BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 30, 2007

Wadi Rum Mempesonakan.....

Perjalanan musim panas 2006 telah membawa kami ke selatan Jordan dan sebuah wadi yang amat terkenal iaitu Wadi Rum , lebih kurang 300 km jaraknya dari Amman.

Kami menyewa lori pick up untuk menjelajah sebahagian daripada tanah hijaz kerana tanah pasir di sini begitu luas dan jika bergerak ke hujung wadi akan tibalah di Saudi Arabia(sukar kerana padang pasir)




Sebaik tiba di visitor’s center wadi Rum, mata terpukau dek kecantikan dan keunikan bentuk mukabumi di situ yang tidak pernah dilihat sebelum ini di mana-mana. Tanah , pasir serta bukit-bukau yang terjadi hasil belahan yang dahsyat akibat gangguan pergerakan plat bumi sehingga memecahkan batuan granit yang terlalu besar dan tebing batuan pasir dari banjaran gunung Afro-Arab.Ahli arkeologi percaya kawasan ini telah didiami sejak kurun ke 8 sebelum masihi dan dikenali sebagai wadi Iram.

Terdapat mata air panas yang terpancut dan segar telah menyebabkan Wadi Rum menjadi tumpuan kafilah perdagangan yang menuju ke Syria dan Palestin dari tanah hijaz. Kawasan ini juga dipercayai merupakan kawasan penempatan penduduk ‘Aad, Thamud, Lihyan dan Ma’in.

Wadi Rum suatu ketika dahulu merupakan pusat kawalan Putera Hussein dan T. E. Lawrence semasa perang Dunia 1 mewakili pemberontakan arab terhadap turki uthmaniyyah. Lawrence menjadi lagenda kerana peranannya dalam penentangan terhadap turki dan memihak arab. Rumah Lawrence of Arabia didirikan di wadi Rum dan telah menamakan satu kawasan berbukit sebagai the Seven Pillars of Wisdom dan telah menjadi inspirasi kepada bukunya dengan nama yang sama.

Kami sempat singgah di hanya 4 kawasan iaitu Lawrence Spring, Razali Canyon, Sand Dunes dan Nabatean Temple.

Satu yang pasti , pemergian ke Wadi Rum tidak mencukupi selagi tidak bermalam di sana. Itulah harapan kami agar dapat berkunjung ke sana dan bermalam di sana sebelum meninggalkan bumi Jordan ini.

13 comments:

Lee said...

Hello Loveujourdan, wow! You visited T.E. Lawrence's battle site? I bet it was very exciting to learn of the history. I read the book when very young. I think the Arab countries have very exciting past, Egypt, Jordan, Saudi Arabia etc.
There are a lot of middle Eastern people here and they are very handsome people. There's a lady I know, about 35, she from Iran, she's really stunningly gorgeous with a figure to match. (Can only admire when husband not with her, ha ha).
Oh ya, I was waiting for someone to ask re 'virginity' in my cherita, ha ha. I have answered your question.
You have a nice day, UL.

Kak Elle said...

sungguh tak terkata...cuma oh wow!!

Kaklong Syikin said...

salam,

cantiknya..saya mmg suka bumi arab yg camni. dah pernah sampai mesir aje..lum dpt ke jordan..teringin nak ke sana.

kak, nasi ayam akak tu menggoda betullah..camner ya resepi nasi ayam akak? sbb banyak versi resepi nasi ayam nikan...so, nak taulah camner akak masak nasi dan ayam gorengnya :D. tq.

J.T. said...

LUJ, the pictures alone say so much. I am very turned on by pictures of faraway lands (other pictures also do! hahaha)
Very interesting that you got to be in the place that inspired the story of "Lawrence of Arabia" (now I am thinking of Anthony Quinn who acted in that movie)
Thanks for the pictures. You must go back there to spend a night and tell us all about it.

Unknown said...

memang mempesonakan, tak dpt pegi lagi dpt tgk kat blog akak ni pun jadilah. Harap dapat sampai sana satu hari nanti..:)

Anonymous said...

Ina, We spent nearly six hours there, from noon until we reached back the visitors center at 8pm. We took the Burdah Rock Bridge package: via Al Hsany Sand Dune, Alameleh, Um Ishrin, Lawrence House, Um Frouth Rock Bridge. Got to see the sunset. Wow ... so amazed..SubhanAllah...but still haven't got time to jot the experience in my blog... wait... InsyaAllah one day will find time .. just don't forget to visit my blog... .....nurazzah8.blogspot.com...

silversarina said...

u.lee....... I was so excited when I got a chance to visit this Wadi Rum, the scenery was so breathtaking and with all the famous history all in it, memang tak puas ...akan pergi lagi... :)


++++++++++++


kak elle........ memang speechless melihat kecantikannya.


++++++++++++


kak long......... tak pe . nanti ada peluang boleh datang ziarah.

Malulah nak bagi resipi nasi ayam tu sebab reka sendiri..nasinya I blend rempah ratus sendiri dan bubuh marjerin dalamnya dan juga air rebusan ayam. Ayam tu I perap jugak dengan rempah ratus dan kicap cair dan goreng , sepatutnya bakar dalam oven lagi sedap..... sian pulak orang mengidam...tak pe boleh try kat kedai nasi ayam yang famous kat your place... :)

silversarina said...

j.t. ...... When I watched that Lawrence of Arabia movie I never thought one day I would have the opportunity to be at the site....Praise be to God :)

I'll make sure I'll spend a night there in a bedouin tent with the traditional culture and show provided to the visitors....


++++++++++++


yus......... yelah macam akaklah tak sampai lagi tempat yus, baru jejak london(lama dulu ) je..... dapat tengok kecantikan tempat orang melalui gambar pun dah Alhamdulillah.


++++++++++++


ummu asma' ........ wah lama lah you kat situ . I cuma ambik 4 sites yang dekat-dekat je and lepas tu tambah satu lagi tempat tengok sunset tapi tak berapa nampak sangat hari tu (teruk jugak I kena paksa panjat bukit oleh anak-anak...hehehe )...we all masuk pun dah pukul 4pm and keluar 8pm. Tapi kalau dapat tido kat dalam tu memang best, itulah I akan cuba pergi bermalam sebelum pulang ke tanahair nanti.....

btw, I selalu je singgah your blog, ada komen sekali dekat n3 laut mati.....thumbs up !!

Kiah Kardashian said...

best la akak banyak travel. Saya kena t unggu anak dah besar macam akak baru nak beradventurer balik la.

Mama Sarah said...

terpana!

silversarina said...

zakiah...memang betul tu, akak dulu pun anak-anak kecik payah jugak nak tinggalkan hanya kerana nak berjalan.... long way to go :)


+++++++++++


mama sarah.... apa maksudnya terpana.... terpesona ??anyhow, memang best jalan di wadi ni ....

lelakhalidah said...

kak rina,

seronok baca your blog.. inysa Allah diizinkan Allah terasa nak menjejakkan kaki ke sana

Anonymous said...

Ina, I ambik kata2 you dlm blog you utk describe Wadi Rum dlm blog I, hurm..you said it so nicely and I didn't have time to think of any words nicer.. so cut and paste ya... mintak izin dulu