BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 25, 2006

Islam ....25Dec....Christianity...

25 December adalah tarikh yang diraikan setiap penganut christian saban tahun tidak terkecuali penganutnya di bumi Jordan. Mungkin ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa bangsa arab juga ramai yang beragama christian. Jiran arab sebelah kiri rumah I dan jiran selang 2 buah rumah di kanan juga arab beragama christian.

Bandar Madaba yang terletak 35km dari downtown Amman adalah sebuah bandar yang majoriti penduduknya beragama Christian. Terdapat berpuluh churches di Madaba dan salah satu church yang tertua di dunia juga wujud di Madaba.Pope juga pernah hadir di Mount Nebo, Madaba disambut ribuan penganut christian.Bagi pelancong Christian memang tidak sah lawatan ke Jordan jika tidak mengunjungi bandar Madaba .

Agak sukar membezakan antara arab muslim dan arab christian kerana dari segi fizikal tiada beza. Selalunya penganut Christian di sini hanya dikenali melalui family names(sukar juga!!). Pengalaman selama tinggal di Amman menyedarkan diri ini bahawa fizikal dan cara berpakaian tidak melambangkan agama yang kita anuti. Contohnya, sudah banyak kali I ditanya "Are you muslim?" sedangkan tudung di kepala dan jubah membalut tubuh yang bagi I secara jelas menunujukkan yang I beragama Islam. Tidak bagi mereka kerana bertudung dan berjubah hanyalah budaya arab yang kebanyakan arab mempraktikkannya dalam kehidupan seharian terutama di musim winter . Mula-mula terfikir juga , kenapa tanya , tak nampak ke yang I bertudung dan berjubah.... rupanya itu pakaian bangsa arab bukan pakaian untuk muslim women sahaja.

Kebebasan beragama amat ketara di sini dan masing-masing menghormatinya . Mereka hidup aman damai dan tidak mengganggu sesama sendiri.Di Abdali(downtown )Amman terdapat sebuah church yang besar terletak betul-betul bersebelahan Masjid Negara Jordan . Pelik tetapi benar, waktu subuh di kejutkan dengan azan dari masjid negara dan selepas matahari terbit kedengaran loceng berbunyi dari christian church di sebelah.

Walau bagaimana pun perlu diambil ingatan bahawa golongan orientalis dan golongan christian sendiri sedang rancak menjana dan menyampaikan dakyah fahaman masing-masing dengan tujuan melemahkan umat islam sedikit demi sedikit . Mereka mempunyai sumber dan sokongan yang padu dari pelbagai pertubuhan yang membolehkan mereka bergerak hampir ke seluruh pelusuk dunia.

Amat malang jika kita umat islam masih leka dan lalai dalam dunia yang mengejar material semata-mata tanpa mempedulikan kehinaan dan kejian yang dilemparkan oleh dunia kepada agama dan umat Islam itu sendiri. Kehidupan manusia dan umat islam masakini banyak di pengaruhi oleh agama lain terutama agama Christian dan Yahudi.

Islam sebagai the way of life wajib ditegakkan dan ianya hanya dapat dijelmakan melalui komitmen secara total di setiap lapisan masyarakat secara global.

0 comments: