Semalam hujan ais-batu bukan main lebat lagi dan kini masih hujan tapi hujan air-biasa je sejak malam tadi. Tak sangka pulak dah pertengahan Mac masih sejuk sampai hujan ais-batu, cantik ais dia bulat-bulat dan sebesar lada hitam. So, pagi ni mimi dan izzat ke sekolah pakai semula winter jackets siap mufflers and caps.
Spring...where are you????
Thanx a lot to all bloggers yang memujuk hati ni dari kerinduan dan harini dah more than okay, Alhamdulillah.
*********************************************
2 minggu lalu semasa kes cable letrik rumah I di malaysia kena curi, I sempat called my friend dan sebab dah lama tak call, lama jugak kami bersembang dan bermacam topik sempat diperkatakan dari kisah perkembangan kawan-kawan yang lain sehinggalah kisah politik setempat dan semasa. I sebenarnya malas nak ambik tau sangat pasal politik tanahair tapi kebetulan ada sahabat yang amat minat dan aktif dalam politik,terkeluar lah kisah bakal-bakal calon bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Nak dijadikan cerita ada one guy ni yang amat minat nak jadi YB dan selesa kalau nama dia dicalon tapi masalahnya calon ni agak kurang dari segi fund untuk p/raya. Untuk jadi calon bukan mudah jika tiada kewangan yang kukuh dan calon juga mesti mempunyai karektor yang boleh menarik hati masyarakat setempat.......
Lepas tu I call sumayyah macam biasa mother-daughter talk dan termasuklah kisah politik dan p/raya tanahair. I bagitau nama bakal calon yang sedang hangat diperkatakan di tempat I, tiba-tiba sumayah ketawa and bagi komen... "daripada calonkan dia baik mama yang jadi calon sebab memang akan kalah tapi kalau mama ok lagi sebab memang pasti kalah tapi kalah bergaya , losing with style / a stylish loser "..... terus kami berdua ketawa berdekah-dekah.. "cis, tak baik tau kata mama calon pasti kalah...." hahahaha.
I pelik tapi bagi politicians memang tak pelik mahu dipilih jadi pemimpin kerana bagi I upah berapa juta RM pun I takkan mahu jadi YB atau isteri YB. I'll be dead !!!
I pernah rapat dengan beberapa YB dan isteri YB dan I yang nak sakit/pening tengok hidup diaorang tak lekang dari rakyat yang datang mengadu itu ini dan kena sentiasa tersenyum melayan masalah orangramai. Kalau I lama dah I cabut dan pindah duduk di isolated place yang tak de sapa dapat jumpa, tapi nak buat macamana memang kerja wakil rakyat kena layan rakyat dan isteri sebagai pembantu kena juga sealiran dengan suami...ish ish memang rumit dan payah tapi tidak bagi ahli politik yang memang dilahirkan untuk jadi politicians.
Di Jordan lain sikit halnya.... kalau ada p/raya setempat biasanya pertandingan adalah diantara kabilah-kabilah di sesebuah kawasan. Akhirnya calon nya terlalu ramai. Bayangkan jika ada satu daerah ada 7 kampung dan ada 12 kabilah didalamnya( kabilah= same family name eg AlGaramseh, AlSarairah ) maka akan ada 12 calon untuk merebut kerusi di daerah tersebut. Selalunya kemenangan berpihak pada kabilah yang mempunyai paling ramai ahli kabilah nya yang boleh mengundi .Selalunya memang mereka akan mengundi kabilah masing-masing........
Tak kira di bumi mana kita berada memang pemilihan pemimpin negara tetap menjadi agenda utama yang memerlukan pengorbanan individu-individu bagi memimpin negara ke arah lebih berkualiti dan makmur.
Anybody out there yang nak jadi calon p/raya nanti ?????? ish ish ish ish........
11 comments:
sebenarnya, kalau boleh saya pun tak mau dengar perkataan politik. Cuma kadang2 teringat kata2 sahabat ni. katanya orang kat Msia sibuk nak itu ini. Cakap pemimpin itu ini tak betul. Tapi tak mau pergi mengundi!
p/s: berapa degree kat Jordan sekarang?
Rina kalau ada catergory p/raya aunty vogue I nak di calon kan.....hahaha.....its not easy tau nak jaga hati masyarakat?
mamasarah......memang pun politik tanahair memeningkan, I tak suka dipilih tapi tetap akan memilih....
hari ni suhu 8 Celcius , katanya esok snow ... selalunya tak jadi tapi malam tadi kawasan pergunungan selatan Jordan snow.
++++++++++++++++++++
kak elle............ you got my vote sebelum you dipilih jadi calon lagi..hehehe.
menang bergaya :D
LUJ...hubby kak lady peminat politik...kalau duduk bercerita pasal politik dia boleh tahan duduk berjam-jam bercerita pasal politik...
Tapi untuk jadi datin...erkkk!!...tak sesuwai dgn jiwa kak lady...
Den yg kat sini pun tak tau sapa2 calon pilihanraya..org jauh dah tahu...he..he..he.. sbbnya den pun malas nak amik tahu.. Kalau mereka2 nie tahu tanggungjawab PEMIMPIN nie & apa yg akan disoal diakhirat kelak...berani ker nak jadi YB????
kak lady/DATIN LADY....... bab politik ni memang tak boleh cakap sekejap sebab urusan pentadbiran negara bukannya sikit.
Ok jugak apa jadi mak datin.... :)
+++++++++++++++++++
nbk466........ hebatkan org jauh guna satelit kat padang pasir , line always clear tak de obstacles....
Tapi kena ada jugak yang ambil tanggungjawab memimpin ... susahhhhhhh.
people say ignorant is bliss... malas la nak tau hal politik...sakit hati je nanti :0)
hahha komik laa ur mom... :0)
hmm..my experience growing up with a politician father...tak payah la susah2 masuk politik ni, tak berbaloi, hehe...
simah...... agaknya memang ramai yang tak kisah tentang politik tanahair..... apa akan jadi nanti???
+++++++++++++++++++
hazia... eeemmm anak YB ehhh...
tapi kan kenapa ada orang nak sangat dipilih.....hairan...
i teringat u beritau u tak suka bergayut di talipon lama2... panas tak telinga hari tu?
intan........ lama tak pe kalau bab menarik.. politik ni kureng sikit minat...
Post a Comment