BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 12, 2007

A Wonderful Day Trip......

Semalam kami sefamily joined a group of tourist from Malaysia yang datang ziarah Jordan dan Syria dan kebetulan Zaid yang mengendalikan pakej pelancong ni dan ada seats available. So, mimi and Izzat ponteng sehari sebab nak ikut jalan-jalan makan angin.

6.45 pagi kami menuju Apartment/Hotel Oriental dan berjumpa pelancong-pelancong seramai 15 orang dari Malaysia . Ada yang datang bersama keluarga dan ada yang hanya pasangan suami-isteri. Sempat berkenalan sedikit-sebanyak kami terus menuju ke destinasi pertama , Wadi Syuaib terletaknya makam Nabi Syuaib. Walaupun dah pernah beberapa kali berkunjung ke sini tetapi bila kata ziarah I takkan melepas peluang ini tambahan pulak waktu berkunjung ke sana kali terakhir tahun lalu gambar-gambar yang diambil terdelete semuanya. So, semalam I sempat snapped gambar-gambar di Wadi Syuaib sebagai simpanan.


Setelah itu kami ke Amman Beach di Laut Mati. Seperti biasa Laut Mati penuh dikunjungi warga asing orang putih dan pelajar-pelajar sekolah yang berkelah di situ. Agak hiba bila melihat pelajar-pelajar arab sekolah menengah perempuan ( 3 buah bas ) datang berpicnic siap membawa kompang dan menari-nari seolah-olah berpesta di hadapan Laut Mati yang kisah umat terdahulu dilaknat Allah swt…… kehadiran yang sepatutnya menjadi iktibar dijadikan tempat bersuka-ria.



apa maknanya ??????





Kemudian kami menuju ke PETRA yang kini dalam proses mendapat pengiktirafan sebagai ‘The New 7 Wonders of The World’…katanya akan di gazetkan pada 7/7/07 . Memang Petra tidak pernah sunyi dari kunjungan pelancong tak kira samada hujung minggu atau tidak. Waktu masuk bukan main bersemangat berjalan kaki sambil tu ambil gambar batuan di situ yang sungguh unik. Taktau kenapa setiap kali bila melawat petra , hati terasa begitu kerdil bila melihat bagaimana hebatnya umat terdahulu dalam pembinaan dan ukiran batu dan tanah sehingga menjadikan ia nya sebuah Kota yang begitu menakjubkan. Walaupun tiket masuk ke Petra adalah yang termahal ( JD 21= RM105 )tetapi kepuasan yang diperolehi melebihi dari harga tiket tersebut.



kenangan bersama ...........

Laluan keluar dari Petra terpaksa ‘berbalah’ dengan pemuda-pemuda Badui yang menjaga kuda dan kereta kuda yang suka cakap bolak-balik sentiasa ingin menipu pelancong dengan mengenakan bayaran yang mahal bagi servis kuda dan kereta kuda. Setelah 5 minit berbalah akhirnya kata sepakat diambil sebab I dan rakan dari Malaysia memang taknak ‘mencederakan’ kaki masing-masing kerana terasa terlalu lenguh.




This Bedouin guy, Sabieh( English dia ni macam mat saleh siap accentnya sekali… mereka ramai yang fasih english sebab mat saleh terlalu ramai ke mari ) waktu memujuk I naik kereta kuda berkata … “ Would you like to take a carriage madam ?? “… I kata…” I’ll see later whether my feet are still strong to walk.”…Dia kata balik..” You know, it’s also a good massage…”….. Nak tau kenapa dia kata macam tu??…. Jalan keluar-masuk petra adalah campuran pasir, tanah, batu-batan, pejalan kaki yang lekuk-lekuk yang sememangnya jika naik kereta kuda akan terasa seperti diurut dengan ‘kasar’ .Akhirnya my friend ,mimi and I naik kereta kuda si Sabieh ni sampai main gate…LEGA . Izzat , my darling dan beberapa orang rakan serombongan naik kuda. Kali ni tak de siapa naik unta dan keldai kerana routes to ride these animals adalah jauh ke dalam dan semalam kami hanya explored sampai amphitheatre sahaja.







Rombongan dari malaysia menuju ke Damascus,Syria malam tadi dan kami berpisah setibanya di Amman…. Walaupun tak sempat beramah-mesra kerana factor masa hanya sebentar, namun gambar-gamnar yang sempat diabadikan bersama semasa lawatan kekal sebagai tanda kenangan , InsyaAllah.


25 comments:

Helena said...

banyak betul pengalaman you sekeluarga kan. Your blog is very informative. Best baca.

Faizah said...

seronok jika berada di sana di waktu ini..

Anonymous said...

best2.. insyaAllah i'll go to those places one day..

k.d said...

I vote for Petra to be one of the 7 wonders...

Mesti..mesti ke sana Insya-Allah

Kak Elle said...

very very interesting lah...zahid mmg bawa tourist ke?

Anonymous said...

bestnya.. i transit kat amman dua hari masa pergi umrah in 1999. best juga.. sempatlah ke dead sea and all the tourist attraction. Rina, i cuba2 apply keje kat abu dhabi, kalau ada rezeki adalah, bolelah reunite dgn my darling semula.. but my only worry is the children.

maklang said...

seronoknya dapat berjalan...maklang teringin lah nak gi sana, entah bila nak tiba pun tak tau....

D said...

peluang berjalan lagi...

silversarina said...

helena..... dah ada kat negara orang memang tak lepas peluang kenal tempat orang.....


+++++++++++++


faizabelle79....... lain tempat lain scenery..mailah datang.


++++++++++++


jhaz...... bab berjalan laju je..... datang tido kat petra mesti best.....


+++++++++++++


k.d. ........ yes, petra you got our votes....


+++++++++++++


kak elle......... zaid kuat berjalan so dia memang buat pakej melancong pada sesiapa yang nak guna khidmat dia..dulu masa belajar dia buat part time, now memang full-time lah... kalau kawan-kawan I datang dia tak caj mana pun janji dapat jalan.... kira dia settle semua urusan di sini..actually murah sebab semua yang datang urus tiket flite sendiri ( dia boleh tolong dapat e-ticket yang murah dari biasa )and hanya bayar servis kat sini je, memang jimat banyak...ehhh iklan pulak I ....ramai dah makbapak students sini yang guna servis dia ....


++++++++++++


ummi....... ni dah kira bagus, kalau you dapat keje di abu dhabi senang lah duduk sekali satu famili...dapatkan pakej yang cover education anak-anak sebab kat sana amat mahal kos education...

good luck !!


+++++++++++++


maklang..... datanglah, duk rumah I je , pastu gi jalan I suruh zaid bawak and caj ala kadar je, kawan-kawan mak dia... cuti bulan november cuaca just nice walaupun sejuk tak terlampau sejuk....

silversarina said...

d...... pantang ada peluang, memang pergi..ni sakit pinggang jugak sebab naik kereta kuda jalan lekuk-lekuk...

aNIe said...

Rina tentu seronok dpt bersama-sama pelancong malaysia...agaknya hari tu u jadi pemandu pelancong jugaklah ye...memberikan pernerangan pada pelancong2 tu...heheheh...seronoknya...

Anonymous said...

Bestnya. I hope dapat pergi dana one day. Bila tu? Entah-lah. Berapa lama lagi u kat sana?

kakLuna said...

eh macam rancangan Jejak Rasul pulak :)

Anonymous said...

thanks 4 sharing the photos akak.. tak dapat pi tengok gambar pun jadi la... laut mati tu orang mandi tak akak?

Idham said...

very nicely iterated...:)

and , laut mati...a lessons for the ignorance ( like me ).

and ..terlewat sikit, but nak congrats you for your previous entry - declaration of love suami isteri...memang murni dan shahdu...

wish u lots of wonderful time together until the end of time.

id

KAMATO said...

Apa maksud petera tu sebenarnya .... satu masa nantu akan cuba melawatnya

Mulan said...

kalau kami sampai sana nanti, akak bawak jalan2 boleh?

cikdinz said...

tempat yg berlakon "indiana jones" tuh ke...

NBK466 said...

Maaf banyak terlepas N3 puan.. bestnya tempat2 lawatan disana.. bilalah ada rezeki nak gi..

The.Libyaman said...

petra punya ticket pun dah naik sedinar yer? anyway it's worthy. kalau nak berbaloi betul, kena stay sana. waktu bujang pernah pergi jalan sampai ke hujung temple tapi banyak yang belum discover, end of 2001 b4 goin home sempat pergi dengan wife sehari suntuk habiskan sampai dah takde jalan. mungkin sekarang diorang dah bukak sampai ke kampung badwi di dalam tu. belum pergi ke jordan lah bagi yang belum ke petra. it's a must.

silversarina said...

kak lady....... ooo kali ni I pun jadi pelancong sebab dah ada tour guide khas.... biasa kalau I jalan dengan kawan-kawan I yang bagio penerangan sikit-sikit.


+++++++++++++


zlaa...... nanti datanglah . I mungkin sampai mid next year duk sini.


+++++++++++++


kak luna....jejak rasul dan sahabat memang banyak di jordan.


+++++++++++++


simah......... memang biasa orang mandi kat sini, tempat yang akak pegi tu siap ada tempat persalinan dan shower untuk nak mandi dan bersih diri.biasanya diaorang mandi siap lumur lumpur seluruh badan.


++++++++++++++


idham.... thanks..macam you lah jugak cinta & romantik seadanya :D


++++++++++++++


kamato......tak de pulak diketahui apa maksud nya tapi memang bandar kat situ nama petra..nanti i tanya zaid kot dia tahu.


+++++++++++++


mulan....... no problem nak bawak jalan-jalan, memang kawan-kawan datang station kat my house ( save duit hotel ) then berjalan satu jordan+syria+lubnan+turki kalau nak masuk banyak negara sekaligus...datanglah...


+++++++++++++++


cikdinz...... ha ah situlah tempatnya....


+++++++++++++++


nbk466....... tak perlu mintak maaf,lapang silakan baca.... nanti jemputlah datang ziarah...


+++++++++++++++


babazahra'......... memang dah buka sampai kampung badwi , akak tak pernah sampai , anak-anak memang pergi petra sampai ke merata pelusuk diaorang explore.... 10 jam sehari....tiket pun ada untuk 1/2/3 hari pakej...kalau 3 hari murah jugak jd31.... pergi petra banyak kali pun rasa masih tak puas kan....

Anonymous said...

bestnyer kak Ina. Saya dulu pergi Jordan tahun 1999 (transit masa pi Umrah)...biasala tansit mana sempat nak ke Petra.(tapi merasa jugak la tidur sehari samalam kat Queen Alia Airport tu)..memang teringin sangat rasanya nak pi sana...berapa yer kosnya termasuk flight utk pakej Zaid tu...sajer nak simpan duit kot2 ada rezeki ke sana. InsyaAllah

Mama Sarah said...

malam ni saya mimpikan petra lah nampak gayanya...

NorAiniJ said...

Lama dah tak jengok blog Kak Rina (haven't done much bloghopping lately), seronok nya saya rasa macam dapat ikut trip tu pulak.

Sebelum saya lupa, on ur last post, I suka sangat Akak ngan Abg ni, teramatlah romantiknya giteww..hehehe

silversarina said...

azaleaayu...... memang kalau singgah nak pergi umrah tak sempat nak ke petra sebab jauh dan kena spend masa lama kat sana.... untuk pertanyaan lanjut tentang pakej melancong zaid contact di emel ni...... raja_kembara@yahoo.com


++++++++++++++++


mama sarah...... may/make ur dream come true... :D


++++++++++++++++


nj...... akak pun sama tak sempat nak menyamppuk kat ur blog, baca dah tapi busy sikit lately....

Tq lah dan harap kekal begiteeew !!