BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 29, 2007

Jamuan.Com/.

Semalam dan hari ini dipenuhkan dengan memenuhi undangan jamuan makan

Semalam jamuan perpisahan salah seorang sahabat Zaid , Gmin yang akan pulang ke tanahair setelah tamat belajar di sini, Jamuan makan tengahari diadakan di Sweileh, 6 minutes by taxi di rumah pasangan suami-isteri muda belia, Sharul and Marwa. Terima kasih kalian kerana menghidangkan makanan yang lazat …Thank you.

Pagi tadi jamuan breakfast kumpulan perempuan Malaysian Amman juga di Sweileh di rumah Fatimah dan dihadiri oleh 6 orang rakan yang baru dan yang lama berada di Amman. Pelbagai makanan Malaysia dihidangkan…

Habis makan-makan, kami bersembang , dan kali ini tiada perkara ‘gempar’ yang di perkatakan cuma sessi ilmiah disampaikan sedikit oleh ustazah Sheila yang sedang menyambung MA nya di U of Jordan berkaitan syiah… Actually last Friday ada seminar penjelasan dan kupasan tentang syiah di adakan di MSD juga disampaikan oleh Sheila but waktu tu I ada tetamu di rumah dan tak dapat hadir…so this morning, rasa bertuah dapat mendengar penjelasannya walaupun ringkas tapi dengar dari pembentang kertas kerja semasa seminar itu sendiri…

Alhamdulillah penerangan yang diberikan dapat menambah sedikit pengetahuan tentang mazhab yang sentiasa diperkatakan terutama apabila sekarang ramai Iraqis yang berpegang kepada mazhab syiah membanjiri Jordan…. (katanya ada hamper 2 juta Iraqis yang lari dari Iraq dan kini berlindung di Jordan.)

Kami bersurai selepas masuk waktu zohor kerana masing-masing kena berada di rumah sebelum anak-anak pulang dari sekolah dan Sheila terpaksa ke kampus ada kelas yang perlu dihadiri.

Terima kasih Fatimah atas jemputan breakfast pagi tadi..jumpa lagi …..

Petang ni dan esok rasanya tak kemana-mana kerana nak mengemas bilik dan dapur yang tak sempat habis dikemas pagi tadi. Hai beria-ia nak mengemas.. maklumlah…...

My Darling Hubby akan balik bercuti sebulan mulai Sabtu ni….. so, busy lah sikit, sikit aje……...

6 comments:

Kak Elle said...

Banyak jemputan nampak...bagus lah jauh di rantau ada pun kaum sendiri kan?
Cik abg nak balik sebulan cuti blogging tak?

Anonymous said...

Rasanya kat tempat orang lagi kerap jemputan makan2. Harap2 tak cuti sebulan blogging...

Anonymous said...

Ceritalah pasal Syiah tu...nak gak tau.

silversarina said...

kak elle....... dah sikit orang memang rapat cuma jarang jugak jumpa sebab masing-masing sibuk urusan harian...

ehh blogging masih on....


+++++++++++++++++++


zlaa...... ha ah akak pun rasa camtu, yelah kalau di malaysia lagi lah sibuk memanjang , mana ada masa nak jumpa2 orang selalu...sini hujung minggu nak balik kampung pun mana ada sedara mara ... tu yang dapat jumpa kawan-kawan....


++++++++++++++++++


maklang..... panjang kisah sejarahnya dan penuh kontroversi....tapi kesimpulannya bukan sahabat nabi yang pengasasnya, pengikut-pengikut yang terkemudian yang menimbulkan mazhab ni.. di sini ada banyak fahaman agama(Islam??) yang rasa pelik kenapa tak dibanteras kerana menyeleweng...sebabnya manusia bebas beragama....

Anonymous said...

busy nanti busy jugak akak..blog jangan lak tinggal :0)

kat sana mcm mana kita nak tau yg itu agama islam yg sejati kalau banyak sangat bebas dia akak?

silversarina said...

Susah jugak nak cakap lah simah..but for ahli sunnah kita tidak mengkafirkan orang yang mengaku Islam but kalau pergi lebih mendalam, we must have the knowledge to acknowledge that those people are 'not really muslims'...akak kena belajar banyak lagi bab ni... it's complicated esp dealing with arabs ynag mahir quran and hadith walaupun amalan tak serupa bikin....