Petang ni my darling hubby akan pulang semula ke tempat kerjanya dan akan pulang semula menemui kami awal julai nanti. Begitu cepat masa berlalu tetapi rasa beryukur kerana dapat bersama-sama dan memenuhi saat gembira sekeluarga (walaupun tak semua hadir) lebih kurang sebulan, Alhamdulillah.
Petang semalam seperti biasa setiap kali my darling balik ke Amman , kami adakan sedikit jamuan untuk pelajar-pelajar yang belajar di Amman. Alhamdulillah hampir semua hadir (ada yang ada kelas dan datang sebelah malam ).Kali ini kami adakan jamuan minum petang sempena musim bunga yang nyaman cuacanya….
mimi di flower garden laman belakang rumah.....
Memang seronok sekali-sekala berjumpa, golongan lelaki di halaman belakang rumah yang baru ‘dirasmikan’ kegunaannya spring tahun ini (musim sejuk tak boleh lepak di luar ), wanitanya di ruang tamu dalam rumah dan kanak-kanak kuasai halaman belakang rumah, ruang tamu rumah dan halaman depan rumah……Mimi dan kawan-kawan siap main petik bunga ros dan bunga yang lain yang ada di laman belakang dan depan rumah dan siap leraikan kelopak bunga ros dan taburkan dari atas tangga dan atas carpet dalam rumah, jadi macam spa mandian ros pulak rumah I.
halawiyat(manisan ) and cookies....
strawberry milkshake with vanilla ice-cream
Sofia mendengus eghhh, eghhhh adalah kerana salah seorang dari kami yang bersolat mengepit bulu penyapu dengan kaki dengan harapan sofia berhenti menyapu… rupanya sofia pergi ke kaki sambil menguit-nguit dengan jari kaki sahabat tersebut dan akhirnya dia terpaksa akur lepaskan penyapu dari tersepit…. Kes Fahim menjawab “ orang tengah ‘pang’ “… rupanya dia sedang bermain dengan pam bola dan dia ni asal dari Terengganu , so dia nak bagitau dia tak boleh nak jaga sofia sebab tengah main dengan pam bola……….macam-macam…
kanak-kanak penabur bunga ros......
Menu biasa je sebab minum petang…mee kari, fried sausages , bingka jagung, karipap sardine, kuih kasturi(dibawa oleh Liyana) , manisan arab bul-bul, galaxy finger sticks, chocolate chips cookies and homemade strawberry milkshake with vanilla ice-cream……
Pertemuan , perpisahan dan semuga pertemuan di setiap saat mendatang membawa lebih ceria dalam menjalani kehidupan di bumi asing, InsyaAllah.
SELAMAT BEKERJA buat suami tercinta dan SELAMAT BELAJAR buat adik-adik dan anak-anak di Amman yang masih belajar….
GOOD LUCK TO ALL OF YOU!!!!!
21 comments:
Salam,
"U" nak balik ya? Hurm... senasib lah kita nih... I nih mmg sejak kat USA dulu mmg asyik duk berjauhan... tapi selalu berjauhan, selalu lah rindu-rinduan...teringat pepatah melayu " Sayang isteri tinggal-tinggalkan..."
My "U" pun dah 3 minggu balik cuti...hurm don't know yet cuti terus ke..sbb dia tak mau balik Paki lagi. Keadaan kat sana tak menentu, pastuh org2nya susahlah nak kerja...according to him, "Cakap tak serupa bikin.."
Looking for another job in Mid East or back home... Hurm, I doakan dia dpt kat sini.. anak2 pun suka dia ada kat rumah. I lagilah suka...ehem,ehem...;-)
Alamak, I really miss the halawiyat..! Hari tuh bwk balik 3 kg pun tak cukup... My parents, adik-beradik and kwn2 sume suka... nnt Asma' balik cuti mesti kirim lagi...InsyaAllah.
rina, u memang tabah! Julai nanti baru jumpa lagi? lamanyer! Tapi selalunya, Tuhan berikan kita cabaran yang kita boleh hadapi... buatkan u lagi gigih.
apa nak buat eh rina kerana tugas kena berjauhan:)
eh you bleum sapu rumah ke? sampai si sofia pegang penyapu tu...haha
apa benda tu halawiyat yg ummu asma' mention?I kalau manisan tak minat.
Seronoknya!:)
oooh.. memang akak ni tough betul! kudos!!
kalau sembahyang with kids around memang terbang kekhusyukkan yang sedikit tu...nak buat camana...dugaan..
Eh, LJ bila pulak nak balik Malaysia ni..banyak dah kompol barang ni..kak elle punya, entah sape punya maklang tolong simpan kan ni...
ummu asma'...... oh ye ke ur hubby dah tak balik sana dah...harap dapat apa yang dihajatkan :)
halawiyat bul bul tu memang orang malaysia suka sebab tak berapa manis...
+++++++++++++
intan...... bila dah biasa rasa kejap je masa berlalu . lagipun contact hari-hari, bergunanya IT .
++++++++++++
kak elle...... betul tu kak elle dah keje dia dan bukan dia sorang je, ada yang hanya boleh balik setiap 6 bulan lagi kesian...
penyapu tu untuk sapu carpet kalau malas nak guna vacuum cleaner , si sofia tu jumpa pulak masa dia merayau....memang funny cara dia 'menyapu'.
halawiyat ni manisan dan ada bermacam-macam jenis yang memang favourite arabs, tapi yang ummu asma' mentioned memang jenis yang sedap sangat macam sarang burung(dalam gambar yang bulat kecik warna perang tu ), dalam dia ada kekacang ..nantilah kalau ada rezeki I bagi maklang simpankan untuk kak elle ( doalah kawan I jadi datang hujung jun nanti )
hazia.....memang best !! you pun selamat beristirehat ,fizikal dan minda di sana....
+++++++++++
d..... anak dah besar-besar tak kisah sangat, kalau ada yang kecik-kecik memang nangislah jawabnya :)
+++++++++++
maklang..... tak pasti bila balik malaysia, Januari haritu baru balik.
'barang' tu letak kat store maklang dulu ye ..heheheh
suami akak kerja apa akak? dia mengajar ker?
wahh... cantik la gambar yg pertama tu...
nampak benar semua budak tu happyyyyy...masyaAllah.. ,
ni sekarang kira akak ni berrindu rinduan la yea akak? kenapa akak tak move to aman jer akak?
comenya budak2 kecik2 tu..kiut-miut nampak..
pics first tu cantik..garden tu nampak lawa..
macam simah tanya..saya pun nak tanya soalan yang sama..hubby akak kerja apa..lama jugak tu..julai baru dapat bertemu kembali...
lagu ni best..westlife..
simah & faizabelle79...... suami akak engineeering/oil & gas consultant and keje di atas sebuah pulau 200km offshore from Abu dhabi...pulau tu hanya staff sahaja boleh tinggal dan keluar pulau pun ikut giliran, 2 bulan keje, sebulan cuti. akak memang tinggal di Amman , kira dekat sikit daripada duduk malaysia... asalnya sebab anak akak zaid ada kat jordan ni , tu yang ambik keputusn moved here, bila cuti suami akak balik sini, dekat sikit.Suami akak tak bagi tinggal di abu dhabi...very expensive and not condusive for the kids..... lagipun kalau duduk sana pun dia tetap keje atas pulau ... kalau buka arkib blog ada yang akak terangkan tentang ni semua....
salam,
ala..part nak pisah jauh2 ngan cik abe yg payah ni (ni kes sayalah ni)
er..saya masa kecik2 dulu, suka ngan penyanyi donny osmand ngan saudara perempuannya tu hehe
Salam Kak Rina,
Lama dah tak datang blog akak ni, macam2 entries I dah missed. Oh darling hubby akak dah nak balik Abi Dhabi lah ye, mesti rindu-rinduan and asyik YMing je lah sampai July. Takpe Kak, macam tu lah kehidupan.
semoga pengorbanan yg dilakukan membuahkan ganjaran yg baik di akhirat kelak, InsyaAllah
Salam Rina,
Must be heartache right to part? Tak pe kejap je tu. Julai nanti jumpa balik. My kids have not seen their father for 6 months already. He is due home this 1st June but only for 10 days. Hopefully he doesn't postpone it again like he did in March. When he didn't come back in March, my youngest 6 yr old son couldn't stand it and I had to fly with him to Abu Dhabi in March. The older kids understand that ayah is busy at work but the small one won't. Everyday looking at the calender counting the days. May allah give us the strength to pass through the days with our loved one away from home.
kak long......... you muda lagi memang 'sakit' kalau berjauhan, tapi kalau dah itu keje yang dipilih ada yang muda lagi dah berpisah lama-lama..
+++++++++++++
nj........ akak tau you mesti sibuk di tempat keje baru.....
Rindu tu kadang-kadang datang sebab chatting n call hari-hari , tak terasa sangat yang duduk berjauhan
++++++++++++
da' great......terimakasih atas sokongan dan doa yang diberi ... memang hidup tak lekang dari pengorbanan.
+++++++++++
ummi......... wah lamanya dah tak balik, memang kesian anak-anak yang kecil yang sentiasa menanti kehadiran ayah, memang agreement keje dia tak de cuti panjang ke ?? kalau hubby you duduk di Abu Dhabi itself oklah , boleh juga you datang ziarah, tapi tulah mahal kosnya...harap you dapat keje di sana juga dan dapat tinggal bersama seisi keluarga...
take care !!
terigt saye mmg dr kecik mmg my dad kje jauh2.....
hubby nya kerja kat mana tu ?
tengok strawberry milkshake with vanilla tu berselera pulak rasanya.. hehe
asma'.......... tulah ur mom pun ada bagitau yang ur dad kerja jauh dan balik pun jarang-jarang, walaupun ayah jauh di mata, sayang dan kasihnya pada anak-anak tak pudar dan you dan adik-beradik pun cemerlang, alhamdulillah.
Keep it up , asma :)
+++++++++++++
zino....... hubby keje di atas Das Island 200 km off Abu Dhabi....
Strawberry milkshake tu I dapat dari internet, memang sedap...just blend strawberry + gula+ susu segar...nak hidang, scoop kan vanilla ice-cream.
salam ziarah...
wah...rupanya ada cerita hari jamuan pre-summer tu ye...sofia memang kelakar...dgn said dia cepat je nak gi dekat...dengan saya, dia lari2...malu kat ammu agaknya..hehe..
hm hm...baru tahu makcik ina ada blog...(actually lama tak jalan2 cari blog orang)...dulu rajin cari...sekrang dah malas. sebab blog kita pun tak seberapa...sebab dah malas nak menulis la ni..
hm..suka tengok anak2 orang ni...kita punya sendiri entah bila...sigh..tapi nanti bila dah dapat entah mampu didik dengan baik ke tak..
lama jugak makcik ina tak emel ye...saya pun tak emel jugak...hehe..agaknya selalu sangat dicemburui masa...
anyway, u're invited to visit my 'lekeh' blog...ada banyak jenis...tak tahu la mana satu suit ur taste...
http://wewr.multiply.com - koleksi nasyid klasik
http://ceramaharab.multiply.com - ceramah berbahasa arab
http://ceramahmelayu.multiply.com - ceramah berbahasa melayu
http://alquran.multiply.com - alquran mp3
http://nadamurni.multiply.com - koleksi mp3 nadamurni n konco2
http://nasyidarab.multiply.com - nasyid berbahasa arab
http://minus1nasyid.multiply.com - minus 1 nasyid
http://ringtonenasyid.multiply.com - rt nasyid
http://mukjizatquran.multiply.com - mukjizat/i'jaz alquran
http://drmaza.multiply.com - web fan dr maza
http://nazamatan.multiply.com - nazam dan syair arab...matan ilmu syariah
my prime blog is http://wewr.blogdrive.com
:) c ya soon.
wassalam
Post a Comment