BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 11, 2007

21 YEARS AGO................

SELAMAT HARI LAHIR KE 21 BUAT ANAKANDA ZAID

21+ YEARS AGO………

Mama hanya inginkan kepastian…. Pagi Isnin sebelum ke kuliah, mama singgah ke klinik universiti dengan membawa sample ‘early morning urine ‘ dan menyerahkannya kepada nurse yang bertugas. Tak sampai sepuluh minit menanti, puan doctor memanggil mama masuk ke bilik rawatan sambil berkata …”it’s positive….. Do you want to keep the baby ?” Tersentak mama dengan soalan puan doctor lantas secepat kilat mama terus menjawab,”of course, definitely I want my to keep my baby, “ mama menjawab dengan nada yang agak tinggi . Mama terasa tercabar bila soalan begitu yang ditanya oleh puan doctor. Mama faham masalah teen pregnancy dan unwanted pregnancy adalah lumrah di USA tapi mama kan dah bersuami , mestilah mama mahu mengandung dan melahirkan zuriat mama walaupun usia mama masih terlalu muda ketika itu.

Bermulalah episode suka-duka sebagai isteri dan pelajar yang mengandungkan anak yang pertama. Mama seperti opah ketika mengandung, terlalu banyak dugaan terutama bab alahan yang sampai ke tahap kronik. Mama muntah di mana sahaja yang sempat…di escalator subway, di bus-stop, di luar kelas, dalam toilet usah dikira berapa kerapnya, di rumah mama terbaring betul depan pintu toilet supaya senang merangkak ke toilet untuk mengeluarkan isi perut. Tiada apa yang boleh dijamah, mama rasa macam tak de harapan hidup.walaupun begitu mama gagahkan jugak kaki melangkah ke kelas walaupun adakalanya kepala mama terpaksa diletakkan di atas meja kerana tak mampu melihat dan mendengar apa yang diajarkan oleh pensyarah.kadangkala mama terpaksa singgah di U ayah kerana tak larat nak meneruskan perjalanan ke U mama yang agak jauh dari rumah.

Oleh kerana kos rawatan di US mahal, mama hanya terpaksa menggunakan khidmat sebuah klinik percuma yang dibiayai dan dikendalikan oleh sekumpulan NGO Yahudi iaitu Zachaeus Clinic di tengah-tengah bandaraya Washington DC yang pesakitnya kebanyakannya adalah golongan black teenagers yang mengandung anak luar nikah. Nama penyelia clinic tu Laura yang mama takkan lupakan jasanya yang banyak memberi panduan dan layanan yang amat menyentuh sanubari mama walaupun berlainan agama dan bangsa. Mama menerima rawatan daripada doctors dan midwives yang volunteers dan hanya dibuka di sebelah malam.

Mama ingat sewaktu kandungan mama berusia 6 ½ bulan mama mengalami pendarahan dan apabila kebetulan malam tu adalah appointment mama di klinik berkenaan,selespas diperiksa , Laura dengan tergesa-gesa menyuruh mama segera pergi ke hospital kerana dikatakan baby dalam kandungan mama akan dilahirkan bila-bila masa. Mama masa tu rasa takkanlah dah nak bersalin sebab baru 6 ½ bulan. Malam tu jugak mama dan ayah bergegas ke Arlington Hospital bersama abang Othman ,kawan ayah dan dari pengamatan doctor di situ peralatan di Arlington Hospital tidak mencukupi untuk pre-matured baby dan dia menyarankan agar mama ditransferkan dengan helicopter ke Georgetown U Hospital kerana ini kes yang amat emergency.



Mama menangis bukan kerana hanya kerana takut bersalin dan kehilangan bayi tapi jugak menangis mengenangkan siapa yang akan membayar kos perkhidmatan ambulance helicopter tu nanti….Lepas ayah berbincang semula dengan pihak hospital akhirnya mama di transferkan Ke Alexandria Hospital yang tak jauh dari situ dengan ambulan biasa.



Mama diberi rawatan kecemasan dan tidak dibenarkan bangun dari katil samasekali. Semuanya di atas katil…dan diberi ubat supaya kurangkan contractions dan mematangkan baby dalam kandungan. Mama diberi steroids untuk mematangkan pertumbuhan paru-paru zaid. Setelah 3 hari mama rasa ok sikit mama minta discharged dengan nasihat doctor ,” if anything goes wrong, come to the hospital immediately.”

Kelas terpaksa ditinggalkan minggu itu tapi memang mama telah buat perbincangan dengan all 4 lecturers yang mama ambil subjects for that semester, Ms Taylor, Dr Martin, Dr Linowes dan Dr Jacob. Kesemuanya memang baik dengan mama dan telah menetapkan
grades mama akan berasaskan mid-term exams dan assignment kerana zaid sepatutnya lahir penghujung may 1986 iaitu semasa peperiksaan akhir semester.

Setelah berada di rumah 2 hari tiba-tiba mama terasa seperti ada air mengalir laju dari dalam kain dan tak boleh diberhentikan dan ianya adalah air jernih. Mama terus called doctor Aminah, a Pakistani doctor yang amat baik. Dia segera mengarahkan mama datang ke hospital kerana baby boleh keluar bila-bila masa kerana water-bag dah pecah. Mama waktu tu memang agak ‘bingung’ sebab itu adalah kelahiran pertama, mana mama tau itu semua. Setiba di hospital mama dapat bertahan lagi sehingga waktu dinner dalam jam 6.30pm tiba-tiba terasa nak ke toilet terasa macam nak buang air besar. Nurse suruh mama buang je atas katil. Mama tak mengalah…,”no , no I want to go to the toilet , please ,” mama terus merayu . Akhirnya dia benarkan mama bangun ke toilet . Bila mama angkat je punggung untuk ke toilet..…voila……darah telah banyak di atas cadar katil..panik nurse tu kejap,mama tak panik. Dia cepat-cepat bagitau.”.don’t move !!” mama segera dibawa ke labour room dan tak sampai setengah jam lahirlah bayi pertama mama ……….berusia tak sampai 7 bulan dalam kandungan dengan berat 1.4 kg dan tiada isi langsung…hanya kulit berkedut-kedut yang membalut tubuh….tarikh keramat ..11 mac 1986.

Mama dan ayah bersetuju namakan bayi kami yang pertama dengan nama zaid sempena nama anak angkat Rasulullah saw, zaid bin harithah yang gugur syahid semasa peperangan mu'tah. Harapan kami agar darah pahlawan yang mengalir di dalam tubuh as syahid zaid bin harithah agar segar mengalir dalam tubuh zaid, InsyaAllah.


Mama terpaksa tinggalkan zaid di NICU ( Neonatal Intensive Care Unit ) selama 45 hari kerana zaid terpaksa diletakkan dan dirawat di dalam isolette akibat lahir tidak cukup bulan.Mama juga terpaksa mengepam susu setiap hari untuk dihantar ke hospital dan tatkala waktu menyusu terasa begitu sayu kerana zaid hanya diberi susu melalui tiub kerana usia zaid yang teramat muda masih belum upaya untuk menghisap susu dari puting susu.

Hampir setiap hari mama menangis inginkan zaid pulang ke rumah dan yang lebih menyedihkan mama tidak dapat hadir ke hospital setiap hari kerana terpaksa ke kuliah dan hospital pula agak jauh dari rumah dan mama juga tiada kenderaan pada masa itu.

Lupa mama nak bagitau mama kena buat final exam betul-betul sebab pada mulanya sepatutnya zaid lahir pada musim final exam dan markah mama macam mama bagitau bergantung pada mid-term exam tapi oleh kerana zaid lahir pada musim mid-term exam so grades mama bergantung pada final-exam pulak. Mama ke kuliah selepas seminggu di rumah dan bermakna selama 2 minggu termasuk sebelum bersalin mama terpaksa ponteng kelas. Ms Janice Taylor pensyarah mama agak terkejut melihat mama hadir ke kelas setelah seminggu bersalin, dia kata,”…it’s ok, you can rest at home,” tapi mama tak nak sebabkan kelahiran zaid pelajaran mama terganggu. Mama gagahkan jugak kaki melangkah ke kelas walaupun kadang-kadang masih terasa sakit di bahagian peranakan.

16 April…alangkah gembiranya mama apabila doctor bagitau yang mama dah boleh bawak zaid balik ke rumah kerana berat badan zaid telah pun mencecah 2.2kg dan zaid telah pandai menghisap susu dari puting botol. sebelum tu mama dan ayah diajar cara melakukan CPR sekiranya pernafasan zaid terhenti semasa di rumah. Mama jugak diwajibkan membawa zaid ke pusat terapi kanak-kanak setiap rabu bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan zaid tidak ketinggalan . sekiranya mama gagal berbuat demikian pihak jabatan kebajikan boleh mengambil hak penjagaan zaid dari mama dan ayah kerana zaid adalah warganegara America. So, bermulalah kehidupan mama menjaga zaid dan tidak pernah terlepas sessi terapi yang di selia oleh pakar terapi kanak-kanak .



Alhamdulillah zaid tidak jauh ketinggalan dari kanak-kanak lain yang dilahirkan cukup bulan dan apabila besar zaid adakalanya amat lebih jauh kehadapan dari rakan sebaya.Cuma satu yang mama dan sahabat-sahabat mama yang juga banyak membantu semasa di US tidak akan lupakan ialah zaid masa kecil sangat kuat menangis atau istilah manjanya, seorang yang cememeh.Kini bila mereka jumpa zaid mereka berasa macam tak percaya seorang bayi yang kuat menangis dan manja kini merupakan seorang hafiz, boleh bertutur bahasa arab dengan begitu fasih dan telah mendapat ijazah sarjana muda syariah islamiyah dalam usia yang muda kerana zaid masuk universiti semasa usia 16 tahun dan graduate seawal usia 20 tahun. Itu semua adalah dengan rahmat dari Yang Maha Esa serta berkat usaha gigih yang zaid tunjukkan yang tidak pernah mengenal penat dan jemu menuntut ilmu, Alhamdulillah.


Ketahuilah bahawa semua pengalaman mengandung , melahirkan serta mendidik zaid menjadikan kehidupan mama lebih matang dan tabah dalam menghadapi kehidupan walaupun pelbagai ranjau dan duri terpaksa ditempuhi, hanya Allah yang Maha Mengetahui Segalanya.

Sempena harijadi zaid yang ke 21 ini mama doakan agar zaid terus gagah dan tabah melangkah alam dewasa dan menjadi contoh teladan adik-adik serta rakan dan masyarakat seluruhnya , InsyaAllah. AMIN.

SELAMAT HARI LAHIR ANAKANDA KU SAYANG !!!!!!!

28 comments:

Kak Elle said...

Selamat hari lahir Zaid sebak aunty membaca cerita mama yg panjang lebar ni.Alhamdulillah Zaid dah tunjuk kan pada semua anak lahir tak cukup bulan bolih membuat saperti anak2 lain...syabas!!
Rina you have a hensem son...dah ada yg punya ke?I ada banyak nieces....haha

Anonymous said...

MasyaAllah you are so blessed.
Allah selamatkan Zaid. He has de package, brains and looks.

-atenah

Anonymous said...

berbaloi la yea u mengandungkan zaid dulu...dah besar panjang dah dia...

Happy birthday Zaid!
Semoga zaid sentiasa menjadi anak yg menggembirakan ibu dan bapa

aNIe said...

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ZAID...moga menjadi anak yang soleh...

Sejuk perut U mengandungkan Zaid...insyaallah dia akan menjadi insan yang membanggakan....Zaid sebaya dengan anak kak lady yang kedua...tak sangka anak sulong u dah besar...hehehe

Anonymous said...

Waaah. Sedih n terharu saye bile bace entri ni. Anyway, send my regards to zaid k. U're soo lucky to have him as a son.

p/s: patut la makcik tanye ttg steroids semlm. Hihihi

silversarina said...

kak elle..........Zaid ucapkan syukran pada kak elle..

sayang dirinya sudah berpunya , ustazah comel :)


++++++++++++++++++


atenah.......Alhamdulillah.TQ for the compliment .


++++++++++++++++++


zaid...... dugaan Allah adil buat semua hambaNYA.

Timakasih.


+++++++++++++++++++


kak lady........He says thank you for the bday wish.

I kawin masa belajar, umur anak-anak I......21, 20 , 18, 13, 4 .
1st and 2nd lahir kat states.


+++++++++++++++++++


jhazkitaro........ dia pun kirim salam kembali.

Nasib baik ada personal doctor boleh rujuk, tq dear :D

Anonymous said...

hepi besday...
moga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki...
nti kat jdan jgn lupe belanje yer...:p

k.d said...

Masya-Allah LUJ

Satu cuban untuk anak pertama. Alhamdulillah dah besar panjang dah. And to do it all during student years...Well done

And still ada anak kecik tu..hai LUJ tabik lah..

Semiga panjang umur dan murah rezeki

silversarina said...

sofie cute....... tq,tq,tq, hadiah tak de ke, poslah plof ker.....

sofie cute, stay cute, maintain cute....cis, perasan lah u ni...:P


++++++++++++++++++


k.d. ..... Actually , all my kids tak pernah sampai 36 weeks pun, tapi tulah nak nya babies sampai 5 dan ketinggalan pulak si mimi kecik tu...Alhamdulillah.

david santos said...

Hello!
This work is very good, thank you
have nice wkend
InsyaAllah

Mama Sarah said...

happy birthday. selamat panjang umur, semoga bertambah barakah.

moga anak2 saya akan menjadi seorang hafiz juga satu hari nanti.

NorAiniJ said...

This is so sweet. Happy birthday to Zahid kak.

Anonymous said...

terharu bace..camne la agaknye mak saye dlu pregnant sye tyme tgh blaja gak...eh aunty US ktne?mak sye kt columbus ohio

silversarina said...

david santos....tq.nice weekend to you too.


++++++++++++++++++++


mama sarah........ Timakasih. InsyaAllah berjaya.


++++++++++++++++++++


nj.........Bitter sweet memory hehe... thanx.


++++++++++++++++++++


asama...... banyak pengalaman pahit dari manis pregnant masa belajar....makcik kat American U , Washington DC.

mak datang nanti bawak jalan rumah makcik ye, boleh kenal-kenal :)

Kiah Kardashian said...

Mudah mudahan anak saya pun bleh ikut contoh anak akak sorang nih.

Tak ternilai experience akak tuh

Anonymous said...

oh kt washington~
ok no probs..arituh dah tanye kak put direction g abu nusier~hehe
nti pape i'll contact u later

Anonymous said...

luj, u have every right to be proud of him.... he has certainly turned out fine. may he always be that way!

silversarina said...

zakiah........lain orang lain pengalaman , semuanya ada hikmah disebaliknya.


++++++++++++++++++++++


asma........ok. c u soon :)

silversarina said...

intan......Tq . I'll always pray for his success , InsyaAllah.

Makcik Runner said...

everywhere i go i seem to see this name, david santos. very funny man (to me at least). sesuke je drop by org punye blog and the comments standard je...hahahaha

anyway, tak sangka anak Rina dah besar panjang, smart (brain n look) plak tuh.

tahniah!

Anonymous said...

What a touching story:)
Bijaknya anak u masuk U umur 16.

Mulan said...

segala cabaran & kesusahan ada rahmatnya.. alhamdulillah zaid dipermudahkan dgn ilmu, di atas segala cabaran yg mama zaid telah tempui..

selamat hari jadi zaid.. semoga menjadi anak yg soleh.. jgn lupa jasa mama & ayah tu..

silversarina said...

kc......memang saja je si david tu, bukan faham pun blog orang ...

tq . eeeiiii , dari semalam dia dok perasan orang kata dia ada brain and look..hehehe :P


+++++++++++++++++++++


hazia.......memang I tak lupa pengalaman masa pregnant untuk semua anak, bukan saja zaid.

anak I ambik SPM umur 15 masa tu dia sekolah di Int'l tahfiz school , Alhamdulillah atas segalanya.


+++++++++++++++++++


mulan........timakasih mulan. Amin.

cikdinz said...

selamat hari jadi zaid.

sedih nye cerita nih. kengkadang orang yg disangka-sangka akan menolong kita....

silversarina said...

cikdinz... tq for the bday wish.

dalam suka ada duka..... how I wish yang menolong I seagama ..all over the world they are the ones who help people in need.....

Jo Kontan said...

It's Miracle.

AllahuAkbar

silversarina said...

jokontan......waktu tu memang ajaib ,macam tak percaya apa yang berlaku.

~ GAB ~ said...

Oh dear, I have missed reading this beautiful piece.

And you are blessed RINA. Zahid grows up to be a wonderful young man.

By the way, every now and then I'd drive to DC and stayed at River Place in Arlington, VA. Many friends were at GWU and some were at Catholic U.

Any chance knowing them? Like Rushdan, Faizal, Rufina, Haziq Kadir, Hartini... and many more.