BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 02, 2007

Shopping & Goodbye


Friday morning.....weekend....masih sejuk walaupun dah masuk Mac...semalam Zaid dan Gmin kawan baik dia balik Mu'tah nak bid farewell pada kawan-kawan yang dah habis belajar yang akan pulang ke malaysia this saturday. So, kat rumah tak de tetamu(minggu ni tak henti kawan-kawan zaid datang tumpang rumah sebab ramai yang buat last minute shopping untuk family di malaysia.) So malam tadi kira nya tinggal 3 beranak je. Apalagi bawak tilam ke ruang tamu depan TV....cadang nak tengok movie' ' nature of forces/forces of nature' , tak sure tajuknya, lakonan sandra bullock tapi tak dan apa dah terlena...hari ni ada ulangan cadang nak tengok, I like sandra bullock .

I terasa 'sunyi dan kehilangan' bila setiap kali kawan-kawan zaid yang selalu singgah di rumah pulang for good ke tanahair. Rasa macam anak sendiri sebab umur pun tak jauh beza dengan anak-anak I. This Saturday 5 more students akan pulang ke Malaysia and three of them baik dan rapat dengan I including a singaporean boy. Goodbye dear sons....wish all of you the best of luck..........InsyaAllah jumpa di Malaysia.

Izzat di Al Bakry Perfume ,City Centre.


Dua hari lepas I tolong kawan zaid ,SN shopping di city centre. Dia naik buntu taktau apa yang nak dibeli for souvenirs...yelah budak lelaki dan his mother pesan suruh belikan kain ela jika ada untuk semua ahli keluarga dan saudara mara. Kebetulan malam tu dia nak tumpang tido di rumah dan dia rasa lega sangat I dapat ke bandar. I pun bukan pandai sangat tapi oklah sebab mak dia dah pesan beli kain ela I pun bawak dia ke kedai kain ela dan tunjukkan yang mana sesuai untuk org tua/muda. Bab harga and tawar menawar kenalah buat sendiri, I tak pandai...Then habis urusan kain dia pening lagi apa yang nak dibeli untuk yang lelaki. I kata nak senang dan ringan dibawa, beli minyak wangi/atar . Kami ke kedai Al Bakry Perfume depan rome theatre. I biasa beli kat kedai ni dan harga pun ok. Wangian pun boleh pilih dari beratus jenis wangian. Banyaklah jugak SN memborong minyak wangi dekat Al Bakry ni. Selesailah bab shopping ni sebab sebelum ni dia dah membeli-belah di Syria yang jauh lebih murah berbanding Jordan.

Lelaki di mana sahaja ....


Shopping untuk wanita mudah asalkan barang yang boleh dipakai untuk diri sendiri atau untuk perhiasan rumah tapi untuk lelaki memang merumitkan. Yang hairan kalau kat amman ni yang ramai keluar bershopping adalah lelaki, entahlah mungkin ramai lelaki masih bujang sebab kos perkahwinan terlalu tinggi..... mungkin kaum wanita yang dah berkahwin payah nak keluar dengan anak-anak...... mungkin suami arab ni rajin bershopping bagi pihak isteri nak elakkan 'pergaulan' lelaki/wanita di tempat awam (aib)...masih mencari jawapan. Mula-mula dulu pernah I keluar dengan sumayyah ke bandar hari Jumaat, memang kat bandar tu penuh dengan lelaki dan pernah hanya kami berdua aje perempuan yang lalu di sebuag lorong jualan kain/baju....cepat-cepat kami jalan sebab rasa macam bersalah je lalu depan semua kaum lelaki.


Well, ingat hari ni nak ke Mukhtar Mall nak bawa Izzat and Mimi jalan-jalan/main-main/ makan-makan sempena hujung minggu.


Have a nice weekend !!!!!!!

15 comments:

Anonymous said...

Wah, bestlah your blog ni, frequently updated. Kalah I, hehe (wink!)
Shopping utk lelaki mesti leceh, price pun tak flexible macam for women. Eh, apasal ramai lelaki saja ya kat sana? Qatar tu tahu la I, banyak immigrant.

13may said...

huh! kemanakah menghilang wanita wanita semua???

pelik pelik...

aNIe said...

Aik!!! Tak de perempuan ke? Errrmm....camaner nak idup eh kalau tak pi shopping...rasa serabut kepala ni...heheheh

zlaa said...

Assalamualaikum wbt

I like reading your blog. Dah pandai berbahasa Arab? Saya di sini mencari-cari kelas bahasa Arab dan dah apply online untuk kelas. Tapi masih belum ada panggilan untuk kawasan kami.
http://www.zlaa.blogspot.com

Kaklong Syikin said...

salam,

sis, sib baik sis ada utk membantu adik tu bershopping, kalau tak, kesian dia terkial2.

ttg kabel n sariq tu, cukup menarik. macam citer betul aje. sis ni boleh jadi penulis yg bagus :D

cemas juga membaca rumah di msia tu kena pecah masuk. moga2 tak terjadi lagilah.

ttg solat tiang agama tu, bila baca kita boleh buat konklusi, mcmana Allah nak bagi pertolongan kepada orang ISlam sekarang dngn macam2 musibah berlaku ke atas mereka kalau mrk sendiri jauh drp ALlahkan. Betullah solat itu tiang agama, tak de solat, runtuh agama.

oh ya, saya cerita ngan suami pasal akak cerita aritu yg tak ramai students malaysia di amman, rupanya suami saya pun dapat tau benda ni lama dah. dia dgr kabar ramai student malaysia diagih2kan ke univ. lain.betul ke? lagi satu, kata suami saya, taraf hidup di jordan tinggi, betul kan?

NorAiniJ said...

Saya seronok betul baca blog kak Rina ni. Macam saya ada kat situ gak, ikut akak shopping...hehe

Mama Sarah said...

Kak, murah tak Jubah di sana? saya suka abaya, and pernah beli 2 piece jilbab online. katanya from Jordan. tapi bayar in USD.

Lollies said...

jelesnya masih sejuk. kat sini dah mula nak panas dah.

Kak Elle said...

Rinah women folk kat Jordan tak shoping on Friday ke?One question how expensive are things in Jordan?

silversarina said...

hazia........ Bila terasa nak update I terus je update sebab tak nak miss any events yang dirasakan perlu diingati.

Now, katanya ada hampir 2 juta Iraqis yang masuk dan tinggal di amman, itu tak termasuk dari Egypt yang datang bekerja sebagai buruh....it yang menyebabkan terdapat rmai lelaki di sini.

( I ada baca your blog tapi takleh komen sebab I takde friendster acct..ke ada cara lain ??? )


++++++++++++++++++++++


13may.........perempuan tak hilang tetapi kurang ke city centre . Wanita ramai di shopping malls ( tempat tertutup )dan jika keluar selalunya bersama ahli keluarga atau kawan-kawan.


+++++++++++++++++++


kak lady.........boleh je shopping but kalau kat balad (city centre) selalunya orang lelaki yang ramai sebab remember 'family day' yang orang bujang tak dibenarkan ke shopping malls kalau terlalu padat..so tempat si bujang ni shopping adalah di balad .


+++++++++++++++++++


zlaa...... welcome to my blog. I tak pandai bahasa Arab...pernah belajar tapi give up halfway agaknya bila umur dah meningkat mood kurang sebab duduk sini nak 'goyang kaki' tak nak peningkan kepala . Lagipun ramai orang kat sini pandai English...:)



++++++++++++++++++


kaklong...... Timakasih banyak baca kisah Kabel tu tapi nak jadi penulis tu dalam mimpi jelah akak tak minat....

Ha ah di Jordan sekarang M'sian students paling ramai di Irbid di Jordan U of Sci & Tech (JUST)hampir 180 orang dibawah JPA yang ambik Medic, U Yarmok dalam 40 orang pelajar tajaan , U al Bayt, Mafraq ada seratus lebih pelajar tajaan dan persendirian, U of Mutah ada 100 students tajaan dan private, ada 5 orang private students di U zarqa' dan tak sampai 10 orang students di U Jordan yang most of them graduate/post graduate students.

Taraf hidup tinggi sebab money exchange rate ialah 1 jordan dinar (JD) = Rm5 ( 2 tahun lepas RM5.60 )..lepas tu semenjak kebanjiran pendatang dari Iraq ( ramai iragis are very rich ) tu yang buatkan sewa rumah dan pelbagai keperluan harian naik, memang jiran yang mengaku sendiri kos of living makin meningkat esp di amman.Sewa rumah di Amman double dari Mu'tah.


++++++++++++++++++++


nj.......marilah datang kita shop till we drop...:)


++++++++++++++++++++


mama sarah...... jubah and abaya banyak di sini banding dengan malaysia memang murahlah di sini, abaya yang bagus quality dan brand kain paling tinggi JD40 ,kalau yang tak de brand lebih murah... kena pandai pilih , kalau dekat kem pelarian palestin dapat lagi murah...akak memang 'gila' jubah and abaya...ni dah lama'pose' beli sebab dah ada banyak(hampir semuanya warna hitam )...kalau you nak boleh je akak carikan.Nak datang sini pilih sendiri lagi bagus!!


++++++++++++++++++


lollies.....sini betul-betul panas Julai & August, kira sampai May nyaman lagi.....bunga ros dan pokok anggur kat rumah pun masih tinggal dahan dan batang lagi...tak de gaya nak berputik pun.


+++++++++++++++++++


Kak elle,


Women kat sini rajin shopping kat shopping malls. biasanya diaorang akan ke bandar/pasar with families on saturday. Kebiasaannya kedai banyak tutup hari Jumaat, so yang ramai berkeliaran adalah lelaki bujang arab bujang.

Barang kat sini nak kata mahal tu ada jugak yang murah..kalau kata untuk arabs hidup dengan food and their daily life activity nampak macam murah je, barang makanan kita ni yang mahal compare dengan matawang m'sia, kalau dgn singapore dolar memang kira murah sangat lah barang-barang kat sini.

I baik dengan kawan anak I from s'pore yang akan balik s'pore hari ni.

Marilah jalan-jalan ke sini....:D

simah said...

diaorang dah nak balik.. u ni akan forever ker duduk sana?...

Anonymous said...

wah3 bershopingan!hehe..teman ke shoping skalik?
waaa lamenye xshoping kt amman..balad amman mmg besh!lbey byk choice n ade yg lbey murah dr kt irbid(certain things)..huhu
saye shoping amman bile nk blk msia jeks!hehe
cume pakcik2 arab kt amman nih byk yg belagak2 sket ckp2 english..yela da slalu jumpe tourist~heh

Mulan said...

memang serabut pun kalau penuh dengan lelaki je. tak de freedom pompuan nak jenjalan..

maklang said...

bestkan shopping aje...kalaulah duit tu boleh turun camtu je dari langit, pasti mall tu penuh ngan pompuan!

Bila nak balik Malaysia lagi? Boleh singgah rumah maklang!

silversarina said...

simah.....diaorang balik dah habis belajar....I ni tak tau lah bila nak balik.tak rasa lagi nak balik :D



+++++++++++++++++++


asma dear...... hari tu memang makcik tak shopping apa, tahan jelah. tulah nak balik malaysia nanti baru nak shopping sakan kat balad tu, memang tok arab kat balad eksyen cakap english tapi kite cakap lebih sikit dia dah tak faham hehehe......


++++++++++++++++++++


mulan.....memang rasa rimas semua mata memandang...biasanya buat tak tau je kita nak shopping bukan nak buat apa.


+++++++++++++++++++


maklang......... I pun ada juga berangan kalau lah daun pokok yang luruh masa musim luruh tu duit, bahagialah I , hari-hari boleh shopping kan.....Tak tau lagi bila balik , nanti Insyaallah kalau balik I akan ke sana....