BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 30, 2006

Louq Louq Tariq School

Ahad lalu I sempat menghantar mimi ke sekolah kerana izzat demam n mimi tak nak pergi sekolah seorang dengan Ummu Khatif (drebar mimi&izzat), so pagi tu i ikut mimi ke Louq Louq Tariq School, sebuah sekolah swasta dengan pengantar bahasa arab.Sekolah ni terletak dalam 15 minit perjalanan dengan kereta berdekatan University Balqa' .
It's a small school but clean n beautiful. Sekolah ni terbuka untuk kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga grade 9(15tahun) sebab ianya sekolah yang agak baru. Di Jordan peringkat menengah yang paling tinggi ialah grade 12. Izzat studies dalam grade 7 n mimi peringkat tamhidi(taska) sebab baru 4 tahun. Walaupun baru 4 tahun tapi pelajaran yang diajar lebih kurang sama dengan peringkat tadika/raudhah. Kebiasaannya kanak-kanak mula masuk saf awal(darjah 1) semasa berumur 6 tahun.

Satu yang I admire this school kerana ianya diselenggara sepenuhnya oleh kaum wanita dari pengetua, guru besar ,kerani sehinggalah janitors semuanya wanita. Cuma lelakinya hanya pakcik-pakcik drebar bas sekolah(drebar mimi wanita !)

Hebat kan? Di tanah arab yang selalunya kita kaitkan dengan wanita dikongkong tetapi hakikatnya adalah sebaliknya, wanita diberi sepenuh kebebasan terutama di bidang pendidikan...

Di Amman sekolah swasta tumbuh bagai cendawan selepas hujan..samada sekolah swasta pengantar bahasa arab atau bahasa inggeris (international school) Katanya bukan rakyat asing sahaja yang suka menghantar anak bersekolah di sekolah swasta tetapi jordanians sendiri lebih cenderung menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah swasta ...

Why ? No Comment!!Make your own judgement!!

Lagi satu yang I salute this school ialah di peringkat taska lagi guru akan menulis report harian dalam sebuah buku yang akan dibawa balik oleh pelajar dan semuanya lengkap dengan apa yang dipelajari dan homework untuk hari berkenaan..just imagine daily report sent to each single student...tak taulah i kalau di negara sendiri rasanya habis semua guru 'mengamuk' dibuatnya.

Bukan itu saja, laporan bulanan lagi lengkap siap dengan pencapaian/kebersihan/ kelakuan /interaksi dengan guru /kawan-kawan sekolah...siap untuk setiap pelajar. Baru minggu lalu mimi bawa balik surat pekeliling dari pentadbir sekolah berkenaan larangan memberi hadiah kepada guru sekolah dalam apa jua bentuk sekalipun..Kadang-kadang kita sebagai parents nak jugak bagi sesuatu sebagai tanda appreciation kepada guru yang mengajar anak kita selama ini..tetapi di sini dikira seperti rasuah kerana ditakuti guru akan terhutang budi dengan pemberian anak murid dan ibubapa. Memang di peringkat mana sekalipun hatta peringkat universiti, anak i zaid bagitau pensyarah tidak akan menerima sebarang pemberian dari mahasiswa sekalipun kopi secawan sebaliknya pensyarah yang selalu belanja pelajar minum , alangkah mulianya hati pendidik-pendidik arab/muslim di bumi anbiya ini.

Dulu sebelum berpindah ke amman ada jugak rasa gusar n risau macamana izzat n mimi nak bersekolah di sini, risau tentang sekolahnya/curriculumnya...bukan apa ingat sekolah arab 'out-of-date'...rupanya tidak malah ada subjects yang lebih updated dari sekolah di tanahair...di sini pelajaran sejarah (bukan sejarah jordan sahaja) tetapi sejarah tanah arab diajar di sekolah, pelajaran komputer jugak diajar bermula dari peringkat rendah lagi , bukan sebagai ko-kurikulum tapi termasuk dalam kurikulum sekolah, pendidikan jasmani juga diambil markah semasa ujian di sekolah...pendek kata lengkap sekali pembelajarannya....

Itulah sedikit sebanyak maklumat yang dapat i raih dari pengamatan /pengalaman anak-anak sendiri belajar di louq Louq Tariq School Amman......

0 comments: