Petang tadi my dear friend Lynn dengan anak-anak datang rumah I untuk ambil barang-barang yang dia pesan pada kak ana yang datang ke Jordan dari Malaysia baru-baru ni. Lynn is a Malaysian who married a British-born-Egyptian n dah tinggal di Amman selama 5 tahun. She married her arab husband when she studied in the UK. She's from Perak n now has 4 cute children.
Dulu i ada post dalam blog about malaysian/arab married couples yang tinggal di Amman and how their lives are..It's nice to learn that all of them spend their wonderful life together even though they come from two totally different races/culture/background/countries. What makes them bond to each other is ISLAM ....Isn't it wonderful??
They are lucky because their husbands are very Islamic n responsible to the families....Alhamdulillah. semua berkahwin semasa belajar di luar negara samada di UK or US....
I remember masa I studied di US dulu heboh kes seorang pelajar perempuan malaysia ,Mariam Jamilah,yang berkahwin dengan lelaki dari Iran yang berfahaman syiah yang berkesudahan si perempuan tidak menamatkan pengajian dan tidak kembali ke malaysia kerana mengikut suami kembali ke Iran. I sempat bertemu Mariam jamilah semasa dia hadir bersama pengikut syiah dalam satu program yang diadakan di pusat agama American U (universiti I belajar ) dan dia nampak ceria kerana pada pandangan I memang itulah jalan yang dia pilih iaitu bersama suami dan keluarga tercinta walaupun berlainan mazhab /negara / bangsa... Just wonder di mana dia sekarang ...
Kalau di jordan kaum lelaki jarang berumahtangga semasa usia muda ...20an..amat jarang..yang ramainya berkahwin dalam usia 30an-40an..Baru2 ni rakan sekelas zaid di british council yang berumur 29 tahun yang apabila zaid menanyakan bila akan berkahwin dia kata masih muda lagi dan tak tau bila baru berkahwin....Di jordan seseorang lelaki yang ingin berkahwin memerlukan JD20,000.00(RM104,000.00)+kereta+rumah dll urusan kenduri-kendara jika ingin menyunting anak dara untuk dijadikan isteri .
Bayangkan betapa tingginya harga sebuah perkahwinan. Oleh itu tidak hairan ramai lelaki arab yang masih belum berumahtangga walaupun sudah berumur 40an...Well, itu merupakan budaya dan adat resam masyarakat arab yang terkenal dengan kekayaan harta benda dan wang ringgit walaupun pada realitinya majoriti bangsa arab hidup secara amat sederhana especially di Jordan...
Satu yang I amati majoriti pasangan malay+ bangsa lain tak kira samada dengan arab/mat salleh/chinese/indian atau lain-lain bangsa akan melahirkan zuriat yang lebih cenderung mengikut genes dari sebelah yang bukan malay terutama dari segi fizikal............
*arab+malay = arab
*mat saleh +malay= mat saleh
*chinese + malay=chinese
*indian+malay=indian
(buktinya foto di sebelah....)
I think my observation ni betul kan??? Why?? Adakah genes melayu tak segagah bangsa lain sehingga dengan mudah di dominated???????
0 comments:
Post a Comment