Hari ni nak blog pasal seekor binatang yang terlalu banyak kegunaannya dan ianya merupakan binatang yang dikenali sebagai binatang yang taat, 'kurang ' bercakap , kuat dan bertenaga.....itulah KELDAI .......
Mengapa ianya menjadi topik blog I hari ini ?
Berada di sekitar negara arab buat seketika, I amati Keldai masih lagi merupakan bintang yang masih penting dalam penghidupan manusia terutama di luar bandar....
Dalam bandar juga masih digunakan...setiap pagi ada seorang budak arab dihantar oleh ayahnya ke sekolah kerajaan yang dekat dengan rumah I dengan menonggang keldai... I taktau dia datang dari mana , tapi itulah yang I lihat setiap pagi semasa menanti drebar Izzat dan mimi jemput mereka ke sekolah....
Di pinggir bandar Amman kini terdapat banyak khemah badui yang pindah ke sini ketika musim panas , dan apa yang pasti, setiap khemah akan ada sekurang-kurangnya seekor keldai di situ.. tak berapa pasti apa penggunaannya ..... mungkin trademark kaum badui...mungkin ???
Semasa tiba di Alexandria , Egypt, I rasa sedikit pelik , kerana kenderaan dalam bandar tersebut bercampur-campur... kenderaan bermotor, tram dan kereta keldai memenuhi jalanraya di sana....
Kalau ke Petra ( sah dah jadi 1 of the new 7 wonders !! ), kalau penat berjalan , boleh menonggang keldai dan jika ingin meneroka lebih jauh ke bahagian belakang bukit-bukau di situ, keldai adalah kenderaan utama.....lalu di lereng bukit yang curam dan sempit.....
Sewaktu di Aswan dan Luxor, Egypt , penggunaan keldai semakin berleluasa , bukan sekadar membawa barang-barang dan manusia di dalam bandar tetapi digunakan secara meluas di delta Sungai Nil yang merupakan kawasan tanah subur ... membawa rumput dan hasil tanaman dan keldai ada di mana-mana.
Itulah Keldai...hero blog I hari ini....
Keldai walaupun banyak jasa dan penggunaannya, ianya adalah binatang yang paling hina dan punya suara yang paling jelek... puas dengar suaranya semasa di Egypt...kuat dan memang tak sedap !!
Suatu yang pelik, keldai banyak jasanya, tetapi ianya juga merupakan perumpamaan bagi yang tak baik terutama ketika ingin melepaskan kemarahan kepada seseorang......Si ibu /bapa akan memaki anak-anak mereka dengan perkataan keldai... bila adik-beradik / kawan-kawan bergaduh, kalau dimaki dengan perkataan keldai, ianya adalah kemuncak pada segalanya...mereka akan melenting jika dimaki dengan perkataan keldai ini...kalau disebut ( bapa keldai ), akan merah menyala lah wajah yang kena maki.... silap-silap penumbuk naik ke muka....
Itulah kisah keldai...... walaupun disayangi kerana jasanya yang tak terhingga, namun ianya seolah-olah dilupakan jasanya ketika dalam keadaan marah dan panas... mana mungkin manusia disamakan dengan keldai..... nak diikutkan kadangkala keldai adalah lebih baik dari manusia, sedia dan setia menurut perintah, bukan seperti manusia , hanya tahu memerintah tapi sukar menurut perintah.....
Kasihan si keldai, ketika khidmatnya diperlukan ianya menjadi pilihan.... ketika melampiaskan kemarahan , keldai juga dijadikan bahan ejekan..... sungguh malang nasibmu ..keldai ...ohhh ... keldai.