Perjalanan ke Syria( dengan Damascus sebagai ibu negara yang mempunyai 8 juta penduduk) minggu lalu menambah lagi pengalaman berada di negara timur tengah. Syria merupakan sebuah yang merdeka dan ekonominya tidak bergantung kepada negara barat. Negara yang kaya dengan hasil tanaman berunsur makanan serta buah-buahan memungkin rakyatnya dapat hidup dengan hasil dari dalam negara sendiri. Oleh itu tidak hairan syria tidak tunduk dengan tekanan kuasa-kuasa besar dunia.Kilang pembuatan dan pengeluar bahan makanan dan keperluan harian terdapat begitu banyak di syria dan harga barangan agak murah berbanding Jordan. Perniagaan berasaskan industri kecil masih memainkan peranan yang utama sekaligus dapat menjana pendapatan rakyat secara samarata. Berbeza dengan Jordan yang meletakkan US sebagai 'kiblat' utama dengan pelbagai barangan yang dijual datang dari negara uncle sam itu, suasana di syria amat berbeza. Tiada kelihatan fastfood outlets seperti McDonald, pizza hut, KFC, Burger King ,Popeye's dan lain-lain di sana.
Syria merupakan syurga membeli-belah dengan harga barangan terutama textile amat berpatutan. Souq Hamidiah di Damascus dan Souq Halab di Halab/Aleppo (6juta penduduk di halab )yang mempunyai ribuan kedai (memang boleh sesat dibuatnya ) benar-benar menawarkan barangan yang made in syria dengan harga murah.Rasanya ramai pelancong dari malaysia yang bershopping di pasar aleppo kerana kami terjumpa kedai kain tudung seperti dalam gambar di bawah (iklan in BM )
Sistem yang diguna pakai ialah setiap lorong menawarkan barangan yang sama contohnya jika lorong itu menjual pakaian , semua kedai di lorong tersebut hanya menjual pakaian. Terasa benar yang setiap penjual benar-benar tawakkal dan redha dengan rezeki masing-masing yang Allah telah tetapkan untuk setiap hambaNya. Jika di malaysia perniagaan didominasi oleh satu kaum sahaja dan bangsa melayu beragama islam selalunya dikatakan tidak pandai berniaga, tetapi suasana di negara arab seperti syria dan jordan menyangkal pendapat orang islam tidak pandai berniaga. Rata-rata semua penjual di sini adalah bangsa arab beragama islam(segelintirnya kristian ). Sewaktu menziarahi Bosra iaitu tempat di mana Rasulullah saw singgah sewaktu dibawa oleh bapa saudaranya Abu Talib berdagang ke syam sewaktu baginda masih kecil, hati terasa sayu apabila mengenangkan begitu jauh perjalanan baginda semata-mata membawa hasil dagangan dan baginda memang amat terkenal sebagai a very successful businessman dan islam amat menggalakkan umatnya berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Selain sebagai pusat membeli-belah, syria jugak terkenal dengan begitu banyak kesan sejarah para anbiya' yang masih terpelihara sehingga kini. Maqam para nabi yang dilawati saban hari terutama maqam nabi yahya (hanya kepala baginda) yang terletak di dalam masjid umawi di damascus mencetuskan rasa sayu tatkala terkenang bagaimana baginda dibunuh ketika berdakwah risalah tauhid.Begitu juga sayu semasa menziarahi maqam panglima perang khalid al walid di Homs. Saifullah gelaran diberi kepadanya yang berjuang sehingga terdapat puluhan tikaman pedang di seluruh tubuh beliau .Walaupun begitu beliau tidak mati di medan perang . Masjid di mana jasad khalid al walid di maqamkan masih subur dengan nur islam kerana sehingga kini masih terdapat pusat pengajian tahfiz al quran di dalam masjid itu sendiri.Selain itu terdapat maqam para sahabah serta maqam isteri serta saudara-mara nabi muhammad saw di sekitar Damascus dan Halab.Ini adalah disebabkan pusat pemerintahan Islam ditukarkan ke tanah syam semasa zaman khulafah ar rasyidin.
.
Satu pemandangan yang tidak dapat dielakkan semasa menziarahi maqam saudara-mara rasulullah saw terutama yang ada berkaitan sayyidina ali, kelihatan begitu ramai pengikut syi'ah yang datang menziarahi dengan perlakuan yang 'over' seperti meratap/meraung/menyapu-nyapu besi maqam/ikat tali di maqam dan lain-lain perbuatan yang membuatkan hati tertanya-tanya ..adakah perlakuan sebegitu terdapat di dalam ajaran mazhab syiah itu sendiri. Masjid Saidah zainab di damascus dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan iran dengan kubahnya diperbuat daripada emas tulin. Maqam saidah Zainab dihiasi dengan intan berlian bergemerlapan(tidak dibenarkan bergambar di sini ). Rata-rata pengunjung adalah datangnya dari Iran dan iraq yang berfahaman syi'ah. kami diingatkan agar berhati-hati semasa membeli barangan seperti al quran di sini kerana dikhuatiri mempunyai unsur-unsur syiah yang mempunyai sebanyak 120 surah di dalam quran mereka.
Secara keseluruhan lawatan ke syria kali ini bukanlah yang terakhir kerana masih terlalu banyak tempat sejarah yang masih belum kami terokai . Tinggal di bumi anbiya' merupakan bonus kepada kami menyelusuri jejak para nabi serta sahabat demi memantapkan aqidah sebagai umat manusia yang mentauhidkan Allah menuju alam kekal abadi, InsyaAllah.
Jutaan terima kasih kepada anakanda zaid dan sahabatnya hazimin yang berjaya menganjurkan satu perjalanan yang amat bermakna buat kami sekeluarga. Semoga perjalanan ini diberkati Allah .Amin.
One thing for sure.........Syria, we'll be back, InsyaAllah.

1 comments:
Salamz kak,
Saya baru pulang dari melawat Syria bulan lalu. Saya ada beberapa gambar di Maqam Saidatina Zainab.
Niat saya hendak berkongsi gambar2 tersebut dgn akak memandangkan akak tak dapat ambil gambar di sana.
Emel saya di zatulh@yahoo.com.
Salamz
Post a Comment