Sewaktu di Malaysia kami jarang 'menyedut' asap rokok kerana jika berjalan ke mana-mana memanglah kami menggunakan kenderaan sendiri dan public transport pun kini adalah no-smoking zone dan kebanyakan tempat/bangunan awam adalah juga kawasan larangan merokok.
Setelah berada di Amman , I dah lali degan asap rokok. Di mana-mana sahaja these arabs merokok.Rokok seolah-olah sahabat sejati rakyat Jordan yang tidak dapat dipisahkan. For them smoking 'is a must' for most men and women. yupp....you got me right...smoking is not only popular with men but women pun sama naik cuma bezanya selalunya women tidak merokok di tempat awam. Mereka merokok di dalam tandas awam, di cafetaria yang dikhaskan untuk wanita dan di majlis-majlis seperti wedding party just for ladies.
Jumaat yang baru lalu we had our weekend outing at Mukhtar Mall and semasa bawa mimi ke toilet penuh asap rokok dalam toilet sebab ada a few ladies yang tengah hisap rokok sambil sembang-sembang sampai susah I nak basuhkan tangan mimi selepas keluar tandas sebab those ladies berdiri depan sinki sebab habuk rokok dibuang ke dalam sinki.Sewaktu menghadiri sebuah party for ladies only, i terkejut bila makcik-makcik jiran arab yang nampak 'alim' dengan jubah dan purdah tapi bila mula je party....wuhhhh....siap dengan evening dress, skirts and siap offer rokok kat I and tuan rumah siap bagi piring kecik tiap sorang untuk dibubuh habuk rokok. ( sorry no photos allowed kalau party for ladies sebab those ladies pamirkan kecantikan masing-masing !! )Memang tak sangka betul diaorang tu merokok tapi selalunya bukan di tempat terbuka. Kalau di city centre boleh dilihat 'women in black' duduk di kaki lima menjual sambil menghisap rokok in public.
a woman in black selling cigarettes
Lebih parah bila bus/taxi drivers hisap rokok sedangkan tingkap kenderaan ditutup sebab sejuk(musim sejuk memang tension naik bas/taxi especially menghala ke selatan jordan ). Pernah pelajar Malaysia bergaduh dengan driver dan penumpang arab yang merokok sewaktu dalam perjalanan dari mu'tah ke Amman. Lebih pelik setiap kali penumpang naik aje taxi mulalah si driver keluarkan kotak rokok dan hisap rokok. Dulu Zaid pernah beberapa kali bagi 'lecture ' dan berbalah dengan driver taxi tentang tabiat arabs yang kuat merokok. Ada drivers yang mengiakan dan ada yang marah-marah balik. Then, one day I kata pada Zaid, cuba jangan marah (budak muda, darah panas ) , cuba request politely agar dia tak merokok sebab kata tak tahan asap dan hisaplah selepas kami dah turun nanti. you know what, It works very well. Arabs ni boleh dibawa berunding cuma yang tak tahannya produktiviti jadi menurun. Kalau naik taxi bila dia tak dapat hisap rokok, ada kalanya dia lupa jalan sebab tak dapat berfikir dengan betul. It happened 2 weeks ago on our way to the Rome Theatre, this taxi driver mula nak keluarkan rokok, bila Zaid baru nak mintak dia agar tangguhkan dulu merokok, dia kata ok..ok. Then mula dia tanya dari mana...kami jawab malaysia...tangan dia keluarkan semula kotak rokok dan bila zaid kata tadi kan dah bagitau kejap lagi baru merokok, terus dia kata..oh I forget...Lepas tu elok dari jalan dekat dia bawa taxi ikut jalan berbukit dan I bagitau Zaid yang otak dia ni dah tak berapa betul sebab tak dapat rokok...(cuma taxi fare taklah beza sangat , tak kisahlah )...pakcik driver pun akhirnya mengaku otak dia tak berfungsi tanpa rokok. Zaid tanya macamana bulan Ramadan...terus dia diam tak menjawab ( oh boy... ramai yang tak pose ramadan kat sini tau!!). Di bulan Ramadan I pernah cerita dalam n3 yang dulu-dulu macamana arabs bila time buka pose,.... makan kurma , minum air dan terus hisap rokok dulu (kadang-kadang 2 batang sekaligus ) baru jamah makanan. Yang gelihati tu siap ada yang 'baik hati ' tolong nyalakan rokok untuk perokok yang terkial-kial cari lighter/mancis.
Semasa mengikuti Jelajah Syria awal bulan lalu pakcik driver coaster yang disewa non-stop smoking the whole journey . Girls yang ikut sama dah komplen tak tahan asap rokok sebab nak buka tingkap amat sejuk waktu tu tak dibuka pening bau asap rokok satu bas. Bila zaid minta pakcik tu agar jangan selalu sangat merokok semasa memandu, awal-awal pakcik tu cakap bab merokok memang dia tak boleh kompromi sebab tanpa rokok dia akan buntu and dia hisap rokok 3 kotak sehari....bila dia hisap aje rokok kami buka-buka jugak tingkap bas dan terpaksa tahan angin sejuk dari luar.
Pernah sekali tu kami di Queen Alia International Airport ada this guy hisap rokok betul-betul bawah sign-board no smoking dan disamping berulang kali pengumuman dibuat tentang larangan merokok di kawasan airport..nobody seems to care....
Kebanyakan arab mula merokok di usia yang amat muda ...9 tahun pun dah ada yang merokok. Pernah mimi pergi bermain di rumah jiran I bila balik rumah habis baju dia semua bau rokok..rupanya semua keluarga jiran I tu hisap rokok termasuklah emak ,kakak, abang dan yang memeranjatkan I bila mimi bagitau this 9 year-old -girl pun merokok depan emak dan bapak dia. Lepas insiden tu I tak bagi mimi main dalam( di luar tak pe ) rumah jiran tu lagi takut silap-silap dia bagi rokok kat mimi.
19 comments:
LUJ...bapak kak lady pun tak merokok...tapi hubby tu memang merokok but not a heavy smoker...
Pasal ladies party tu kak lady memang pernah dengar...tapi pasal merokok di kalangan orang perempuan tu is a new thing to me. Kalau anak2 dah mula merokok dari usia 9 tahun...memanglah tak boleh nak disalahkan mereka kerana mak ayah ...jiran tetangga pun merokok...so bagi mereka bende tu dah tak salah lagi...Hope mimi akan tau dan faham akan keburukan merokok.
anak2 maklang kalau bau rokok ni mereka peka betul...siap sound lagi kalau orang hisap rokok dalam rumah. Sebabnya abah dia orang memang tak isap rokok.
2 of my brothers smoke..tapi yg pelik tu they don't do it in front of my parents. Bukannya tak tahu. Lagipun, my father used to smoke until he was 40.
Pasal smoking atas bas tu - hee...I pernah naik train from Edinburg to London, masa tu peak time. So kena naik gerabak smoking, wonder how I survived.
Oh, lupa lak nak jawab soalan u:) Kalau u malas nak buka Friendster account (actually, key in nickname, age & location aje, hehe...), u can email me yr comment to haziabakar@yahoo.co.uk - I can post for u:)
I memang tak suka org merokok I rasa macam tak bolih bernafaz gitu.Si arab ni gitu lah gaya nya die luar semua tutup bila buka jubah tu mak oi kalah I yg vogue ni ....hahahaha...rambut berwarna2 I dengar.
When I first met my MIL, she was smoking! What a shocker! She has since stopped due to health reason.
Some of my girlfriends use to smoke, but they have all stopped and since then, gained weight.
My husband is trying to stop and I doa he could.
My brother promised his wife he'd stop in exchange of her wearing the tudung!
I can't be angry with ppl who smoked because it is only makhruh... if only there is the same kind of passion for alcohol campaign! TAK NAK!
aisey saye bru nk wat entry psl arab merokok gak!nmpknye aunty da tulih dlu~hehe
alaa kdg2 dorg nih xmkn saman tol..tmpt2 tertutup..tmpt2 aircond..siap bwh signboard "mamnu' tadkhin"..merokok gak!lg2 dlu kalo g cc abes blk umh baju bau rokok..dlm teksi tuh xya ctela..
psl pompuan2 tuh smoke sye xksh sgt..sbb dorg xsmoke open2..tp yg pak2 arab nih..tuhla sampai student2 laki ktsni pon merokok gak(student medic patut ade kesedaran!)huhu
igt lg tyme g syria dlu tyme berenti kt duty-free..pakcik teksi tuh borong berdozen2 rokok..ish3..
tp sriyez sye xthn!sbb my dad.. bro..sume bkn jenis merokok..
saba jela idop kt joden~
i'm allergic to smokers. nasib baik dpt suami tak merokok. but my father and my 3rd bro smoke. my father used to be heavy chain smoker until one day he developed batuk2 darah and ulcer some more and the good dr gave him an ultimatum - if u love yr family very much, u better quit smoking!
alhamdullillah, he has quit it a very long time ago. as for my bro, i have yet to see that happen but i really hope he quits it before it can do more serious damages to his lung.
salam perkenalan.. kunjungan balas dari Tee. Tee pun tak tahan ngan bau asap rokok. Mujur hubby tak merokok. macam kc, abah ngan adik2 tee merokok. cuma sekarang ni, abah hisap rokok daun jer lepas pencen.
kak lady........ memang wanita arab ni ramai yang merokok walaupun bertudung litup....
+++++++++++++++++
maklang...... budak-budak pun tahu bau yang tidak menyenangkan dari asap rokok.....
++++++++++++++++++
hazia...... camnelah ek orang boleh tahan bau asap rokok dalam kenderaan sepanjang perjalanan....lama ke dok UK ?
friendster akaun tu mimi anak I yang 4 tahun tu adalah ..nanti i add you dlm friendster dia hehehe...boleh I mengomen.
++++++++++++++++++++
kak elle...... memang arab rambut diaorang ada yang memang original dah bermacam colours dan ada yang diaorang dyed..kalau kak elle memang boleh join mak-mak arab berparty, sama-sama vogue gitu.
++++++++++++++++++++
intan....... wah siap ada exchange rokok dengan tudung...ok jugak camtu.....quit smoking , gain weight..tu yang orang takut nak quit kot...
+++++++++++++++++++++
asma dear.......nak jadi doctor pun smoking jugak..tak pe kot sebab sakit boleh ubat diri sendiri..... memang pak arab borong rokok kat duty free lepas tu konon kita yang declare barang tu barang kite...bijak betul .
++++++++++++++++++
kc..... rupanya ramai yang tak suka rokok tapi masih terlalu ramai yang merokok......kalau semuanya sedar bahaya merokok kuranglah penyakit manusia.
tee......yelah bukan senang nak quit smoking sebab dah sebati dalam darah....rokok daun tu kira oklah jugaklah ....entahlah I tak mahir ....
Dalam mall pun diorang bleh selamba isap rokok. Tension btul. Kengkadang tu orang pregnant dengan bebudak depa bukan amik pusing.
teringin nak pergi wedding mak arab yang strictly for ladies tu. Tapi tak ada rezeki lagi.
i pun tak tahan bau rokok.. tapi tu la bila orang sekeliling kita merokok nak buat mcm mana yek? tahan ja la...
death rate pasal rokok kat sana tinggi tak?
hebat la ur story pasal rokok ni.. :0)
dah jadi terbiasa kat mana-mana pun diaorang nak merokok jugak....
I pun tak pernah pergi wedding party for ladies, graduation party anak jiran yang khas untuk mak-mak pernahlah.... siap menari gelek-gelek tau, jerit-jerit lagi...best sebab tak de men around :D
simah.....tak sure death rate sebab rokok tinggi ke tak but they have a hospital khas for cancer.
Kalau i ditempat Kak Rina mesti dah pengsan dah, sebab I tak tahan betul bau rokok, sebatu org merokok pon i boleh terbau.
Apa2 hal Kak Rina & family, sabo je lah ye. Org kata masuk kandang kambing mengembik.. (err tak tau nak complete kan ayat nih..hehe)
nj......masuk kandang kambing mengembek, masuk kampung arab berasap... heheh.
well, it about perception really,once its became the norm nothing is so bizzare about it, so that explain why people not frown upon such behavior/occasion.
EH! SERONOK SANGAT,SUKA SANGAT, LEGA SANGAT SAYA BILA KAK CERITA ARAB NI LAKI PEREMPUAN KUAT MEROKOK, TAK BERPUASA DI BULAN RAMADAN PUN ADA. CERITA LAH BAB DIA ORANG MINUM ARAK PULAK KE, BERZINA KE, TAK SOLAT KE, MURTAD LAGI BAIK. CERITA DENGAN DETAIL TAU!!!!!!!!!! PANDAI SANGAT KAK CERITA.......
Post a Comment