Ketika membaca entry doctor k. d . di Dublin pagi tadi hati terus terusik dan sayu apabila mengenangkan abah yang telah pergi meninggalkan kami semua 11 tahun yang lampau. Walaupun sudah agak lama berita sedih ini diterima dengan pasrah namun masa terasa begitu pantas berlalu. Terasa baru kelmarin ianya berlaku dan masih teringat lagi saat terakhir abah bersama kami....
Abah seorang yang tegas tetapi penyayang terhadap kami semua. Berbekalkan kehidupan yang rumit dibesarkan tanpa ibu dan ayah serta sikap sanak saudara yang merasakan satu beban menanggung seorang anak yatim piatu ..mengikut cerita abah, keturunan abah datang dari keluarga yang agak senang kerana dari keturunan di raja , tetapi disebabkan masa dahulu bila terjadi sesuatu tragedi dalam keluarga maka abahlah yang dikatakan membawa petaka kepada keluarga tersebut..Akhirnya abah dibesarkan oleh sebuah kelurga berbangsa Sikh dan juga tinggal di rumah kebajikan untuk anak yatim piatu.
Abah bekerja sebagai penggembala lembu untuk keluarga Sikh tersebut ( Lawyer ) dan di masa lapang anak-anak Singh tersebut sanggup mengajar abah membaca dan menulis terutama dalam bahasa Inggeris..lama kelamaan abah amat mahir berbahasa Inggeris walaupun tidak bersekolah. Apabila meningkat dewasa abah diterima masuk menjadi anggota tentera dalam tentera British dan abah lebih cenderung kepada kor kejuruteraan dan membaiki peralatan pertahanan terutamanya senjata yang digunapakai oleh pasukan tentera....
Career abah ini juga telah membuatkan kami sering berpindah-randah dan abah terpaksa selalu menukar kereta kami kerana abah jarang 'masuk hutan ' sebagaimana anggota tentera yang lain ( sebulan hingga 3/4 bulan baru balik ), abah hanya perlu 'masuk hutan' apabila ada senjata yang rosak dan perlukan diperbaiki...abah akan masuk ke hutan dengan berpakaian 'orang biasa' (bukan dalam uniform askar ) kerana tidak mahu disyaki oleh anggota komunis yang abah adalah tentera yang bertanggungjawab membaiki senjata. So, kereta kami sering bertukar bagi menjamin keselamatan abah ketika keluar masuk hutan. Abah memang pakar dalam kemahiran membaiki sebarang peralatan ..apa sahaja dari radio transistor , seterika, peti ais hinggalah kepada membaiki kenderaan seperti motorsikal, kereta dan apa sahaja mesin yang berinjin..Itulah kepakaran abah.
Selain itu abah juga seorang artist yang telented. Abah pernah mengambil upah melukis potraits sahabat-sahabat abah yang mahu mengabdikan wajah mereka ...abah akan melukis dan memuatkan lukisan itu dalam frame yang dibuat sendiri..... Terlalu banyak kelebihan abah yang tidak mampu kami anak-anaknya mewarisi itu semua...
Abah juga minat kepada muzik dari muzik klasik sehinggalah lagu pop dan tidak lupa abah adalah seorang mengkagumi bakat luar biasa biduan negara Tan Sri P. Ramlee ( dulu I ada bagitau I tak minat P.Ramlee , I sorang je tak minat ). Abah pandai menari mengikut rentak lagu dari ballroom dance , cha cha sehinggalah joget Melayu . Oleh kerana I adalah anak perempuan bongsu( adik lelaki 5 tahun muda dari I ) , I lah yang selalu manja dengan abah.... abah sayang kan kami semua dan kasih sayang ayah terpancar sehingga ke akhir hayatnya.....
Penghujung Oktober 1995 kesihatan abah telah mula merosot...abah terpaksa dikejarkan ke GH Ipoh kerana sakit jantung abah menjadi-jadi ketika itu. UBat yang diletakkan di bawah lidah seperti tidak memberi kesan langsung...abah masih lagi sentiasa tersenyum...oleh kerana I pada masa itu telah berhenti bekerja dan menjadi seorang surirumah, dengan izin suami I tinggalkan anak-anak termasuk Izzat yang ketika itu berusia setahun setengah dalam jagaan sahabat -sahabat di Kemaman (siang suami bekerja ). I berulang-alik Ipoh-Kemaman untuk menemani abah di hospital dan berselang-seli dengan adik-beradik yang lain yang ada yang mengambil cuti tanpa gaji kerana cuti mereka telah habis digunakan. Kesihatan abah makin lama makin teruk. Urusan dibuat untuk membawa abah ke IJN bagi melakukan pembedahan 3 saluran darah yang tersumbat.
Akhirnya penghujung hulan November abah dibawa ke IJN dengan ambulan hospital dan abah mahu I saja yang mengiringinya di dalam ambulan tersebut selain Doktor pengiring. Abah kata jika ada apa-apa urusan senang Ina yang akan uruskan. Alhamdulillah layanan di IJN amat baik sekali dan tak lama kemudian abah dibedah oleah Datuk Dr. Yahya dan pasukannya dan pembedahan berjaya.
Seminggu dinanti untuk melihat abah sembuh tidak tercapai, abah masih lemah dan tidak bermaya dan kaki abah kelihatan sedikit hitam di bahagian jari-jemari...abah telah menghidap diabetes semenjak dari masih bujang tetapi abah sentiasa menjaga dan mengawal tahap diabetesnya setiap hari ( ada peralatan menguji air kencing diletakkan di dalam tandas di rumah ). Doktor mulai berbincang dengan kami dan akhirnya kami membawa abah semula ke Ipoh dan tiada jalan lain untuk menyelamatkan abah selain daripada kakinya terpaksa dipotong ke paras lutut kerana diabetes telah merebak dengan begitu cepat. Sekali lagi I iringi abah di dalam ambulan dan menanti dengan penuh tawakal atas apa sahaja yang bakal berlaku. Sebaik sahaja abah sedar dari pembedahan, abah mula mengerang kesakitan dan terpaksa mengereng ke kiri dan ke kanan dan ini menyebabkan jahitan pembedahan tempoh hari seakan terbuka... abah segera dibawa semula ke IJN dan terus dijahit semula jahitan yang terbuka ( I memang nampak isi yang merah dari celah-celah jahitan yang terbuka ).
Abah masih sedar dan sempat meminta kakak menyediakan makanan yang diingini termasuk karipap yang dimasak oleh kakak I yang sulung.
Entah macamana tiba-tiba abah sentiasa menggigil kesejukan dan suhu terus meningkat secara mendadak. Doktor kehairanan dan ujian dibuat dan didapati ada sejenis bakteria yang mula aktif memberi kesan negatif kepada paru-paru abah. Doktor tidak dapat mempastikan apakah jenis bakteria tersebut...antibiotik ditukar dan ditukar namun tiada yang menampakkna perubahan ke arah positif. Akhirnya doktor yang bertugas membawa berita sedih kepada kami bahawa abah hanya ada tempoh hayat paling maksimum seminggu sahaja... Atas budi bicara pihak IJN kami dibenarkan menunggu dalam bilik abah ( dulu IJN tidak membenarkan sesiapa walaupun ahli keluarga menemani pesakit walaupun ketika pesakit nazak, pengalaman bersama sahabat diIJN, ibu tunggal yang anak bujang tunggalnya (pelajar IPT )nazak dan akhirnya pergi buat selamanya tanpa ada sesiapa dibenarkan menemaninya disaat-saat akhir hayatnya.. kami menangis bersama , sayu dan pilu... )
Kami dikira bertuah diberi layanan istimewa. Mak, kak nOr dan I bergilir-gilir menemani abah yang ketika itu sudah tidak boleh bercakap.....hanya menanti masa pergi meninggalkan dunia ini. Sebelum itu semasa I menjaga abah di Ipoh , pernah abah berkata " kehidupan Ina laksana pohon yang rendang yang abah boleh berteduh di bawahnya ".. kata-kata yang penuh makna buat diri ini...
Pagi Jumaat 6 Jan 1996 abah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya... kedengaran hembusan nafas abah yang terakhir yang sebelumnya I sempat bisikkan kalimah Laailahaillallah ke telinga abah dan air mata abah menitis buat kali terakhir... i cium dahi abah dan i rasa semua bahagian badan abah yang masih lagi panas. Doktor datang ucpkan takziah kepada kami sekeluarga dan kami ucapkan jutaan terimakasih kepada para doktor, jururawat dan kakitangan IJN yang selama ini amat baik dengan kami merawat abah tanpa jemu.
Tiada air mata ketika itu kerana I perlu membuat urusan pengurusan membawa balik jenazah ke Ipoh. I called abang di Ipoh yang baru sahaja pulang dari IJN dan beritahu abah telah tiada dan abang akan uruskan semuanya di Ipoh. Dalam pada itu I uruskan penghapusan kad pengenalan dan mendapatkn sijil kematian dan dapatkan kereta jenazah untuk pulang ke Ipoh. Semua urusan berjalan lancar..I iringi jenazah abah buat kali terakhir bersama mak dalama kereta jenazah dengan juga iringan ayat-ayat suci alQuran yang dibaca dalam perjalanana...
Selesai semua urusan dan abah disemadikan akhirnya kembali ke tempat asalnya.....sayu...
Ketika malam menjelma ketika terbaring di sebelah suami yang tiba bersama anak-anak dari Kemaman siangnya,.... pilu dan sayu tidak tertahankan lagi... Berjuraian juga akhirnya airmata yang selama ini I tahankan bagi memberi semangat kepada mak agar usah bersedih hati atas apa yang berlaku... I tenangkan mak dengan mengatakan...sudah suratan takdir abah pergi jua... rawatan dan layanan first class yang diterima dan dibedah oleh doktor pakar yang ternama di IJN yang terkenal dengan segala rupa-bentuk peralatan tercanggih...namun kuasa Yang Maha Esa tiada siapa dapat mengatasinya...
Satu perjalanan hidup yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayat... akhirnya abah pergi jua...Semoga bertemu di akhirat kelak, InsyaAllah.
Al Fatihah buat abah........ Amin.
Thursday, May 31, 2007
Kau Pergi Jua...
Posted by silversarina at 9:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Suatu ketika nanti akan datang jua WAKTU kita...semuga kita menjadi ayah/ibu yg baik sehingga anak2 jua akan mengenangi kita sepertimana LUJ mengenang ayahnya & sesekali sedekahkan Al-Fatihah buat kita, insyallah. AL-FATIHAH..
nbk466,
Betul kata you tu , harapnya anak-anak kita akan sentiasa mengingati segala yang baik yang pernah kita lakukan sepanjang hayat hidup kita ...InsyaAllah.
Kadangkala rindu pada yang dah pergi tetap menyapa diri ....
rasa sayu baca citer ni. kak rina ni kira beruntung kerana diberi nikmat oleh Allah Taala berada disamping abah tersayang semasa dia menghembuskan nafas terakhir. dan sempat melafazkan kalimah Allah ke telinga arwah abah kak rina buat kali terakhir. bukan sumer orang dapat peluang camtuh.
saya rasa kagum dengan kehidupan lalu arwah abah kak rina. sungguhpun seorang anak yatim piatu yg terpinggir tapi ada juga insan lain yg menyayanginya sepenuh hati sungguhpun insan itu bukan beragama islam.
Cerita-cerita retrospektif, apatah lagi tentang insan-insan yang dah tiada, yang dekat dalam hidup kita memang jadi sayu dan amat syahdu bila dikenang-kenang.
Semoga roh almarhum abah LUJ sentiada diberkati, dirahmati di sana. AlFatihah.
Rina,
Dah lama tak jenguk, banyak update dah. Semoga ruh abah you di cucuri rahmat.
He's back, i'm off for one week..
Ummi
kc,
banyak kisah duka abah yang menjadikan dia tabah dengan ujian hidup, kalau nak harap keluarga sendiri memang tak de, habis harta anak yatim hilang entah ke mana...kisah keluarga di raja dulu2 memang sayu, boleh buat buku. Abah pernah bawa kami berjumpa anak pakcik singh yang membantu abah dulu.pakcik dah lama tak de, anak-anak dia seorang peguam dan seorang lagi doktor... rasa terhutang budi kerana sanggup menolong abah walau berlainan bangsa dan agama.
++++++++++++
blackpurple,
masa akak tulis n3 ni akak teringat blog you yang selalu tulis pasal arwah atok... memang sayu .
++++++++++++
ummi,
lalalalalalalalalala.... seronoknya , balik jugak sudahnya, alhamdulillah.
( I cuba add you kat YM , you tak accept lagi )
cheers!!!!!!
askm,
sedih...sebak , nangis pun pun ada.
sedih dengar lagu ni.
teringat kawan ust, isteri n anak-anak dia meninggal kat syria ssebab masalah sobah.
Semoga arwah babah akak dicucuri rahmat ilahi.
wslm
sayunye baca..dulu waktu arwah atuk sakit..still kecik lagi.x ingat sgt.ingat waktu meninggal,balik kampung ramai2.tapi x sempat tgk waktu dikebumikan
semoga rohnya dicucuri rahmat..AMIN
Very sad indeed. I am sorry to hear about your abah's passing. My dad passed away on 14th June 1994. 13 years ago but it still seems like yesterday.
Interesting to note that your abah was in the British forces. Unlike your abah who only had to go to the jungles every now and then, my dad was in the jungles for six months at a time. He was the police field force then.
I felt sad to see such a strong man when he was in the forces, reduced to frailty at the end of his life.
P.S. On a different note, I had to change my music on my blog because I added another joke. :)
anonymous,
sedih betul masa tu tapi memamg akak tahan airmata , tak nak nangis depan mak...
oo akak tau jugak, masa tu ramai anak murid akak kat syria, memang diaorang ada cerita kisah kematian 3 beranak ni..al fatihah buat semua yang telah pergi...
++++++++++
princess dear,
memang waktu tu mama banyak pulang ke kampung menjaga atok dan tak sangka mama yang menatap wajah terakhir arwah atok.... sebak teringat semua kenangan semasa kecil bersama atok......
++++++++++++++
j.t.,
Both of us are brought up by our armed forces fathers....my dad also lost a lot of weight ( he's 6ft tall ) imagine his body became so skinny... miss him so much !!
** got to check out the joke and the boom boom boom .....gotta go now...zooommmmmmmm.
Yr dad's unusual career must have given u all a different exposure while growing up:)
Seemed like yr dad lived a full life despite difficulties while growing up and various ilnesses... Al fatihah.
hazia,
Memang abah seorang yang tabah dan lakukan banyak kerja sampingan untuk menampung kehidupan kami sekeluarga . Life semasa dalam british army banyak yang buat hidup abah lebih tahu tentang sosial life ( dulu2 memang semua org pandai menari... )abah sentiasa riang tak pernah masam muka, dia seorang yang suka bersama keluarga bila lapang.. yelah masa kecik tak de keluarga sendiri....well that's my abah...
I'm sure that you are the wonderful person you are today because of your dad. Kudos. InsyaAllah, we'll meet them again in the day-after.
d,
Yes, I learn a lot from him especially bab tabah dalam hidup, abah memang my hero !!
You were one strong lady. Are and always will be, insya Allah.
Post a Comment