BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 17, 2007

Dulu ..Pantai Marina........Kini...Rome Theatre

Dah dua hari sakit tekak dan rasa pening kepala bila banyak berjalan..so tak pergi mana-mana pun weekend ni. Berkurung dalam rumah, makan pun main order thru phone, tak larat nak masak. Tengah hari ni called Pizza corner for Chicken/mushroom pizza. Pizza ni buy 1 free 1, yang habisnya 1 pizza je , makan 3 orang termasuk si mimi kecil , mana nak habis. Lepas makan I telan panadol, antibiotik dan cough syrup, rehat sekejap dan rasa nak update blog....

Weekend ni terasa sunyi sangat sebab dah habis masa bercuti..back to normal again..darling hubby dah kembali ke islandnya, anak-anak dah start sekolah..i'm alone again. Ingat kalau di kemaman, kalau I rasa sunyi I selalu jenguk my favourite beach...Marina Beach or Pantai Telaga Simpul..sesuai untuk merehatkan minda and fishing but not for swimming, banyak batu kecil. I jadikan that pantai tempat menenangkan diri/minda dan kadang-kadang meluahkan apa yang tersirat di pantai ini. Kalau pantai ni boleh berkata-kata, sudah pasti terlalu banyak yang ia tahu tentang diri ini, rahsia diri dan segala pahit/manis kehidupan banyak yang I kongsikan dengannya. Cukup setakat pergi dan melihat air laut serta ombak dapat menghilangkan rasa rindu pada pantai marina. Tanpa matikan enjin kereta, I rasa puas dapat melihat pantai yang tenang dan kadangkala kelihatan kapal-kapal nelayan yang pulang dari laut lepas menuju kuala kemaman ( kuala kemaman is on the other side of pantai marina )di mana peraih ikan sedia menanti para nelayan memunggah hasil tangkapan masing-masing.I really miss this pantai. Once in a while if my darling hubby happened to be working around this area, we had lunch together here, ada beberapa gerai menjadi kunjungan para pekerja dari teluk kalong industrial area....That pantai marina means a lot to me ........
I've been to Amman/Jordan tiga kali sebelum berpindah dan menetap di sini. Awal lagi I dah rasakan the Rome Theatre di tengah-tengah bandar Amman adalah tempat yang paling I suka dan boleh menggantikan my pantai marina. Kawasan di sekitar rome theatre amat tenang dan segar dengan pepohon pokok yang rendang yang ditanam bagi memberi suasana redup , siap dengan bangku tempat merehatkan kaki selepas puas berjalan di city centre. Pernah juga having breakfast di situ bersama anak-anak..just relaxkan minda...However, suasana di sini tidak serupa, terasa janggal if I seorang wanita duduk-duduk di bangku di sekitar rome theatre, baca-baca majalah or just menikmati suasana indah di sini. It just won't happen.Setakat ni I tak pernah lagi cuba duduk sorang-sorang kat situ walaupuh I really love to be alone sitting on the bench facing the theatre, analysing people .....oh bestnya kalau dapat ....Walaupun sebuah negara yang bersifat terbuka dan tidak banyak membezakan lelaki dan wanita tetapi mungkin bukan budaya wanita di sini duduk seorang di tempat terbuka . Di shopping complex memang biasa , tiada masalah tetapi tidak di kawasan laluan umum seperti di kawasan rome theatre yang menjadi tumpuan pelancong tempatan/luar.


Well, this weekend tak dapat nak ke mana kerana kesihatan tidak mengizinkan. InsyaAllah next weekend I nak ke 'my' rome theatre sebab dah lama tidak dikunjungi....Mungkin makin cantik sebab nak masuk spring dah ni.......zinkan. InsyaAllah next weekend, I nak ke my rome theatre kerana dah lama tak dikunjungi....gerai-gerai kecil telah dirobohkan dan digantikan dengan laluan pejalan kaki.....mesti makin cantik .

9 comments:

Anonymous said...

salaam luj, it's nice to have a special place to go on your own. that theatre looks very interesting.
hope you get well soon.

Anonymous said...

aiseh.. tak sihat ke? get well soon eh.. byk2kan minum air...

Lollies said...

oh i love the photo. rasa macam i pun nak duduk situ. dengan theatre tu backed by the buildings rapat-rapat tu. can imagine the civilisation.

eh you take care ok.

silversarina said...

intan.......memang cantik area theatre ni..I'm recovering.




jhaz......ok sikit dah..tq 4 the advice doc.



lollies......memang kat sini rumah banyak atas bukit dan rapat-rapat.....tq.

maklang said...

Salam LJ:

Maklang baru masukkan gambar ...gilah tengok..InsyaAllah sakit tekak tu akan hilang keran mentap gambar2 indah di blog maklang...

Take care ye....

aNIe said...

Harap harap lj dah sihat sekarang...dptlah pergi melawat your rome theatre....

Get well soon...

silversarina said...

maklang,

Lepas tengok pics kat your blog, rasa sihat sikit sebab tumpang happy....uummm..nyum nyum.

=================

kak lady,

Still recovering.Selalunya cepat je baik, kali ni pulak lambat sembuh, mungkin cuaca tak menentu.

Memang tak sabar nak round balad (city centre ).

D said...

nak ikuuuuuuttt!!!!

silversarina said...

hai d,

marilah datang amman, boleh kita picnic kat rome theatre makan roti arab dengan humus (blended kacang kuda ).....