa ada air tu.. kali ni tak berapa ramai orang yang datang berkelah dan yang ada hanya pakcik arab 4 orang yang membasuh tomato untuk dimakan sebagai snack mereka sambil sembang-sembang di batu kecil di tempat yang sama makcik membasuh bulu kambing dulu...
Ein Sara....pakcik arab sedang berkelah makan tomato...dulu makcik arab basuh bulu kambing di situ...
Keesokannya kami menuju ke Mazar, 5 minit dengan van dari Mutah... kami ke makam para syuhadah perang Mu'tah...as syahid Zaid bin Harithah, as syahid Jaafar bin Abu Talib dan as syahid Abdullah bin Ruwaha..... betapa sayu mengenangkan betapa berani dan teguhnya iman mereka , sanggup bertarung dan mengorbankan nyawa demi ISLAM dan begitu terharu bila mengenangkan mereka sudah punya mahligai di syurga sebagai ganjaran jasa yang terhingga terhadap agama tercinta...makam as syahid Zaid bin Harithah.
makam as syahid Jaafar bin Abu Talib
makam as syahid Abdullah bin Ruwaha
Perjalanan di bumi anbiya' ini hampir tamat ...Alhamdulillah dapat juga kami semua menziarahi pelbagai kesan sejarah dan semoga ianya menjadi pemangkin menguatkan lagi ibadah kami sekaligus menjadi umat Islam yang cemerlang sebagaimana yang diperlihatkan oleh umat terdahulu...Amin.
12 comments:
masyaAllah...
dan yg bestnya anak akak yg kecik tu walaupun kecik dapat lawat benda semua ni... dan mesti dia dah grad semua cerita of twmpat yg dia dah lawat selama ni.. how lucky she is akak! masyaAllah..
apa lagi makcik...balik malaysia ni, tulis la buku...tak pun tulis lirik nasyid..hehehe...
salam makcik ina,
benar..bila mengenang sejarah ia dapat memberi banyak peringatan dan teladan buat kita..seterusnya dijadikan pemangkin menguatkan lagi ibadah kepadaNya..
sejarah akan berulang..
dan mungkin kita yg berhadapan dengan siri-siri pengulangan tersebut..
mana yg baik, sudah pasti kita bersedia 'gembira' dgnnya.. mana yg buruk, pastikn diri sudah sedia menangkisnya..
Alhamdulillah...bertuahnya rina kerana dpt menjejakkan kaki ke bumi anbiyyah dan ianya menrupakan satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan...
Akak baru baca ttg Dead Sea tu...hubby akak dah pun pergi...tapi akak masih belum berpeluang lagik...Insyallah...satu hari nanti...
simah,
setiap tempat yang kita tinggal , akan ada tempat-tempat yang menarik yang akan dijadikan bahan ziarah... walaupun kecil , memang dia akan tanya nama tempat dan di mana tempat yang dilawati... jadi macam minat dia pulak, ikut berjalan...
+++++++++++++++
wewr-sama,
dah malas nak menulis, sekadar catatan buat kenangan perjalanan hidup sendiri je...
hazimin,
berada di bumi yang penuh sejarah Islam lebih menggamit rasa syahdu dan terharu terhadap keESAan Allah...
harap dapat lagi berkunjung ke sini lagi, InsyaAllah.
++++++++++++++++
kak lady,
ada peluang sampailah nanti kak lady menziarahi tempat-tempat sejarah di timur tengah ni, InsyaAllah.
salam aunt ina,
terharunya membaca entry terbaru ni di "part" terakhir...
kerna sejarah akan berulang
p/s-buat lah lagu untuk raihan aunt ina
Walaupun tempatnya tak cantik, tapi begitu menarik. Apatah lagi terdapat kesan peninggalan para anbiya'. Entah, bilakah zamannya abang long akan menjejakkan kaki ke sana ....hmmmmm ....
ustaz munn,
sedih dan rasa takut pun ada bila kata sejarah akan berulang tapi manusia selalunya leka dan lalai.
Raihan dah famous, taknaklah buat lirik untuk diaorang..kalau ustaz nak buat kumpulan nasyid boleh makcik jadi komposer... hehehe.. takut album kena campak dalam laut mati je... :P
abang long,
sini kalau nak tengok bangunan moden memang bukan tempatnya.... nak tengok pepohon hijau pun bukan tempatnya... yang ada kesan sejarah yang tidak ternilai untuk dilawati dan diambil iktibar darinya... ada peluang datanglah .
SubhanAllah, Masya'Allah Kak Rina...Seronoknya dan bertuahnya dapat menyaksikan keajaiban ciptaan Ilahi di muka bumi ini...
Terasa sungguh kekuasaan Ilahi...Saya yang membacanya pun sebak jadinya...
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman ini...Dari kem badwi, ke laut mati hingga pusara para2 syahid...Nak tunggu saya sampai mungkin tak tersampai. Nasib baik ada akak yg sudi berkongsi. Again, thanks akak!
raden galoh,
terimakasih kerana sudi juga berkongsi membaca entries di sini... semoga ianya menjadi teladan agar kiat semua menjadi hambaNYA yang sentiasa mengeESAkanNYA, InsyaAllah.
Post a Comment