N3 ini khas buat ‘saya’ , zaid, sofie, maya , izzat ,mimi dan anak-anak muda di luar sana serta ibubapa yang sudi berkongsi harapan dan pengalaman mendidik anak-anak agar mereka menjadi apa yang diimpikan……
Pagi tadi sewaktu ‘melepaskan’ izzat ke sekolah setelah dibekalkan chicken sandwich sebagai makanan sewaktu recess , tidak lupa doa diiringkan semoga izzat diberikan ketenangan fikiran dan kekuatan mental dan fizikal untuk menjalani peperiksaan ke 2 bagi semester ini.Exam akan berakhir minggu hadapan..semoga peroleh keputusan yang lebih cemerlang dari exam pertama…. InsyaAllah.
Sebagai ibu I sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak tidak kira di mana mereka berada. Sebenarnya doa agar mendapat anak-anak yang baik, sopan, bijak, comel, sihat, berakhlak mulia dan segalanya telah dipahat di sanubari semenjak sebelum berumahtangga lagi. Apabila mengetahui diri ini akan berumahtangga , dalam kepala siap punya rancangan bagaimana acuan zuriat kami kelak……
Setelah mengetahui diri berbadan dua walaupun teruk menempuh alahan dan pelbagai ranjau kesihatan, dalam hati memohon agar kesusahan dan keperitan semasa mengandung di beri ganjaran dengan hadirnya cahayamata yang dapat menyembuhkan keresahan dan keletihan dan kesakitan semasa melahirkan anak .
Bagi ibu yang membawa dan mengendong bayi dalam kandungan , hati berasa begitu kecut dan takut akan apa yang bakal dilahirkan…pelbagai soalan sentiasa bermain di fikiran… adakah anak ini selamt dilahirkan ?? adakah ia anak yang sihat dan cukup sempurna sifatnya???? Adakah anak ni bakal menjadi anak yang berbudi tinggi ?? adakah anak ini berjaya di besarkan dalam suasana Islam dan harmoni seadanya ?? adakah itu, adakah ini…….??????? Kesemua persoalan bermain di fikiran …perasaan takut bersarang di kepala sehinggalah bayi selamat dilahirkan……….
Kesakitan dan kepayahan semasa mengandung dan saat melahirkan ‘hilang’ dengan suara tangisan bayi yang selama ini bersifat’rahsia’….. kini hadir di depan mata. Alhamdulillah , SubhanaAllah dengan kuasa yang ada padaNYA, lahir anak-anak yang cukup sifat fizikalnya dan mentalnya……..
Pipi yang gebu dan lembut selembut sutera serta tangisan suara yang halus serta dalam keadaan emosi yang tidak diketahui ibunya , bayi yang kecil mula belajar dari alam sekelilingnya….lagi menangis lagi itulah akan ditenteramkan ibu…. Setiap tangisan dan rengekan di ambil berat dan cepat di beri response olah ibunya…begitu teliti sekali diulit dan diperiksa takut-takut jika terdapat apa-apa perkara yang tidak didingini berlaku terhadap bayi kecil yang serba tidak tahu….
Daripada tidak tahu, jadi tahu…semuanya adalah berkat tunjuk ajar ibu serta rahmat yang maha Esa…apa acuannya, begitulah produknya….
Apabila anak-anak mulai membesar ibubapalah yang mulai risau dengan persekitaran anak masing-masing ..keselamatan anak adalah perkara yang paling utama diberi perhatian…. Bukan mudah melapaskan anak-anak walaupun diketahui tempat yang dituju adalah tempat mendidik iaitu sekolah…. Semasa anak-anak belajar, ibu di rumah mahupun di pejabat memang tidak dapat lari dari memikirkan keselamatan anak-anak disekolah…. Adakah mereka dapat mengikuti lessons yang diajarkan??? Adakah anak-anak gembira bersama sahabat-sahabat ??? adakah anak-anak menjadi pelajar yang disenangi guru dan rakan-rakan??> adakah anak akan menjadi anak yang pintar di sekolah ???
Seingat I sepanjang anak-anak berada di sekolah , tidak pernah sehari pun dilupakan untuk berdoa agar anak-anak berjaya berada di sekolah…setiap kali anak-anak menjalani peperiksaan setiap pagi kami akan bersama berdoa agar dimudahkan urusan dan dapat score 100% ( mamang target yang maksimum) tetapi dengan syarat anak-anak sudah siap-sedia dengan ulangkaji yang memberi confidence kepada mereka untuk menempuh exam tersebut.
Mengapa dan kenapa begitu beria benar ibubapa mempastikan kejayaan anak-anak menjadi matlamat terunggul dalam kamus rumahtangga ???
Adakah kerana untuk bermegah kepada masyarakat..??
Adakah kerana untuk menzahirkan kehebatan diri sendiri ??
Adakah kerana untuk mengiyakan teori ‘ibubapa ‘ yang pintar akan melahirkan zuriat yang genius ‘ ??
Adakah kerana untuk mempastikan anak-anak dapat menggenggam habuan dunia yang semakin menuju dunia materialistic ??
Adakah kerana untuk mengaup keuntungan hasil dari didikan ibubapa kepada anak-anak selama ini ??
Adakah kerana untuk …………….. ??????????
Ketahuilah anak-anakku….
Didikan , kasih-sayang, tunjuk-ajar, penat –lelah ibubapa bukanlah kerana semua yang diutarakan di atas…. Tidak terlintas sekelumit rasa di dalam setiap kamus ibubapa untuk berasa riak dengan pencapaian anak-anak dalam hidup ini selain dari hanya kerana MENCARI REDHA ALLAH DALAM MENJALANKAN AMANAH SEBAGAI IBUBAPA YANG DIKURNIAKAN ZURIAT YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA……
Harapan ibubapa adalah hanya untuk melihat anak-anak senang dan selesa dan Berjaya mengharungn onak-duri serta ranjau kehidupan sebelum ibu serta ayah pergi dari dunia yang penuh tribulasi dan cabaran… sebelum kami meninggalkan alam dunia ini , doa kami semoga anak-anak yang soleh dapat meneruskan perjuangan mendidik zuriat kami yang seterusnya menjadi khalifah di mukabumi Allah ini sebagaimana yang di rencanakan Allah Yang Maha Pemurah….. Biar hubungan anak-anak sentiasa bersama ibubapa …sehingga bertemu di alam abadi, kasih ibubapa tetap di sanubari…Itulah doa yang sentiasa diiringi…..
( sebenarnya harapan ibubapa terhadap anak tidak terungkap dengan kata-kata dan tidak cukup untuk di tulis sebagai dokumen dalam kehidupan... sekadar apa yang mampu diucapkan , namun pada realitiya, kesemua ibubapa punya harapan yang telalu tinggi yang bukan mudah untuk dikecapi....hidup sudah pasti tidak sempurna... bersyukur atas apa yang diamanahkan... )
10 comments:
O dia 25 de Abril de 1974 foi o dia do derrube da ditadura fascista em Portugal, a chamada REVOLUÇÃO DOS CRAVOS, e a queda do (poder) dos inimigos do povo. 25 de Abril, sempre.
Day 25 of April of 1974 was the day of it knocks down of the dictatorship fascist in Portugal, the call REVOLUTION OF the flowers, and the fall of the power of the enemies of the people. 25 of April, forever!
يوم 25 نيسان 1974 كان يوم تقرع عليها من الديكتاتوريه الفاشيه في البرتغال والدعوة للثورة الزهور ، وسقوط سلطة أعداء الشعب. 25 نيسان ، الى الابد!
День 25 апреля 1974 года, в день он постучит в воздухе фашистской диктатуры в Португалии слово О РЕВОЛЮЦИИ цветы, и падение власти враги народа. 25 апреля, навсегда!
Le jour 25 d'avril de 1974 était le jour de lui frappe vers le bas du fasciste de dictature au Portugal, de la RÉVOLUTION d'appel des fleurs, et de la chute de la puissance des ennemis du peuple. 25 d'avril, pour toujours !
Tag 25 von April von 1974 war der Tag von ihm klopft unten vom Diktaturfaschisten in Portugal, von der Anruf REVOLUTION der Blumen und vom Fall der Energie der Feinde von den Leuten. 25 von April, für immer
loveujordan...mmg berat memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa..sukar dihuraikan dgn kata2 betapa kita sebagai ibu dan bapa ingin melihat anak2 berjaya di dunia mahupun di akhirat..
Teringat saya kepada ibu saya yg pasti mendoakan saya dan membaca Yassin setiap kali saya hendak menghadapi peperiksaan..terima kasih mak..kasih mu pada anak mu adalah rahmat yg paling besar dalam hidup ku..
teringat tazkirah pagi tadi di radio.. ustaz kata doa ibu untuk anak anak serupa macam doa nabi kepada umatnya..
doa ibu..Allah tidak akan lewatkan pekenan Nya.... makna nya di bayar tunai di dunia ini..
Syahdu dan terusik membaca entri ini. Panduan juga untuk saya.
Teringat emak dan abah di kampung. Sepasang penoreh getah yang cekal dan tabah, akhirnya kami 6 beradik berjaya sampai ke puncak. Doa mereka juga yang menjayakan kami. Alhamdulillah.
Terima kasih kerana entri ini. :)
david santos.... thanx for the informative facts of Portugal....
++++++++++++
faizabelle79..... semua ibu yang punya anak akan merasai betapa berat menjalankan amanah Allah mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh...
++++++++++++
zino...... betul tu zino, takut jika tersalah berkata kepada ibu....
+++++++++++++
blackpurple......jasa ibu tiada tandingan dan tidak terbalas.....
Rina...akak baru baca entry ni..rasa sebak ...sebab indahnya kata-kata...apa yang perlu diucapkan dan diimpikan oleh seorang ibu telah pun rina sebutkan...Amin untuk segala doa Rina dan juga para ibu...termasuk akak
emmmm...:( i don't have mom since young.. anyway I lov MIL so muchh..semoga sy dipjgkan umur n dapat didik anak2 sy sesabar akak yer...:)
I think all parents wish their child the best. Once they're no longer living with you I can only hope that all the moral ethics will be remembered. Study wise, if they've been hard-working during those schooling years, I should hope they carry on that way.
One way or the other, we should always be there for them. Kalau ada buat silap tu, mestilah nak marah, tapi kena marah masa yang lain kot.
kak lady......... bila difikirkan semula , doa ibu lah yang menjadikan kita semua hidup aman damai.....
++++++++++++
lelakhalidah.... . Bertuah dapat MIL yang baik, itulah ALLah maha Adil.....
+++++++++++
intan......... semua yang kita harapkan adalah kehidupn mereka baik di masa hadapan. InsyaAllah.....
moga saya jadi anak dan ibu yang baik..insya Allah..=)
Post a Comment