BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 19, 2007

zaman twinkle little star.......

Pagi ni berangin dan agak sejuk tetapi nyaman namun Izzat dan Mimi masih lagi terpaksa memakai jaket nipis untuk ke sekolah...memang terlalu lambat suhu meningkat walaupun telah lebih dari pertengahan April....

Mimi agak keberatan untuk ke sekolah pagi ni kerana menurutnya dia masih mengantuk (masuk tidur awal dah ) tetapi setelah dipujuk dia ke sekolah juga. Dia sebenarnya rajin ke sekolah kerana Julai tahun ni umurnya akan jadi 5 tahun , so dia pernah kata umur 4 tahun pergi sekolah 4 hari ( last sem dia selalu ponteng sebab baru 4 tahun ), umur 5 tahun 5 hari ke sekolah, 6 tahun 6 hari ke sekolah...so I kata pada Izzat masuk 7 tahun , memang mimi akan terus duduk di sekolah sebab sekolah 7 hari......

Teringat gelagat mimi dan kata-katanya , teringat kembali semasa anak-anak yang lain semasa mereka masih kecil . belum ke tadika lagi....


*** 1989....sofie umur 2 tahun lebih sikit...

Ayah : Laa tak perasan, lesen memandu I mati hari ni .

Sofie : Ayah, lesen ayah mati sakit apa ????
-------------------------

** 1989....zaid umur 3 tahun lebih sikit dan biasa cakap agak terbalik...

Mama : Cepat naik kereta, mana kasut zaid ni ?

Zaid : Keta dalam kasut....

-------------------------

*** 1990..... pagi masa I bersiap nak pergi bekerja...

zaid kata pada sofie : eh, cuba tengok langit, nampak macam cuti je (sambil

tunjuk ke arah langit )

sofie : ha ahlah mama, nampak macam cuti je !!! ( diaorang ni selalu tak nak bagi

I pergi kerja )

------------------------

*** 1990..... bila bercakap my hubby and I memang bahasakan diri I & u tapi kerana agaknya I yang biasanya lebih sikit cakap dari my hubby terjadilah dialog ni...

mama : masuk kereta cepat..semua dah ada ???

sofie : ehh I...I .... U tak naik lagi..... ( I = I... U = my hubby )

------------------------
*** 1997 , Izzat berumur 3 tahun lebih semasa menonton cerita lama dalam TV yang hitam-putih...
Izzat : Ayah, orang dulu-dulu mata diaorang nampak hitam putih je ke ????
-------------------------

Ingat kembali zaman anak-anak masa kecil, terlalu banyak kenangan yang tidak mungkin dilupakan......bagaimana agaknya zaman I masa kecik dulu...satu yang I masih ingat ialah I pelat teramat sangat tetapi suka menyanyi....so this song sangat famous dalam tahun 60an( mak kata ).....

liriknya kalau I yang nyanyikan berbunyi.... "didi nana dudai dididi nadi ....."

lirik sebenarnya lebih kurang....." mari berkelah di sungai bermandi-mandi.... "
Best jugak ingat zaman kecik-kecik dulu......

22 comments:

simah said...

hahahahaha akak dengan lagu barney..dengan entry akak yg cute ni... eeee.geramnya sayaaaaa kat akak!!

this is one cute entry !!

Anonymous said...

hahaha.. saye mcm same je dgn izzat. dulu mase kecik2 ingatkan org2 zaman dulu semuenye hitam putih, takde kaler2.. pengaruh movie2 mlayu lama laa nih.. hihihi

Kak Elle said...

mengenangkan masa kanak2 mmg best kan?banyak gaya mereka yg bolih buat kita ketawa:)

david santos said...

Here I am again for seeing your work, thanked

Faizah said...

mmg betul lah zaman kanak2 adalah zaman yg x dapat dilupakan..apa yg paling saya ingat ialah pada masa tu saya suka sangat main masak2 n kawin2..suka main sanding2..hhhehe..

maklang said...

angah pun pernah tanya, mak dulu2 dunia ni itam putih je ke??

zino said...

yg pasti zaman kanak2 kita dulu dengan zaman kanak2 sekarang banyak perbezaan nya..

KAMATO said...

zaman kanak2la zaman paling menghiburkan

silversarina said...

simah...... cute ekk ?? mommy ke story nya ?????


+++++++++++++


jhazkitaro....... boleh buat gang B & W ( black n white )....

macamana kan kalau benda semua hitam putih..... :P


+++++++++++++


kak elle..... kita pun kalau ingat masa kecik-kecik dulu ada je yang kelakar..... :D


+++++++++++++


david..... thanks for seeing my work again..... !!!


+++++++++++++


faizabelle79....... hehehehe, kawin and sanding and masak-masak...akak kalau main selalu nak jadi adik, kena hisap botol susu, pastu cakap pelat-pelat.... bestnya ingat :P


++++++++++++++


maklang...... angah boleh masuk gang B & W ( lihat komen I pada jhaz )....jhaz presidentnya :D

silversarina said...

zino....... pada kita zaman kita yang best ....agaknya pada anak-anak ,kita dulu main entah apa-apa:P


+++++++++++++


kamato...... betul tu masa kanak-kanak , nothing to think, just play , play and play :)

Unknown said...

kihkihkih, lain benar jadinya lirik sebenar dgn yg akak sebut tu...mmg pelat betul ni. Alia anak yus pun pelat, dan Aqil pulak selalu cakap terbalik

Anonymous said...

Kak Rina ingat lagi ya?
Hehe...

Idham said...

:) terhibur baca dialogue u dgn anak2...

idham

Idham said...

:) terhibur baca dialogue u dgn anak2...

idham

Mama Sarah said...

hihi... indahnya zaman kanak-kanak.

kelakar dialogue anak2 kak rina. sangat cute. macam tak percaya aje mereka dah besar panjang. dah nak kahwin pun yg sorang tu ;)

Queen Of The House said...

It's a good thing to write about the funny things the kids said ... supaya kita tak lupa and so we can share it with them later.

Hehehe, yang you pelat tu - hahaha jauh sungguh bunyinya dari apa yang betul tu!

Mama Rock said...

eh I...U dah balik ke? keh keh keh...kelakar part U & I tu :)

blackpurple @ jowopinter said...

He he he.. Cute....lucu juga.....

Kalaulah dapat dirakam kan menarik. Boleh dijadikan hadiah hari jadinya bila dah dewasa..... :)

Syaliza Abdul Rahman said...

alahaiiii .... lucu & comel ! inilah kenangan2 manis bersama anak2 kan, kak? :o) very lucky :o)

silversarina said...

yus..... ha memang pelat tahap kronik betul, sebur R darjah 1 baru boleh... :P


++++++++++++


hazia.......ooo sudah semestinya, mak selalu ceritakan sebab tu akak ingat...


++++++++++++


arif ...... sekali-sekala ingat kenangan masa dulu best jugak....


++++++++++++


mama sarah..... tak sangka kan anak-anak yang baru je semalam kecik dan penuh keletah dah pun remaja dan dewasa.....


+++++++++++++


qoth...... bila dah besar tersipu-sipu bila diceritakan kisah kelakar masa kecik.....

I pelat ?? ha cuba teka ..."wung konjer " tu apa ???

" lone ranger "...hahaha.


++++++++++++


mama rock..... u jumaat depan baru balik pulau... lambaian pulau , hehehe.


++++++++++++


blackpurple....akak rakam suara tangisan diaorang je masa kecik, yang lain semua gambar-gambar je.


+++++++++++++


syana..... bila anak-anak dah besar, kisah sebegini yang menjadi penghibur.....

D said...

HeHeHe.. Bestnya baca short clips ni. Yang bab U & I tu, anak buah saya dulu pun pernah mengajuk Atuk & Wan dia!!

silversarina said...

d........... saja nak ingatkan zaman anak-anak kecik dulu.... tulah akak yang banyak bercakap jadi I pulak.... hehehe.