BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 06, 2007

KELDAI OH KELDAI

Hari ni nak blog pasal seekor binatang yang terlalu banyak kegunaannya dan ianya merupakan binatang yang dikenali sebagai binatang yang taat, 'kurang ' bercakap , kuat dan bertenaga.....itulah KELDAI .......


Mengapa ianya menjadi topik blog I hari ini ?


Berada di sekitar negara arab buat seketika, I amati Keldai masih lagi merupakan bintang yang masih penting dalam penghidupan manusia terutama di luar bandar....


Dalam bandar juga masih digunakan...setiap pagi ada seorang budak arab dihantar oleh ayahnya ke sekolah kerajaan yang dekat dengan rumah I dengan menonggang keldai... I taktau dia datang dari mana , tapi itulah yang I lihat setiap pagi semasa menanti drebar Izzat dan mimi jemput mereka ke sekolah....


Di pinggir bandar Amman kini terdapat banyak khemah badui yang pindah ke sini ketika musim panas , dan apa yang pasti, setiap khemah akan ada sekurang-kurangnya seekor keldai di situ.. tak berapa pasti apa penggunaannya ..... mungkin trademark kaum badui...mungkin ???


Semasa tiba di Alexandria , Egypt, I rasa sedikit pelik , kerana kenderaan dalam bandar tersebut bercampur-campur... kenderaan bermotor, tram dan kereta keldai memenuhi jalanraya di sana....


Kalau ke Petra ( sah dah jadi 1 of the new 7 wonders !! ), kalau penat berjalan , boleh menonggang keldai dan jika ingin meneroka lebih jauh ke bahagian belakang bukit-bukau di situ, keldai adalah kenderaan utama.....lalu di lereng bukit yang curam dan sempit.....


Sewaktu di Aswan dan Luxor, Egypt , penggunaan keldai semakin berleluasa , bukan sekadar membawa barang-barang dan manusia di dalam bandar tetapi digunakan secara meluas di delta Sungai Nil yang merupakan kawasan tanah subur ... membawa rumput dan hasil tanaman dan keldai ada di mana-mana.


Itulah Keldai...hero blog I hari ini....




Keldai walaupun banyak jasa dan penggunaannya, ianya adalah binatang yang paling hina dan punya suara yang paling jelek... puas dengar suaranya semasa di Egypt...kuat dan memang tak sedap !!


Suatu yang pelik, keldai banyak jasanya, tetapi ianya juga merupakan perumpamaan bagi yang tak baik terutama ketika ingin melepaskan kemarahan kepada seseorang......Si ibu /bapa akan memaki anak-anak mereka dengan perkataan keldai... bila adik-beradik / kawan-kawan bergaduh, kalau dimaki dengan perkataan keldai, ianya adalah kemuncak pada segalanya...mereka akan melenting jika dimaki dengan perkataan keldai ini...kalau disebut ( bapa keldai ), akan merah menyala lah wajah yang kena maki.... silap-silap penumbuk naik ke muka....


Itulah kisah keldai...... walaupun disayangi kerana jasanya yang tak terhingga, namun ianya seolah-olah dilupakan jasanya ketika dalam keadaan marah dan panas... mana mungkin manusia disamakan dengan keldai..... nak diikutkan kadangkala keldai adalah lebih baik dari manusia, sedia dan setia menurut perintah, bukan seperti manusia , hanya tahu memerintah tapi sukar menurut perintah.....


Kasihan si keldai, ketika khidmatnya diperlukan ianya menjadi pilihan.... ketika melampiaskan kemarahan , keldai juga dijadikan bahan ejekan..... sungguh malang nasibmu ..keldai ...ohhh ... keldai.

14 comments:

D said...

HeHE.. dulu masa suami saya kerja di Sudan, dia beritahu anak-anak keldai bersepah di sana. Langsung anak-anak semua minta ayahnya bawa balik keldai sebagai souvenir - macamana tu kak? LOL

Kak Elle said...

Rina I agree apa yg u tulis ni...nasib si keldai:)

MAMAMIA said...

Org badui ni masih dgn hidup pindah randah lagi, ya? Boleh u buat N3 pasal they all?

Bila u tulis pasal suara keldai ni, teringat pulak cerita Pinocchio, part masa suara dia bertukar jadi suara donkey tu.

Anonymous said...

Hehe... Keldai pun dapat 1 entry, ya Kak Rina?:)

zino said...

saya cadangkan buka business jual kaldai kat malaysia.. kempen jimat cermat petrol dah mahal sangat ni hehe

Cat Cat said...

Kak Rina,
Keldai tu orang putih cakap Donkey ya..?

silversarina said...

d,

Katanya kat Sudan memang lagi banayk keldai di jalanraya...okay jugak buat pet... mesti manja betul keldai tu tak payah buat kerja :)


+++++++++++


kak elle,


I kesian tengok keldai ni macam hamba je, kerja tak henti.... memang ditakdirkan itulah kerja nya .

silversarina said...

mamamia,

akak dah lama teringin nak melawat khemah badui, haritu drebar arab tak nak bawak sebab dia kata 'aib' ...nanti kalau sempat akak nak beranikan diri jengok khemah dan 'penempatan' badui ni..memang masih berpindah-randah.



++++++++++++++++


hazia,

ehh mestilah...kerja berat orang buat tak peduli je...so akak nak bagi motivasi pada sang keldai agar terus bekerja lebih kuat :)

silversarina said...

zino,

I cadangkan zino buka ladang keldai tu dan bila dah ada kereta keldai di jalanraya..baru tau ....busuknya jalan tu usah kira...kena ada company ambik upah cuci tahi keldai.... pencemaran bau dan pemandangan pulak... silap-silap lagi mahal dari petrol nak buat maintenance keldai and jalanraya...hehehe.


+++++++++++++


cat cat,

yeap...keldai is donkey....akak ingat akak dah tulis donkey , rupnya terdelete pulak....

Sastri said...

teringat pulak keldai dalam citer Shrek... keskeskes...

simah said...

love ur new template la akak... mana akak jumpa template ni? (saya still tak reti nak tukarr template...bole ajar?

keldai... memang malang nasib dia..just out of curiosity la akak... keldai dia dapat tampung ker berat orang dewasa?

silversarina said...

sastri,

agaknya memangb naikkan nama keldai yang roducer buat citer Shrek...


+++++++++++++++


simah,

hi dear, lama tak 'jumpa'....

template ni ambik kat finalsense.com.... masuklah dan pilih mana yang berkenan...

keldai ni memang dilahirkan boleh membawa bebanan yang berat...bukn setakat berat orang dewasa, barang-barang yang berkali ganda beratnya pun masih boleh dipikulnya...

simah said...

ok..thanks..bila senang saya godek godek :0)

silversarina said...

simah,

memang senag sangat..selamat bergodek-godek !!