" Macamana ni ustaz? Apa kita nak buat dengan mayat ni ??, " Pok Kareng bapa saudara Kabel panik ketika melihat keadaan mayat Kabel yang amat ngeri.
Bagaimana ini boleh terjadi pada anak saudara kesayangannya ? Urusan memandikan jenazah terhenti seketika kerana ustaz Umar bingung bagaimana kejadian ini boleh berlaku di hadapan matanya sendiri.Baru tak sampai 24 jam mayat Kabel didapati berubah menjadi sebegitu ngeri...biji mata kanannya hampir tersembur keluar dan mata kirinya tenggelam lopong berlubang, perutnya pecah hancur dek kerana hentaman kuat dari lori tangki yang merempuh motorsikalnya tengah malam Rabu baru ni yang juga mengakibatkan sahabat karib Kabel, Sariq(dalam bahasa arab bermakna pencuri ) mengalami patah kaki dan masih dirawat di hospital .Yang terlalu menghairankan Pok Kareng dan ustaz Umar bagaimana usus Kabel boleh bertukar menjadi seperti wayar kabel eletrik yang berpintal-pintal dan ususnya yang asal ghaib begitu saja.Perlukah dimandikan usus Kabel yang sama macam kabel eletrik ataupun perlu dipotong sahaja kabel yang berpintal dan meninggalkan Kabel dikebumikan tanpa usus yang sepatutnya masih wujud walaupun keadaannya hancur .
Akhirnya keputusan dibuat iaitu memotong kabel elektrik dan membiarkan perut Kabel kosong tanpa usus......selesailah urusan memandikan dan menyembahyangkan jenazah . Ketika pemuda-pemuda kampung ingin mengangkat keranda Kabel untuk diusung ke tanah perkuburan tiba-tiba keadaan menjadi kecoh.....
"Adoiiiiiiiiii !! Tolong !! Tolong akuuuuuuuu!! OOOiiii sakittttttttttt !! , " kesemua lapan pemuda yang mengusung keranda menjerit kesakitan dan menggelupur jatuh ke tanah dan secara automatik keranda Kabel pun ikut sama jatuh dengan mayat Kabel terpelanting ke dalam lopak air yang berada betul-betul di hadapan rumah akibat hujan seketika tadi. Masing-masing menjerit dan menyatakan semuanya terkena kejutan elektrik sejurus keranda di angkat , sebab itulah mereka melolong kesakitan.Orangramai kecoh dan terpinga-pinga melihat senario yang belum pernah terjadi di mana-mana. Baru sahaja orangramai ingin mengangkat mayat Kabel yang kini dipenuhi lecah serta lumpur , keadaan menjadi semakin gamat kerana tiba-tiba kabel elektrik keluar dari dalam kain kafan dan menjerut tangan dan badan setiap lelaki yang membantu mengangkat mayat Kabel dari lopak air.
Melihat keadaan makin tidak terkawal pasukan polis dan paramedic dipanggil datang membantu.
Setengah jam kemudian............Suasana kembali tenang dan selesai sudah upacara pengkebumian mayat Kabel. (macamana boleh selesai...fikir sendiri !!!!)
Masing-masing tertanya-tanya apakah yang menyebabkan insiden yang pelik sebegitu boleh berlaku di hari pengurusan mayat Kabel?????
Ustaz Umar melangkah lesu menuju wad lelaki di hospital untuk menemui Sariq , rakan baik Kabel yang bernasib baik kerana tidak menemui ajal ketika kemalangan berlaku. Tujuan ustaz Umar berjumpa Sariq adalah untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang diri Kabel yang mengakibatkan kecoh serta bingung seluruh warga kampung memikirkan semua kejadian yang berlaku siang tadi.
Setengah jam kemudian.........tahulah kini ustaz umar kenapa dan mengapa kejadian pelik lagi luar biasa sebegitu boleh berlaku. Begini ceritanya....(baru nak start..kalau boring bye-bye...... )
Sariq menceritakan pada malam kejadian Kabel seperti biasa telah membuat rancangan untuk mencuri di sebuah rumah yang diperhatikannya telah lama tiada penghuni dan dia dapat tahu penghuni rumah tersebut telah berpindah ke Jordan .Lokasinya amat mudah, walaupun di tepi jalan tapi oleh kerana rumah tersebut adalah lot penjuru dan rumah yang lain agak jauh sedikit membuatkan urusan mencuri menjadi lebih mudah. Sariq tidak ingat jam berapa mereka ke sana tapi selepas jam 12 tengah malam. Kabel meletakkan kerusi kecil yang dibawa di luar tingkap bilik dan mula mengopak grille tingkap rumah berkenaan. Rancangan mereka pada malam tu ialah mencuri kabel elektrik yang boleh dijual timahnya dan itulah pendapatan mereka berdua semenjak 3 tahun lalu. Apabila mereka masuk ke bilik tersebut, mereka mula memotong 'casing' kabel dan menarik kabel dari dalam bilik .Mereka kurang bernasib baik kerana pintu bilik itu dikunci dari ruang tamu di luar . Ini bermakna mereka 'terkunci' di dalam . Sambil Sariq menarik isi casing , Kabel pula mula membuka dan menyelongkar laci dressing table untuk mencari jika ada barang berharga tetapi hampa. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada sebuah frame gambar yang disimpan di dalam drawer dan terus dia mengarahkan sariq agar jangan curi lagi kabel di rumah tu. Sariq hairan, tadi Kable yang beria-ia nak mencuri keseluruhan kabel di situ , ini dia pulak yang menyuruhnya berhenti....
Rupa-rupanya Kabel ternampak wajah perempuan yang di dalam frame gambar itu adalah gambar makcik yang pernah membantu nya ketika lehernya terjerut oleh kabel elektrik ketika terjatuh dari motorsikalnya setelah terlanggar babi hutan yang melintas sekembalinya dari kerja mencuri kabel. Kejadian ini berlaku 2 tahun lalu dan memang Kabel masih ingat benar wajah makcik yang baik hati membantunya dulu.Dia rasa bersalah untuk mencuri tapi sariq mahu jugak hasil curian mereka malam tu walaupun sedikit. Kabel terpaksa mengalah dan mereka dapat juga kabel walaupun bukan semuanya.
Menurut Sariq, Kabel menunggang motorsikal seperti orang khayal dan semasa melintas di traffic light di tengah-tengah bandar , Kabel terus memecut tanpa menyedari lampu isyarat berwarna merah....Apalagi mereka dirempuh oleh lori tangki minyak petronas .Sariq bernasib baik kerana dia hanya terpelanting di atas divider yang beralaskan rumput walaupun dia pengsan selepas itu.
Sariq rasa amat bersalah dan berjanji di hadapan ustaz umar yang tidak akan mencuri lagi dan biarlah kisah Kabel menjadi pengajaran dan kenangan dalam sejarah kehidupannya di dunia. Dia benar-benar bertaubat.
Persoalannya...Adakah Ustaz Umar akan melaporkan kepada pihak polis apa yang didengarnya ( Sariq bersalah mencuri )atau membiarkan sariq kerana dia telah pun insaf ?? Ustaz Umar jadi serba salah dan kasihan juga pada tuan rumah yang kabelnya dicuri walaupun sedikit..perlukah dia memberitahu tuan rumah yang tinggal jauh beribu batu dari tanahair ??? Ustaz Umar masih mencari jawapan............THE END.
*********************************************************************************
Cerita di atas adalah rekaan semata-mata . Nak lepaskan rasa tak puas hati kepada semua pencuri kabel dan memang kabel elektrik di rumah I telah dipotong dan dicuri..kerja-kerja membuat wiring baru sedang dalam proses..........
Jutaan terimakasih kepada semua sahabat di alam realiti (backhome ) / cyber ( bloggers ) yang bersimpati dengan apa yang berlaku.
Thursday, March 01, 2007
Kecoh Kematian Kabel............
Posted by silversarina at 10:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Hahaha...kak lady tak bersimpati pada kabel tu...tapi kak lady bersimpati pada diri sendiri yang membaca setiap paragraph berkali-kali sebab tak paham kerna banyak sangat perkataan kabel...hehehe...tak baik tau...
simpati dengan kejadian kecurian yg berlaku.. ingatkan tadi satu mimpi ngeri..hehe
selagi puncanya tidak di selesaikan.. selagi itu kecurian kabel,barang besi, dan sebagainya terus bermaharajalela.. yg perlu di hapuskan.. perniagaan besi buruk tu!!!
grill depan rumah zino pernah di curi.. kawan zino terperosok dalam lubang depan rumah dia (grill telah di curi).. sampai sekarang menderita .. jalan bertongkat.. dan asyik berulang ke hospital..
hahahaha.... saja I nak buat orang payah nak faham, mana satu Kabel si hero, mana satu kabel letrik , bukan apa hari tu ada kawan datang sini bawak majalah mastika, ingat dalam tu ada kisah mayat pelik....:P
Kak Rina ni boleh jadi penglipur lara lah. Tergeliat otak saya kejap...hehehe.
Macam tak percaya mula-mula baca. SEbab hari tu baca, katanya Jordan tempat yang selamat.
Rupanya "kisah rekaan" di Malaysia.
Nak suruh sabar - seolah kita redha dengan orang yang mencuri tu. Entah apa lagi yang boleh dibuat utk mengawal keadaan sebegini???
teringat pulak cerita dalam paper pasal org yang nak curi kabel mati kena electrocute suatu masa dulu...
Alamak Rina suspense betul membaca nya....hehe....so the cable really need to be done eh?
kalau lah betulkan cerita ni bagus jugak biar future pencuri cable insaf:)
Laa kak sya dok fikir.. yg curi kabel ni selalunya kat Malaysia tapi tak lak dengar citer cam ni.. waduh tipah tertipu tapi bila fikirkan semula.. jika Allah tunjukkan balasannya begitu maka ramai org yg takut mencuri.. mencuri kabel nanti meninggal jadi begitu... peragut kalau meninggal mungkin lain caranya.. maka org Islam akan takut utk membuat jahat sbb Allah tunjuk balasan dah.
zino.....yang taukeh besi buruk pun asyik beli je tak kira sapa dan apa yang dijual, mesti dia tau banyak yang barang curi...kesian kawan you, tak patut betul ....
++++++++++++++++++++++
nj........saja je kak buat cerita karut camtu ...lama tak dapat sembang 'katun' dengan kawan-kawan....
++++++++++++++++++++++
mamasarah.........memang dah nak jadikan nak buat macamana kan...kena je terima...saja2 buat cerita ni....
++++++++++++++++++++++
intan.......oh ye ke.... lagi naya, mati tengah mencuri...
++++++++++++++++++++++
kak elle....ha ah kena buat cable baru.....cerita yang dahsyat banyak berlaku tapi manusia masih jugak ramai yang buat jahat....entahlah pelik.
++++++++++++++++++++++
sya.....kecurian ni memang kat rumah I di Malaysia tapi kisah ni saja je nak reka-reka cerita katun...hehe.
Seb baik dulu kak lady pun tak jadi mcm kawan zino tu...balik aje dari kampung...turun nak bukak pintu gate...rupa-rupanya besi penutup longkang dah takde...baik sempat perasan...
Kat sini...tempat jual besi buruk bersepah-sepah...
Haha...suspense...dah lah baca each line berkali2 macam kak lady jugak. Not bad, a short story writer in d making;)
kak lady,
samapai tahap macam tu sekali diaorang curi..that kedai besi buruk yang jadi masalahnya....
+++++++++++++++++++
hazia,
hahahahahah....anak I kata kenapa yang mama tulis sampai macam tu sekali... nasib baik my darling tak sempat baca dia tengah busy sangat la ni... :P
Post a Comment