Semalam ingat nak ke Dholil ,sebuah bandar dalam sejam setengah perjalanan from amman yang didiami oleh majoritinya bangsa India yang datang dari India . Dah lama merancang nak melihat kehidupan mereka di situ tapi Zaid ada hal lain pulak. Akhirnya ubah plan.... so I ke Carrefour beli some grocery , seafood , baklava mix and brownies...nyumm,nyumm.
Then baca komen dalam blog dan ternampak komen dari asma, a medic student yang studies di Irbid( 1 hour drive from Amman) tentang how she misses those beautiful and refreshing waterfalls and beaches backhome.I memang sangat-sangat merindui itu semua kerana Jordan amat kurang tempat berkelah yang ada sumber semulajadi air dan dedaun rimbunan hijau. Jordan kurang sumber air dan air yang digunakan harian diproses/dirawat semula . Sebab itu sesiapa yang berkulit sensitif akan mudah dijangkiti penyakit kulit seperti gatal-gatal kerana airnya mempunyai kadar klorin yang tinggi .Sumber air datangnya dari Sungai Jordan ( yang semakin sempit dan cetek )dan wadi-wadi yang semakin kekurangan air. Sumber air yang utama di Dataran Syam ( 4 negara ni dikenali sebagi dataran syam ;Jordan,lubnan,syria , palestin )adalah Tasik Tobari yang kini dikuasai oleh Israel.
Setelah tinggal di Jordan, I lebih menghargai air berbanding semasa di tanahair. Kalau dulu tak kira bila, air digunakn sesuka hati kerana guna banyak mana pun tak kisah asalkan bayar. Situasi di sini amatlah berbeza, bayaran tiada masalah, tapi air tiada untuk digunakan secara membazir. Air hanya masuk/datang sekali/2 kali dalam seminggu. Di kawasan perumahan yang I tinggal air masuk 2x seminggu, sesetengah tempat sekali sahaja seminggu. Sekali bermaksud 24jam air akan dialirkan dari sumber utama ke dalam tangki di setiap rumah. Alhamdulilah tuan rumah I menyediakan 3 tangki air yang besar .So, bila hari air masuk, semua orang akan membasuh pakaian/lantai laman rumah(hobi arab basuh lantai biar pun kurang air ) dan lain-lain keperluan dalam masa 24 jam. Winter kurang masalah kerana jarang mandi ( tak bau pun hehehe ). Summer memang selalu air habis sebelum tiba masa masuk air. I memang sediakan tong-tong air dalam rumah selain tangki di atas bumbung ( sini semua letak atas bumbung, tangki air, tangki diesel untuk heater , satelit TV , corong asap dapur and even kambing di pelihara di atas bumbung..di Mu'tah ada )
Lebih malang lagi ada di sesetengah tempat ada air dalam tangki atas bumbung dicuri sebab bumbung share(apartment/terrace). Walaupun tangki air biasanya dikunci tapi pencuri memang pro, ada yang tebuk guna paip dan ada cara lain yang tak diketahui. Oleh itu kena selalu cek tangki atas bumbung takut mangga kuncinya di pecah dan airnya diambil .Cara penyelesaian ?? Beli air dari lori tangki yang agak mahal, apa boleh buat jika air habis dan hari masuk air lambat lagi. Biasanya students di sini ( samada di Amman/ Mutah ) akan beli air dari lori air . Itu bagi air seperti membasuh pakaian/mandi. Air minuman/masakan memang tiada siapa yang akan minum/masak dengan air paip kerana klorinnya amat banyak(kalau masak air boleh nampak putih klorinnya )Oleh itu , air mineral atau air tapisan memang amat laris....ada water delivery business lagi. Bagi yang tak tahan kulit akan mandi dengan air mineral.
Ini baru kisah air kegunaan harian....what about waterfalls ????
Summer lepas kami sekeluarga except my darling hubby ( dia tak cuti lagi waktu tu) saja berjalan di Karak(bandar dekat dengan Mu'tah) dan Zaid bawa kami ke sebuah kawasan air terjun/sungai yang bernama Ein Sara ( mata air Sara ). Tempat ini terkenal sebagai tempat picnic esp in summer. Setiba di sana....lain ceritanya....tak berselera tengok keadaan di situ...airnya dahlah cetek, tak de air terjun pun, penuh sampah...ok lagi....tak tahan bila nampak ada makcik arab and anak-anak dia membasuh bulu biri-biri di celah batu yang terletak di hulu sungai (cuma 20m dari tempat orang mandi-manda ). I berdiri betul-betul atas jambatan dan di bawahnya makcik ni sedang basuh bulu-bulu dari hitam/coklat jadi putih seputihnya dan bukan satu keping , banyak keping bulu kambing yang dibasuh dan dicuci. ( I ada ambik gambar tapi semua gambar outing hari tu terdelete dalam pc budak rumah zaid, memang rugi !! )I nak terloya sebab air basuhan tu lah yang kanak-kanak dan bapak-bapak mandi( mak-mak tak mandi sebab tempat open, aib ).Kalau air sungai banyak tak lah geli sangat tapi ni air pun macam ada and tak de je....boleh bayangkan mandi air kambing yang hamis, silap-silap berkudia badan....kami memang bukan datang nak picnic, just to visit sebab banyak tempat lain lagi nak dilawati but I rasa arab ni jenis tak kisah, mungkin pada dia ein sara dah macam syurga mandi-manda....well, it's their life....
So, pada sesiapa yang tinggal di negara yang banyak air, hargailah air, jangan membazir. Cuti-cuti rajin-rajinlah bawa keluarga ke waterfalls yang nyaman lagi segar sebelum semuanya itu di'rosakkan' oleh tangan-tangan manusia yang tidak tahu menghargai sumber semulajadi kurniaan Ilahi.....
28 comments:
salam,
salam kenal :D.
suami saya dulu belajar di univ.amman, pernah gak dia citer pengalaman hidup di sana. :D
salam kembali,
oh ye ke... dulu katanya memang ramai malaysian students kat amman...kini sikit je...tak nak datang kembali ziarah???
OMG. I'm soo gonna die if i live in jordan. Hahah. I ni mmg jenis suke mandi n minum banyak air. Tak sangke pulak kat Jordan masalah air sampai ke tahap mcm tu eh. Kat Ireland ni, air mmg melimpah2. Air paip tersangatlah bersih. Boleh minum terus tanpa waswas. Bil air pulak mmg tak pernah wujud. Bekalan air paip ke rumah2 adalah free of charge. Hahah. Ireland mmg syurga air. Kalau rindukan air yg bersih, dtg la ke sini, makcik ani. Hihihi
bila banyak air kita tak tau menghargai nya..bila dah kekeringan baru kita tau nilai nya.. teringat bila berlakucatuan air dulu.. sakit pinggang mengangkut air..
Ya ke? Reminds me of sekolah asrama dulu masa takde air. Mengangkut la dlm baldi, mandi air pili bomba pun ada, hehe...
hmmm...kat Msia pun dijangka akan ada msalah air. tapi rasanye tak seteruk kat jordan kot. hehe
btw, abang saya belajar kat Uni Mu'tah dulu. :)
I can't agree more with you with regards kekurangan air.Kat sini I tengok cuci kereta air berbaldi di gunakan.Wah dry skin tu sasah ler sikit nanti I tak groovy lagi....hahaha...just kidding:)
LUJ...thanks kerana mengingatkan....walaupun kak lady bukan jenis yang suka membazir...tapi kadang bila cuci pinggan mangkuk & baju...terlebih guna air pulak....
Terpaksalah berjimat sebelum kita diuji oleh Allah kerana sikap kita itu...
jhazkitaro,
setakat ni tak de sapa mati sebab tak mandi hehehe.....mandi je, habis air, boleh beli...nak minum air banyak, no problem air mineral murah....
Waktu pergi Syria baru ni memang makcik lepas gian mandi lama,syria kaya air sebab ada sg furat, air boleh terus minum dari paip macam tempat you...:D
+++++++++++++++++
zino,
kadang-kadang bila benda banyak, we tend to waste....tapi kat sini tak pernah nampak lagi orang angkut air , agaknya dah biasa kurang air ,pandai je bajet guna air...
tq 4 dropping by :)
++++++++++++++++++
hazia,
Ha ah ye , kat malaysia SBP yang selalu kena catu air, pandai pun mandi guna sebaldi air ye...sini ada yang macam cowboy je, basuh muka , gosok gigi terus pergi sekolah, tak sampai segayung pun air...nasib bak iklim kering taklah berbau sebab tak berpeluh...tapi kalau dah berminggu tak mandi aaahhh usah dikira baunya dong.....
+++++++++++++++++
sare_reyes,
welcome to my blog.
Harap-harap taklah teruk sangat catuan air di tanahair sebab negara kita panas dan lembab memang perlukan bekalan air yang banyak....
tentu abang you ada pengalaman bab air ni...
+++++++++++++++++
kak elle,
Tiap pagi masa tunggu driver ambik mimi ke sekolah I lihat this one arab guy ambik upah cuci kereta, imagine dia gunakan hanya sebaldi air sabun sahaja untuk mencuci lebih dari sepuluh kereta, lepas tu dia hanya lap kereta2 tu dengan towel yang kering, tak guna air langsung...he does this every single morning.....boleh kita buat macam tu ?????
tak pe you punya pasal, I sanggup beli air berlori-lori agar you sentiasa groovy :D:D
++++++++++++++++++
kak lady,
I pun ingatkan diri I sendiri, macam you , I pun suka guna banyak air tapi dah ada kat sini, pandai jugaklah jimat air walaupun ada jugak membazir bila hari air masuk....rasa nikmatnya ada air...
hehe yup mesti org xbley byg idop kite kt joden nih..hehe
tuh org blom tgk lg kite mkn pinggan ngn dulang balut plastik jek xyah basuh..
saya pernah dengar orang kata, dia lebih rela tak de elektrik daripada tak de air.
bila dah kurang air, kita sebagai manusia pandai-pandai lah menggunakan air. (tapi yang terlebih air tu, hehe macam kami ni, kena beringat lah)
Bila cakap pasal air ni, memang rasa bersalah sebab kadang2 dgn tak sengaja, kita mmg membazir air... lepas tu ingat, nanti masa cucu-cicit kita cukup ke air?
Sekarang ni pun air makin mahal, tapi kualiti masih sama... tak boleh minum terus dari paip.
Insaf sejenak membaca kekurangan air ditempat org...Betui ker air lagi mahal dari minyak kat sana? atau sekadar khabar angin jerk..
sudi-sudikanlah kena tagged!
Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!
p/s: xde paksaan
bila baca post ni teringat masa tahun 98? yg satu lembah kelang kena catuan air selama berbulan2. masa tu plak, anak baru sorang..isk isk seksa takde air masa tu...
kita ni sebenarnya sgt beruntung...
asma dear ,
kalau tak lapik plastik guna pinggan plastik ye...pelik tak pelik, duk jordan jadi biasa je :D
++++++++++++++++++
mama sarah,
betul tu , tak de air memang rasa tak boleh nak teruskan kehidupan..
+++++++++++++++++++
intan,
Agaknya generasi akan datang ramai yang tak kenal sungai dan tasik sebab habis kita guna dengan rakus...
+++++++++++++++++++
nbk466,
Jordan tiada sumber petroleum, so minyak lebih mahal dari air... harga semasa:
1L petrol =JD0.50 (RM2.50)
1L air(mineral) =JD0.15 (RM0.75)
Arab Saudi yang kaya minyak memang mahal air dari minyak.
+++++++++++++++++
joe penang,
tq but no thanx...tagging dah selesai....
I'm not that weird afterall...
+++++++++++++++++
kc,
memang malaysians are lucky but masih ramai yang tak tahu menghargainya....
kat m'sia nih ada air banyak pun tak bersyukur. kat situ lah buang sampai, kambus ngan tanah, korek sana & korek sini...
ish, kot tak de air, hancuuuurrr! kat sini orang pakai tisu pun dah haru!
Cerita pasal air kat arab ni lebih kurang sama ajer. Kat sini pakai air laut jadi rambut tu keras ajer...sesetengah orang pakai mineral water basuh rambut. Tapi kat sini tak la sekronik jordan. Alhamdulillah tak ada catuan air. Tapi saya mmg beli air. Tak bleh nak minum air yang dimasak terus dari paip.
Salam LuJ,
Membaca cerita kak Rina mengenai kekurangan air di Jordan, really makes me appreciate the life in M'sia, banyak waterfall, rivers, etc. Tapi sayang people like polluting the rivers in the name of mordenisation.
cikdinz,
kalaulah rakyat malaysia sayangkan alam semulajadi alangkah bagusnya...
++++++++++++++++
d,
tak pe dik, kalau setakat nak solat ok lagi boleh tayamum...tapi bila nak basuh itu ini yang tak boleh hidup tanpa air ^.~
++++++++++++++++++
zakiah,
nagara arab ni kaya minyak tapi miskin air...
++++++++++++++++++
nj,
Nikmat ada banyak air di tanahair kadangkala buat kita rasa tak salah 'hilangkan' sumber alam semulajadi demi pembangunan...tak ambil iktibar dari negara yang kontang dan tandus.
hhmmm sini kesusahan bab2 air, lain sikit caranya. kalau tengok memang la geli etc tapi nak buat camne, sbb memang air yg disalurkan teruk quality nya. alhamdulillah kami dapat supply bagus. bila terkena camni, baru nak beringat.
Hah.. Baru sempat masuk pagi ni.. citer pasal air.. kak sya happy sbb bulan ni bil air cuma 20 banding ngan tahun lepas yg adakalanya mencecah 50.00
mulan,
yang tak dapat air bersih terpaksa jugaklah guna yang kurang kualitinya , janji ada air... kesian kan diaorang....
++++++++++++++++++++
sya,
tq 4 being here.
oklah dah dapat kurangkan bil air tapi kadang-kadang bil tinggi sebab masalah paip dan tekanan air...dulu pernah jugak kena macam tu.
salam,
sis. ada rezeki mmg saya nak ajak suami ziarah ke sana :D.
nantilah, saya nak bagi dia tgk blog sis ni, mesti dia hepy dpt recall semula kehidupan di sana :D
mengejar kemajuan yg membawa kehancuran...
kak long,
ahlan wa sahlan !!
++++++++++++++++
cikdinz,
agaknya itulah maksud kemajuan sebenarnya..entahlah I pun keliru:(
Interesting to know.
Post a Comment