BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 03, 2007

Kepulangan Penawar Kerinduan

Cuaca kembali sejuk dan berangin minggu ni dan suasana dan suhu seperti masih winter …entah kenapa tahun ni memang lambat spring menjelma….waktu Jordan telahpun ditukar minggu lalu iaitu sekarang 5 jam awal dari Malaysia .

Pagi ni sempat membuka blog dan menulis sedikit kerana lapang sedikit ( my hubby suka tengok BBC news/al Jazeera news )..so I kata nak ‘tengok’ pc kejap…..

Petang Sabtu masa darling hubby tiba diambil oleh zaid di airport Mimi yang sedar dulu sebab dia sedang bermain di luar…jeritan “ayahhhhhh” menandakan my hubby dah tiba..I rasa yang paling excited dengan kepulangan my hubby adalah tak lain tak bukan mimi , my baby Barbie… kesian pulak bila kadang-kadang bila dapat call dari my hubby dia siap cakap ‘ mimi rindu ayah bila mimi nak tido…. “ sayu dengar suara my hubby kata ,” ye ke, ayah pun rindu mimi..”




So, dah 3 malam kami tidur bertiga atas katil ( nasib baik katil King size..)... ….dah 3 hari my hubby yang hantar dan wave goodbye to mimi di parking lot semasa kenderaan Ummu Khatif ambil mimi dan izzat ke sekolah dan dah 3 hari mimi makan nasi dan roti habis tak berbaki kerana dah sekian lama makanannya tak pernah habis……Itulah agaknya keceriaan kanak-kanak terpancar bila disayangi dan dihadiri bersama oleh ibu dan bapa….mungkin tidak berapa ketara rindu nya bagi anak-anak yang besar kerana biasa ditinggalkan dan sudah boleh menerima hakikat hidup berjauhan tapi sayang dan rindu dipendam di hati masing-masing……..



Nak kata I sibuk sangat bila my darling ada taklah jugak, macam biasa je , Cuma I ni memang kaki jalan…. Cuma kali ni kami tidak plan berjalan jauh kerana bukan musim cuti sekolah..berjalan sekitar Jordan sahaja…, InsyaAllah..hujung minggu ni nak ziarah ‘pokok rasulullah’ iaitu pokok rasulullah saw berteduh semasa membawa barang dagangan bersama Abu Talib dalam perjalanan ke Busra…. Pokok ni agak jauh di tengah padang pasir dan hanya boleh direntasi oleh 4WD pick-up /van…..


Petang semalam kami ke Mecca Mall bersama anak-anak nak main go-cart serta makan-makan di food court.

Kerinduan selama hampir dua bulan terubat jua bila dapat bertemu dan bermesra bersama keluarga kerana inilah jalan yang kami pilih dan setakat ini berjauhan tidak bermakna tersisih kasih-sayang malah lebih membawa cahaya dan ceria dalam kehidupan, InsyaAllah…….


Bunga-bunga cinta terus berkembang mekar di hati bersama mekarnya bunga di Jordan di awal musim bunga.....

24 comments:

Anonymous said...

Mmm..seronok ya husband ada di sisi.

Kak Elle said...

ini lah masa nya nak bermanja2 Rina kan?Nak pergi jln2 nak itot bolih tak?hehe....

ok enjoy ye 3-4 minggu ni kita faham kalau tak berblogging.

k.d said...

I can imagine the cheeriness on your face and the heart bursting with happiness

May Allah bless your family with happiness always..

zino said...

amboi seronok bila cik abang dah balik ya.. hehe

Anonymous said...

selamat berbahagia akak.. senyum melebar la akak yea sekarang? :0)

Anonymous said...

waah. pakcik dah balik cuti yek. kim salam k. :)

Unknown said...

Salam ceria untuk akak. Mesti semua seronok bila ayah dah berada di sisi semula, akak pun sama kan..:D

NorAiniJ said...

Saya macam boleh rasa/nampak keceriaan akak kat screen nih...hehehe

Takpe kak Rina, tinggal je blog ni dulu...But I am sure gonna miss you daily soothing entries.

Intan said...

Everyday schedule pun mesti kena tukar... so have a wonderful time with ur hubby!

What's that white flowers? Macam bunga kucai.

cikdinz said...

hb balik yeik. suka lar..

blackpurple @ jowopinter said...

Cantik bunga-bungaan itu...

Bila semakin berjauhan, kasih semakin mendalam...kan..? :)

Anonymous said...

Have fun!
Yr husband is surely a good father, in d loving modern sense, not in d traditional garang punya sense, hehe...

Anonymous said...

Wah seronoknya rina.. hubby dah balik.. uhuk uhuk.. hubby lama lagi nak balik..
memang bila berjauhan.. bertambah kasih

Makcik Runner said...

tu kira cam threesome lah tuh...hepi sokmo.

NBK466 said...

Patut kena letak lagu Misha Omar utk N3 nie...Bunga2 Cinta laa katakan...hik..hik.hik..

Faizah said...

elok jugak jika berjauhan sekali sekala kan..kurang perbalahan..lebih rasa rindu-rinduan yg semestinya menambah nikmat cinta dan sayang..ahaks.

silversarina said...

zlaa..... lama tak jumpa memanglah best :D


+++++++++++++++

kak elle...... nak ikut jomlah jalan-jalan....


+++++++++++++++


k.d. ........ Thank you doc.


++++++++++++++


zino....... ha ah hepi sangat :P


++++++++++++++


simah..... bukan senyum je lebar.... hahahaha .


++++++++++++++


jhazkitaro..... pakcik cuti sebulan..dia kirim salam kembali :)


+++++++++++++


yus....... bila ayahnya ada memang manja terlebih.....


++++++++++++++


nj..... ni tengah ceria ni :D:D


++++++++++++++


intan..... jadualnya banyak yang pasal makan je..bina badan .. pokok tu pokok bunga bukan kucai..how I wish ianya kucai hehe.


++++++++++++++


cik dinz...... mestilah suka kekasih hati ada di rumah..yeye.


++++++++++++++


blackpurple..... betul macam you cakap , lagi berjauhan lagi mendalam kasihnya..mungkin itulah dikatakan rindu kasih berpadu...ish ish dah tua ni tak pandai bahasa bunga-bunga... biarlah bunga je yang berkata-kata kepada cik lebah...hehehe


++++++++++++++


hazia.. my hubby tak pernah marah anaknya , maknya je yang garang sikit sebab maknya yang banyak masa bersama anak.....


+++++++++++++++


ummi..sabo ye ummi , bila tiba masanya .... baliklah darling you tu... :)

++++++++++++++


kc.... you got it right puan kc... nakallah u ni :P


++++++++++++++


nbk466... ada ek lagu bunga cinta??? tak pelah tu biar misha omar punya cinta berbunga...


++++++++++++++++


faizabelle79........dah tua-tua ni jumpa hepi jelah dah tak de apa nak dibalahkan....orang arab kata dah mashi...dah expert dalam serba-serbi.....

D said...

best times are spent with family!! seronoknya....

aNIe said...

Rina...macam kak lady...pemergian dan kepulangan hubby dah macam perkara biasa...dah biasa ditinggalkan...tapi yang kesian sikecik ni...dia yang terasa bila ayahnya dah lama diperantauan....

Anak2...rasanya instinct diorang kuat....tanpa dpt mengira masa dia akan mula bertanya ayahnya bila saja ayahnya dah hampir 2 bulan disana...

ruby ahmad said...

Oooh...wonderful. Soak in the happiness. Take care.

Mama Sarah said...

tumpang senyum :)

Syoknya dapat berkumpul sekeluarga. Mesti rasa macam hari raya!

Ajzie said...

Moga sentiasa berbahagia.. Bertambah ceria bersama org yg tercinta kan kan..

salam

Mama Rock said...

kak rina, sorry ya i just have to ask...hubby kat abu dhabi and you guys in jordan ya? kalau ya, tak jauh sangat tu..boleh jumpa selalu :)

silversarina said...

d....... kami selalu banyak aktiviti bersama keluarga.


+++++++++++++++


kak lady...... samalah jugak yang lebih excitednya anak yang kecil.


+++++++++++++++


ruby........ Thanx :)


+++++++++++++++


mama sarah....... sekali-sekala berjumpa memang best , cuma kali ini anak-anak bersekolah , so nak jalan-jalan kena hujung minggu atau petang lepas balik sekolah.


++++++++++++++++


mama rock...... betul tu we all di jordan, hubby di abu dhabi but not on the mainland..rasanya you tau ada pulau yang 200km offshore and not excesssible to anybody selain dari employees company tu je and nak keluar dari pulau kena ikut rotation masing-masing... kerja 2 bulan cuti sebulan.....