TAHNIAH !!! CONGRATULATIONS !!! MABRUK !!!
Buat anakanda Zaid dan bakal menantu ..Azra....... !!!!!
Plan nak menghantar 'tanda' merestui perhubungan anak I , zaid dengan gadis pilihannya, Azra telah lama dirancang. Alhamdulillah pihak perempuan juga merestui hubungan anak mereka dan terima kasih kami pihak lelaki ucapkan kepada mereka kerana menerima pinangan anak lelaki kami ..........
Oleh kerana kami tiada di Malaysia dan setelah mengambil kira kehadiran my darling hubby amat terbatas dan bakal menantu masih lagi menuntut di Jordan, kami memohon kebenaran untuk mengadakan majlis kecil-kecilan sebagai tanda yang kami serius dalam menyunting bunga dari Negeri Sembilan itu dan Alhamdulillah keluarga Azra bersetuju.
So, yesterday was D-Day..... cincin di jari , cinta dimeterai antara mereka berdua. Selain cincin kami juga membawa beberapa hantaran sebagai ucapan terimakasih kami kepada pihak perempuan kerana sudi menerima anak lelaki kami menjadi salah seorang ahli keluarga mereka suatu hari nanti InsyaAllah.
Pertunangan dan urusan seterusnya akan kami susuli sekembalinya kami ke tanahair... InsyaAllah.
Terimakasih kepada Ustaz Mujahid dan family yang sudi menjadi wakil pihak perempuan dalam menyempurnakan majlis tersebut dan ucapan penghargaan juga ditujukan kepada ahli rumah Azra dan sahabat-sahabat Zaid di Amman dan Mu'tah yang turut menyerikan majlis tersebut.
Amman Jordan, N9 Malaysia
Tiada penghalang teruna dara
Ucapan tahniah buat Zaid dan Azra
Restu keluarga membawa bahagia
Till the next n3 ( ziarah ke pokok rasulullah yang mencabar untuk tiba di sana )....
Have a nice weekend !!!
30 comments:
Wah! Dah nak dapat menantu:)
Tahniah, Kak Rina! All the best:D
Wah! Dah nak dapat menantu:)
Tahniah, Kak Rina! All the best:D
baper lama tunangnyer??
wah..nak dapat menantu nih.
Hari hari nanti kak rina bleh order masak lomak cili api daging salai..pergh sodapppppp!!!
hihihihi...
bakal kakak ipar...
(^_^)
tahniah untuk Zaid dan Azah dan juga kepada bakal mak mertua:)
tunjuk lah gambar2 masa tukar cincin tu.
Rina tak lama lagi terima menantu dan tak lama lagi jadi lah nenek ye...alhamdulillah.
tahniah tahniah... dah jumpa calon menantu..
negeri sembilan tu kek mano toboh e? org kampong den ko? hehe
Tahniah... sdra Zaid dan sdri Azra... Selamat bermenantu.. :)
oh wow! TAHNIAH! TAHNIAH! melepas kita! Budak baik selalu cepat kena amik, eh?
nanti kite dtg balik bagi komen ek. ni nak kluar plak...tata
Tahniah..tahniah...bila akad nikah akan berlangsung?
Salam Ina, so sorry sejak balik msia sibuk sgt, since dah lama tinggal kerja..bila balik kerja menimbun-nimbun...
Tahniah! Tahniah! Hurm... melepas la den nak buat calon menantu... hehehe
itulah kan...bila we all buat reunion geng2 lama, selalu merisik2 anak kwn2 kot2 la masih kosong boleh wat calon menantu... ;-)
tahniah zaid and Azra..nanti nikah jangan lupa jemput kami kat sini eh...
when bloghopping to this blog, when i saw the title post - the ring, i thot it was about the horror movie or something like it. rupe2nye the ring lain...hehe.
congrats to zaid n azra. wah skrg dah bertunang darah manis woii. kirenye si azra tu bertuah dapat bakal mil yg baik dan murah ati...huhuhuhu.
hazia.......... Tq very much .
++++++++++
zakiah..... tak ta lagi berapa lama, ini pun bukannya tunang lagi cuma baru tanda je....
hubby akak pun orang N9 tapi samalah macam azra , diaorang ni sume jenis tak makan pedas...bukan N9 asli ..hehehe.
++++++++++++
sofie...... ha adik ipar belajar sampai habis baru le nak apa-apa pun... :P
+++++++++++++
kak elle...... ha ah dah tak lama nak jadi mertua dan nenek.... nenek rock :D
gambar ??? bebudak tu nak simpan je taknak expose....
+++++++++++++
zino...... thanks.... ha ah ontah-ontah anak maklong belakang rumah ekau..... :)
+++++++++++++
blackpurple....... timakasih.
+++++++++++++
intan........ Tq...laa apasal tak cakap awal-awal ...yang ke 2 lah.. hahahaha.
+++++++++++++
kc........ haa memang dah 'test' si azra tu , kira macam ' monster in law' , dah lulus SIRIM, baru on project. Hebat tak MIL ni ????
+++++++++++++
faizabelle79..... tq. Taktau lagi , sebab perkara tu kena bincang di tanahair, lagipun azra tahun depan baru habis belajar.
++++++++++++++
ummu asma'..........waalaikumusalam. I tau mesti you sibuk lepas balik hari tu.
Thanks..... aii awat tak habaq awai ...tapi asma' lambattttt lagi baru habis belajar :D
I pun ada jugak risik-risk anak kawan-kawan yang kita dah tau perangainya, jadi besan senang kan .
+++++++++++++
maklang.... thanks. InsyaAllah kami tak lupa maklang kerana maklang yang terdekat dengan rumah kami... jangan tak datang. Bila ?????
congrats to bakal mertua! bestnya nak menerima menantu...
Congratulations!! Tak sangka ye, muda-muda dah nak dapat menantu ;)
Tahniah untuk zaid dan tahniah juga buat yang bakal terima menantu
berita gembira! tahniah kepada kak rina sekeluarga, terutama zaid dan azra.
p/s: azra is one lucky girl, i'm sure it's a dream come true, not just to have met a handsome Prince Charming - but also a happy and loving family like yours, Kak Rina.
Rina...rasanya tak telewat rasanya mengucapkan tahniah pada Rina yang bakal menerima menantu...begitu juga dengan Zaid yang telah melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya....alhamdulillah....
Begitulah kalau dah jodoh....orang kata...
Garam di laut....asam di darat...dalam periuk bertemu jua...
Moga akan berpanjangan jodoh hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat hendakanya
Muda-muda lagi dah nak dapat menantu. Tahniah
syahdunya bertunang di Urdun ye nanti nak buat haflah zafaf kat mana yer? buatlah kat Urdun jugak, apa susah orang tua dah ada depan mata. N9 kt mana ye? jgn cakap kat Jelebu
mummy rizq....... thanx. Happy but nervous nak jadi mertua....
+++++++++++
QOTH........ Kawin muda cepatlah dapat menantu :D
+++++++++++
kamato ....... terimakasih banyak-banyak .
+++++++++++
mama sarah...... Tq. I rasa I yang lucky sebab dapat bakal besan and menantu yang baik, Alhamdulillah.
+++++++++++
kak lady..... thanx, doakanlah semuanya menjadi kenyataan, Amin.
++++++++++
zlaa..... ni yang dikatakan jodoh, tq.
+++++++++++
babazahra'....... rasanya tak buat di urdun sebab masih lagi dalam perbincangan and bakal menantu pun masih belajar dan anak akak pun baru nak start life, kena settle semua baru nikah...... bukan orang jelebu, tak jauh do dari tampin....
rina!!! dah nak jadi mak mertua! congrats to you and hubby and especially to both bakal pengantin :)
Baru keluar gambar...cantiknya lengan baju. Tu baju kurung ke baju Jordon, hehe...
mama rock....... tima kasih.
++++++++++++
hazia....... ooo semalam you tak dapat tengok gambar ye.... baju tu jubah jordan..... sini kalau jubah pengantin cantik-cantik.
oo..ya ke? Kalau macam tu, I kahwin nanti shopping kat Jordon lah, hehe:P
kat mana tuh negeri sembilan. mana lah tau 1 kampong lak...
hazia...... ramai jugak orang shopping sini untk persedian perkahwinan, kalau di syria lagi hebat dan harga jauh lebih murah dari jordan.
++++++++++++
cikdinz..... kat salah satu negeri dalam N9 tu....ontah-ontah sedaro kito nanti :P
bila baca entry pasal kelahiran zaid tu macam tak caya jer orangnyer dah nak kawin yer...anyway cepat masa berlalu.. tahniah yer kak
lelakhalidah...... masa cepat berlalu...ingat lagi tangisan dia masa kecik dulu , ni dia pulak tak lama lagi hidup akan hidup berkeluarga, InsyaAllah.
Tq very much.
Post a Comment