SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM
Aidil Adha ke 2 di Amman diraikan dengan serba sederhana. Seperti biasa pagi-pagi lagi anak-anak jiran berkunjung ke rumah. I hanya menghidangkan makanan ringan (kek/coklat/kacang goreng/wafer/fruits) untuk mereka kerana juadah Malaysia yang I sediakan seperti laksa Penang beserta nasi impit kuah kacang agak pedas dan memang lidah arab alah dengan makanan pedas. Jika tahun lalu ada yang mencuba lontong yang I sediakan sampai berair mata sebab pedas, tahun ni mereka awal-awal dah surrender tak nak makan laksa yang I sediakan.
This aidil adha terasa sepi tanpa my darling hubby, safiyyah and sumayyah. Gambar raya pun hanya tinggal kami berempat, I, zaid, izzat and mimi. Sayu di hati namun I pasrah dengan realiti hidup ini. I doakan agar the assence of aidil adha hadir dalam diri setiap ahli famili no matter where we are.
I call my darling hubby , dia tetap bekerja selepas solat sunat raya, malam tadi dia dan staff yang lain buat jamuan raya di kabin my hubby. He sounded ok , mungkin dah biasa bekerja semasa raya , dah tugas nak buat macamana.
Then I called my daughter Safiyyah, dia ada di counter supermarket di simferopol, shopping untuk small gathering and makan-makan esok. Harini raya tak de makan apa pun, baru lepas exam and tinggal 1 exam lagi, histologi.Dia bagitau supermarket penuh dengan ukrainians shopping for new year party and celebration tomorrow night.Dia pun bunyi happy je walaupun raya tanpa juadah raya etc.
Lastly I called Sumayyah, dia pun tak raya sebab ada kelas pagi tadi, kelas ganti krismas baru ni. Dia kata dia masak nasi goreng tuna dengan microwave lepas kelas tadi.First time raya haji di Daegu tanpa solat raya, juadah raya dan kawan-kwan nak beraya. A bit touchy but I really hope dia tak sayu and sedih.....
Raya kali ni I kurang ada mood nak ziarah rumah jiran-jiran Arab, mungkin cuaca yang sejuk menyebabkan I 'malas' nak keluar rumah. Cuma tengahari tadi I hanya sempat ke rumah Ustaz Mujahid, pelajar PhD di U Jordan di Sweileh.Sepanjang jalan ke sweileh baru nampak keadaan raya haji di amman macam hari-hari biasa dengan orang ramai di jalanraya , cuma bezanya kebanyakan kedai tutup . Setibanya di rumah ustaz Mimi yang paling happy sebab dah lama tak bertemu kak syahirah(anak ustaz ). Perbualan bersama ustaz dan isteri tertumpu kepada Saddam Husesein execution pagi tadi.Tak sangka begitu cepat hukuman gantung dilaksanakan, di pagi aidil adha pulak tu.
Aidil Adha ke 2 di sini membawa pengertian yang lebih mendalam tentang pengorbanan dalam kehidupan setiap insan Pengorbanan is a MUST for every human being. Semoga intipati 'raya korban' memantapkan diri masing-masing dan tabah menempuh dugaan dan cabaran .Pada ahli keluarga samada yang tinggal sebumbung atau tidak I mendoakan kesejahteraan kalian semua. InsyaAllah setiap pengorbanan yang dilakukan beserta niat ikhlas kerana Allah diberi ganjaran pahala dan syurga di akhirat kelak...AMIN.