BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 30, 2007

Wadi Rum Mempesonakan.....

Perjalanan musim panas 2006 telah membawa kami ke selatan Jordan dan sebuah wadi yang amat terkenal iaitu Wadi Rum , lebih kurang 300 km jaraknya dari Amman.

Kami menyewa lori pick up untuk menjelajah sebahagian daripada tanah hijaz kerana tanah pasir di sini begitu luas dan jika bergerak ke hujung wadi akan tibalah di Saudi Arabia(sukar kerana padang pasir)




Sebaik tiba di visitor’s center wadi Rum, mata terpukau dek kecantikan dan keunikan bentuk mukabumi di situ yang tidak pernah dilihat sebelum ini di mana-mana. Tanah , pasir serta bukit-bukau yang terjadi hasil belahan yang dahsyat akibat gangguan pergerakan plat bumi sehingga memecahkan batuan granit yang terlalu besar dan tebing batuan pasir dari banjaran gunung Afro-Arab.Ahli arkeologi percaya kawasan ini telah didiami sejak kurun ke 8 sebelum masihi dan dikenali sebagai wadi Iram.

Terdapat mata air panas yang terpancut dan segar telah menyebabkan Wadi Rum menjadi tumpuan kafilah perdagangan yang menuju ke Syria dan Palestin dari tanah hijaz. Kawasan ini juga dipercayai merupakan kawasan penempatan penduduk ‘Aad, Thamud, Lihyan dan Ma’in.

Wadi Rum suatu ketika dahulu merupakan pusat kawalan Putera Hussein dan T. E. Lawrence semasa perang Dunia 1 mewakili pemberontakan arab terhadap turki uthmaniyyah. Lawrence menjadi lagenda kerana peranannya dalam penentangan terhadap turki dan memihak arab. Rumah Lawrence of Arabia didirikan di wadi Rum dan telah menamakan satu kawasan berbukit sebagai the Seven Pillars of Wisdom dan telah menjadi inspirasi kepada bukunya dengan nama yang sama.

Kami sempat singgah di hanya 4 kawasan iaitu Lawrence Spring, Razali Canyon, Sand Dunes dan Nabatean Temple.

Satu yang pasti , pemergian ke Wadi Rum tidak mencukupi selagi tidak bermalam di sana. Itulah harapan kami agar dapat berkunjung ke sana dan bermalam di sana sebelum meninggalkan bumi Jordan ini.

Sunday, April 29, 2007

What to Cook..What to Serve ???

Due to the dusty cloudy sky I've been having sore throat and coughing for the past three days . I've tried honey with lemon , habbatus sauda' capsules , cough syrup and panadol but I'm still coughing .......... Hope to get better in the near future, InsyaAllah.


This morning while I was bloghopping zaid told me his arab friend, Helmi from Petra is coming to my house , the first question I asked zaid " what to serve him (food )?? "...zaid just said .."apa-apa aje." I'm more concern of what to cook for the arabs because most of them do not eat our hot and spicy food....

I continued hopping from one blog to another while couldn't stop thinking of what to serve my guest.... I came to kak elle's blog and the title of her latest entry got me thrilled with joy... musliha and SOTO...

Yeap....soto is also my family's favourite dish.... I left kak elle's blog without leaving any comment or even a thank you note coz I couldn't waste any single minute to rush to the kitchen and started cooking....


While defrosting 2 medium trays of chicken ( 1 whole chicken ), I suddenly changed my mind....... why not having nasi ayam for lunch....I 'd still have chicken soup.... it's the easiest to prepare.....and it's been ages I last cooked it...So, instead of kak elle's SOTO , I cooked nasi ayam using basmati rice......





Thank you kak elle for giving me the idea of what to cook....thank you again.....

Helmi came and had my chicken rice for lunch and he gave his compliment by saying I had cooked and served the food beautifully.....( that's what he told zaid in arabic....)

He'll be sleeping at my place tonight and will catch the early morning bus to get back to Mu'tah tomorrow morning.Alhamdulillah he's a very nice gentleman and still studying at Mu'tah University and I'm so glad to know that he's not a smoker...(it's hard to find a non-smoking arab ).


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Before my hubby got back to work, we had a few Jalan-jalan Cari Makan and these were some of the food that we tried at different food outlets and restaurants.........




fried bananas coated with sugar and chocolate topping bought at chinese sizzling restaurant....




chocolate mousse cake tried at Sultan Snack restaurant

The Lubnani cocktail juice also at Sultan Snack .....





falafil..one of the jordanian (asalnya from egypt ) must eat kuih....it's made of mashed kacang kuda

So long....... see you next time............

Friday, April 27, 2007

Petang yang Indah.........

Petang ni my darling hubby akan pulang semula ke tempat kerjanya dan akan pulang semula menemui kami awal julai nanti. Begitu cepat masa berlalu tetapi rasa beryukur kerana dapat bersama-sama dan memenuhi saat gembira sekeluarga (walaupun tak semua hadir) lebih kurang sebulan, Alhamdulillah.

Petang semalam seperti biasa setiap kali my darling balik ke Amman , kami adakan sedikit jamuan untuk pelajar-pelajar yang belajar di Amman. Alhamdulillah hampir semua hadir (ada yang ada kelas dan datang sebelah malam ).Kali ini kami adakan jamuan minum petang sempena musim bunga yang nyaman cuacanya….


mimi di flower garden laman belakang rumah.....

Memang seronok sekali-sekala berjumpa, golongan lelaki di halaman belakang rumah yang baru ‘dirasmikan’ kegunaannya spring tahun ini (musim sejuk tak boleh lepak di luar ), wanitanya di ruang tamu dalam rumah dan kanak-kanak kuasai halaman belakang rumah, ruang tamu rumah dan halaman depan rumah……Mimi dan kawan-kawan siap main petik bunga ros dan bunga yang lain yang ada di laman belakang dan depan rumah dan siap leraikan kelopak bunga ros dan taburkan dari atas tangga dan atas carpet dalam rumah, jadi macam spa mandian ros pulak rumah I.



halawiyat(manisan ) and cookies....


Sebelum berpisah kami solat maghrib berjemaah bersama dan satu perkara lucu berlaku semasa kami solat ( memang tak kusyuk waktu solat tu )… semua orang solat termasuk mimi dan kak syahirah (6 tahun) kecuali 4 kanak-kanak kecil ( sofia 1+ thn , Amir 2+, Fahim 3+, Insyirah 3+...tengah rakaat ke 2, datanglah sofia bawak penyapu masuk ke ruang solat wanita, ke kiri ke kanan pemegang penyapu tu digodek-godeknya, tiba-tiba dia mendengus..eghhhh, eghhhh…kemudian kembali dengan menyapu…tiba-tiba kak syahirah yang tengah sembahyang sebelah mimi bersuara…. “ eh fahim, tolong jaga sofia jap, kak sembahyang ni’…kak suruh adik nya fahim yang sedang main kat tangga …. Fahim menjawab…” orang tengah ‘pang’ ni….”…… sampai habis solat si kecik sofia ‘sibuk ‘ menyapu ruang solat…..



strawberry milkshake with vanilla ice-cream


Lepas solat masa bersembang timbul semula hal sofia menyapu masa solat….

Sofia mendengus eghhh, eghhhh adalah kerana salah seorang dari kami yang bersolat mengepit bulu penyapu dengan kaki dengan harapan sofia berhenti menyapu… rupanya sofia pergi ke kaki sambil menguit-nguit dengan jari kaki sahabat tersebut dan akhirnya dia terpaksa akur lepaskan penyapu dari tersepit…. Kes Fahim menjawab “ orang tengah ‘pang’ “… rupanya dia sedang bermain dengan pam bola dan dia ni asal dari Terengganu , so dia nak bagitau dia tak boleh nak jaga sofia sebab tengah main dengan pam bola……….macam-macam…

kanak-kanak penabur bunga ros......


Menu biasa je sebab minum petang…mee kari, fried sausages , bingka jagung, karipap sardine, kuih kasturi(dibawa oleh Liyana) , manisan arab bul-bul, galaxy finger sticks, chocolate chips cookies and homemade strawberry milkshake with vanilla ice-cream……

Pertemuan , perpisahan dan semuga pertemuan di setiap saat mendatang membawa lebih ceria dalam menjalani kehidupan di bumi asing, InsyaAllah.

SELAMAT BEKERJA buat suami tercinta dan SELAMAT BELAJAR buat adik-adik dan anak-anak di Amman yang masih belajar….

GOOD LUCK TO ALL OF YOU!!!!!

Wednesday, April 25, 2007

Puppy Love , Grandpa Donny....

This morning when I switched the TV channel from BBC News to abc Good Morning America , I was so much filled with joy when I saw my ex- darling singer, Donny Osmond was on air....





Donny Osmond was my no 1 singer when I was in high school and could still remember how my sister and I used to collect donny's photos and we even had our few scrapbooks of his biography and pics .....

In the show this morning he showed a photo of his grandson ...he's a grandfather..oh boy..grandpa donny !!!!





He's cute as he's always be......His voice was still the same, sweet and full of strength. He had launched his new album consisting of the top-hits in yesteryears.....

His humbleness and cheerfulness could still be seen even if he had gone thru such a difficult life for years......

Yes, Donny.. your voice reminded me of my nostalgic 'puppy love ' wonderful magical moment long time ago....

Tuesday, April 24, 2007

cetusan rasa ibu.........

N3 ini khas buat ‘saya’ , zaid, sofie, maya , izzat ,mimi dan anak-anak muda di luar sana serta ibubapa yang sudi berkongsi harapan dan pengalaman mendidik anak-anak agar mereka menjadi apa yang diimpikan……



Pagi tadi sewaktu ‘melepaskan’ izzat ke sekolah setelah dibekalkan chicken sandwich sebagai makanan sewaktu recess , tidak lupa doa diiringkan semoga izzat diberikan ketenangan fikiran dan kekuatan mental dan fizikal untuk menjalani peperiksaan ke 2 bagi semester ini.Exam akan berakhir minggu hadapan..semoga peroleh keputusan yang lebih cemerlang dari exam pertama…. InsyaAllah.

Sebagai ibu I sentiasa berdoa untuk kejayaan anak-anak tidak kira di mana mereka berada. Sebenarnya doa agar mendapat anak-anak yang baik, sopan, bijak, comel, sihat, berakhlak mulia dan segalanya telah dipahat di sanubari semenjak sebelum berumahtangga lagi. Apabila mengetahui diri ini akan berumahtangga , dalam kepala siap punya rancangan bagaimana acuan zuriat kami kelak……

Setelah mengetahui diri berbadan dua walaupun teruk menempuh alahan dan pelbagai ranjau kesihatan, dalam hati memohon agar kesusahan dan keperitan semasa mengandung di beri ganjaran dengan hadirnya cahayamata yang dapat menyembuhkan keresahan dan keletihan dan kesakitan semasa melahirkan anak .

Bagi ibu yang membawa dan mengendong bayi dalam kandungan , hati berasa begitu kecut dan takut akan apa yang bakal dilahirkan…pelbagai soalan sentiasa bermain di fikiran… adakah anak ini selamt dilahirkan ?? adakah ia anak yang sihat dan cukup sempurna sifatnya???? Adakah anak ni bakal menjadi anak yang berbudi tinggi ?? adakah anak ini berjaya di besarkan dalam suasana Islam dan harmoni seadanya ?? adakah itu, adakah ini…….??????? Kesemua persoalan bermain di fikiran …perasaan takut bersarang di kepala sehinggalah bayi selamat dilahirkan……….

Kesakitan dan kepayahan semasa mengandung dan saat melahirkan ‘hilang’ dengan suara tangisan bayi yang selama ini bersifat’rahsia’….. kini hadir di depan mata. Alhamdulillah , SubhanaAllah dengan kuasa yang ada padaNYA, lahir anak-anak yang cukup sifat fizikalnya dan mentalnya……..

Pipi yang gebu dan lembut selembut sutera serta tangisan suara yang halus serta dalam keadaan emosi yang tidak diketahui ibunya , bayi yang kecil mula belajar dari alam sekelilingnya….lagi menangis lagi itulah akan ditenteramkan ibu…. Setiap tangisan dan rengekan di ambil berat dan cepat di beri response olah ibunya…begitu teliti sekali diulit dan diperiksa takut-takut jika terdapat apa-apa perkara yang tidak didingini berlaku terhadap bayi kecil yang serba tidak tahu….

Daripada tidak tahu, jadi tahu…semuanya adalah berkat tunjuk ajar ibu serta rahmat yang maha Esa…apa acuannya, begitulah produknya….

Apabila anak-anak mulai membesar ibubapalah yang mulai risau dengan persekitaran anak masing-masing ..keselamatan anak adalah perkara yang paling utama diberi perhatian…. Bukan mudah melapaskan anak-anak walaupun diketahui tempat yang dituju adalah tempat mendidik iaitu sekolah…. Semasa anak-anak belajar, ibu di rumah mahupun di pejabat memang tidak dapat lari dari memikirkan keselamatan anak-anak disekolah…. Adakah mereka dapat mengikuti lessons yang diajarkan??? Adakah anak-anak gembira bersama sahabat-sahabat ??? adakah anak-anak menjadi pelajar yang disenangi guru dan rakan-rakan??> adakah anak akan menjadi anak yang pintar di sekolah ???

Seingat I sepanjang anak-anak berada di sekolah , tidak pernah sehari pun dilupakan untuk berdoa agar anak-anak berjaya berada di sekolah…setiap kali anak-anak menjalani peperiksaan setiap pagi kami akan bersama berdoa agar dimudahkan urusan dan dapat score 100% ( mamang target yang maksimum) tetapi dengan syarat anak-anak sudah siap-sedia dengan ulangkaji yang memberi confidence kepada mereka untuk menempuh exam tersebut.

Mengapa dan kenapa begitu beria benar ibubapa mempastikan kejayaan anak-anak menjadi matlamat terunggul dalam kamus rumahtangga ???

Adakah kerana untuk bermegah kepada masyarakat..??
Adakah kerana untuk menzahirkan kehebatan diri sendiri ??
Adakah kerana untuk mengiyakan teori ‘ibubapa ‘ yang pintar akan melahirkan zuriat yang genius ‘ ??
Adakah kerana untuk mempastikan anak-anak dapat menggenggam habuan dunia yang semakin menuju dunia materialistic ??
Adakah kerana untuk mengaup keuntungan hasil dari didikan ibubapa kepada anak-anak selama ini ??
Adakah kerana untuk …………….. ??????????

Ketahuilah anak-anakku….

Didikan , kasih-sayang, tunjuk-ajar, penat –lelah ibubapa bukanlah kerana semua yang diutarakan di atas…. Tidak terlintas sekelumit rasa di dalam setiap kamus ibubapa untuk berasa riak dengan pencapaian anak-anak dalam hidup ini selain dari hanya kerana
MENCARI REDHA ALLAH DALAM MENJALANKAN AMANAH SEBAGAI IBUBAPA YANG DIKURNIAKAN ZURIAT YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA……

Harapan ibubapa adalah hanya untuk melihat anak-anak senang dan selesa dan Berjaya mengharungn onak-duri serta ranjau kehidupan sebelum ibu serta ayah pergi dari dunia yang penuh tribulasi dan cabaran… sebelum kami meninggalkan alam dunia ini , doa kami semoga anak-anak yang soleh dapat meneruskan perjuangan mendidik zuriat kami yang seterusnya menjadi khalifah di mukabumi Allah ini sebagaimana yang di rencanakan Allah Yang Maha Pemurah….. Biar hubungan anak-anak sentiasa bersama ibubapa …sehingga bertemu di alam abadi, kasih ibubapa tetap di sanubari…Itulah doa yang sentiasa diiringi…..


( sebenarnya harapan ibubapa terhadap anak tidak terungkap dengan kata-kata dan tidak cukup untuk di tulis sebagai dokumen dalam kehidupan... sekadar apa yang mampu diucapkan , namun pada realitiya, kesemua ibubapa punya harapan yang telalu tinggi yang bukan mudah untuk dikecapi....hidup sudah pasti tidak sempurna... bersyukur atas apa yang diamanahkan... )

Sunday, April 22, 2007

Final weekend together........

Good morning Jordan ...feeling so fresh with blue sky and still not so hot weather.....





Cocktail juice...a favourite drink in Jordan... I don't really like the taste .....




penjual tiket lottery........ dia pun nampak tak kaya-kaya dah lama jual tiket...unlucky guy



Quite busy this morning with cleaning and clearing all mess inside and outside the house.....

Tamar hind juice seller .... rasa juice ni macam air asam jawa, sejuk dan sedap.......


my favourite ferfume vendor....Al Bakry Perfume......


Have been doing some cooking and will continue after darling hubby gets back from the market cutting his hair and buying some more vegetables ( yesterday we went to C-town supermarket but somehow, somewhere the veggies went missing in action...might be left on the cashier's counter/ the taxi's boot ) .so get to buy the same veggies again !! )





Siap sedia untuk solat Jumaat.... kotak dijual 5 qurusy sekeping untuk dibuat lapik/sejadah tempat solat bagi yang bersolat di luar masjid.....



Why doing all the chores and cooking early in the morning???




Bet you are right!!! somebody's coming........My ex-student and her sister are coming to Amman this afternoon. Both of them are my friend's daughters ,the elder just came from Malaysia and the other one is studying in Irbid.


Before I forget, Congratulations to Fadli who is also my ex-student in Mu'tah who had his first babyboy 10 days ago and Saadiah , the wife is still recovering after delivering her baby at Karak private hospital...... Tahniah to both of you !!! ( dah jadi opah I ni !! )





'Tok Ki' dengan 'cucunya'...Mohd Syamil Fawaz.......



Last Friday four of us (Darling. izzat, mimi and I ..... zaid is in Mu'tah) went to the city centre just to spend our final week together with my darling before he goes back to his island end of this week.It's been almost a month that we are together......Alhamdulillah with all the blesssing from the Almighty God ..........

( OK gotta go now...sambung masak-masak....)

Friday, April 20, 2007

Apa ada atas bumbung anda ????



Rumah /apartment di Jordan kebanyakannya tidak berbumbung samada genting , zink dan lain-lain jenis atap.....hanya di simen terus dari siling rumah kerana kebanyakan rumah berbentuk segiempat tepat/sama.

area tv dan parabola.....


para pokok anggur...bila musim anggur bergantungan gugusan anggur


Mula-mula melawat Jordan dulu terasa aneh dan serabut bila melihat bumbung rumah penuh dengan pelbagai benda seolah-olah nampak seperti rumah yang dihuni belum siap sepenuhnya.


tangki air dan tangki diesel untuk heater



pakaian di ampaian atas bumbung........

Kini pemandangan rumah berbumbung simen dan dihuni oleh macam-macam alatan untuk kegunaan ahli rumah menjadi pemandangan biasa dan rumah yang beratap genting pula seakan-akan ganjil pada pandangan seharian.



Agaknya apa yang ada atas bumbung rumah di Malaysia ....I pernah nampak bantal busuk dan seluar-seluar pendek atas atap sebuah sekolah asrama penuh di Ipoh suatu masa dulu....


Thursday, April 19, 2007

zaman twinkle little star.......

Pagi ni berangin dan agak sejuk tetapi nyaman namun Izzat dan Mimi masih lagi terpaksa memakai jaket nipis untuk ke sekolah...memang terlalu lambat suhu meningkat walaupun telah lebih dari pertengahan April....

Mimi agak keberatan untuk ke sekolah pagi ni kerana menurutnya dia masih mengantuk (masuk tidur awal dah ) tetapi setelah dipujuk dia ke sekolah juga. Dia sebenarnya rajin ke sekolah kerana Julai tahun ni umurnya akan jadi 5 tahun , so dia pernah kata umur 4 tahun pergi sekolah 4 hari ( last sem dia selalu ponteng sebab baru 4 tahun ), umur 5 tahun 5 hari ke sekolah, 6 tahun 6 hari ke sekolah...so I kata pada Izzat masuk 7 tahun , memang mimi akan terus duduk di sekolah sebab sekolah 7 hari......

Teringat gelagat mimi dan kata-katanya , teringat kembali semasa anak-anak yang lain semasa mereka masih kecil . belum ke tadika lagi....


*** 1989....sofie umur 2 tahun lebih sikit...

Ayah : Laa tak perasan, lesen memandu I mati hari ni .

Sofie : Ayah, lesen ayah mati sakit apa ????
-------------------------

** 1989....zaid umur 3 tahun lebih sikit dan biasa cakap agak terbalik...

Mama : Cepat naik kereta, mana kasut zaid ni ?

Zaid : Keta dalam kasut....

-------------------------

*** 1990..... pagi masa I bersiap nak pergi bekerja...

zaid kata pada sofie : eh, cuba tengok langit, nampak macam cuti je (sambil

tunjuk ke arah langit )

sofie : ha ahlah mama, nampak macam cuti je !!! ( diaorang ni selalu tak nak bagi

I pergi kerja )

------------------------

*** 1990..... bila bercakap my hubby and I memang bahasakan diri I & u tapi kerana agaknya I yang biasanya lebih sikit cakap dari my hubby terjadilah dialog ni...

mama : masuk kereta cepat..semua dah ada ???

sofie : ehh I...I .... U tak naik lagi..... ( I = I... U = my hubby )

------------------------
*** 1997 , Izzat berumur 3 tahun lebih semasa menonton cerita lama dalam TV yang hitam-putih...
Izzat : Ayah, orang dulu-dulu mata diaorang nampak hitam putih je ke ????
-------------------------

Ingat kembali zaman anak-anak masa kecil, terlalu banyak kenangan yang tidak mungkin dilupakan......bagaimana agaknya zaman I masa kecik dulu...satu yang I masih ingat ialah I pelat teramat sangat tetapi suka menyanyi....so this song sangat famous dalam tahun 60an( mak kata ).....

liriknya kalau I yang nyanyikan berbunyi.... "didi nana dudai dididi nadi ....."

lirik sebenarnya lebih kurang....." mari berkelah di sungai bermandi-mandi.... "
Best jugak ingat zaman kecik-kecik dulu......

Monday, April 16, 2007

A Journey to Buqayawiyya



Last Saturday morning , we started our journey to Buqayawiyya ( the tree of Rasulullah pbuh ) situated 170km from Amman. We took a bus to zarqa’ , then to azraq , a small town about 140km from Amman and from there we hired a van to get to Buqayawiyya and straight into the desert. Azraq(blue ) used to be an oasis and that’s how it got its name, Azraq, blue oasis. However the oasis is almost vanished, no blue water is in sight..all we saw just dry land.

The main road that we took was also the only road to get to Iraq via Jordan and from the entrance of Buqayawiyya , Iraq’s border is only about 200km with the nearest town is Al Karama . I was surprised when the young shopkeeper in Azraq where we bought some mineral water could converse in English very well(Azraq is a very small town ) but when I knew it’s also a transit town for people from all over the world who would get into Iraq via Jordan , then only my surprise subsided.

The ride to the middle of the desert was really a challenge …. We had to pass thru three sets of land…..the volcanic stones and rocks, the fertile and green land and the sandsoil /desert. It’s only 8km into the middle of the desert but it took us almost an hour because the driver had to search for the’ safe way’ so that the van wouldn’t get stuck. We would’ve hired a pick-up but with no seats at the back and the wind was blowing the sand into our eyes , so we were lucky the van driver agreed to take us there.

The stones path from the Roman empire was still seen intacked and that’s what made our journey harder because the path wasn’t smooth .Well, they used to have horses,wagons and carriages back then coming and going to Busra in Syria and Hijaz (Saudi ) . As the van moved very slowly but surely , I imagined myself travelling with a kabilah on the deserted desert and then came to a rest under the shadow of the tree….

Finally, we saw the tree , Buqayawiyya where our prophet Muhammad pbuh used to rest and sit under it while he was travelling with his uncle Abu Talib from Hijaz to Busra bringing together lots of merchandise for trading.This tree is more than 1400 years old and it’s protected by the Jordanian government because it is considered a national heritage. It’s early spring, so we could see the green and brown leaves started to grow. The leaves look like daun kesum and the trunk was almost like the elephant’s skin the brown version.

We took lots of pictures and I told zaid this would be the first and the last trip here because it’s so far away and so hard to reach. I was snapping pictures from every angle and Mimi, Izzat and my darling were posing for me , the camera woman while zaid was busy with his handicam and acted like a national geographic photographer…… Well, it should be when you know that the tree was the only tree grown in the desert and the valuable history behind it that brought us there…….. so, there we went snapping/shooting and posing for half an hour ( the deal with the driver, only half an hour at the tree!! ).

Our way back was a bit quicker because the driver was a bit familiar with the route taken before…. We stopped at a restaurant in Azraq and had roasted chicken with bread and straight back to Amman in the same van ( he agreed to take us back to Amman ).

The journey was indeed very challenging but satisfying ………….Alhamdulillah.

Saturday, April 14, 2007

THE RING-In TIME......


This weekend was very busy .... Friday with a 'Ring-In' feast and Saturday...just came back from Azraq ...pokok Rasulullah saw ..........


This entry khas buat the "Ring-In' feast which took place yesterday...........

TAHNIAH !!! CONGRATULATIONS !!! MABRUK !!!

Buat anakanda Zaid dan bakal menantu ..Azra....... !!!!!

Plan nak menghantar 'tanda' merestui perhubungan anak I , zaid dengan gadis pilihannya, Azra telah lama dirancang. Alhamdulillah pihak perempuan juga merestui hubungan anak mereka dan terima kasih kami pihak lelaki ucapkan kepada mereka kerana menerima pinangan anak lelaki kami ..........

Oleh kerana kami tiada di Malaysia dan setelah mengambil kira kehadiran my darling hubby amat terbatas dan bakal menantu masih lagi menuntut di Jordan, kami memohon kebenaran untuk mengadakan majlis kecil-kecilan sebagai tanda yang kami serius dalam menyunting bunga dari Negeri Sembilan itu dan Alhamdulillah keluarga Azra bersetuju.

So, yesterday was D-Day..... cincin di jari , cinta dimeterai antara mereka berdua. Selain cincin kami juga membawa beberapa hantaran sebagai ucapan terimakasih kami kepada pihak perempuan kerana sudi menerima anak lelaki kami menjadi salah seorang ahli keluarga mereka suatu hari nanti InsyaAllah.

Pertunangan dan urusan seterusnya akan kami susuli sekembalinya kami ke tanahair... InsyaAllah.

Terimakasih kepada Ustaz Mujahid dan family yang sudi menjadi wakil pihak perempuan dalam menyempurnakan majlis tersebut dan ucapan penghargaan juga ditujukan kepada ahli rumah Azra dan sahabat-sahabat Zaid di Amman dan Mu'tah yang turut menyerikan majlis tersebut.

Amman Jordan, N9 Malaysia

Tiada penghalang teruna dara

Ucapan tahniah buat Zaid dan Azra

Restu keluarga membawa bahagia

Till the next n3 ( ziarah ke pokok rasulullah yang mencabar untuk tiba di sana )....

Have a nice weekend !!!

Thursday, April 12, 2007

A Wonderful Day Trip......

Semalam kami sefamily joined a group of tourist from Malaysia yang datang ziarah Jordan dan Syria dan kebetulan Zaid yang mengendalikan pakej pelancong ni dan ada seats available. So, mimi and Izzat ponteng sehari sebab nak ikut jalan-jalan makan angin.

6.45 pagi kami menuju Apartment/Hotel Oriental dan berjumpa pelancong-pelancong seramai 15 orang dari Malaysia . Ada yang datang bersama keluarga dan ada yang hanya pasangan suami-isteri. Sempat berkenalan sedikit-sebanyak kami terus menuju ke destinasi pertama , Wadi Syuaib terletaknya makam Nabi Syuaib. Walaupun dah pernah beberapa kali berkunjung ke sini tetapi bila kata ziarah I takkan melepas peluang ini tambahan pulak waktu berkunjung ke sana kali terakhir tahun lalu gambar-gambar yang diambil terdelete semuanya. So, semalam I sempat snapped gambar-gambar di Wadi Syuaib sebagai simpanan.


Setelah itu kami ke Amman Beach di Laut Mati. Seperti biasa Laut Mati penuh dikunjungi warga asing orang putih dan pelajar-pelajar sekolah yang berkelah di situ. Agak hiba bila melihat pelajar-pelajar arab sekolah menengah perempuan ( 3 buah bas ) datang berpicnic siap membawa kompang dan menari-nari seolah-olah berpesta di hadapan Laut Mati yang kisah umat terdahulu dilaknat Allah swt…… kehadiran yang sepatutnya menjadi iktibar dijadikan tempat bersuka-ria.



apa maknanya ??????





Kemudian kami menuju ke PETRA yang kini dalam proses mendapat pengiktirafan sebagai ‘The New 7 Wonders of The World’…katanya akan di gazetkan pada 7/7/07 . Memang Petra tidak pernah sunyi dari kunjungan pelancong tak kira samada hujung minggu atau tidak. Waktu masuk bukan main bersemangat berjalan kaki sambil tu ambil gambar batuan di situ yang sungguh unik. Taktau kenapa setiap kali bila melawat petra , hati terasa begitu kerdil bila melihat bagaimana hebatnya umat terdahulu dalam pembinaan dan ukiran batu dan tanah sehingga menjadikan ia nya sebuah Kota yang begitu menakjubkan. Walaupun tiket masuk ke Petra adalah yang termahal ( JD 21= RM105 )tetapi kepuasan yang diperolehi melebihi dari harga tiket tersebut.



kenangan bersama ...........

Laluan keluar dari Petra terpaksa ‘berbalah’ dengan pemuda-pemuda Badui yang menjaga kuda dan kereta kuda yang suka cakap bolak-balik sentiasa ingin menipu pelancong dengan mengenakan bayaran yang mahal bagi servis kuda dan kereta kuda. Setelah 5 minit berbalah akhirnya kata sepakat diambil sebab I dan rakan dari Malaysia memang taknak ‘mencederakan’ kaki masing-masing kerana terasa terlalu lenguh.




This Bedouin guy, Sabieh( English dia ni macam mat saleh siap accentnya sekali… mereka ramai yang fasih english sebab mat saleh terlalu ramai ke mari ) waktu memujuk I naik kereta kuda berkata … “ Would you like to take a carriage madam ?? “… I kata…” I’ll see later whether my feet are still strong to walk.”…Dia kata balik..” You know, it’s also a good massage…”….. Nak tau kenapa dia kata macam tu??…. Jalan keluar-masuk petra adalah campuran pasir, tanah, batu-batan, pejalan kaki yang lekuk-lekuk yang sememangnya jika naik kereta kuda akan terasa seperti diurut dengan ‘kasar’ .Akhirnya my friend ,mimi and I naik kereta kuda si Sabieh ni sampai main gate…LEGA . Izzat , my darling dan beberapa orang rakan serombongan naik kuda. Kali ni tak de siapa naik unta dan keldai kerana routes to ride these animals adalah jauh ke dalam dan semalam kami hanya explored sampai amphitheatre sahaja.







Rombongan dari malaysia menuju ke Damascus,Syria malam tadi dan kami berpisah setibanya di Amman…. Walaupun tak sempat beramah-mesra kerana factor masa hanya sebentar, namun gambar-gamnar yang sempat diabadikan bersama semasa lawatan kekal sebagai tanda kenangan , InsyaAllah.


Monday, April 09, 2007

I Love You Darling....


Darling ,
Kaulah kekasih awal dan akhir ,
Pertemuan pertama tanpa kata-kata,
Mata bertentang mata,
Semuanya kebetulan belaka,
Tidak diduga terbuka hati ini buatmu……….

Darling,
Kaulah intan kaulah permata,
Kata sepakat janji diikat,
Pernikahan sebagai bukti,
Cinta sejati pertautan hati,
Kepada Allah semoga diredhai………



Darling,
Kaulah tempat bermanja,
Pelbagai ranjau diharungi bersama,
Pasrah atas segalanya,
Walau terpisah beribu batu,
Doaku selalu bersamamu………..

Darling,
Kaulah suamiku tercinta,
22 tahun sebentar sahaja kurasa,
5 bakal pewaris di takhta,
Aku ibu dikaulah bapa,
Anak-anak pengukuh cinta………..

Darling,
Kaulah segala-galanya,
Terimakasih buatmu jua,
Sudi menemaniku walau di mana,
Kasih dan cinta kerana Yang Esa ,
Moga kekal di sanubari hingga bila-bila…………...

My Darling Hubby…. I love you forever……….

Sunday, April 08, 2007

BAYT RAS & ZARQA' outings....

Just got back from Bayt ras / Capitolias 10 minutes drive from Irbid , a roman castle which was discovered in early 2001 and the excavation of this historical place is still a long way to go. There we stood in the ruins of the forum which is situated in the middle of the Bayt Ras Village with residential houses all around and nobody would ever think that the roman castle was once under their houses…..so amazing….









Next to the castle stood a mosque which is believed to be the transit venue of Nabi Khidir (pbuh) while he was on his way to Al Quds. However we couldn’t get into the shrine since it only opens during prayer times….







We were supposed to go to Buqa’awiyya ( terletaknya pokok rasulullah ) yesterday but had to postpone it to next week since Zaid was still in Petra ( got some business to do ) . We went to Zarqa’ instead , just to experience the life of people in Zarqa’ during weekend( a district 30km from Amman ).
The Shrine of Nabi Khidir alaihisalam.


Rows of bundle stalls and shops welcomed us in Zarqa’….. it’s a wonderful experience to see a lot of bundle stuff sold and many arabs were seen grabbing and buying those used items since they were sold at extremely low prices…. A shirt cost only 10/20/50cents…. shoes sold at 1JD – 6JD / pair.







Being at the bundle market reminds me of our night market backhome….. I miss the keropok lekor / apam balik rangup / cendol /ABC..…nyumm, nyumm…

Friday, April 06, 2007

BAS LEMBAP vs TAXI MABUK......

Cuaca sudah 2 hari bertambah panas sedikit dan diharapkan akan berterusan sunny with blue sky kerana dah hampir 6 bulan tinggal dalam kesejukan. Pokok greenberry dan anggur di belakang rumah sudah mulai berputik .Tahun lalu tak habis makan greenberry dan selalu anak jiran datang meminta buah ‘tut’ tersebut…tapi anngur tak berapa menjadi, hanya 3 gugus saja yang dapat kami rasai kemanisannya, mungkin tak dibaja.

Dua-tiga hari ni kami berdua (hubby and I ) asyik berjalan ke Bandar setiap pagi dan pagi semalam setelah sekian lama tak naik bas , I cadangkan kami naik bas untuk dapat jugak sight-seeing sekitar Amman. Kalau naik taxi dari rumah ke city center paling lama pun 20 minit itupun kalau traffic jam, but naik bas betul-betul mencabar minda dan kesabaran….1 jam 10 minit dengan bas berhenti setiap 20/30 saat ,macam kura-kura dan yang lebih parah bila penumpang tak de duit syiling untuk tambang (bas tiada konduktor , masuk duit dalam mesin kutip wang sebelah driver )…

I yang ajak hubby naik bas, bila dah lembab macam tu dah rasa jemu (nak tengok apa pun dah jemu , sama je warna bangunan ), tengah jalan I cadangkan turun bas and naik taxi je..my hubby kata biarlah naik bas sampai ke destinasi…oklah….sampai di Abdali (downtown) ada penumpang ni masih belum bayar tambang (30qurusy je =RM 1.50 ), driver tunggu pulak that arab cari duit kecil dari kedai-kedai di sekitar bas station abdali, banyaklah jugak kedai yang tak nak bagi tukar duit sedinar tu. Nak je I bayarkan tapi tak tau nak cakap macamana dan takut pulak nanti penumpang arab tu rasa ‘aib’ (kena hati-hati nak memberi sebab arab ni ego nya tinggi , bukan senang nak menerima pemberian orang melainkan dia yang pinta )….

Akhirnya sampai juga ke city centre and I told my darling inilah kali terakhir I akan naik bas panjang ( masuk semalam 3x dah naik tapi ini memang yang terakhir, kalau nak naik bas ambik coaster ok sikit sebab pendek dan laju ).My hubby macam biasa senyum je…padan muka I nak sangat naik bas dahlah duduk belakang driver , kena pulak hidu asap rokok ( I kira 4 batang dia hisap dari my house ke city centre dalam masa sejam 10 minit )

Kawan-kawan ada tanya kenapa tak beli kerete je senang nak bergerak….jawapannya… tak sanggup nak menaikkan tekanan darah bila memandu…I kata pada hubby if I’m still young mungkin I masih boleh tolerate with ‘drunken driver’ (bukan mabuk sebab arak , bawak kete macam mabuk ) . I pernah naik kereta dengan kawan dari Singapore yang kawin pak arab, sepanjang jalan dia ni mencarut maki-maki drivers yang lain dan dia main redah je terutama bila sampai di roundabouts (memang banyak roundabouts kat Amman ). Brutal driver dia ni…nak survive on the road kena jadi ‘kurang ajar’ .hehehe…Memang I tak sanggup, naik taxi pun I pakai tahan je nak tolong tekan brake (co-driver)…

So nak kemana-mana I naik taxi atau sewa van bersama drivernya sekali.. Taxi di sini banyak dan mudah didapati tak kira masa dan tempat dan taxinya cantik-cantik tak macam di Syria , taxinya kecik-kecik. Taxi di Jordan ada pelbagai brands … Mercedes yang baru, Toyota Camry yang besar tu, KIA macam –macam jenis KIA…lain-lain lagi termasuklah Proton Wira dari Malaysia..pernah sekali je I naik ( kadang-kadang naik taxi pilih taxi yang hebat dan besar !! )

Zaid pernah masa naik taxi wira this driver tanya zaid dari mana, zaid jawab Malaysia…arab tu kata lagi …ha taxi aku ni buatan Malaysia…tak bagus !! zaid kata lagi…ha tak bagus, kenapa ?...dia jawab… tak tahan, lembik… Pastu zaid kata.. ha negara aku ada jugak buat kereta bukan macam Jordan tak de buat apapun… arab tu cakap lagi… buat kereta pun tak bagus buat apa….zaid kata lagi…..mana lebih baik, negara yang buat kereta dan ada kereta sendiri walaupun kurang sikit kualiti atau negara yang tak de buat apa-apa pun ???? Terus arab tu terdiam…

Bila balik Zaid cerita pada I kisah perbualan dia dan taxi driver tu.. I terfikir balik soalan terakhir yang zaid tanya pada pak arab tu…

“Mana lebih baik…negara yang buat kereta dan ada kereta sendiri walaupun kurang sikit kualitinya atau negara yang tak de buat apa-apa pun ???? “

I sendiri tak tau apa jawapan yang sebenarnya………………..

Tuesday, April 03, 2007

Kepulangan Penawar Kerinduan

Cuaca kembali sejuk dan berangin minggu ni dan suasana dan suhu seperti masih winter …entah kenapa tahun ni memang lambat spring menjelma….waktu Jordan telahpun ditukar minggu lalu iaitu sekarang 5 jam awal dari Malaysia .

Pagi ni sempat membuka blog dan menulis sedikit kerana lapang sedikit ( my hubby suka tengok BBC news/al Jazeera news )..so I kata nak ‘tengok’ pc kejap…..

Petang Sabtu masa darling hubby tiba diambil oleh zaid di airport Mimi yang sedar dulu sebab dia sedang bermain di luar…jeritan “ayahhhhhh” menandakan my hubby dah tiba..I rasa yang paling excited dengan kepulangan my hubby adalah tak lain tak bukan mimi , my baby Barbie… kesian pulak bila kadang-kadang bila dapat call dari my hubby dia siap cakap ‘ mimi rindu ayah bila mimi nak tido…. “ sayu dengar suara my hubby kata ,” ye ke, ayah pun rindu mimi..”




So, dah 3 malam kami tidur bertiga atas katil ( nasib baik katil King size..)... ….dah 3 hari my hubby yang hantar dan wave goodbye to mimi di parking lot semasa kenderaan Ummu Khatif ambil mimi dan izzat ke sekolah dan dah 3 hari mimi makan nasi dan roti habis tak berbaki kerana dah sekian lama makanannya tak pernah habis……Itulah agaknya keceriaan kanak-kanak terpancar bila disayangi dan dihadiri bersama oleh ibu dan bapa….mungkin tidak berapa ketara rindu nya bagi anak-anak yang besar kerana biasa ditinggalkan dan sudah boleh menerima hakikat hidup berjauhan tapi sayang dan rindu dipendam di hati masing-masing……..



Nak kata I sibuk sangat bila my darling ada taklah jugak, macam biasa je , Cuma I ni memang kaki jalan…. Cuma kali ni kami tidak plan berjalan jauh kerana bukan musim cuti sekolah..berjalan sekitar Jordan sahaja…, InsyaAllah..hujung minggu ni nak ziarah ‘pokok rasulullah’ iaitu pokok rasulullah saw berteduh semasa membawa barang dagangan bersama Abu Talib dalam perjalanan ke Busra…. Pokok ni agak jauh di tengah padang pasir dan hanya boleh direntasi oleh 4WD pick-up /van…..


Petang semalam kami ke Mecca Mall bersama anak-anak nak main go-cart serta makan-makan di food court.

Kerinduan selama hampir dua bulan terubat jua bila dapat bertemu dan bermesra bersama keluarga kerana inilah jalan yang kami pilih dan setakat ini berjauhan tidak bermakna tersisih kasih-sayang malah lebih membawa cahaya dan ceria dalam kehidupan, InsyaAllah…….


Bunga-bunga cinta terus berkembang mekar di hati bersama mekarnya bunga di Jordan di awal musim bunga.....