Kunjungan ke Jordan tidak lengkap tanpa ziarah ke Wadi Syuaib yang terletak 40km dari Amman. Di sini terletak makam Nabi Syuaib a.s. yang diutuskan kepada kaum Madyan .
Firman Allah dalam surah Al A’raf ayat 85 yang bermaksud:
“ Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan ) saudara mereka Nabi Syuaib. “
Antara dakwah dan amaran Nabi Syuaib a.s. terhadap kaumnya ialah agar jangan melakukan penipuan timbangan dalam jual-beli dan menjadi samseng jalanan dengan menghalang orang-orang yang mengikut ajaran Nabi Syuaib a.s. ( rujuk surah Al A’raf ayat 85 dan 86.)
Allah menurunkan bala kepada kaum Madyan dengan wilayah tersebut menjadi panas dan terik matahari seperti membakar kulit dan mengeringkan kerongkong dan seketika kemudian terdapat gumpulan awan dan mereka semua berlari berlindung di bawah awan tersebut. Ketika itu jatuhlah ke atas mereka percikan api dari awan tersebut disusuli oleh dentuman guruh, petir yang maha dahsyat, sementara bumi di bawah mereka bergoyang dengan kerasnya menjadikan mereka berjatuhan, tertimbus di bawah tanah dan lenyaplah masyarakat Madyan dari muka bumi ini.
Sewaktu singgah di makam ini pada tahun 1997 semasa dalam perjalanan mengerjakan umrah sekeluarga ada satu perkara yang sampai kini masih menjadi tandatanya kepada diri sendiri iaitu tatkala turun dari bas dan ingin memasuki kawasan maqam ini, Izzat yang ketika itu berusia 3+ tahun menangis dan menjerit tidak mahu masuk . Bila ditanya kenapa menangis, dia spontan mengatakan dia takut sebab ada burung besar di situ. Pelik sebab kami semua tidak nampak pun ada burung di situ. Izzat bertegas tidak mahu masuk kerana adanya burung besar di kawasan makam tersebut.( I buat conclusion mungkin itu adalah malaikat yang menjaga makam !!)
Kemudian sewaktu berkunjung ke makam ini Mei 2006 yang lalu, kawasan makam telah diperelokkan dan cantik siap dengan tandas yang bersih( when we were there ada rombongan umrah dari Malaysia sebanyak 4 buah bas menziarahi makam ini) perkara yang agak ganjil juga berlaku. Malam itu lebih kurang 12 tengah malam,, tiba-tiba Mimi menjerit semacam kena hysteria dan serta –merta I teringat semula kisah Izzat sewaktu melawat makam ini 10 tahun lalu. My hubby and I bacakan ayat qursi dan ayat quran yang lain untuk menghilangkan ketakutan pada mimi(umur mimi 3+ juga ).Kejadian ini juga menjadi tanda tanya apakah yang sebenarmya ada di makam tersebut. Wallahualam.
Kunjungan ke makam Nabi Syuaib meletakkan jiwa ini terasa sayu mengenangkan betapa tabah dan sabarnya baginda berdakwah kepada kaum yang menolak ajaran baginda .......sayu dan pilu melihat makam baginda terpencil di celah bukit-bukau yang menjadi saksi kenabian dan dakwah baginda..........

11 comments:
Rina you mengoda I untuk ke Jordannnnnnnnnn.
Cam mana dgn beef tu jadi masak tak?
kak elle....... I siapkan tentatif untuk sesiapa yang nak ke sini :D
aha tadi baru masak sebab tadi pegi pasar basah beli daging fresh....semalam budak-budak ni nak mee sup ayam( no kambing eh )tu yang tak jadi buat semalam. Memang sedap resipi kak elle, mimi pun makan banyak sebab tak pedas. TQ.
Entry Kak Rina ni mengingatkan saya pada one episode of Jejak Rasul where they were covering the history and some mystery of Wadi Syuaib.
sungguh beruntung dapat menziarah tempat-tempat sejarah Islam. tak la touring kosong jek!!! banyak pahala akak share dengan kami di blog ni. thanks...
rina;
budak2 kecik mmg boleh nampak perkara2 ghaib kalau hijab diberikan kpd mereka. maklumlah budak besar tuh tak banyak dosa lagi mcm kita orang dewasa nih. best baca entri ni mcm nonton jejak rasul plak..hehe. ada info ilmuan
LUJ...kak lady suka baca cerita u tentang Jordan...banyak pengetahuan sejarah yang u catitkan...thanks...
Mungkin Izzat & mimi nampak sesuatu yang kita tidak boleh lihat...
nj..... oh ye ke ?? tapi kan memang misteri sikit tempat ni.
+++++++++++++++++
D...... Dah duduk kat bumi anbiya kalau tak ziarah makam-makam rasa rugi pulak..dapat tambah ilmu sikit...
+++++++++++++++++
kc....... betul kot ek memang budak kecik boleh nampak benda2 ghaib...izzat jugak nampak burung besar menutup kaabah....
++++++++++++++++
kak lady..... sekarang bila tanya izzat apa dia nampak dia pun tak ingat....
timakasih sebab sudi berkongsi pegalaman kami di sini.
Salam.
Terima kasih mengunjungi blog Jowopinter
Saya tak berkesempatan ke tempat-tempat yg menyimpan sejarah ketamadunan Islam sebegini, dapat membaca dan melihatnya di blog seperti ini pun sudah satu kesyukuran juga bagi saya. :)
seronok la baca entry ni... bertuah akak dapat pergi berkunjung ke tempat mcm ni..masyaAllah..
akak..teringin la nak pi sana
Suka baca blog u ni...saya juga teringin untuk ke sana..insya'Allah jika ada rezeki
blackpurple...... kita bertukar-tukar info...that's nice man :D
+++++++++++++++++++++
simah....... Jemputlah datang... Jun tahun lalu akak round turkey by bus from jordan.
++++++++++++++++++
faizabelle79...... sila-sila datang, buat rombongan from France.
Post a Comment