Kesan salji hari semalam masih dapat dilihat di atas dedaun pokok dan batu-batu kecil...Hari ini langit biru disinari dengan mentari yang cerah, Alhamdulillah.
Today, nak bawa bloggers ke satu lagi destinasi pelancong yang amat bermakna pada setiap pengunjung memantapkan kepercayaan kepada Yang Maha Esa......LAUT MATI.
Laut Mati merupakan kawasan terendah di dunia dan terletak 50km dari Amman dan merupakan kawasan yang bersempadan dengan tanah Palestin yang kini dikuasai oleh Israel.
Laut Mati... bukit di seberang adalah tanah Palestin yang telah dirampas Israel.
Laut Mati berada pada 397m di bawah paras laut dan keluasannya 48 batu panjang x 10 batu lebar. Ia merupakan kawasan tasik garam yang juga merupakan bala dari Allah terhadap kaum Nabi Luth a.s. yang berlaku kira-kira 3900 tahun lalu.
Menurut riwayat Imam Abbusyakh dari Said bin Abi Arubah kaum Nabi Luth a.s. berjumlah 4 juta orang. Kaum Nabi Luth dibinasakan oleh Allah disebabkan mengamalkan homoseks yang belum pernah dilakukan oleh kaum sebelum itu.
Lumpur Laut Mati yang mengandungi galian yang dikatakan amat baik untuk kulit.....
Setelah ajaran dan amaran Nabi Luth a.s. tidak diendahkan , maka Allah telah mengutuskan malaikat untuk membalikkan bumi Sodom sekaligus menghancurkan seluruh kaumnya.
Firman Allah dalam surah Hud 82 :
“ Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.”
Sememangnya setiap berkunjung ke Laut Mati hati benar-benar tersentuh , sayu dan insaf apabila melihat kesan bala Allah yang tiada siapa dapat menyangkalnya kerana bukti ada di depan mata, air laut yang begitu tinggi tahap kandungan garam yang mustahil untuk sebarang organisma hidup di dalamnya . Kesan bumi diterbalikkan juga jelas kelihatan daripada bukit-bukau yang ada disekeliling laut mati( bukit terbelah ).
Lalat amat banyak di kawasan laut mati terutama di musim panas ( why??? I don’t have the answer !! )
Di pinggiran Laut Mati..........lihat garamnya...
Amat malang kini kawasan yang di laknat Allah telah menjadi tempat tarikan pelancong bukan dengan tujuan mencari kebenaran dan menginsafi diri tetapi menjadi tempat bersuka-ria dengan terdirinya banyak hotel mewah di pinggir laut mati dan pelbagai majlis social dijalankan hampir setiap hujung minggu.
Kunjungan ke Laut Mati wajib bagi setiap yang berkunjung ke Jordan kerana di sini dapat dilihat kekuasaan Allah secara terang lagi nyata( tiada siapa yang menyangkal baik umat islam, nasrani mahupun yahudi ).
8 comments:
Assalamualaikum .... I hopped here from Intan's or is it NJ's? and am enjoying reading about your experiences.
The Dead Sea is amazing .... and the mud bath must be fun :-)
ok coming ....coming....soon....hehe
very interesting place lah Jordon ni:)
Dengar aje perkataan Palestine dan Israel, terasa berdesing telinga. Cukup sensitif rasanya.
TERINGIN sangat nak melawat laut mati.Harapnya ada rezeki kita bertemu di sana?
p/s: Indah betul gambar2 snow di Jordan. Rindu pula pd snow. hihi...
Subhanaallah!!
One of the places in d world that i really100x wanna step my feet on..
QOTH.....Waalaikumusalam .Welcome .
Mud bath tu memang hampir semua orang pergi akan try buat facial..I never, entahlah rasa tak 'tergamak' nak guna, don't know why...
+++++++++++++++++++
kak elle..... Jordan ,macam-macam ada !!
+++++++++++++++++++
mama sarah ...... memang dua puak tu takkan berdamai, yelah tanah orang rampas takkan nak duk diam.....
Datanglah boleh I belanja makan kepala kambing(next n3) :D
++++++++++++++++++
nj........ Allahuakbar !!
++++++++++++++++++
jhazkitaro........ tak de kat tempat lain , bayangkan satu bandar dan seluruh penduduk tertimbus dalam laut mati...ngeri dan sedih :(
the story itself has always amused me (Subhanallah). Anak-anak saya selalu minta cerita kisah laut terbelah (never-ending!). InsyaAllah ada rezeki, kami akan ke sana (banyaknya tempat dalam wishlist ni...)
Allah... Yaa Robb...
Subhanllah, mmang d dunia ni daerah plg rendah adlh Laut Mati...
Sungguh kekuasaan Allah terlihat jlas d sana...
Naas... Na'udzubillah...
Apakah Allah akan melaknat dgn hal yg sama kpd kta yg kini juga byk kaum homoseks???
Na'udzubillah...
Astagfirullah....
Post a Comment