BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 06, 2007

BAS LEMBAP vs TAXI MABUK......

Cuaca sudah 2 hari bertambah panas sedikit dan diharapkan akan berterusan sunny with blue sky kerana dah hampir 6 bulan tinggal dalam kesejukan. Pokok greenberry dan anggur di belakang rumah sudah mulai berputik .Tahun lalu tak habis makan greenberry dan selalu anak jiran datang meminta buah ‘tut’ tersebut…tapi anngur tak berapa menjadi, hanya 3 gugus saja yang dapat kami rasai kemanisannya, mungkin tak dibaja.

Dua-tiga hari ni kami berdua (hubby and I ) asyik berjalan ke Bandar setiap pagi dan pagi semalam setelah sekian lama tak naik bas , I cadangkan kami naik bas untuk dapat jugak sight-seeing sekitar Amman. Kalau naik taxi dari rumah ke city center paling lama pun 20 minit itupun kalau traffic jam, but naik bas betul-betul mencabar minda dan kesabaran….1 jam 10 minit dengan bas berhenti setiap 20/30 saat ,macam kura-kura dan yang lebih parah bila penumpang tak de duit syiling untuk tambang (bas tiada konduktor , masuk duit dalam mesin kutip wang sebelah driver )…

I yang ajak hubby naik bas, bila dah lembab macam tu dah rasa jemu (nak tengok apa pun dah jemu , sama je warna bangunan ), tengah jalan I cadangkan turun bas and naik taxi je..my hubby kata biarlah naik bas sampai ke destinasi…oklah….sampai di Abdali (downtown) ada penumpang ni masih belum bayar tambang (30qurusy je =RM 1.50 ), driver tunggu pulak that arab cari duit kecil dari kedai-kedai di sekitar bas station abdali, banyaklah jugak kedai yang tak nak bagi tukar duit sedinar tu. Nak je I bayarkan tapi tak tau nak cakap macamana dan takut pulak nanti penumpang arab tu rasa ‘aib’ (kena hati-hati nak memberi sebab arab ni ego nya tinggi , bukan senang nak menerima pemberian orang melainkan dia yang pinta )….

Akhirnya sampai juga ke city centre and I told my darling inilah kali terakhir I akan naik bas panjang ( masuk semalam 3x dah naik tapi ini memang yang terakhir, kalau nak naik bas ambik coaster ok sikit sebab pendek dan laju ).My hubby macam biasa senyum je…padan muka I nak sangat naik bas dahlah duduk belakang driver , kena pulak hidu asap rokok ( I kira 4 batang dia hisap dari my house ke city centre dalam masa sejam 10 minit )

Kawan-kawan ada tanya kenapa tak beli kerete je senang nak bergerak….jawapannya… tak sanggup nak menaikkan tekanan darah bila memandu…I kata pada hubby if I’m still young mungkin I masih boleh tolerate with ‘drunken driver’ (bukan mabuk sebab arak , bawak kete macam mabuk ) . I pernah naik kereta dengan kawan dari Singapore yang kawin pak arab, sepanjang jalan dia ni mencarut maki-maki drivers yang lain dan dia main redah je terutama bila sampai di roundabouts (memang banyak roundabouts kat Amman ). Brutal driver dia ni…nak survive on the road kena jadi ‘kurang ajar’ .hehehe…Memang I tak sanggup, naik taxi pun I pakai tahan je nak tolong tekan brake (co-driver)…

So nak kemana-mana I naik taxi atau sewa van bersama drivernya sekali.. Taxi di sini banyak dan mudah didapati tak kira masa dan tempat dan taxinya cantik-cantik tak macam di Syria , taxinya kecik-kecik. Taxi di Jordan ada pelbagai brands … Mercedes yang baru, Toyota Camry yang besar tu, KIA macam –macam jenis KIA…lain-lain lagi termasuklah Proton Wira dari Malaysia..pernah sekali je I naik ( kadang-kadang naik taxi pilih taxi yang hebat dan besar !! )

Zaid pernah masa naik taxi wira this driver tanya zaid dari mana, zaid jawab Malaysia…arab tu kata lagi …ha taxi aku ni buatan Malaysia…tak bagus !! zaid kata lagi…ha tak bagus, kenapa ?...dia jawab… tak tahan, lembik… Pastu zaid kata.. ha negara aku ada jugak buat kereta bukan macam Jordan tak de buat apapun… arab tu cakap lagi… buat kereta pun tak bagus buat apa….zaid kata lagi…..mana lebih baik, negara yang buat kereta dan ada kereta sendiri walaupun kurang sikit kualiti atau negara yang tak de buat apa-apa pun ???? Terus arab tu terdiam…

Bila balik Zaid cerita pada I kisah perbualan dia dan taxi driver tu.. I terfikir balik soalan terakhir yang zaid tanya pada pak arab tu…

“Mana lebih baik…negara yang buat kereta dan ada kereta sendiri walaupun kurang sikit kualitinya atau negara yang tak de buat apa-apa pun ???? “

I sendiri tak tau apa jawapan yang sebenarnya………………..

25 comments:

Intan said...

wow, pandai anak u jawab! walau apapun, kalau dgn orang luar, kena defend negara sendiri, betul tak? macam kalau kita dengar orang kata anak/adik kita tak baik, mesti nak defend kan?

anyway, that's how i feel.

kakLuna said...

sbnrnya kualiti tu sgt2 subjektif dan selalunya org yg suka judge ni mmg bias. bila x suka,mmg akan nampak negatif je.

jawapan zaid (wpun dlm bentuk soalan) mmg bagus utk menurunkan sedikit ego pemandu Arab tu, tapi kalau difikirkan complain pak Arab mmg ada betulnya. even malaysian pun ada yg kutuk kereta malaysia,kan.

so kesimpulannya, kene sama2 take it positively la :P

Sya said...

Bagusnya driver tu nak tunggu kalau bus driver kat sini? Jangan harap.. dia marah lagi ada.. lom pun masuk duit dia dah jalan

Kak Elle said...

Rina when I was in australia dia org punya bus semua ikut jadual samapi sini kul berapa sampai san kul berapa dan yg paling bagus nya the driver mmg lah one man show but they are very caring and patient kalau ada senior citizen naik die akan carikan tempat duduk dan those mothers ngan pram or stroller dia akan tolong angkat and simpankan kat tempat nya.

Macam Sya kata belum duduk driver dah zoommmmmm.

My bad habit I balik kerja with cab and evryday all kinds of drivers I jumpananti one day akan I buat entry tentang mereka ni.

Anonymous said...

Hahahah. Org Arab ni kat mane2 pun same ye. Kasar. Kat Ireland ni, org2 Arab kat masjid tu sbb perkara2 kecik je boleh gaduh sampai nak pecah masjid tu. Mase I pegi Mesir dulu lagi la. Takut nak naik bus n taxi. Sebelum naik kene mengucap dulu. Hihi. Sedih jugak la sebenarnya. Patutnye dieorg tunjukkan contoh yg baik sbb Rasulullah saw berasal drp bangsa dieorg. Hmmmm..

The.Libyaman said...

salam,
kali pertama kat sini, tertarik dengan cerita sebab saya juga pernah merasai semua pengalaman itu. jadi seronok pulak bila baca. mungkin sebab di jordan, jawapannya begitu, saya pun punyai jawapan begitu dahulu tetapi bila dah "hidup" barulah tahu yang jawapan saya itu sangat salah. terlalu salah. kenapa? lebih baik x buat apa2. kereta yg jadi taxi itu sudah menjadi satu liability kepada rakyat pulak. kerana kereta itu, kita dinafikan hak untuk mudah membeli kereta yang lebih berkualiti. cukai dinaikkan.atuk saya memandu Opel dan abah saya pula memandu Morris, manakala bapa mertua saya memandu Fiat, kesemuanya adalah kereta2 yang sangat berkualiti dan wujud serta masih lagi boleh dipandu hingga ke hari ini. Mengapa generasi saya dipaksa untuk memandu sesuatu yang tidak berkualiti? kalau menghasilkan kereta cuma untuk bermegah memang itulah jawapan yang sepatutnya tetapi bagaimana jika kemegahan itu diperolehi atas nama penderitaan? berapa banyak wang rakyat yang terpaksa dihabiskan untuk mendapatkan kemegahan itu? dan sekarang apa yang terjadi dengan kemegahan itu? jawapan zaid betul dari segi lokasinya tetapi ia pasti akan berubah jika satu hari nanti dia tidak lagi "hidup" dengan ibunya. atau apabila dia merasai pengalaman seperti saya - memiliki Fiat.
teruskan menulis kak, saya sangat suka mendengar perkembangan tempat yang bernama Jordan.

Faizah said...

hmm..baru saya tahu org arab ni peragai kasar jugak ye..pandai zaid jawab balik..

Lee said...

Hi Loveujourdan, I enjoyed reading your this post even though my Bahasa is really rusty. My last Bahasa lessons was in 1957/8! in school. I passed! But your words rekindled my memories of words I had long forgotten.
Old days had lots of Malay friends (and Malay girlfriends too, ahemm!)thus my Bahasa was quite up to date. To think I could even speak Malay with a Kelantan accent. Used to fooled around when buying Malay food at pasar malams in KL, I would purposely speak with a strong Kelantan accent, ha ha. But dua puluh tahun di sini, da la nobody to converse with, suda rusty. Ha ha. But, of course occasionally old days expressions like "alamak, gila, kelang kabote,", still leave my lips.
Reading your post, the many comments as well all the other ladies who visit me, my Bahasa is slowly improving again. Ha ha.
You sure got smart kids!
Very observant too.
Best regards, UL.

silversarina said...

intan...tulah zaid katakan, panas jugak telinga bila orang luar mengata negara kita .....


++++++++++++++++


kak luna...... memang kadangkala ada jugak yang tak elok dari negara kita bukan semuanya elok...


+++++++++++++++


sya.... betul tu sya, memang driver kat sini tak kisah menunggu penumpang...penumpang dah duduk baru jalan tak de lah yang terjatuh ke....


++++++++++++++


kak elle..... bas kat sini 2 jenis, yang panjang company punya..driver agak sabar sebab tak kejar masa, yang coaster individu punya, selalu laju nak kejar masa dan penumpang...pastu bas jalan jauh selalunya tak de masa, penuh baru jalan.naya nak kena tunggu penuh...


++++++++++++++


jhazkitaro..... nak kata arab sini kasar sangat pun tak jugak, boleh dibawa berunding.... taxi di jordan tak de masalah sebab semuanya bermeter, yang nak gaduh bila dia taknak pasang meter tapi jarang kes macam ni..di syria macam kat mesir lah nak naik taxi kena bergaduh nak set fare, meter ada tak pernah ikut....


++++++++++++++


babazahra'........ salam kembali. welcome back to jordan via cyber...

memang lah kalau nak buat sesuatu mestilah sepatutnya buat yang terbaik...mungkin negara kita masih mentah dalam industri pembuatan kereta ...

zaid memang tau kereta wira nak banding kereta lain dari US dan europe memang kalah tapi di jordan yang masih ketinggalan dari malaysia takkanlah nak biar arab tu mengata barangan malaysia tak bagus..nak mengata negara sendiri di hadapan orang asing..tak ke rasa pengkhianat pulak... :)


+++++++++++++++


faizabelle79... arab berlainan negara berlainan tahap kekasarannya...jordan ni moden sikit, arabnya agak kurang kasar, kalau bercakap biasanya susah nak dengar suara, macam bisik-bisik...mula-mula dulu pelik jugak tengok diaorang bersembang 'senyap-senyap'...tapi kalau gaduh,baru dengar suara kuat...

silversarina said...

u.lee..... Wahhhh... now you're telling me you could speak bahase kelate....... you're a truly malaysian and I don't blame you for not able to converse in malay anymore...... I used to study in DC and when I came back to Ipoh, I lost so many malay words ...and you staying abroad for more than 20 years...* sigh *

Today I'm talking about me riding a slow-coach bus to town compares with torpedo-like taxi here in Amman..... taxi ride is like a bomb is gonna explode at any moment in your cab... haiyaaa....takut lah uncle...

tq for 'coming to jordan'...

The.Libyaman said...

whutever lah, anyway called my friend last week, he told me the weather is quiet okay in jordan at the moment.
merasalah salji tiga empat kali setahun. dulu paling banyak salji turun setahun 2 kali aje. tapi back in 1999 memang lebat giler sampai cuti. oh rindunya gua dengan Ammman, Mafraq, kawah, Mat'am Kaherah, abdali, koktail Lubnani serta arab mesir penjual ekor lembu di gerai no 1, souq kat balad.

aNIe said...

Semangat anak malaysia begitu tebal dlam jiwa Zaid...walaupun rasanya betul kata pak arab tu...tapi dia masih mempertahankan negaranya...

Kak lady dah lama tak naik bas...sejak kahwin memang naik kenderaan sendiri ...samada motorsikal basikal atau kereta...

Rindu nak naik bas...

NorAiniJ said...

Hidup Zaid!!! I bet it nailed the Pak Arab biggg time...hehehe

To me it's kinda chicken&egg situation. Should we wait&learn how to make good cars before we producing them, or produce them and learn to improve from there. For now at least, I will go 100% on the later.

Mulan said...

bravo zaid!!! proud to be malaysian!! sini taxi haru jugak, baru je gerak, sibuk nak tukar gear sampai gear 5. tak ke tersedak2 kete tu. sampai mati enjin nya.

silversarina said...

babazahra'...... ooo masih ada lagi sahabat you yang belajar di sini, you balik tahun berapa, belajar di U of Jordan ke ?

Ada peluang datanglah ziarah Jordan semula , boleh pergi semua tempat-tempat yang you miss tu... malaysian boys suka sangat cocktail lubnani tu , I kalau pergi , minum jus delima je ,zaid yang giler cocktail tu...entahlah tengok warna cocktail rasa tak boleh nak telan ...hehehehe


+++++++++++++++


kak lady..... cubalah naik bas sekali ( mesti you kata tak kuasa den , sebab I dulu pun memang jangan harap nak naik bas ), dapat pengalaman baru... I pun kat sini baru 'belajar ' naik bas balik..tapi sini kira bas ada tak kira kat ceruk mana sekalipun.


+++++++++++++++


nj........ actually kalau I nak jawab, I jawab biar tak produce apa-apa daripada buat benda kurang berkualiti..but nak sebut ni depan pak arab tak sanggup den..nanti ego diaorang lagi tinggi mencecah langit :D


+++++++++++++++


mulan...... wah..nak beat time lah tu sampai lupa gear lain...I paling takut naik taxi kat saigon lah, mungkin kalau dah duduk lama boleh tahan dah kot....kat sini tak pernah lagi pejam mata naik taxi macam kat sana :P

The.Libyaman said...

no lah kak, my arabs friends.
me batch of 1995 in mafraq
actually 2nd batch for the newly opened jami'ah. dah pernah pegi mafraq? dulu 1st two years saya tinggal di Irbid n berulang ke Mafraq sebab macam x boleh terima kena jami'ah kt tengah sahra'. tapi bila dah jatuh cinta dgn mafraq dan "orang" mafraq, terus jadikan kampung halaman lah.
ada juga berjanji dengan kawan2 baru-baru nie nak ke sana end of this year, sebab wife mengajar so kena tunggu cuti panjang. back to my kampung halaman nie kena kurang2 sebulan lah baru berbaloi. nak bawa the whole family. sekarang mudah ke nak masuk syria? zaid tu dulu jami'ah mana?

The.Libyaman said...

tolong minumkan koktail lubnani utk saya ye zaid. buat sendiri kat sini x sama rasanya. pernah jual kat cafe pun x laku seme customer kata yuck! x tahu ler kalau i made it wrong hehehe

Lollies said...

driver kat sini pun amatlah gelojohnya. dulu i ingat malaysia teruk. middle east horror. tapi oman i rasa ok. orangnya baik-baik.

err kat sini banyak perabut malaysia murahan kayu getah. macam boring je bila depa kata hah ni made in malaysia. tak berkualitas gitu.

susahlah nak support kereta malaysia.

Anonymous said...

That's a good experience, maklumlah dah lama tak naik bas, hehe...Have fun!

Anonymous said...

loveujordan...

eh, dah terlewat ka nie..tertinggal bas or taxi ka nie...hehhee

i sungguh bangga dengan zaid...atas kebanggaan nya sebagai rakyat malaysia di negara asing..

untuk jawap soklan zaid yg cukup bernas itu, ini pendapat saya la...

'if it is worth doing - then it should be done with the best quality and effort'

so, my answer is - better not to do la kalau tak tahu nak buat yg terbaik...sbb akan menjejaskan nama negara jer..

but but, in my opinion la kan....KERETA BUATAN MALAYSIA tu kira ok aper!! si pak arab tu sajer yg bias tu...hehehe


id

maklang said...

Macamana pun kita sayang negara kita jugak kan...

Way to go Zaid!

silversarina said...

babazahra'...... ha ah kalau nak datang jordan sekejap tak puas..masuk syria now no problem anytime boleh je,free of charge..

mafraq, U al Bayt dah ramai malaysian students sekarang, ada jugak yang akak kenal dan diaorang pernah tido rumah akak di Amman...nanti jemputlah singgah rumah kalau ke mari.


++++++++++++


lollies...... kat qatar sama jugak ye... dah sama rumpun lebih kurang sama perangainya :P


+++++++++++++


hazia..... memang fun jugak naik bas kat negara orang..... tau jugak susah-senang kehidupan.


+++++++++++++


id........ you tak tertinggl bas sebab belum penuh so bus tak jalan hehe ...

Ok ke kereta buatan malaysia ?? I ni tak suka kereta nasional taktau kenapa ...rasa macam tak berbaloi beli .dahlah harga mahal tak setimpal dengan buatan malaysia..
( marahlah orang malaysia....well we are free to say whatever we want in our free country, right ?? )


+++++++++++++


maklang..... duduk negara orang nak kena jugak jaga nama baik negara kan .....

blackpurple @ jowopinter said...

Saya pulak bukan sengaja nak kutuk teksi Malaysia atau kereta jenama Malaysia tapi memang banyak yang perlu diperbaiki. Negara kita masih baru belajar 'merangkak', negara pengeluar kereta lain dah 'berlari'... :)

Kiah Kardashian said...

hahahahah...sini pun banyak juga nampak wira. rega murah betul Rm6k ajer...

Saya driving di Dubai ni mmg mulut tak bleh diam...dan sense tu kena tambah lagik satu. Kena extra careful sebab macam akak cakap lar...depa bawak keta macam mabuk. Suka hati tukar lane. Kat sini lagi lar...dengan driver dari india dan paki yang bawak double mabuk jugak...horror kalau bawak keta.

silversarina said...

blackpurple..... macam tu lah agaknya.... nak berlari taktau berapa lama pulak...


++++++++++++++


zakiah....... wah murahnya wira..kat malaysia bukan main mahal...

You oklah berani bawak kete.... takpe 'lawan' je drivers lain yang mabuk tu... :P