BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 09, 2007

PETRA.....MENAKJUBKAN !!!

Sekarang orang di Malaysia ramai yang melancong sempena cuti sekolah. Oleh kerana kami di sini hanya akan bercuti panjang musim panas nanti (budak sekolah cuti hampir 3 bulan ) I nak cerita tentang cuti-cuti Jordan musim panas yang lalu.





Musim panas yang lalu kami sempat menziarahi Kota Petra buat kali ke 2. Kali pertama ketika mengikuti program Jelajah Jordan semasa winter 2006.



Kota Petra terletak 250km dari Amman merupakan kota tinggalan kerajaan Nabatean atau Al Anbad yang amat kreatif dan produktif yang tinggal di selatan Jordan 2000 tahun lampau. Mereka menguasai jalan perdagangan dan memungut hasil cukai barangan seperti rempah, sutera india, gading Afrika serta kulit haiwan.



Dari kurun ke 16 Petra tidak lagi dikenali dan sumber maklumat mengenainya tidak diketahui oleh penduduk Barat. Selama 300 tahun kota ini tersembunyi dari pengetahuan dunia sehinggalah tahun 1812 seorang pengembara orientalis switzerland Johann ludwig Burckhardt telah menemui kota ini dengan bantuan masyarakat badwi yang telah menetap di situ. Pada tahun 1924 projek pertama ahli arkeologi meneroka kota petra di bawah Arkeologi British School di Jerusalem.



Para arkeologi yakin bahwa kesan pahatan bukit di petra berupa kubur, penempatan, tempat ibadah adalah hasil kerja masyarakat Nabatean.


Namun ada yang mengatakan kota petra adalah tinggalan kaum tsamud yang kepada mereka telah diutuskan Nabi Saleh a.s. yang menurut Al Quran kaum Tsamud dikurniakan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan penempatan mereka.


Walau apapun kebenarannya, memang kota petra sebuah kota yang amat menakjubkan bagi sesiap sahaja yang melihat. Di celah bukit ada kota yang dipahat dari bukit itu sendiri. Untuk sampai ke pintu kota kami kena berjalan kaki sejauh 1.6 k dari main entrance dan untuk menjelajah jauh ke dalam kena mengambil masa yang panjang. Perjalanan keluar biasanya pelancong akan mengupah kenderaan dari kaum badwi seperti unta, keldai dan kuda kerana pasti penat dan letih tak terhingga.


Petra adalah satu-satunya tourist spot yang paling tinggi bayaran masuk jika tidak mempunyai student/PR visa..........JD 21 = RM105 seorang . Tak sah ke Jordan kalau tak ke Kota Petra.

16 comments:

Anonymous said...

hehe..vote 4 petra!new 7wonders of the world

Kak Elle said...

seronok nak pergi nak pergi.....

NorAiniJ said...

I nak pegi Jordan...I nak pegi Jordan.

Thanks Kak Rina for all the wonderful entries on Jordan.

Anonymous said...

Makcik ina. Buat la travelogue tempat2 yg u dah pegi. Boleh kiteorg baca.. Teringin nak tau sejarah & information ttg tempat2 kat middle east yg u dah jejak..

Kiah Kardashian said...

tak dapat gi tengok gambo pun jadiklarrrrrrrr....

Anonymous said...

Ee...bestnya! I must go to Jordon one day:)
Tourism Jordon should hire u as ambassador la, hehe

silversarina said...

asma......petra, you get my vote too.....

makcik teringat JJ winter tu masa nak keluar dari petra masing-masing macam penggembala unta, kuda dan keldai..makcik dan mimi naik kereta kuda tapi busuk tak terkata sampai mimi tutup hidung sepanjang jalan...seronok masa tu kan...miss all of you gals and guys :D:D:D

++++++++++++++++++++


kak elle....... cepat kak elle mai sini :)


++++++++++++++++++++


nj........ there're many more amazing places to visit here in the Hashemite Kingdom of Jordan.


++++++++++++++++++++


jhazkitaro........ makcik tak pandai nak tulis panjang-panjang. So, makcik buat ikut satu/dua tempat for an entry :D


+++++++++++++++++++


zakiah....... kalau dapat tengok depan mata memang terasa hebat orang zaman dulu berbanding kita zaman moden ni.


+++++++++++++++++++


hazia....... I nak mintak komisyen dari TDC Jordan lah ..hehehehe.

k.d said...

Wow...Saw Petra in Indiana Jones. Would love to see it with my own eyes. Kalau nak jalan Jordan how long does it take. The most essential..the must go places kat Jordan? Berapa hari LUJ?

Nak kena budget cuti semua kan..

aNIe said...

LUJ...kak lady pernah terdengar pasal Kota Petra ni kat TV...entah rancangan Jejak Rasul kot....

Memang banyak tinggalan sejarah kat sana...dulu kak lady ade kawan dok belajar & bekerja di sana tapi dah pun balik ke Malaysia...masa dia kat sana banyak lah yang tau pasal Jordan...

Anonymous said...

yup sape yg dah pnh pegi petra mesti vote for new 7wonders!!kehebatan tiade tare!kagom gile..

ooo aunty naek kete kude tuh ke?mahal sgt mase tuh xckop duit..hehe..saye naik unta jek..hehe tp tuh pon sekerat jln..pastuh sambong jln kaki..
fuh tuhpon xpuas explore petra tuh...besaaa!!!really amazed

zino said...

seronok kalau dapat pergi melancong ke sana..

kisah kaum tsamud pernah di ceritakan oleh ust wan sohor dalam tazkirah pagi nya..

kisahnya kaum ini memang diberi kemahiran oleh Allah swt tetapi mereka telah berlebih2an dalam kerja kerja pembinaan mereka bermewah2 tanpa ada keperluan..

silversarina said...

k.d. ........kalau yang kira wajib visit dari utara ke selatan jordan paling kurang 5 hari, itupun memang padat non-stop tak termasuk shopping at amman city centre.Kira kalau 10 days bolehlah ziarah Damascus, Syria sekali.

Anak I zaid biasa buat pakej melancong kat sini samada untuk students atau kawan-kawan I yang datang dari Malaysia , memang we all selalu ikut dia jalan .


++++++++++++++++++++


kak lady...... memang petra ni yang paling terkenal di jordan.
Dulu memang ramai malaysians kat amman ni tapi sekarang dah kurang, ramai kat bandar lain.


++++++++++++++++++++


asma........ aunty pergi kali ke 2 masa summer sampai belakang-belakang tu zaid bawak ,memang lebih 4 jam jugak.Kalau ikut zaid 10 jam baru habis nak jelajah petra, dia memang larat .....


++++++++++++++++++++++


zino....... jemputlah datang, buat rombongan bloggers.

memang kisah kaum tsamud ada dalam al quran ayat 74 surah Al A'raaf dan kaum ni ingkar dengan ajaran Nabi Saleh a.s.

lama tak dengar ceramah ust wan sohor......

Makcik Runner said...

cantiknyaaaaaa! yeah, as what kd said, i saw this beautiful place in Indiana Jones part 3.

silversarina said...

kc......... memang patut indiana jones buat di petra, tempat ni adventerous betul....

Anonymous said...

luj, i remember this from indiana jones, too!! ur so luckylah!

silversarina said...

intan....... tapi I taklah se adventerous macam kat dalam citer tu....semput dibuatnya kena jalan banyak.