Feeling a bit okay pagi ni, tapi memang kali ni demam, sakit tekak, hidung sumbat, batuk lambat betul baik. I memang jenis yang susah nak sakit sampai terpaksa baring, tapi this time tak boleh nak buat gagah. Lepas mengadap pc /berdiri dalam setengah jam dah mula rasa nak loya dan nak pitam, kenalah baring. Hopefully, by this Friday sihat sepenuhnya sebab dah janji dengan mimi nak pergi amman mall (ada indoor children theme park ) dan nak beli barbie doll's house , ini semua gara-gara every morning dia bagi excuse sakit perut tak nak pergi sekolah, so I janjikan benda-benda tu dia pun senyum. Bukan apa kalau dia tak ke sekolah dan I pulak demam, susah nak layan dia, tu yang paksa jugak dia ke sekolah. Lega , lepas dipujuk dia okay, siap bye bye lagi semasa naik kerete ummu khatif untuk ke sekolah.... ( Gambar Mimi di Laut Mati )
Mimi 4 tahun anak I yang bongsu yang kadang-kadang I amat rindukan dia bila dia tiada di rumah, sebab orang lain semuanya dah besar panjang. Teringat pada mimi teringat pada anak-anak kecil di Jordan ni. Oleh kerana most Jordanians kahwin di usia lewat 30an, mereka lambat dapat anak dan oleh itu mereka amat suka dan sayang pada kanak-kanak. Even sesetengah lelaki dan wanita akan terus mencium kanak-kanak yang mereka jumpa tak kira anak siapa. MImi kalau ke kedai biasanya akan mendapat barang percuma dan tak ketinggalan free-kiss sampai ada ketika mimi kata tak nak free kiss. Sewaktu berada di sekolah mimi, I lihat guru sendiri mencium pelajar-pelajar (taska+tadika) termasuk mimi semasa berbaris menaiki bas.Itulah salah satu sunnah nabi saw yang dipraktikkan di sini, iaitu menyayangi anak-anak .
Apa yang I lihat boleh dikatakan lumrah bagi penduduk amman yang rata-rata educated dan bertamadun. Jika bergerak luar sedikit dari amman, appearance kanak-kanak pun sudah nampak berbeza, tidak berapa bersih, comot, kasar seolah-olah seperti tidak terurus. Memanggil anak dengan perkataan 'khimar' atau keldai adalah perkara biasa. Perkataan khimar merupakan perkataan yang paling jelek di sini yang meletakkan seseorang berada pada tahap seburuk-buruk makhluk.
Tuesday, February 20, 2007
Siapa Pembela Nasib Mereka ???
Sewaktu mengikuti Jelajah Jordan 2006 tahun lalu kami sempat singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat di Kg Aghwar, di pingggir Laut Mati . Ramai kanak-kanak yang mengerumuni bas kami dan keadaan kanak-kanak di situ tidak pernah dilihat sebelum ini. Sumayyah yang bergambar dengan mereka cepat-cepat naik bas semula kerana tidak tahan dengan 'bau hanyir' mereka.(lihat gambar )
Kasihan dengan keadaan mereka, my darling hubby sarankan kami hadiahkan mereka dengan biskut/coklat yang kami beli (ada di jual dalam bas ). Beberapa pelajar Jordan University of Science & Technology (JUST) yang bersama dalam lawatan tersebut menyerahkan coklat/biskut tersebut kepada kanak-kanak berkenaan. Tersentak kami kerana mereka segera datang dan 'merampas' dan berebut-rebut plastik berisi makanan tersebut seperti mereka tidak pernah menjumpai coklat/biskut sebegitu. Bila my daughter, Sumayyah menitis air mata sedih dan sebak melihat gelagat anak-anak di situ, I dan beberapa pelajar lain pun join nangis sama . Memang sedih dan hiba. Mimi terdiam , tercegat , mungkin sedih dengan apa yang dilihatnya. Bagaimana agaknya kehidupan mereka yang tinggal di rumah yang berlantaikan tanah (memang tanah merah dan dibentang tikar jerami jika ada tetamu ).
Kasihan, itulah perkataan yang selalu I luahkan bila kanak-kanak diabaikan dan didera, tidak dijaga , dibelai dan disayangi sebagaimana sepatutnya. Pengabaian kanak-kanak bukan hanya berlaku di bumi Jordan ini malah di serata dunia terutama di dunia ketiga, tidak ketinggalan my homeland, Malaysia. I pernah mendengar ibubapa di malaysia memanggil anak-anak mereka dengan perkataan 'babi, bodoh,setan,hantu'. Sampai bila agaknya kanak-kanak di bumi ini akan terbela nasib mereka. Soalan yang lebih utama....SIAPAKAH PEMBELA NASIB MEREKA ????
Posted by silversarina at 7:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Assalamualaikum
Pak Arab ni mmg suka dengan budak budak yer. Anak saya kalau gi kedai pun selalu dapat coklat free. Tapi mak dia yang makan coklat tuh. Heheheh.
Salam perkenalan...
Zakiah,
waalaikumusalam and salam perkenalan kembali.
Agaknya memang budaya arab ni tak kira kat mana memang sayang kanak-kanak.
Take care...rehat banyak-banyak ye..
luj, your girl is soo cute!
Sedihkan bila terkenang minyak yang Tuhan anugerahkan pada bumi islam, kekayaannya tak tersampai pada kebanyakan orang islam.
yang berlebih membuang-buang, yang kurang meminta-minta... Semoga setiap Muslim lebih prihatin dan bekerjasama.
Memang betul...anak2 telah diberikan nama2 yang elok...tapi lain pulak panggilan yang digunakan...kak lady ade juga jiran2 semasa di Melaka yang memanggil anak2 mereka dengan perkataan yang tak patut digunakan oleh seorang ibu...
Itulah kehidupan...dimana-mana pun tak pernah sempurna...
intan,
Tq.Budak kecik semuanya comel...
Itulah negara kaya tetap kaya dan yang miskin tetap miskin walaupun sabangsa....Jordan adalah negara arab yang tidak punya sumber minyak...buminya gersang , kira negara miskin walaupun nilai matawang tinggi berbanding USD dan RM.
++++++++++++++++++++++
D ,
Betul kata D . Bila ada rezeki lebih kita kurang bersyukur.Lihat kesusahan orang lain sekadar melihat , sukar nak dicerap dan diterap dalam hati sebab tak melaluinya.Sekadar melelehkan airmata pun takkan merubah apa-apa !!
I link you without ur permission...biasalah kan.
+++++++++++++++++++++++++
Kak lady,
Ha ah . kehidupan sama je kat bumi ni, ada senang ada susah.
Masa kami duduk melaka masa kecik-kecik dulu , kakak selalu kena maki dengan cikgu dia, macam-macam kata kesat cikgu tu keluarkan termasuk 'penyapu '....ingatkan zaman tu dah berlalu....
betapa bertuah nye kita dpt dok di negara Malaysia.
cikdinz ,
You are right cikdinz....
Tapi I pernah pergi rumah-rumah di ceruk terengganu yang masih berlantaikan tanah merah , atap zink karat separuh je.... ni real cases....
You do blogging lagi ke?? nak link you ni.. hehehe
bila kerap memanggil anak2 dgn nama yg tak elok maka dia pun akan membesar dgn perangai tak elok, wallahualam!
masih terkejut dgn kisah 2 beradik yg mati dibunuh ngan kejam oleh ibu kandung sendiri...
ni nak pitam2 ni, tak berapa sihat ni, demam2 ni, kot2 nak ada kawan tak si Mimi tu...he..he...
ni lah pemberian nya....poor children:(
Hope you are feeling better now and bila nak join my meet up session?hehe
kc,
Kes 2 anak dibunuh ibu ni memang tragis...
+++++++++++++++
maklang,
eehh dah sihat dah hari ni...mimi tu bongsu dah...dah tua ni.
+++++++++++++++
kak elle,
tu lah kesian kan hidup serba kekurangan.
kita jumpa feb 08 nak, buat birthday party sekali nak...biar gempaq.... party makcik-makcik :)...tak pun you datang sini...kita ronda satu jordan.
Salam kunjung balas dari saya..
Dan jika saya ada bersama mengikuti Jelajah Jordon akan tumpah airmata ini..
Very interesting entry!
I myself love kids so much dan ada meninggalkan kesan dalam hati GAB bila disebutkan tentang nasib anak2 yang terabai.
Anyway, I do tag you for something in my blog.
LUJ, tis the season to be tagged! Ur it! Pls see my blog. He! He!
luj, i'm tagging u as well. sorry. just refer 2 my blog..
"still got the blues" - Gary Moore.
thanx for dropping by. tu la, kes 2 budak kena bunuh mak sendiri tu!! tak de hati & perasaaan ke? apa ke manusia tu?? pas tu yg dah beranak, biar kan je budak2 tu. hisshh, tak patut betul.
orang arab memang suka budak ek? aik terkejut saya mula-mula.
oh macam tu keadaan luar amman ya?
Bro gab,
I suka sangat kanak-kanak tu yang sampai ada 5 anak....sedangkan singa betina pun sayangkan anak-anaknya....
i'm tagged...I rasa I tak weird...tengoklah nanti ...
++++++++++++++++++++++++
intan & kc,
ok, I'll try blog kan....
+++++++++++++++++++++++++
cikdinz,
live ur life bro !! macam tu lah.
+++++++++++++++++++++++++
mulan,
macam I cakap kat gab , binatang pun sayangkan anak... !!
+++++++++++++++++++++++++
lollies,
Tu lah beza orang berpendidikan dengan tidak...memang ketara bezanya dlam mendidik anak-anak (in general ).
ajzie,
memang tak tahan sebak tau, agaknya negara maju macam germany tak de kanak-kanak terabai......
Post a Comment